Friday, August 10, 2018

Kisah Separuh Dekad


Hari ini.  5 tahun. Separuh dekad. Bagi yang dah lalui, mesti rasa alaaa jauh lagi perjalanan, banyak lagi nak tempuh. Well, ya still a long journey, tapi bila difikirkan banyak yang dah aku belajar dan faham. So sepanjang 5 tahun ni, satu benda yang sue boleh simpulkan, I found my new BFF!



Yes, my husband is my new bff. Obviously we spend more time together than with anyone else. Sharing benda yang menjengkelkan, melucukan, menyakitkan hati, menghabiskan movie waktu malam lepas anak-anak tidur, menangis, ketawa bila ada benda yang kitorang rasa silly, all together.





Benda yang paling tak terjangkau oleh akal adalah, selepas 5 tahun aku boleh teman dia keliling Pontian dari asar sampai lepas isyak semata-mata cari durian! Dari kecik sampailah aku besar ni (walaupun aku tetap kecik tak besar2) durian adalah benda yang paling aku tak suka. Awal-awal kawen dulu aku pernah pesan, kalau nak makan durian tidur kat luar sebab lepas kawen dia baru bagitau dia hantu durian. Which is sangat kontra dengan aku. Tapi lepas 5 tahun aku boleh teman dia pegi cari benda kesukaan dia. Well that is what bff do. Support benda yang bff kau suka walaupun kau sangat benci benda tu.





Just like macam dengan bff zaman U dulu, we are pretty amazing team. Kitorang akan take turn tukar diapers anak, mandikan, tidurkan. Bila malam contoh adwa tetiba terjaga pukul 3 pagi merengek2, dan aku pun dah putus asa pujuk, dia take turn bawak adwa turun bawah, yang akhirnya bila bangun subuh aku tengok dua2 tidur kat karpet 😝. Dan benda tu akan terus berulang dan berulang 😂



Orang kata 5 tahun pertama lain ujiannya. Challenges sepanjang separuh dekad ini, yes definitely we have seen the best and the worst days and survived them, together. Panjang sangat kalau nak cerita jatuh bangun selama ni. But at the end, kitorang senyum kemenangan sebab berjaya lalui segala mak nenek kepayahan, kesusahan dan  keperitan. Indeed, benda tu jadi memori yang sangat indah buat kami. Kalau pegi tempat yang ada sentimental value sikit, mesti aku atau dia akan cakap "ingat tak dulu dekat sini" eceh haha.





Apa pun selepas 5 tahun ni, kitorang still enjoy doing things together. We like talking to each other, atau yang lebih tepat dengar dan belajar antara satu sama lain. Paling best, aku boleh cerita apa sahaja tanpa risau dikecam or being judged 😝. Dan paling penting, aku tak perlu risau di tikam belakang. Rahsia tak akan bocor ok.  Confirm. Haha.
Last to abang, thanks for everything.  Harini saya kirim doa di kejauhan moga Allah sentiasa merhamati kita, dan temukan kita di syurgaNya.
Ya Allah, Tuhan Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja
Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya
Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai 
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. 

Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. 
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin



We love you and we miss you very much!

2 comments:

Anonymous said...

Allah bless them and take them to jannah for their obedience to You. Amiiin

Sue Yahya said...

SubhanAllah,such a beautiful du'a. Aameen.

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "