Thursday, October 28, 2021

Mommy To be : Hb Rendah? Jom baca ni!

Assalamualaikum!

Sajalah nak kongsi ni. Kebetulan semalam ada kawan tengah pregnant yang low Hb. Disebabkan sue pun InsyaAllah soon menanti kelahiran baby yang ke 4 pula, jadi rasa terpanggil nak share sikit pasal ni.

Tapi sebelum tu sue doakan pada korang yang sedang TTC akan dapat baby juga soon okay? Aamiin!  Moga dimudahkan dan diizinkan ALLAH :)

Macam sue kata tadi yang ni dah pregnancy yang ke 4.  Nak share sebab dulu masa kandungan pertama sue pun hadap Hb low ni. 

Kalau korang pun pernah or tengah alami, YES kita sama! So sue nak share tips that worked really well for me to increase my HB that time.

Okay, sue cerita sikitlah kan. Masa tu semuanya bermula waktu checkup dekat KK. 1st trimester check up cemerlang gemilang terbilang la senang kata. Hb pun 13. Cantikkk ja. 




TAPIIIII masuk ja 2nd trimester, HB turun pergi bawah 10.  Terkejut jugak. Terus kena suruh jumpa doctor. 

Doctor pun explain complication yang akan kita hadap bila HB LOW. Kita akan rasa mudah penat, mudah mengantuk.  Tapi yang paling menakutkan kemungkinan untuk berlaku tumpah darah atau baby meninggal dalam perut tu ada. Doctor kata kesian kat baby kan.

Masa tu rasa bersalah sangat. Baby pertamakan.  Hampir setahun jugak tunggu.  Sue nangis jugaklah minta maaf dekat baby dalam perut. Abg saif la tu. Sedih rasa masa tu. Rasa tak jaga diri dengan baik sampai effect ke baby. 

Masa tu sebab kita pun kerja hospital jadi kita minta kat Doctor untuk kita usaha deal dengan pakar dekat tempat kerja. Doctor okay dan kata akan pantau la.

So,dekat masa dekat ward (tempat kerja kebetulan sue kerja ward bersalin jugak), sue tanyalah Doctor apa ubat yang bagus untuk naikkan Hb. Doktor terus suggest Sangobion.

Wahhh, tak tunggu lama. Balik kerja tu terus beli. Dan amazingly, dalam seminggu ja Hb sue terus naik balik ke 12. Alhamdulillah.  Oh ya untuk pengetahun kita makan jugak sayur, daging etc2 semua tu.  Tapi Hb tetap tak naik.

Alhamdulillah dengan sangobion sue serasi.  Masa tu sue beli kat Watson.  So korang boleh ja cari dekat Watson or Guardian. Farmasi pun ada. Sue makan sebiji sehari ja. :)



Tapiii tapiii sue tahu ada yang susah nak telan ubat iron macam ni. Ok, now kandungan yang ke empat kan.  Sue tak ambil apa apa lagi. Cuma sebelum pregnant sue memang ambil vit c dan Annona Strawberry Milkshake with Birdnest (AMS). Yaa.. milkshake ni ada birdnest tau.



And then dia less sweet sebab tu sue suka. 

So bila dah pregnant, sue teruskan ja minum.  Dan yang seronoknyaaaaa apa tau? sekarang setiap kali check up, alhamdulillah Hb maintain cantik 13. Gula pun elok. 



Dannnnnn yang paling bestttt jugak, masa pregnant dulu kaki sue selalu kejang. Bila bangun tidur tu terjerit jerit panggil husband.  Yang pernah rasa mesti tahu macam mana sakitnya bila kena tu. Tapi kali ni alhamdulillah so far tak pernah lagi kena. Maybe sebab khasiat susu dan sarang burung dalam AMS tu. :)

Alhamdulillah.

Ok so back to story tadi, kalau korang tengah hadap masalah Hb ni, bolehlah cuba beli Sangobion kat watson.  Atau kalau korang rasa tak boleh nak telan ubat macam tu, boleh cuba AMS ni. Serius banyak khasiat dan kelebihannya untuk mommy to be selain bantu maintainkan Hb.




Tapi sue galakkan apa apa pun minta nasihat Doktor dulu ya. Sue pun macam tu jugak.  Sebelum ambik apa apa minta nasihat Doktor dulu.  Dan Doktor tahu sue ambik apa dan okay je katanya.

Apa pun what is good for me might not be good for you. Betul kan? Tak semestinya elok kat sue, elok kat korang. Sue just share apa yang sue amalkan. Korang boleh cuba as ikhtiar. And oh ya, Annona ni founder dia memang seorang Pharmacist. Sebab tu sue yakin sangat.

Last but not least, tetap kena jaga pemakanan ok. Semoga semua yang sedang mengandung dimudahkan dan selamat bersalin.




Jumpa lagi di next entry. :)

Oh ya kalau korang nak beli AMS tu boleh beli sini ya

http://www.wasap.my/+60195282149/nakAMS

Harga dia satu pouch rm6.90/rm7.90. Tapi selalunya ada promo so korang boleh beli dengan lagi murah.  Dan beli banyak boleh dapat lagiiiii murah. Sebab kita minum setiap hari kan. Beli 1 karton terus untuk sebulan :)

Monday, July 26, 2021

JODOH ITU MEMANG UNIK

Kesian blog Sue ni. Macam hari raya, setahun sekali updatenya haha.  Sajalah nak mencoret ni sebab PKPD kan.  Ada banyak masa terluang jadi kita berkisahlah.

Abang kalau terbaca ni, ni sayang tulis sebab bulan depan anniversary kita hehe. 

Sebenarnya saja saja terfikir sebab rasa penuh hikmah sangat perjalanan hidup ni.

Semuanya bermula bila Sue renung kereta Hilux yang kami belikan untuk mak. Tiba tiba Sue terdetik

"kalau aku kahwin dengan orang lain, adakah dia akan restu dan redha dengan impian aku ini?"

Apa impian Sue dari kecil : nak senangkan mak. Nak buat rumah untuk mak, nak beli kereta untuk mak dan apa saja.



Kenapa? sebab mak Sue dulu ibu tunggal.  Mak Sue besarkan kami adik beradik susah payah.  Kerja kilang, tanpa peduli cakap cakap orang.  Tak cukup tu berkebun, bersawah, berniaga kecil kecilan. Apa saja asalkan halal untuk sara kami adik beradik. Untuk pendidikan kami.  

Mak ketepikan keinginan diri, bangun sendiri walaupun hati remuk di tinggal suami sebab perempuan lain. Mak kuat untuk kami.  Sue saksi tiap pengorbanan mak. Dan tiap jerih perih mak.  Alhamdulillah Allah kurniakan mak akal yang bijak.  Bijak cari duit dan bijak menyimpan.  Rugi pak Sue hehe.

Ok balik pada cerita tadi.  Kenapa Sue terfikir pasal ni.  Sebab iya sue perempuan, seorang isteri.  Sue selalu baca kisah, perempuan yang lepas kahwin, tak dapat nak bantu keluarga sendiri. Masing masing ada ujian sendiri kan.

Jadi bila Sue tengok betapa support dan ikhlasnya suami bantu sue capai impian. Sue jadi sangat bersyukur. Dia redha sue berhenti kerja. Redha sue buat bisnes sebab nak capai impian.  

Ada lelaki dia sangat ego nak bagi isteri dia bisnes. Sebab risau cakap cakap orang. Macam dia tak mampu nak bagi isteri makan.  

Tapi untuk Sue, suami redha dan restu. Bantu sekali. Sebab tu sue terdetik kalau sue kahwin dengan lelaki lelaki lain yang pernah sue kenal dulu, adakah diorang support sue macam suami support.

Kenapa sue terdetik macam ni? Sebab kisah kami, sue awalnya tak suka dia.  Kalau tak suka kenapa terima? haa inilah uniknya jodoh.  Tapi lepas satu satu kisah kami, baru sue sedar memang kalau dah Allah kata itu jodoh kau tidak boleh lari la. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

Part yang paling unik bagi sue, kisah kisah yang berlaku sebelum sue kenal dia.  Kenal sebelum kenal gitu lah umpamanya haha. Maksudnya macam mana? Mari sue cerita tiga kisah ini.

Kisah pertama masa sue tingkatan 5. Tahun 2007.  Waktu tu sue cuti sekolah. Sue tengah duduk dekat ruang tamu rumah makcik sue (sue memang dari kecil selalu di rumah makcik sudah macam mak kedua sue la. Sebab mak dulu kerja di shah alam, sue di sabah. Bila cuti sue memang duduk dengan makcik atau nenek kalau sue tidak terbang ke shah alam).

Balik pada cerita tadi. Tiba tiba bunyi kereta di laman rumah.  Makcik sue kata adik sepupu sue sudah balik (anak makcik sue la). Seingat sue dia dari pertandingan majlis tilawah al quran tak silap masa tu. Yang hantar dia anak kepada ustazah yang ajar adik sepupu sue tu. 

Sue ingat lagi makcik sue kata baik budaknya. Student SMAKK dulu (Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu). Sekolah agama macam kau lah. Azri nama dia. Tengah tunggu result U rasanya makcik sue cakap.  

Sue angguk angguk saja. Tak rasa mahu tahu pun siapa. Kiranya tak penting la untuk sue haha.  Tak jenguk keluar pun. 

Rupanya itu bakal suami 6 tahun akan datang haha. Manalah tahu kan. Kalau boleh tengok masa depan sue sudah lari keluar tengok kekeke.

Kisah kedua masa sue dekat matrikulasi. Masa tu umur sue 18 tahun. Dan pun sama sue belum kenal pun suami masa ni.  Sue balik kampung sebab nenek meninggal.  Tengah sedih sedih tu, sahabat Surau Al Irfan (Persatuan masjid dekat matrik masa tu) mesej sampaikan salam takziah.  Tiba tiba anak buah suami kepada makcik sue duduk sebelah sue, sue panggil dia Rin. Masa tu kenduri arwah, semua orang datang. Biasalah kan. Tidak rapat pun. 

Dia tanya siapa mesej. Sue pun tunjuk dekat dia. Dia tengok nama lelaki (kebetulan mesej yang sue tengah buka tu mesej AJK Surau lelaki).  Dia pun cakap mesti baik orangnya kan. Sue pun angguk ja la.  Takkan sue kata jahat pula haha.

Pastu tetiba dia cerita. 

"Saya pun ada kenal seorang lelaki ni.  Pra U sekali kami.  Student SMAKK dulu. Ya Allah soleh betul. Tidak tinggal solat. Selalu tengok dia duduk surau. Selalu ceramah. Usrah. Saya ni kan freehair, Segan la tapi suka tengok. Sebab lain hehe. Nama dia Azri"

Respon sue : aaaaa...bunyi macam budak jemaah ja.  Tapi dalam hati (ada ka budak jemaah dekat Kota Marudu ni) haha. Masa cerita dengan suami kisah ni dia ketawa ja. Bukan apa, sebab sue ada sepenuhnya dekat kota marudu ni sampai darjah 6 saja (Balik pun sekali sekala. Kadang balik shah alam). Masuk sekolah menengah sue sekolah asrama penuh, sambung matrikulasi, masuk U.  So hidup sue masa kecil sampai sekolah rendah tu, persekitaran hanya budak2 nakal.  Sue pun lahir dari keluarga berantakan. So dalam kepala sue ni tiada lelaki baik di kota marudu haha. 

Kisah tu pun berakhir di situ.  Tidak pernah pula sue terfikir. Cerita kosong bagi sue. Dan sue balik matrikulasi, kuliah macam biasa. 

Kisah ke ketiga pula di hujung pengajian matrikulasi ,  Masa tu sue baiah dengan jemaah.  Jadi sue tanya naqib, sue duduk shah alam dengan mak masa tu.  Tapi atas satu peristiwa selepas 10 tahun di shah alam, mak sue balik Sabah. Sue tanya naqib sue kalau sue balik kota marudu, sue nak bergerak macam mana untuk kerja kerja jemaah ni. Sebab sue tak kenal siapa siapa. Kawan sekolah pun tiada. 

Naqib sue kata ada tiga orang budak jemaah di KM. Semua lelaki. Dia pun sebut nama semua. Sekali lagi sur tak terrelate pun dengan kisah pertama dan kedua tu. 

Dan antara semua tu sue kenal dia paling lambat haha. Kenal dia 2010. Selepas 3 tahun peristiwa2 itu berlaku.  Waktu kenal dia pun sue masih belum sedar dia lelaki yang sama pada peristiwa pertama dan kedua. Sebab sue kenal gitu ja. Atas dasar gerak kerja. 

Kali pertama kenal dia dekat PASTI. Sekali itu ja la. Dia pun lepas tu balik U. Sebelum tu terserempak dia dekat bank. Bila sue cakap pasal ni dia kata dia perasan dulu sue dekat bank. Tapi dia tau sue tak nampak. Dan memang sue tak nampak memula tu. Masa sue perasan dia dekat situ, sue loading sikit. Mana sue pernah jumpa lelaki ni haha. Lepas tu baru sedar ooo dia. Pastu buat tak tau. Cepat cepat keluar dari bank.

Jadi masa pkpd ni dia cerita la, kenal kali pertama tu dia dah terdetik sue ni jodoh dia. Ceh haha. Masa nampak kali kedua dekat bank tu lagi dia yakin katanya haha. 

Sebab tu juga semuanya tiba tiba. Bila cuti semester dekat U, sue balik macam biasa. Bergerak kerja macam biasa. Sue tak tahu pun dia simpan hati. Tiba tiba dia datang jumpa mak sue. Masa tu sue pula cerita pasal orang lain dekat mak. Lepas dia datang, habis orang lain mak reject. Padahal sue dah hint dekat mak, sue nak kawin orang jauh. Mula tu mak restu dah. Tiba tiba dia datang, mak terus cancel restu dia haha.

Mak dengan makcik sue kata tak payah la yang jauh tu. Ni ok dah, baik, soleh, keluarga baik baik, dekat pula tu. Apa apa senang.

Padahal masa tu hati sue nak lain.  Tapi Allah gerakkan hati sue untuk pilih keluarga. Dan sue pun macam at the end follow saja. Ntah tiba tiba terima. Tiba tiba kahwin. Eh. 

Sebab tu sue kata unik betul jodoh ni. Kenal sebelum kenal. Sue kenal peribadi dia sebelum kenal orangnya.  

So, bila akhirnya Sue tahu dia lelaki yang disebut pada peristiwa satu dan dua tu? Sebulan sebelum kahwin hehe.

Masa tu sue terjumpa Rin. Pastu dia cakap tahniah, bakal nikah dengan Azri. Sue ceritalah dengan makcik.  Makcik cakap Rin kenal, sebab satu Pra U. Lepas makcik Sue cakap macam tu, terus sue terflash back semua peristiwa sebelum tu. Baru sue sedar lol. Ni kot dia sembang sembang dengan sue dulu tu haha. 

Pastu makcik sue sambung dialah juga yang hantar dayat (adik sepupu sue) balik dari pertandingan dulu tu. 2007 - 2013. Hampir 6 tahun baru aku tahu itu dia haha.




Sebab tu sue percaya, walau apa sekalipun memang Allah dah tentukan dia jodoh sue.  

Allah lebih tahu apa yang sue perlu. Semuanya rahsia Allah.

Bulan depan anniversary kami ke 8 tahun.  Banyak nikmat dan ujian sepanjang jalan. Tapi macam mana teguhnya hati dia tetap berkeras mahu bersama sue dulu, begitulah teguhnya dia memegang dan menjaga sue sampai saat ini. 

Orang tua selalu pesan, rumahtangga ni biar lelaki sayang kita lebih. Betul la tu. :)



Selamat ulang tahun yang ke 8 abg. 😘

Sue.
Terus setia disisi. 


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "