Friday, December 30, 2011

::Impian? Is not a Crime ;)::

Bismillahirrahmanirrahim..

Kenapa tetiba post pasal impian ni? ;D haa... jangan salah faham, ni salah satu cara nak bagi semangat ni. ;) kalau nak ikutkan banyak sangat impian, mana impian nak pegi umrah dan haji, rindu nak menjejak kan kaki ke bumi barakah tu pastinya sentiasa ada *okeh, itu semua org islam pasti nak*, impian nak bagi parents senang dan bahagia, impian nak tengok daulah islam tertegak  kat malaysia ni, bahkan di seluruh dunia *amiin ya Allah*, lagi impian nak bina baitul muslim *okeh, itu skip dulu*, impian nak tengok semua org2 yg disygi kembali tunduk membesarkanNya, nak merasa dalam biah solehah sepanjang masa.. dan impian paling besar adalah meraih redha Allah, MARDHATILLAH! agar hidup ni tidak sia-sia.. 

TAPI nakkan semua ni bukan boleh main impi2 macam tu je, kena USAHA, repeat balik USAHA dan paling penting DOA, yaa...doa tu kan senjata orang mukmin, ^^ yang penting YAKIN.. lepas tu jangan lupa pula tawakal padaNya, sebab segala-galanya pun atas kehendaknya juga.. ;) *nak menang dalam PRU13 ni pun kena usaha juga, ayuh jundullah semua kena kerja keras!* ^_^

Okeh, yang bakal di tulis ni impian dunia je semata-mata, Allah tak pernah suruh kita tinggalkan dunia untuk kejar akhirat..kan3.. ;)

yang pertama ni..

mini library

Sebab sangat suka membaca, so dari dulu impikan mini library macamni.  So, bila ada masa terluang boleh santai-santai baca buku.  Rasa best ;) Sekarang ni memang kerja kumpul buku nanti boleh buat mini library macamni. tapi kalau tengok buku2 yang saya ada sekarang ni, cukup memenuhi satu rak kecil je kot, masih study mana nak dapat beli buku banyak2 ;D kadang2 minta kakak belikan hee.. *saya adik yang sgt mengada* terima kasih kakak ^^ kena rajin membaca sebab senjata ilmu itu adalah membaca, dalam quran pun siap ada kan Allah kata "iqra bismirabbika ladzi khalaq" bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan ;) masulah pun selalu pesan "jadi naqibah, pimpinan kena banyak membaca, mana nak dapat ilmu kalau tak baca" *wink*

Impian seterusnya...

myvi putih ;p

kenapa myvi putih? ;D hehe..putih tu memang tak perlu dipersoalkan,itu suatu yang MESTI.  sebenarnya tak pernah terfikir pun pasal kereta myvi ni, kalau nak ikutkan tak pernah pun sebut depan siapa2 nak kereta myvi, dulupun masa on the way dengan kak husna ke bengkel PR nisa', kak husna ada tanya "sue dah keje nanti nak pakai kereta apa?" saya pun cakaplah..tak tau lah akak..viva kot.. *main cakap je tu* jadi mana timbulnya kes kereta myvi ni?  ;D haa.. ceritanya macamni, setiap kali nak gi hospital, saya akan lalu parking kete kat hospital tu.  dan setiap hari tu lah mata saya akan melihat keadaan seperti ini

deretan myvi putih
lebih kurang macamni lah keadaannya.  dahlah semua putih, mata ni rasa macam  tak boleh nak elak dari pandang ke arah parking ni.  Pas tu pula, setiap kali jalan nak gi mana2, tak taulah kenapa mesti nampak kete myvi putih yang sangat obvious dan seakan ada magnet kuat untuk tarik mata ni pandang dia. macam ada kuasa psykik ja ;D lepas tu mulalah cakap dalam hati, study jauh2 ni kalau ada kereta sendiri kan bagus, senang sikit nak bergerak kerja, lagi2 bila nak pegi meeting, usrah, program segala bagai. tapi lepas tu cakap lagi *kena tunggu ko keja dululah kalau nak* haha.. ;D betul2, kena tunggu keja dulu, baru ada pitih nak beli ni.. sabar2 ^^

Lagi impian...

Yang ni memanglah dari dulu nak..

sekadar gambar hiasan ;D

Kalau tengok dari gambar ni bukanlah maksudnya impian tu nak main salji *kalau macamtu pegi bukit cerakah pun boleh ;D*.  Maksudnya nak study kat oversea, nak rasa jadi pelajar oversea, kenapa pula? macamlah best sangat kan *glamour*? ok, itu sudah jauh menyimpang dari niat ok. takde pula sebab glamer segala bagai tu, tapi nak merasa hidup dalam suasana yang kata orang hidup di mana yang hak dan batil tu jelas.  kadang2 kita ni susah sangat nak menghargai sesuatu tu bila ia depan mata kita, sentiasa bersama kita, tapi bila dah jauh, mulalah nak cari dan rindu semuanya.  Samalah juga macam kat malaysia ni, bila kat sini hidup dalam keadaan Islam sebagai agama rasmi, nak taknak je menghargai islam tu, hargai pegangan agama, syariatNya, majlis ilmu berlambak, tapi liat gila nak pegi, sebab mentaliti orang kita yang dah memang azali hidup dalam keadaan islam macamtu. lagi pula nak tambah ilmu dan pengalaman, nak merasa survival jemaah kat sana, so, hopefully with Allah's will akan menjejakkan juga kaki ke sana.. ;) *doakan saya*

Banyak lagi wishlist sebenarnya, tapi kalau nak tulis semua tak muat pula page ni ;D apa-apa pun impian itu biarlah bermanfaat untuk diri, dan paling penting Allah redha.. ^_^


p/s: Allah tarik kejap nikmat sihat tu, baru balik dari klinik, ada peristiwa tak best, sampai bilik hampir nak menitiskan airmata, minta maaf banyak2 kepada yang terlibat.. 

Monday, December 26, 2011

::Bahagia Dengan-Mu juga Denganmu::

Bismillahirrahmanirrahim..

"Pada setiap derap langkah perjalanan
di situ semangat jihad terus-terusan
menghakis setiap kebatilan"


Usai dating dengan Si Dia di malam yang cukup dingin *hujan lebat*, ku lihat jam pada skrin henfon tepat pukul 4 pagi. kiranya ada sejam lagi sebelum masuk waktu subuh. Rutin biasa pada jam begitu aku akan ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi *jangan silap bukan sebab rajin, tapi sebab perlu keluar awal ;p* Menyediakan sarapan untuk diri sendiri dan roomate tersayang itu sudah jadi rutin, bila lagi mau berkasih sayang dengan rumate sendiri, itupun masih menerima komplen darinya "sue ni selalu tinggalkan saya di bilik sendiri, nanti balik awal ya" ;) see, tapi aku tau dia syg saya *wink*

Lepas menghabiskan beberapa lembar surat cinta-Nya dan mathurat, beg comel yang setia bersama ku capai. ku lihat rumate kesayangan masih enak di buai mimpi *lepas solat subuh terus lompat balik ke katil, ya..tak mengapa pelan2 mendidik dirinya, sekurang2nya dia masih mampu solat subuh walaupun mengejutkannya untuk yang kesekian kali*, kali ini ntah sunan mana pula yang masuk meminang dalam mimpinya ;p

masuk dalam kereta sambil memanaskan enjin, amik henfon..

"dear, sue jalan dulu..malam karang sue balik insyaAllah, jangan lupa sarapan, take care, luv u" ;) sent!

"iman, ready akak dah nak gerak" sent!

destinasi hari ini:

unimas medik>>SB>>politeknik>>uitm samarahan>>unimas main campus>>desa ilmu

hujan masih lebat, nasib baik Allah kurniakan diri ini dengan mata yang masih mampu melihat dengan jelas *walaupun dulu suka berangan nak pakai spek, ;p sila bersyukur (alhamdulillah)*

lepas ambik iman dan kak asanah, kitorang terus gerak ke uitm samarahan.  Kali ni ambil jalan sendiri, tak nak follow muslimin dah sebabnya jalan yang dilalui "pelik" * tak biasa* maka dengan inisiatif sendiri, ambil jalan yang biasa dilalui, lagi senang, tak perlu pening-pening bila kereta depan tetiba belok simpang lain tanpa signal *serik* ;p

perjalanan kali ini bermisikan untuk liqo' bersama PIC MARSIS (caw.sarawak) setiap kampus (uitm, unimas main campus & poli).  banyak juga benda yang dibincangkan, dan banyak juga tarikh yang terpaksa di ubah kerana bertembung dengan pelbagai kerja di kampus masing-masing *owh, semakin pening* terbayang-bayang jadual di depan meja study, maksudnya kena ubah lah jugak. -_-"


lepas habis liqo' kitorg pun pegilah makan2..adakah itu satu kemestian? ;p heiyp, penting tau untuk saling eratkan ukhuwah, ada satu kemanisan di situ. ^^ apa2pun saya sayang semua sahabat2 saya..

syukran jzkk sahabat2 ;)

"Setiap hati itu dihubungkan oleh Allah, pengikat hati adalah kerana berpaksikan keimanan pada Allah maka Allah yang membolak balikkan hati manusia." ;)

petang tu pula kena cepat.. liqo' dengan masulah.. otw tu, cermin2 ajaib dah call

"sue, kat mana? masulah dah sampai" 

alamak.. ^^ "akak, 15 minit ok..xleh nak drift, hujan lebat.. ;)

sampai je, duk sebelah kak ema 

"akak, dah start ke?" 
"baru mukadimah" owh...lega ^^
 "kak ema..." 
"ye?" 
kiss pipi kak ema jap "sanah helwa" ^_^

Buat kak ema, 

Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya untukmu, memberikan kemanisan iman dan kelazatan islam sehingga akhir hayat, memberkati usia mu dan merahmati kehidupanmu.

Bulatan Cinta Kami ^_^
Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunia sahabat2ku agar mudah pula urusan akhirat mereka. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu.  

Buat kak cak, kak nad, kak mimi..

walaupun sudah terpisah jauh, namun simpulan hati2 kita akan tetap terikat kukuh kerana cintaNya Yang Satu..

doakan agar kita semua tetap teguh dijalan ini..

"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahwa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu." - Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Menikmati kabus pagi
asrar_sue ^^

Saturday, December 24, 2011

::Ceritera Dia Yang Bergelar Sahabat::

Fuh!fuh!fuh! belog berhabuk  uhuk..uhuk.. *excuse me*  test, test, test... 

Assalamualaikum.. *ehem* 

aha, dah lama tak berbelog, hasilnya belog berhabuk.. hachuuuum... alhamdulillah (jawab jgn x jawab org bersin neh) *wink* ;)

idea terus mati -_-"

okeh, nak cerita semalam balik dari hospital plan nak gi jenjalan dengan one of my awesome best bonding female friend (BFF), Yati.  dia kursus kat sini 2 hari, semalam the last day and after that she will fly back to sabah nak uruskan dia punya walimah *wink* ;) tapi sebab dia abes lambat, so saya pun keluar lah dengan my lovely housemates merangkap my awesome bestfriends! ^^ kitorang gi shoping barang2 rumah.. bak kata heiza "nak harapkan keluar dengan sue hujung minggu, xyah la..asek lesap jer.. kalau hujung minggu jumpa sue kat bilik, bertuahlah tu" ;p ngeee... bajet sibuk lah tu, padahal kekasih agung Rasulullah laaaaaagi sibuk tau, awesome! sebab tu baginda jadi uswah hasanah untuk kita, terutama yang bergelar daie tu kena betul2 teladani rasulullah, takde alasan tak bangun tahajud sebab sibuk sangat berprogram dan meeting, okeh  ;) 

Dah siap beli barang semua, gi drop kwn2 kat hostel, lepas tu gi hantar si dia tau kat airport.. ;) macam biasalah jalan jammed -_-" nasib baik housemates kesayangan dah siap letak air sunkist dan roti kat sebelah tuk bukak posa.. alhamdulillah.. sahabat saya sangat baik ^^ *syg kamoo*

sampai kat airport dah dekat kul 7 malam.  gi surau dulu solat.. lepas tu peluk2 mesra dengan yati.. rindu kot, dah lama tak jumpa, seingat saya last jumpa masa raya yati and family datang umah.. masa tu macam taknak berenggang, pegang2 tangan sampai mak yati pening tengok haha.. *maaf makcik, sy mmg syg dgn anak mkck sorg ni* ;)

Yati nak balek sabah dah, urus dia punya walimah..wee...excited gitu.. ;) yati ni childhood friend saya.. tetiba jumpa balik kat sarawak..dia dah keja, best3... ^^ first date masa kat sarawak, jumpa kat spring.. org tu pegang tangan kita terketar2 dan sejuk haha.. *yati sgt comel okeh* 

ni gmbr 1st date setelah berkurun tak jumpa since our childhood time ;) depan spring..tgh hujan..cam best ^^

Lepas tu kali kedua jumpa lagi..time ni dah memang tak malu2 kucing dah.. ^^


saya syg kamu ;)

siap tido dengan dia lagi kat umah kak aien.. kak aien pula kalau nak amik saya tanya dulu " sue, ada program x? kalau xda akak amik sue" ;) excited sahabat comel datang kuching, walaupun letih dari program pegi jugak terus jumpa dia, tak balik hostel dah..

Dulu time kecik2 pernah main sama2, tapi tak sama sekolah, sampai lah sekolah menengah saya pula masuk sekolah lain, terus ke matrik dan sekarang di sini unimas as a degree student nurse ;) Allah takdirkan jumpa pula kat bumi kenyalang ni, yati dah keja kat sri aman, tak lah dapat jumpa selalu sebab kuching-sri aman agak jauh..

dan sahabat kesayangan saya ini bakal bergelar zaujah bulan depan..weee... ;) jom2 bro n sistas semua doakan kebahagiaan sahabat saya ni.. betul lah janji Allah "perempuan yang baik tu untuk lelaki yang baik" ^^ semoga dia sentiasa bahagia, dan untuk pengetahuan cik yati saya sangat sayangkan anda.. ;)  sempat juga interview bakal zaujah ni, banyak sangat soalan sampai yati cakap "tunggu turn sue dulu ya, nanti sue tau la tu" lepas tu yati cakap lagi "better sue habiskan bab munakahat ni sebelum nikah, jangan jadi macam yati kelam kabut baru nak khatam banyak2 buku munakahat, sebelum ni tak" hee.. nak zauj mcm Adam Adli bleh? nanti bleh sama2 lawan "panglima" haha, okeh  *abaikan*

sebelum berlepas pegi, yati sempat menitipkan satu pesan yang sangat berharga..^^ itu namanya sahabat yang sentiasa support u all agar terus tegar berdiri walau berkali-kali tertatih dan terjatuh! ok, ukhti syg... i will ;) 

Balik dari airport, tengah drive terasa panas mata.. eh, nangis? tangisan bahagia untuk sahabat yang sedang menanti hari bahagia.. ;') 

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya sahabat2 seperjuangan dunia dan akhirat insyaAllah yg sgt best dan awesome!!  anda ada? ;p excuse me *walk away*



I don't have to define the meaning of best friend , all I can do is just giving the evidence. The pictures would tell everything. ;) 


*balik terus pecut, meeting menanti, saham akhirat kena kejar lebih ::as-saff 10-11::* ;)


Monday, September 26, 2011

Dia Seorang Sahabat..

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.
Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,” kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata, “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!” Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,” maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang wanita. Suara laksana orang sedang berdoa.

“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu
..................................................................................................................
mungkin kita selalu dengar kata-kata ini:

"aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
sahabatku sekalian tak kira dimana anda berada,

jika hilang "agama" rakanmu ini janganlah hilangkan cintamu kepadanya, kasihanilah fitrahnya. jika dia tersilap langkah, atau tersungkur.. pimpinlah dan bantulah dia bangun kembali. bawalah dia kembali kepada fitrahnya.. 

mohon maaf andai selama kita mengenali, tingkah laku dan tutur bicaraku ini mengguris hatimu sahabat

maaf, saya bukan sahabat terbaik untuk anda, tapi anda adalah sahabat terbaik pernah saya ada

semoga Allah redha kepada dirimu dan kepada diriku
amiin.
^_^



Friday, August 12, 2011

Coret-coret Kenangan Lalu..~~

Assalamualaikum warahmatullah para pengunjung semua yang sudi menjengah ke teratak hamba yang jarang ber-update ni..

Alhamdulillah hari ni dah ramadhan ke-12, fasa 1 ramadhan yang penuh dengan rahmat sudah melabuhkan tirainya. InsyaAllah, menjelang pula fasa ke-2 yakni fasa penuh keampunan & fasa yang terakhir yakni fasa di mana pintu syurga dibuka seluasnya manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..

Jika kita menyedari betapa bertuahnya kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan, & betapa ruginya kita kerana mempersiakan peluang & ruang yang Allah sediakan itu selama ini. Jika kita sedari betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan buat hambaNya yang merebut-rebut untuk meraih keredhaan & ampunanNya, nescaya akan terduduk kita, terbeliak mata tak percaya. 

Rugilah bagi sesiapa yang memasuki ramadhan & keluar daripadanya tanpa mendapat apa-apa.. 

Raihlah & jalanilah Ramadhan kali ini dengan sebenar iman dan kecintaan kepada Allah & rasulNya serta dengan azam mahu memperhebatkan ibadah kita. Pergunakanlah peluang keemasan yang Allah beri untuk mengisi ramadhan kali ini dengan kehebatan amalan lillahi taala. insyaAllah, kemanisan iman & beribadah itu akan kita rasai. Tak mengapa dengan ramadhan yang telah lepas, yang telah kita persiakan. Tebus kembali rasa sesalan itu pada ramadhan kali ini.. insyaAllah. Jom perkasakan lagi ibadah di fasa ke-2 ramadhan ini, belum terlambat lagi untuk kita menopup amalan semaksima mungkin. ^_^

Ok, itu tentang ramadhan.. pagi tadi selepas selesai menunaikan solat subuh, ana lihat mak ana tengah sibuk mengemas ruang tamu dengan bersungguh2 ehehe.. (tengok je..) ^^ tetiba keinginan untuk membersihkan bilik sendiri menjadi begitu berkobar-kobar (semangat ramadhan kot)..

Maka ana pun mulakan lah operasi kemas-mengemas ni..bila pergi dekat hujung katil ana baru terperasan sesuatu... "eh, bnyknya kotak hadiah.."

Ana pun kononnya selongkar lah benda-benda tu.... ok, dah ingat itu kotak2 hadiah zaman muda2 dulu la kononnya..dari ana sekolah menengah sampailah di matrikulasi...banyak jugak rupanya..dan dalam kotak2 tu ada banyak surat2..emm.. =_="

Tengok, belek, baca sikit2..lipat..

Buka kad2 yg ada...gelak sekejap, geleng kepala, berfikir n mcm2 lg gelagat yang boleh di buat..

Tiba-tiba mak masuk...mak ckp "tgh mengimbas kenangan lalu ka?" ana senyum.. tak sangka semuanya masih ada dan di simpan rapi oleh mak..padahal kat hujung katil je pon..macamanalah ana boleh tak perasan benda2 ni...

Dapat idea...amik kamera kat atas meja dan konon2nya snap la sebelum ada sesuatu yang perlu dilakukan ke atas kotak2 dan isi2nya ini hehe... 



Siapa-siapa yang tengok ni yang agak2 dia punya dulu2 bagi dengan ana terima kasih..  ^^ 


banyak x? eheh...isi2 dalam kotak ni lagi banyak..sebab ana dah campur2 surat dan kad2...kalau nak ikutkan surat2 tu ada jugak dalam 100 lebih.. kad2 lagi..kenangan "budak kecik" biasalah..



Antara isi dalam salah satu daripada kotak-kotak ini... khazanah yang tak berharga kot hehe.. ^^ eh, taklah bukankah pengalaman itu kahzanah yang berharga..belajar dari pengalaman..yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..tak gitu? ^_^


Ni pula antara kad yang masih tersimpan elok..it is pink ok!


benda ni yang dari dulu kononnya ana nak buang, tapi tak jugak terbuang2..haih.. dalam tu penuh dengan kata2..dapat masa birthday yg ke-17 kalau tak silap..mmg sweet 17.. abaikan..


Ok, dari nak mengemas tetiba terhenti sekejap sebab benda2 ni.. tapi takpa sekurang2nya ana sedar yang ada benda yang perlu disimpan dan ada yang tak...ana pun mulalah mengasingkan mengikut keperluan.. lepas tu nak buat apa?

jeng3....


Pegi belakang umah...hidup sini, kumpul sana.... siap.... tadaaa...
Nak buat apa pula dengan unggun api ni? lalalalala...~~ ^^

Salam ramadhan semua... moga hari2 seterusnya lebih baik daripada hari ini dan semalam... ^_^

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

ummu_asrar


Tuesday, August 02, 2011

Suami Ideal

Ahmad tertarik hati dengan Anis, rakan sekolahnya yang lama. Dah berminggu-minggu dia interview kawan-kawan Anis untuk berkenalan ngan lebih rapat si gadis tu. Masha Allah, wajah, akhlaq, dan agamanya memang first class. Istikharahnya pun dah settle. Cuma nak seal the deal ja.

Ahmad dan bapa Anis (Ahmad panggil dia Pak Cik) di ruang tamu rumah Anis.

Pak Cik: Apsal ni Ahmad? Nampak gelisah je ni.

Ahmad: Saya sebenarnya ada hal penting nak bincang ngan Pak Cik. Ini berkaitan ngan Anis. Ada hajat yang nak disampaikan. Sebab tu gelisah sikit ni.

Muka Pak Cik berkerut sedikit. Tapi macam boleh agak saja apa yang Ahmad nak katakan.

Pak Cik: Ok, apa hajatnya?

Ahmad asyik dok urut-urut tangannya dan garu-garu tempat yang tak gatal. Tapi dia gagah. Ini tujuan yang mulia sekali. Dia pandang straight kat muka Pak Cik. Senyuman di bibir.

Ahmad: Saya datang ni nak meminang anak Pak Cik, Anis.

Pak Cik: (Gelak skit) Oh, itu ke hajatnya. Ahmad ni baru umur 20 tahun kan?

Ahmad: Ye Pak Cik.

Pak Cik: Dah bekerja dah ke?

Ahmad: Belum Pak Cik. Masih lagi belajar. Baru habis first year kat Australia.

Pak Cik: Australia? Wah, kayanya awak!

Ahmad: Eh, takde la Pak Cik. Alhamdulillah, saya dapat biasiswa. Kalau tak, memang tak mampu la nak ke sana.

Pak Cik: Nanti lepas belajar nak keja apa?

Ahmad: Well, saya minat Psychology Pak Cik. So, rasa macam nak jadi Psychiatrist or Counsellor la.

Pak Cik: Hmm...tak nak jadi doktor? Engineer ke?

Ahmad: Ramai jugak orang cadangkan saya jadi doktor. Saya memang minat Biology, cuma bukan ke arah medical la Pak Cik. Engineering tak minat sangat la Pak Cik. Kalau saya nak kerja, saya nak buat kerja yang saya suka. Sebab saya nak buat kerja tu seumur hidup. Kalau tak jadi Psychiatrist atau Counsellor pun, apa-apa yang berkaitan ngan Psychology pun jadik la.

Pak Cik: (Angguk-angguk) Kampung awak kat mana ek?

Ahmad: Kelantan, Pak Cik.

Pak Cik: Ish, jauh tu. Susah la time raya nanti.

Ahmad: Yang tu insha Allah boleh uruskan Pak Cik.

Sesi soal jawab ni berlarutan selama 30 minit. Macam-macam soalan ditanya. Sampai la satu tahap...

Pak Cik: Camni la Ahmad. Saya tau awak ni orang yang baik. Tapi, saya rasa awak bukan la suami ideal untuk Anis. Maaf la ye.

Ahmad: Pak Cik dah habis ke interview saya? Pak Cik belum tanya lagi pasal agama saya.

Pak Cik: Agama?

Ahmad: Saya datang ke sini mengharapkan Pak Cik menanya saya soalan-soalan untuk mengetahui sama ada saya ni ideal atau tidak sebagai suami Muslim. Tapi saya tak sangka pulak Pak Cik interested dengan berapa banyak duit saya ada dan dari mana saya lahir saja.

Pak Cik: Perkara tu sumanya penting untuk suami ideal.

Ahmad: (Senyum) Saya faham Pak Cik. Of course saya kena ada duit untuk support anak Pak Cik dan keluarga saya. Dan saya yakin kewangan saya cukup berdasarkan biasiswa saya. Lagipun, kalau tak silap anak Pak Cik pun ada biasiswa jugak. Insha Allah, itu akan memudahkan urusan. Tapi dari mana konsep ideal tu diambil Pak Cik?

Pak Cik: Masa saya nak kahwin mak si Anis, camni jugak la saya ditanya.

Ahmad: Tapi suma itu tidak sepenting agama. Pak Cik, apa yang saya harapkan ialah keluarga yang berdiri tegak dengan Islamnya. Itu bukanlah produk duit Pak Cik. Itu produk agama.

Keadaan genting seketika. Ego Pak Cik membuak kerana dileter orang yang lebih muda darinya. Ahmad dapat mengesan hakikat ni.

Ahmad: Pak Cik, percayalah bahawa saya hanya berniat baik. Memang patut seorang ayah inginkan suami yang terbaik untuk anak perempuannya. Cuma, terbaik dari segi apa itu Pak Cik? Pak Cik fokuslah kepada sama ada saya ini layak atau tidak untuk mendidik anak dan isteri untuk menjadi dekat dengan Allah. Berapa orang yang kaya di dunia ini tapi anak dan isterinya tidak dekat ngan Allah Pak Cik?

Tiba-tiba, isteri Pak Cik keluar ke ruang tamu membawa sedulang minuman, tanpa memakai tudung.

Pak Cik: ...

Anis tersenyum di dalam biliknya.

----------


Friday, July 22, 2011

Bangkit Generasiku! Say No to Jahiliyah!


Bismillahirrahmanirrahim... setelah lama belog berdebu kerana tidak di update, jari -jemari terasa rancak ingin berlari mencoret pengalaman/pemerhatian setelah bercuti selama hampir 3 minggu di bumi kelahiran.

Sepanjang 3 minggu ini, ana dan sahabiah2 kecintaan turun ke sekolah2 menengah di daerah tercinta membuka ruang perbincangan yakni usrah bersama adik2.  Betapa banyaknya hati-hati yang dahagakan tarbiyah yang perlu disentuh agar tumbuh subur menjadi tanaman berguna buat generasi seterusnya di daerah ini.

Balik sahaja dari usrah tadi ana mendapat satu mesej dari seorang adik usrah yang baru dikenali..

" Akak, adik tahu adik ni x baik.. perangai pun nakal, solat pun jarang.. tapi adik nak jadi baik kak..sebenarnya adik dah lama cari siapa2 yang sudi bantu adik, didik adik.. ;(  "

Terkesan di hati... betapa nakal pn insan ini, tetap saja di hati punya rasa untuk berubah jadi insan yg lebih baik...subhanaAllah...

Melihat kepada adik-adik hari ini, kita boleh sendiri membanding beza generasi dulu dan kini.  Betapa hari ini kita terlalu jauh dari nilai-nilai islam yang sebenar.

Generasi kegemilangan islam terdiri daripada para sahabat. Mereka satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir. Iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam.

Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi' tabiin..yang kini sudah semakin hilang.Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah. Mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan "penyakit berjangkit yang membawa maut" yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang akan menjangkiti umat akhir zaman, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.Mereka telah menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
Dan orang-orang yang kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini ; buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).
Inilah yang menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi, dihormati dan digeruni tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. dengan nafsu mereka sendiri. Dahulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.Umat islam sekarang, cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki.

Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia! Benar atau tidak? 

Sedarlah umat islam agama kita sekarang diperlekeh orang, mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? 

Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati, insyaAllah mati mereka mati syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku, apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat, kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam berpenyakit, maka bayangkan 5-7 tahun lagi, mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek "kepala otak" kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat yang seperti ini? 


Saidina Umar Al-Khattab berkata "kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang". Bagaimana remaja kita?

Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?"
Lihat. Ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu, tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!Sedarlah saudara-saudara seislamku, ummat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A'raf,surah ke-7 ayat ke-164.
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasIhati kaum yg Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu; supaya mereka bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).
Jadi, tugas kita untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya meLahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata:



"Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu". Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam.

Bukan susah pun. Apa yang perlu kita buat?

1. ubah diri sendiri, dalam masa yang sama. Bukan nanti
2. sedarkan kawan-kawan, keluarga dan orang yang hampir dengan kita
3. memilih pemimpin yang benar-benar mempraktikkan Islam dalam dirinya, keluarganya hatta dalam pemerintahannya.


Anda ada kuasa untuk menukar pemimpin? Ada. Tunaikan kewajipan kita pada PRU-13 nanti. Pakat pilih pemimpin yang beriman, bertaqwa, isteri dan keluarganya menutup aurat dan mengamalkan Islam sepenuhnya serta boleh menjadi imam bukan setakat di masjid malah dalam segenap sudut.


Salam perubahan!


Thursday, June 30, 2011

Kepekaan Jiwa Seorang Da'ie

"Sekiranya kita melihat keadaan ummat Islam hari ini dengan kacamata Iman tentu kita akan menangisinya. Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Musuh-musuh Islam terus menerus melancarkan gerakan untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya menghina ummat ini dengan sehina-hinanya. Sedangkan pemuda-pemudanya yang menjadi modal dan harapan kebangkitan semula ummat ini masih terlena. terlena dengan irama dan lagu yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam hingga melumpuhkan semangat dan daya juang mereka...hinggakan 'Kemahuan' yang menjadi asas kebangkitan turut terpadam bersama menungan dan lena yang panjang."

waterfront, Bintulu
Da’ie diharapkan memiliki darjah kepekaan yang sangat tinggi dalam menyerap kepentingan, hajat dan keinginan masyarakat, terutamanya keinginan kepada keamanan dan keimanan yang kadang-kadang berlaku di luar kesedaran mereka.

Syed Qutb pernah membayangkan dirinya berada di atas bukit yang tinggi dan membayangkan masyarakat sebagai kanak-kanak yang bermain dengan pisau tajam yang akan memudharatkan diri mereka sendiri.

Abbas Assisi pernah suatu hari menangis melihat ummat yang rosak dan ketika itu Imam Hassan Al Banna mengatakan padanya “Sekarang baru kamu faham makna dakwah”.

Kepekaan ini akan menggerakkan jiwa dari terus berehat. Seorang Da’ie yang peka terhadap permasalahan ummat akan merasai kepedihan dari jaluran pada luka-luka di tubuh ummat. Jiwanya gelisah dan tidak dapat memejamkan matanya ketika orang lain sedang nyenyak diulit mimpi. Apa tidaknya, setiap hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat sedangkan luka-luka semalam masih belum sembuh. Hati-hati ummat semakin hilang kepekaan dan sensitivitinya kepada tuntutan keimanan sedang kebendaan terus mengembalai mereka dengan penuh keangkuhan dan kezaliman.

Kepekaan ini menjadikan jiwanya bergantung penuh pada rahmat dan kekuasaan Allah, munajat mengiringi pagi dan petangnya manakala malamnya adalah saat-saatnya tersimpuh dengan penuh tawadhu’ memohon pengampunan dan kekuatan Ilahi. Kepekaan ini memancarkan satu sumber kekuatan yang menjalar melalui urat sarafnya dan berdenyut senada dengan degupan jantungnya hinggakan segala permasalahan duniawi dipandang enteng dan sedikitpun tidak mampu menghentikan langkah-langkah perjuangannya.

Umar bin al-Khattab RA selalu berjalan di malam gelap-gelita memeriksa keadaan rakyatnya. Apa yang terjadi di tengah kehidupan mereka, apa yang muncul daripada benak mereka, apa yang menjadi perbincangan utama di tengah rakyatnya. Hatinya selalu terpaut dengan hati rakyatnya, fikirannya sentiasa terkuras untuk meringankan kepedihan hati mereka. Nuraninya berusaha memberikan jalan terang bagi kegelapan rakyatnya. Umarlah yang memikul sendiri makanan untuk ibu tua miskin di malam hari. Umarlah yang merasa gelisah jika melihat orang bawahannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kemudahan jawatan yang dia miliki. Nuraninya hidup memancar menebarkan rahmat bagi semesta.

Kepekaan Rasulullah SAW sendiri dilukiskan oleh Al-Quran dalam firman Allah berikut, “Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman”. (At-Taubah:128)

Rasulullah SAW pernah suatu hari solat dalam keadaan tubuh badannya mengeluarkan bunyi geretu tulang-tulangnya, menyebabkan sahabat-sahabat lain gelisah. Selesai saja Solat, Saidina Umar terus bertanya “Ya Rasulullah SAW, adakah engkau sakit?” Jawab baginda “Tidak”. Saidina Umar bertanya lagi “Kenapa kami mendengar tulang-tulang kamu berbunyi begitu dan engkau bergerak dalam keadaan payah” Rasulullah SAW lalu mengangkat bajunya dan ditunjukkan ketul-ketul batul yang diikatkan diperutnya. Umar dengan penuh kesedihan berkata “Ya Rasulullah, adakah sekiranya kamu meminta kepada kami, kami tidak akan penuhi permintaanmu?” Jawab baginda “Bahkan kamu akan penuhi apa saja permintaan ku tetapi aku takut di Akhirat nanti aku dipersalahkan kerana membebani ummatku.” 

Kepekaan harus menjadi sebahagian daripada nafas kepedulian kita, dari darah budaya kerja kita dan dari degup jantung kita. Keperihatinan yang menjadi pancaran dari untaian indah keimanan kita, bahawa “barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan orang mukmin yang lain, maka dia bukan sebahagian daripada mereka”. Kepekaan akan menjadi sumsum yang menguatkan makna tarbiyah kita dan akan menjadi darah yang melincahkan gerak tarbiyah dan dakwah kita!



~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "