Sunday, January 30, 2011

Sejarah Berulang???

Astaghfirullah al azim...

Ya Allah...kuatkan aku...

seingat ku sejak aku berada di tingkatan 1 Allah terlalu banyak menguji aku dengan ujian dlm bersahabat.. dugaan dalam berukhuwah...

Dalam bnyk2 ujian itu yg paling terkesan di hatiku kisah persahabatan aku dengan seorang muslimah yg cukup aku sayangi...aku bersahabat karib dengannya sejak tingkatan 3... sayang tu tak usah di kata..aku sanggup buat apa saja untuk dia..aku sangat menyayanginya lillahi ta'ala...

Persahabatan aku dengan dia berjalan dengan baik...penuh dgn saat2 indah...memoir yg cukup menggembirakn untuk di kenang...

sampailah aku memasuki matrikulasi...persahabatan kami di uji dengan perpisahan..tapi itu bukan lah penghalang kerana di mana pun kami berada doa itu tetap menjadi penghubung...call, sms itu lah pengubat rindu kami...

Ya Allah...aku terlalu menyayangi ukhuwah itu...

Sampai saatnya, ukhuwah ini Allah uji dgn ujian yg menjadikan ukhuwah ini putus berderai seperti tasibh yang terputus dari ikatannya...

Antara kekasih dan sahabat...dia lebih rela memilih kekasih walaupun pada zahirnya ada kesilapan di situ...aku redha..hanya mampu mendoakan dia bahagia...aku sayangkan dia...lillahi ta'ala...

kata2 akhir aku untuk dia masa tu " pergilah..pilihlah dia..kerana aku cuma seorang sahabat yg mungkin padamu tidak akan selamanya mampu berada di sisimu..tetapi dia kekasihmu itu akan selamanya bersama mu kerana dia bakal suami mu dan insyaAllah akan jd suamimu..aku cuma doakn kebahagiaanmu..dan xperlu hubungiku kerana aku tahu dia akan marah padamu..aku cuma seorang sahabat yg xseberapa nilainya, manfaatnya jika dibandingkan dgn dirinya.."

Setahun dia x menghubungi aku...satu hari tiba2 dia menelefon..ku sambut juga walaupn dalam hati, ada luka yg xsepenuhnya sembuh lg...siapa x terluka bila sahabat yg lama dikenali membuang diri ini kerana seorang lelaki yang x halal pun buatnya, malah terang2an menipu dirinya...astaghfirullah...

Ku sambut panggilan itu..dan nyata dia menangis...'aku sudah putus dgn dia, dia sdh banyak kali menipu aku"

Sebaris kalimah itu terasa kosong di telinga ku..utk apa kau nyatakan tentang ini di saat hati sudah terluka...aku tak perlukan lagi semua itu..aku cuba pujuk dirinya walaupn sebenarnya pujukan itu tiada keikhlasan di situ...terasa hambar...

Maaf aku bukan manusia kalis dosa..aku juga manusia yang punya perasaan terluka, kecewa...

Selama setahun itulah aku terasa fobia utk bersahabat maksud aku rapat dengan seseorang..aku menjalin ukhuwah, tetapi sekadarnya..tidak mahu rapat seperti dia..kerana aku takut..aku takut kecewa lagi...

Tetapi saat ini..ketika ini...airmata aku mengalir lagi....adakah sejarah itu bakal berulang lagi...walaupun perjalanan trilogi ceritanya tidak sama tetapi tetap sahaja ia melibatkan seorang rijal dan sahabat... Allah...

Ana tidak tahu....ilmu ku sgtlah terbatas...tapi aku yakin hikmah Allah di sebalik semua ini terlalu besar... cumanya lambat atau cepat itu saja...

Di mana kejujuran??? bukankah telah ku pinta padamu untuk berlaku jujur pada ku? sungguh aku kecewa... ya Allah..pelihara hati hambaMu ini...



********************************************************************************

Friday, January 28, 2011

Cinta Dalam Diam: kejauhan, kesederhanaan dan keikhlasan…

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…


Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmuisteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasatenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdoalah… berpuasalah…

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah, kerana ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadis)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)


Cukup cintai ia dalam diam…

bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…

memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...

kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

“…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)” (QS.An Nuur:26)
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)


nota tangan: pilihan Allah itu yang terbaik...



Wednesday, January 26, 2011

Mawar Lestari Dunia!

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

Nota tangan: Dirimu adalah sayap kiri perjuangan...maka persiapkan lah dirimu wahai srikandi2 kecintaanku walau siapa dan di mana dirimu...



Thursday, January 06, 2011

Selamanya Milik-Mu #2

Untuk Selamanya Milik-Mu bahagian#1 klik sini

Amir Furqan: Aku mengenali makna dakwah dan perjuangan kerana hidayah dariMu ya Rabb melalui dia sebagai wasilah.  Aku mungkin seorang mujahid dengan silam yang kelam tetapi apakah tidak layak bagiku mengimpikan dia sebagai sayap kiri perjuanganku? Ketahuilah diam dan sikap tegasmu meresahkanku..


Amir Furqan yang baru sahaja kembali dari program yang di hadirinya selama tiga hari lepas terbaring lesu dikatil biliknya. Program itu banyak mengerahkan tenaganya sebagai pengarah program. Itulah rutinnya di waktu cuti. Kerja-kerja tarbiyah memerlukan dia membahagikan masa luangnya sebaik mungkin. Dia merenung siling sambil menyilangkan kedua tangan dibalik kepalanya. 

Dia mula mengenali erti tarbiyah sewaktu menuntut di matrikulasi. Kisah lalunya cukup pahit untuk dikenang. Betapa jahilnya dirinya sebelum mengenal tarbiyahNya. Hatinya penuh dengan bintik dan noda hitam yang pastinya menghalang nur hidayah itu meresap ke dalam jiwanya. Takdir Allah tiada siapa mampu menduga. Perkenalannya dengan seorang mahasiswa kampus luar merubah segalanya. Mahasiswa yang dikenali sebagai akhi Baihaqi tersebut menariknya masuk ke usrah yang dipimpin oleh akhi itu sendiri. Akhi Baihaqi naqib yang cukup bijak mengikat hati orang-orang di bawah tarbiyahnya. Kepimpinannya cukup di kagumi oleh Amir Furqan dan kerana itulah dia mahu menjadi sehebat naqibnya itu. 

Seraya fikirannya melayang ke seraut wajah gadis yang dikenalinya semasa menuntut di matrikulasi. Asrar Insyirah. Sebaris nama yang cukup menggetarkan jiwa lelakinya. Gadis bertudung labuh dan berjubah itu menjadi rebutan di antara beberapa rakan lelakinya. Seorang gadis yang sempurna dimatanya mempunyai tarikan tersendiri dan menyejukkan hati bagi sesiapa yang memandang. Timbalan Pengerusi daripada salah satu organisasi besar di matrikulasi pada masa itu itu sangat menambat hati. Tapi sayang hati gadis itu terlalu sukar dimiliki. Bahkan juga sukar didekati. Sehingga kini luahan cintanya masih tidak berbalas walaupun sudah berkali-kali dia merayu. Hatinya terlalu tegar. Fikiran Amir Furqan berkecamuk tiba-tiba. Betapa dia cukup merasa terseksa dengan penantian itu. Asrar Insyirah seolah-olah langsung tidak mahu membuka hatinya walau sedikit pun. Itulah yang membuatkan jiwanya memberontak. Handset di tangan di tekan pantas. 

“Assalamualaikum ukhti. Ana mohon berilah ana jawapan yang pasti. Cukuplah, jangan diseksa lagi hati ini. Ukhti sendiri tahu ana ikhlas mahu mendapatkan enti. Fahamilah hati ana ini.” 

Butang send di tekan. Harapannya tinggi menggunung mengharap mesej kali ini mendapat balasan dari Asrar Insyirah. Amir Furqan menanti dengan penuh debaran. Membayangkan segala kemungkinan balasan dari gadis pujaannya itu. Sama ada dia mendapat reaksi positif ataupun penolakan yang bakal menghancur leburkan impiannya untuk memiliki sekeping hati Asrar Insyirah. Beberapa minit berlalu, handsetnya sepi tanpa sebarang isyarat mesej mahupun panggilan. Dia menanti lagi. ‘Mungkin Asrar sibuk dan pasti membalas mesej aku sebentar sahaja lagi’ desis Furqan cuba menyedapkan hati sendiri. Tetapi harapan tinggal harapan, Asrar Insyirah, gadis itu tetap dengan caranya. ‘Argggh!’, jerit hati kecilnya. Dan untuk kesekian kalinya hati lelaki itu kecewa lagi. 

Mesyuarat Persatuan Badan Dakwah dan Kerohanian petang itu hanya di hadiri oleh beberapa orang pimpinan sahaja. Masing-masing punya aulawiyat yang tersendiri. Selagi mana bergelar pelajar dan aktivis dakwah di kampus tidak akan lari daripada terpaksa membuat pilihan mengikut keutamaan urusan tersebut. Amir Furqan yang memegang Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan ligat membentangkan laporan terbaru gerak kerja lajnah tersebut. 

“dua bulan sahaja lagi semester baru akan bermula. Bermakna adanya kemasukan pelajar baru Tahun Satu ke kampus kita. Untuk itu lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan akan bergerak untuk mengesan pelajar yang berpotensi untuk diserap masuk ke dalam persatuan ini. Ana sendiri yang akan bahagikan tugas kepada setiap ahli.” Ringkas penerangan Amir Furqan berkenaan gerak tugas yang bakal dilaksanakan sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baru kelak. Sesekali matanya memerhati bahagian pimpinan muslimat. Ada seseorang yang tidak ada di situ. Timbalan Pengerusi persatuan itu Aishah Humairah tidak kelihatan. ‘Kenapa tak datang?sakit kah dia?’ Furqan bertanya sendiri. Aishah Humairah merupakan pelajar Tahun Akhir jurusan Kejuruteraan Elektronik di kampusnya. Hubungan mereka sedikit rapat kerana Furqan banyak meluahkan masalahnya kepada Aishah tidak kira dari segi gerak kerja mahupun hal peribadi terutama berkaitan dengan Asrar Insyirah.

 Usai meeting petang itu Furqan bergegas balik ke bilik. Yahoo Messenger dibuka. Tertera nama Aishah Humairah berstatus online. 

Amir Furqan: assalamualaikum ukhti.. maaf mengganggu. Sekadar bertanya mengapa tidak hadir ke liqa’ hari ni?kurang sihat ke? 

Aishah Humairah: wa’alaikumsalam.. ana sedikit demam, tadi ke klinik. Ana sudah maklumkan kepada mas’ul sebelum ke klinik ana tak dapat hadir untuk liqa’. 

Amir Furqan: Syafakillah ya ukhti.. oklah,ana ada hal..assalamualaikum.. 

Aishah Humairah: syukran atas doanya..wa’alaikumsalam.. 

Butang sign out ditekan. Furqan bersandar di kerusi sambil merenung kosong ke skrin laptop nya. Aishah Humairah yang layak dipanggil kakak itu banyak mengetahui rahsia hatinya terhadap Asrar Insyirah. Dia pernah memberikan emel Asrar kepada Aishah atas permintaannya agar Aishah boleh dijadikan perantaraan untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Apa yang diketahuinya Asrar menyambut baik salam perkenalan yang dihulur Aishah. Sesama akhowat itu sebabnya. Kalau ikhwan yang menghulur salam itu sudah pasti dipandang sepi oleh Asrar. Gadis yang berhati batu! 

**********************************************************************************



Asrar melangkah perlahan menuruni anak tangga dari apartmentnya menuju ke surau. Dia sudah berjanji mahu mengadakan usrah ataupun lebih dikenali sebagai smart circle di kalangan akhowatnya petang itu. Rindunya terhadap akhowatnya Layyinul Nadrah, Dirah Humairah, Munirah, Syamimi dan Syuhada membuak-buak. Dua lagi akhowatnya iaitu Fatma dan Digma Ashikin berada di luar kampus kerana posting mereka di Tahun ke Tiga Perubatan. Langkahnya dipercepatkan tidak sabar rasanya mahu menemui kekasih-kekasih hatinya itu ingin bermadah puisi cinta bersama mereka dengan hati yang sarat dengan mahabbah dan mawaddah kepada Dia yang mengikat hati-hati ini. Asrar memulas tombol pintu surau, sebaik pintu terbuka dia melihat akhowatnya sedang menanti. Segaris senyuman dilemparkan. Segera dihulurkan tangan kepada amirahnya, Dirah Humaira yang lebih mesra di panggil kak Dirah. 

“ Maaf terlewat Asrar ada hal sikit tadi, dah lama tunggu ke?” Asrar beralih pula menyalami akhowatnya yang lain. 

“takpe Asrar, baru je sampai ni.” Munirah menjawab bagi pihak yang lain. 

Asrar tersenyum. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Kak Lynn. Mereka membentuk satu halaqah. Asrar membelek buku di tangan, pengisian yang bakal disampaikan di tenung sebentar. Wajah Kak Dirah dipandang, Asrar mengangguk sebagai isyarat kepadanya untuk memulakan majlis. Seperti biasa majlis itu dibuka dengan tafsiran beberapa potong ayat suci al-quran sebelum memulakan usrah. 

“Untuk usrah kali ini ana memilih surah al-maidah ayat 54 hingga ayat 56. Ana minta Kak Syamimi untuk bacakan ayatnya dan Kak Syuhada bacakan terjemahannya.” Semuanya mula membelek terjemahan al-quran di tangan yang sentiasa di bawa kemana-mana. Sebentar kemudian beralunlah suara merdu Syamimi membacakan ayat tersebut diikuti dengan Syuhada yang membacakan tafsirannya. 

“Syukran kak syamimi dan kak syuhada. Mari kita telusuri satu persatu terjemahan disebalik ayat-ayat sebentar tadi. Dalam ayat ke 54 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 

“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad di kalangan kamu, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasih kepada-Nya; mereka bersifat rendah diri dengan orang-orang mu’min dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan mereka yang mencela. Yang demikian itu adalah Limpah Kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas Limpah Kurniaan-Nya lagi meliputi Ilmu-Nya.”

Sodaqallahul azim. Jika kita teliti ayat ke 54 surah al-maidah ini, jelas di highlight di sini cirri-ciri hizbullah yakni pembantu agama Allah itu. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah dan mereka mencintai Dia, bersikap lemah lembut sesama mukmin dan bertegas pada orang-orang kafir. Seharusnya seorang pembantu agama Allah itu tidak takut pada celaan musuh-musuh yang seringkali mahu menjatuhkan dirinya. Kita lihat pula pada diri kita yang mengaku sebagai hizbullah, pembantu agama Allah. Adakah sifat-sifat ini kita tanamkan dalam diri kita? Benarkah kita mengasihi Allah lebih dari segala-galanya atau masih ada lagi yang berada di tempat teratas mengatasi Allah? Berlemah lembut kah kita terhadap sesama mukmin atau yang ada dalam hati kita adanya hasad dengki dan busuk hati walau sekelumit cuma? Wallahualam..tanya diri apakah benar aku pembantu agama Allah.. 

“emm, Asrar, akak nak Tanya, macamana pula dengan kenyataan orang-orang di luar sana yang tidak mahu turun ke medan dakwah memperjuangkan agama Allah dengan alasan janji Allah satu hari nanti Islam ini akan bangkit semula dan akan kembali menang itu benar dan pasti berlaku, makanya tak perlu berbuat apa-apa hanya tunggu dan lihat saja sehingga tiba hari itu.” Soalan pertama daripada Kak Lynn. 

Asrar tersenyum seketika sebelum menjawab “ wallahualam ukhti, Asrar tak nafikan ada segolongan yang bermentalitikan seperti itu. Hanya menunggu kebangkitan Islam itu tanpa berbuat apa-apa dan beramal hanya untuk dirinya sendiri. Janji Allah itu benar belaka, itu memang pasti. Tetapi kita sendiri tahu Allah ciptakan kita kedunia ini dengan dua tujuan yang mana tujuan pertama ada di dalam surah az-zariyat ayat 56 mafhumnya 

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”

 Allah menciptakan setiap daripada kita untuk tunduk dan patuh beribadah kepadaNya, itu asrar pasti ramai yang maklum tentang itu. Dalam setiap solat kita juga, kita berjanji pada Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”. Tujuan yang kedua pula iaitu sebagai khalifah di bumi Allah ini yang sering kali dilupakan oleh manusia seperti firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 30 

‘Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata, “apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Sahabat-sahabatku, kita khalifah yang bertanggungjawab menyambung risalah dakwah Rasulullah s.a.w. Kalaupun kita atau sesiapa sahaja tidak mahu membawa agamaNya, Allah sedikitpun tidak rugi, kerana pasti ada yang menggantikan kita untuk meneruskan risalah dakwah Islam ini. Ingat akhowatku sekalian, Allah dan Islam sedikitpun tidak akan terkesan sekiranya kita tidak mahu padaNya, kerana Islam itu agama Allah dan Allah pasti menjaga agamaNya. Tetapi sebaliknya kita yang lemah dan hina inilah sebenarnya yang perlukan Islam dalam hidup kita untuk terus teguh menongkah arus dunia yang fana belaka. Kenapa perlu bersusah payah, berpenat lelah berjuang? Kerana kita inginkan kerehatan yang berpanjangan dan kekal yakni di syurgaNya kelak, insyaAllah. Jadi, jangan sampai kita tercicir dari perjuangan ini, jangan sampai Allah menggantikan kita dengan yang lain hanya kerana kelalaian sesaat kita. Wallahualam.."

to be continued...

p/s: sebarang kesilapan hanyalah daripada diri ana yang lemah ini..



Tuesday, January 04, 2011

Kalam rindu buatmu..

Tidak tahu hendak asrar luah kesiapa...Allah...sakitnya...betapa rindunya kakak padamu adik... rindu teramat rindu...tak henti2 airmata akak mengalir teringat dirimu... ya Allah...tak berdaya kakak menahan hibanya hati berjauhan dari adik..makin akak ingat adik, semakin deras titis2 jernih mengalir membasahi nota2 di depan akak saat ini...Allahu Allah...

Memang jangka masa perkenalan kita begitu singkat..tetapi sayangnya akak pada adik tidak terbatas lillahi ta'ala..dik, kakak menangis sendiri terkenang gelagat adik..kenangan kita..banyak..sayangnya akak pada adik kerana Allah semata bukan kerana kepentingan lain..insyaAllah...

"kak, adik tgok bintang..tapi bulan xda..adik rindu kakak..ingat kakak selalu.."

Kakak sendiri xtau macamana lagi nak cakap..sakit rasanya merindu begini..adik jaga diri baik2 di sana..ingat pesan akak selalu...akak nak adik jadi mujahidah hebat..sehebat srikandi islam pada zaman rasulullah dulu..

Akak hanya mampu titipkan doa buat adik..moga dirimu dalam rahmat Allah selalu..kakak sygkan adik...syg dan teramat syg...moga Allah pelihara kasih sayang ini hingga ke jannah..

Adik, adik kakak dunia akhirat..insyaAllah kasih dan sayang akak takkan pernah pudar bahkan kian mekar kerana ukhuwah kita atas dasar aqidah yang satu..moga ukhuwah kita kekal ke akhirnya...

Pertemuan dan perpisahan itu ketentuan ilahi...yakinlah Allah punya hikmah disebalik pertemuan kita...redhalah menghadapi perpisahan sementara ini...insyaAllah kita punya kesempatan untuk kekal bersama di syurgaNya kelak andai layak bagi kita untuk ke sana...

Ya Allah..sayangilah adikku..kuatkanlah dia Ya Allah…jangan biarkan dia bersedih..jangan biarkan dia menangis... jangan biarkan dia sendiri… dan jangan biarkan dia merasa sakit Ya Allah….permudahkanlah jalan hidupnya..Suburkanlah benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taQwa tanpa alasan dalam hatinya agar tidak terpes0ng dari jalan kebenaranMU...Ya Allah..jadikanlah dia antara srikandi yang terus istiqamah berjuang di jalanMu..amiin ya Rabb...

Tatkala diri di singgahi rindu.. Maka hati bertanya rindumu itu pada apa, pada siapa...  Sepantas waktu iman menjawab..aku rindu pada kasihNya Allah padaku dan kasihnya aku pada Penciptaku itu..  Lantas iman di hati berbisik... Allah telah menitipkan padaku rasa rindu dan cinta pada temanku nun jauh dari pandangan itu lah tanda kasihNya Dia padaku...

Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Kakak akan menyayangi adik selalu...insyaAllah..~~



~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "