Thursday, December 30, 2010

Cinta Pandang Pertama: A memoir..

Asrar Berbicara:



 A memoir...

Assalamualaikum...

Allah..lamanya asrar x mencatat sesuatu di teratak kasih asrar ni..seakan-akan terlupa kewujudan Titisan Embun..
sibuk? emm..mungkin juga..ada kepentingan lain di luar..alhamdulillah, selasa lepas kemuncaknya..moga semuanya terus istiqamah..insyaAllah..

Jatuh cinta?

waahh..nampaknya asrar sudah jatuh cinta! ^_^ dengan siapa ek? heee..siapa dia yg istimewa disamping shbt2 asrar yg lain..

Asrar bertemu dengannya di rumah Allah..pertemuan pertama bermula di tempat yang insyaAllah penuh dengan barakah wa rahmah dr Allah..  Orangnya sempoi, selamba..tp COMEL! ^_^ Gelagatnya sangat nakal dan mencuit hati, terutama bg asrar yg suka gelak ni.. =_=

Pertemuan yg kononnya bermula dgn malu2 arnab heee.. *suka ati jer.  Balik umah jer asrar pun send la mesej kat dia..borak2 sket...gelak sesorang depan handset..mcm org x betol gak..ok, dah mula rapat ni heee..macam ada chemistry lak..

Kali kedua asrar bertemu dengan dia masa rehlah..emmm..asrar tak banyak borak dengan dia sebab asrar sibuk dengan adik2 yang lain..

Satu hari ni asrar teringin nak makan mangga muda..*ada gak gaya org mengidam...asrar pun mesej la dia ni..pastu dia ckp "pegila sini kak, rumah adik ada banyak mangga" ^_^

Kecik tapak tangan sebesar kete asrar tadahkan heee...asrar pun apa lagi esok2nya plan nak gi umah dia..  Pecut kete, vrooommm...sampaila asrar kat umah dia..weeeee...*cpt jer

Sampai umah mak dia sambut hehe..peluk cium, lepas tu mak dia ckp "tulah putih, kucing tu, mala baru mandikan dia" di sambut dengan kucing lak hehe.. kucing yang gemuk+comel+putih+berat..bak kata adik "akak xdpt angkat dia, berat...akak kan kurus" ceh... "-_- tp mmg gemuk dan berat..haih..mesti keje dia mkn jer..bangun2 jer cari makan..erk? adik yg ckp bkn akak.. 


Haaa...ni gmbr putih...*dia tido dah masa ni..tp kitorang kacau dia heee.. ^^, comel kan???? tp kalau waktu siang dia COMOT sbb dia suka berguling2 kat tanah.. '-_-

Lepas main dengan kucing kitorang makan mangga muda...huh...sedap! heee.. malam2 lak adik tu bawak asrar minum air kelapa muda..then, belah kelapa tu..dah lah gelap, tapi best sgt..gelak jer kat bawah..mak adik dengan kak ipar tengok jer gelagat kitorang..kalau igt balik, asrar senyum jer.. ^__^

Walaupun baru jer kenal dgn adik..tp banyak memori yg tercipta antara kami...memancing sambil berusrah, berjalan2, masak sama2, borak sambil lepak kat jendela, banyak lagilah...x mampu nak gambarkan dengan tulisan asrar ni..

Jom tengok gambar kampung adik asrar ni..


Cantik x? cantik x? adik cakap cantik..jadi asrar pun iye kan jelah heee.. ^^,

"akak, nak tengok tasik x?"
"kat mana?"
"nak x nak?"
"nak"
"jom!"

ingatkan jalan kaki ker..rupa2nya merempit...hehe...ikut jelah....

subhanAllah cantik tempat dia...x sia2 jugak ikut adik walaupun jalannya agak berlopak disebabkan hujan dan kitorang hampir jatuh kat selekoh..huh..


ni masa nak naik kat atas...
"akak, tangkap la gmbr"
"malas!"
"ada camera pun x guna, apala kakak ni!"


*sapelah org kat depan tu meninggalkan kakak dia keseorangan kat belakang heee..
"adik, tunggu...."
"kakak ,lambat..tangkap gmbr pun lambat"
"tadi dia yg suruh"
"hmmmm..."


"boleh mancing x kat tasik tu dik?"
"x boleh!"
"erk? apa la guna tasik kalau mcmtu..mcm diorg yg punya jer"



"adik, tgok cantik!"
"memang cantik pun...kakak jer yg xtau"
poyo... "=_=


tempat bersejarah heeee.. =p ada org tu hampir jatuh sebab asrar tolak ngeee... *break rosak yer dik?


"cantikla kak..sebabnya hijau..kan"
"xlah..cantik sebab putih kat atas tu"
"=_= asek2 pasal warna...


adik & kakak 4 ever... ^_^
gaduh2 pon, tetap syg kan dik...


mala & kak asrar- syg fillah

 huh...letih...tapi subhanAllah best! ^_^

lepas tu gi umah asrar lak...kitorg memancing!! best...*adik suka bwk asrar wat keje yg asrar x buat hee.. :p

comel x ikan kitorang? hihihihi...best sgt!! paling excited masa nak tarik ikan tu..waaaaaahh...satu kepuasan.. *asrar gaya mcm xpenah memancing jer...



"kak, ikan apa tu?"
"ntah, ikan pelik dik.."
"tipu...nanti tanya mak kakak la"
"hmmm...okies!"


Rindunya saat itu..tengah wat entry ni pun dia tgh menyandar kat sebelah asrar..tengah main game..gila game budak ni..asrar balik2 marah dia...heeee..marah2 syg kot.. :p

uhibbukifillah abadan abada...

"kak, kenapa persahabatan selalu x kekal?"

emmm...akak x menjanjikan persahabatan kita, ukhuwah kita kekal selamanya dik..cuma akak hanya mampu berusaha utk kekalkannya..syg fillah adik.. moga ukhuwah ini membawa ke jannah..

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya."


"adik tengok bulan..cantik kan..bulan penuh.."
"waahh...bulat..mcm mata kakak"
"erk? ok la..nanti adik tengok bulan, adik ingatla kakak"
"ha'ah..kakak mata bulan" "=_=


"kak, cantiknya...banyak bintang.."
"akak dari kecik tengok.."
"kak, jom cari bintang paling terang"
"yg tu!"
"bukan"
"emmm...malas la..heeee"

Seindah sinar ukhuwah kita..


p/s: beberapa hari lagi nak balik u...will always miss u adik...



Monday, November 29, 2010

Bersangka baik sayang...

Ya Allah..aku mohon padaMu..janganlah Kau biarkan aku sentiasa dalam curiga..tetapkanlah hatiku untuk sentiasa bersangka baik dengannya.. ya Allah berdosa kah aku kerana menyangka yg bukan2? bukan pintaku ya Allah..tapi Kau Maha Melihat apa yang hambaMu ini lihat..astaghfirullah..

Ya Rabbi..hanya Kau mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi..andai prasangka buruk ku ini membawa sesuatu makna ya Allah..Kau tunjukkanlah padaku akan kebenarannya..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui betapa hati serta jasad hambaMu ini tersiksa dengan prasangka ini ya Allah..kau jauhkanlah aku daripada prasangka ini andai ianya hanya mainan daripada syaitan semata yang tidak putus menyesatkan dan memutuskan uhkuwah sesama umat islam..

Aku mohon petunjuk dan hidayah daripadaMu ya Allah..moga keredhaanku mendahului rasa kekecewaan ku ini ya Allah...

Thursday, November 18, 2010

I will stay away...

Bila asrar fikir dan renung..

Asrar rasa asrar ni menyusahkan dia...
asrar banyak mengganggu dia...
asrar bukan kawan yang baik...

Asrar tengok dia juga seolah-olah nak jauhkan diri dari asrar
ya...xpe..asrar tak kisah...
asrar tak buruk sangka..
asrar faham kenapa...

Cuma asrar harapkan dia tabah..
asrar tahu dia kuat..
asrar sentiasa doakan yang terbaik buat dia..
asrar nak dia sabar dan tenang dgn ujian itu..

Asrar taknak lagi menyusahkan dia..
asrar tak mahu ganggu dia lagi..
asrar ingin yang terbaik buat dia..

Asrar bukan yang terbaik, asrar bukan kawan yang baik..dia punya ramai lagi kawan-kawan yang baik berbanding asrar..

Jadi, asrar buat keputusan nak jauhkan diri dari dia..no tears dear..asrar kuat, asrar sabar, tabah dan tenang.. asrar ingat pesan kak fatin..sakit..ya..sangat sakit..tp xpe..sakit ni biarlah jadi penawar dosa buat asrar..

Nad cakap nak tengok happy ending, tapi ini bukan fairytale..sad ending? x jugak..Allah berikan yang terbaik buat setiap hambaNya...asrar banyak belajar dalam hidup, tak semestinya apa yg kita nak tu adalah kebahagiaan buat kita.  Kadang2 dalam mengejar apa yang kita inginkan membuatkan kita terlepas sesuatu yang sebenarnya mampu memberikan kita kebahagiaan berbanding apa yg kita kejarkan itu.

Buatmu, 1st thing 1st...gapailah impianmu..kejarlah matlamat utama dalam hidupmu...asrar undur diri..

Wednesday, November 17, 2010

Risau: usah kecewa..redhalah

Mesej yg asrar terima petang tadi membuatkn asrar tersangatlah risau..tak tahu kenapa.. Buat kerja kat surau tadi, asyik pikir benda tu jugak. Buat muka hepi, ketawa tapi sebenarnya dalam masa yang sama hati risau sangat..

Ya Allah..risaunya kat dia...maaflah, asrar ni tak reti nak bagi kata2 semangat kalau dengan orang berkenaan..xtau kenapa..segan rasanya..asrar hanya mampu doa moga Allah kuatkan hatimu dan redha lah..mudah2an keredhaan itu melenyapkan rasa kecewamu. Usah persoalkan kebolehan kerana Allah bagi setiap daripada kita kebolehan. Sebenarnya kita mampu, kerana itu Allah berikan ujian. Allah tangguhkan kejayaan untuk menguji keimanan dan istiqamah kita. Bukankah orang2 yg beriman itu akan diuji? bukan sewenang-wenangnya kita mengatakan kita beriman tanpa di uji..maka di sini lah bukti keimananmu samada benar atau cuma sekadar lisan sahaja.. ^_^

Semua orang pernah gagal.  Cakap tentang kegagalan ni, semua orang pernah rasa, asrar tidak terkecuali.  Sakit rasanya, bertahun-tahun berada di atas, tiba2 jatuh tersungkur di bawah.  Itu yang asrar pernah lalui, sakitnya usah dikata, perit, tambahan pula dengan kata2 orang sekeliling.

"kenapa dengan dia? bukankah dia dulu best student kita dari form 1 sampai from 5 lak tu?" "eh, dia kan best student  SPM sekolah kita, kenapa jadi macam tu?"

Best student? best student juga manusia biasa.  Asrar manusia biasa, tak selama2nya kita akan berada di atas.  Itu yang asrar belajar dari kegagalan lalu.  Kadangkala silap kecil itu, mengundang kesan besar dan kegagalan besar dalam hidup kita. Namun hakikatnya, jika kita membelek sejarah-sejarah insan hebat dan berjaya hari ini, mereka semua sebenarnya insan-insan yang tidak takut untuk gagal. Kenal Thomas Edison? Tau sejarah KFC? hayati sejarah ISLAM?

Thomas Edison

Thomas Edison, berapa kalikah percubaan beliau dalam mencipta mentol?

100?

1000?

10000?

Ya, kali ke 10000 baru beliau berjaya. Sebab setiap kali gagal, tidak seperti kita yang mudah berputus asa, beliau sentiasa fikir, kalau ditakdirkan percubaan yang seterusnya berjaya, tak ke rugi setelah bersusah payah dari awal, sebab putus asa kali ni, menjadikan beliau gagal untuk selama-lamanya.

KFC

Pakcik tua ikon KFC tu, cuba teka berapa kali proposal ayam gorengnya ditolak?

Beliau buka kedai jual ayam goreng, tak laku dan bankrupt.

Setelah itu buat resepi ayam, dan jualkan di kedai-kedai makan lain. Tapi untuk membolehkan produknya dijual di kedai-kedai tu, beliau terpaksa membuat kertas kerja, pembentangan dan sebagainya untuk meyakinkan peniaga bahawa ayamnya sedap dan akan laku jika dijual.

Tapi hampir setiap kedai yang beliau pergi semua menolak. Malah ada yang bersama penghinaan,

“Alah..ayam goreng camni je..boleh laku ke…”

Entah berapa kali, yang pasti mencecah ribuan kali, bererti ribuan kedai sudah beliau lewati, dah la bankrupt pada permulaannya, barulah ada kedai yang mahu menerima ayam gorengnya. Masanya pula hampir mencecah bertahun-tahun.

Tapi apabila ditanya, tak rasa membazir masa ke awak pergi kedai-kedai sebelum ni, tapi kene reject? Banyak tu..

“Tak la..sebab setiap kali kene reject, saya dapat improve pembentangan saya, kertas kerja saya, gaya penyampaian saya dan lain-lain…”

Sejak itu KFC yang dulunya menumpang di kedai orang lain, kini francaisnya berterabur di seluruh pelusuk dunia.

Sejarah Islam

Malah, kalau kita teliti kembali sejarah Islam, sejarah Rasulullah SAW menyampaikan agama ini, berbagai-bagai dugaan dan rintangan.

Entah berapa ribu, malah juta kali barangkali dakwah baginda di reject.

Tempohnya pula, dari Islam itu turun ke bumi, sehinggalah pembukaan Kota Mekah, 23 tahun lamanya.

Betapa sabarnya Rasulullah SAW menempuh kegagalan demi kegagalan demi melihat Islam ini berjaya tersebar ke suluruh umat manusia di atas muka bumi ini.

Berapa ratus tahun pula masa yang diperlukan untuk umat Islam menguasai 2/3 dunia?

Ya, kesabaran terhadap kegagalan itu sebenarnya asbab kejayaan.

Kesabaran ini juga yang kita perlukan, untuk bangkitkan Islam ini kembali.

Jadi, kenapa takut gagal?

“Gagal lagi… gagal lagi… asyik repeat je….. Masa dari dulu gagal je, kalau begitu… bile nak happy ending-nye?!”

Mungkin itu yang terlontar dari mulut kita ketika ditimpa kegagalan. Sedih dan kesal perasaan kita, macam la Allah tak pernah bagi nikmat berjaya. Yakinlah, hakikatnya Allah menciptakan kita bukan untuk menjadi makhluk-Nya yang terus-menerus gagal atau menderita. Allah ingin agar kita selalu belajar dari kehidupan ini. Allah ingin beri kita nikmat berjaya itu kepada kita sebenarnya kerana benada yang senang diperolehi, senang juga untuk dilupakan.

Apa yang utama, bagaimana untuk kita melihat setiap kegagalan yang mendatangi hidup kita. Mahu lihat dan terus positifkah atau sebaliknya? Seperti kisah pakcik tua KFC tu, hakikatnya kegagalan demi kegagalan akan membuat kita semakin baik andaikata kita bangkit lagi dan terus memperbaiki diri, sehingga pada akhirnya kita akan mendapatkan hasil yang terbaik. Hakikatnya kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Ada orang jalannya nampak mudah. Usahanya nampak sikit, tapi hasilnya berganda. Kita yang seakan usaha berganda-ganda ini, kecil la pulak hasilnya. Ketahuilah besar atau kecilnya kejayaan itu subjektif sebenarnya. Ada yang berjaya memperoleh A dalam peperiksaan namun masih kecewa kerana tidak memperoleh A+. Tapi ada pula yang sangat gembira memperoleh C, kerana sekurang-kurangnya tidak perlu mengulang subjek yang sama. Hakikatnya kejayaan dan kebahagiaan tu bergantung kepada hati kita sendiri, sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan segala yang dianugerahkan olehNya. Bukanlah mahu menafikan usaha menjadi yang terbaik, usahalah selagi mampu, cuma jangan diperkecilkan setiap yang dianugerahkanNya kepada kita.

Semua kegagalan itu akan membukakan pintu kejayaan yang lebih besar bagi kita, sesuai dengan definisi kita tentang kejayaan itu sendiri. Kegagalan atau kekalahan memang pada awalnya akan terasa menyakitkan, tetapi jika kita tangganinya dengan fikiran yang positif terbukti ia adalah jalan untuk kita menjadi lebih baik, kerana kita tidak ada pilihan lain selain untuk terus memperbaiki diri agar tidak gagal lagi.

Samalah seperti kita makan ubat, mungkin kita akan merasakan pahit, nak muntah dan sebagainya, tetapi dari semua kepahitan itu pada akhirnya badan kita menjadi sihat. Lain halnya ketika kita minum air gas bikarbonat atau jus buah yang sedap dan manisnya luar biasa, tapi ternyata akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai penyakit. Kepahitan atau hal yang tidak senangi haruslah dihadapi dengan bijak. Agar kita dikurniakan sesuatu yang lebih berharga, berharga dari sekadar merasakan kesenangan yang tidak kekal. Jadi, berhentilah dari membenci atau takut terhadap kegagalan.

Hadapi dan bersabarlah dengan fitrah dan kegagalan sendiri.

Tanpa kekalahan dan atau kegagalan sebelum ni, belum tentu kita dapat mengenali kelebihan dan kekurangan diri kita. Sudah tentu kita tidak mampu untuk sematang ini dalam menangani ujian-ujian hidup. Inilah sebenarnya asset berharga yang akan membuat kita lebih berjaya di masa akan datang.

“terima kasih pada kegagalan!”.

Semoga kegagalan yang kita alami dapat kita jadikan tangga meraih kejayaan yang lebih besar dan penuh berkat.

Bangkitlah teman, raihlah cita-citamu yang mulia…!!~ :)



Wednesday, November 10, 2010

Bila Cinta

Saat jari-jemari ini rancak berlari diatas kekunci komputer riba yang banyak berjasa pada tuannya, hati terasa bagai hendak menangis, jiwa berombak-ombak, nurani seakan mahu menjerit. Dalam keasyikan aku mentelaah ilmu dunia semalam, aku menerima pesanan ringkas dari seorang rakan sekelas ku. Katanya, “asrar, tolong saya, saya risau dengan keadaan ‘dia’, ‘dia’ sudah seakan tidak percaya pada Tuhan”. Allahu Allah, aku beristighfar dalam hati. Ku pujuk rakan ku itu dengan kalimah Allah walaupun pada waktu yang sama, inginku menghamburkan kemarahan ku pada ‘dia’ itu. Di sini ku titipkan kata-kata ‘dia’ yang membuatkan airmata ku mengalir, marah ku menghampir. 

like i said..He hates me..and don’t want me..He keep throwing me back to darkness..even after i tried to go to Him..” 


“i'm so..tired to believe in anything..whatever i did to ask for forgiveness seems to be useless.” 

“this is his wrath to me..for did all the things i did..He doesn’t want anyone to help me..He want me to see me like this...” 

“i don’t deserve to be love by anyone..i don’t deserve to be with anyone..and..i don’t deserve to be help by anyone..He wanted me this way.. a lonely slave.” 

“i hate Him for making u leave me... u making it impossible for me to believe in Allah... I hate Him.. 

is He even real??? i'm not sure even is He exist or not..” 


Selemah itukah iman mu wahai sahabat? Sedarkah kau, kau hidup bukan kerana cinta manusia, kau hidup sehingga hari ini kerana kasih sayang Dia yang tidak terbatas, tanpa sempadan. Kenapa cinta manusia itu juga yang kau kejar, kenapa cinta itu juga yang buat imanmu rapuh! terasa ingin menghamburkan segala yang terbuku, menampar dan menggoncang dirimu agar kau buka mata yang selama ini buta dengan cinta haram itu sedar kau hamba Allah, bukan hamba manusia, ingin ku katakan kau terlupa, kau asyik dengan cinta manusia sehingga kau lupa yang menghidupkan mu bukan cinta itu tapi CINTA DIA. Ku bukan menghukum mu teman, kerana ku sedar ku bukan penghukum, ku hanya penyeru, penyeru cintaNya, cuma ku mahu kau sedar, hakikat cinta sebenar-benar cinta. 

Lihat sahabat-sahabat, kita renung seketika, pandang sekelilingmu. Terimalah hakikat ini dunia kita pada hari ini. Ini dunia yang kita bangga-bangga kan, ini dunia yang kita puja. Manusia terlalu mengagungkan cinta sesama manusia, terlalu bergantung hidup pada cinta manusia, dan bilamana cinta itu pergi dunia terasa terhenti, mati, tidak berguna dan lagi teruk bila jiwa dan iman turut mati! Aduhai kita, dimanakah letaknya cinta kita pada Allah? Tempat yang teratas kah, atau di bawah taraf kekasih haram kitakah? Bila cinta manusia diagungkan... 

Lupa kah kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada, sehingga sanggup mempersoalkan kewujudanNya, hanya kerana tidak sanggup menerima kenyataan di tinggal kekasih pujaan hati yang juga sebenarnya seorang hamba Allah yang hina, sama seperti kita, kita dan kita semua. Di mana kita sebagai remaja harapan, di mana penyambung perjuangan Salahuddin Al-Ayubi, di mana mata rantai Sultan Muhammad Al-fateh? 

Sahabat-sahabat yang ku kasihi kerana Allah, koreksi lah diri kembali..muhasabah cinta kita. Memang kita bukan manusia sempurna, kita bukan maksum seperti nabi-nabi, kita tak lari dari kesilapan tapi Allah beri setiap daripada kita peluang untuk terus memperbaiki diri. Peluang yang Allah beri kerana kasih sayang dan cinta yang meluas pada hamba-hambaNya. Sahabat, kalau lah engkau tahu, betapa setiap detik, setiap saat Allah rindukan hamba-hambaNya, Allah rindu mendengar rintihan kita, memohon padaNya tapi kita? Kita saja yang ego, sombong, jahil merasakan diri sudah terlalu cukup, kerana itu bila ujian datang mudah saja mengatakan Allah sudah tidak menyayangi diri kerana itu ditinggalkan sendiri. Jahilnya kita.. 

Para pengemis cinta Ilahi, mari kita bercinta bersamaNya, mencari tempat untuk kita di hatiNya, jika kau rasakan hati kau kosong, pergilah..carilah kegembiraan bersama teman-temanmu, kekasih hatimu, tapi pesanku takkan kau temui ketenangan itu melainkan kau cari Dia, kau isi hatimu dengan cinta Dia. Yakinlah biarpun si dia pergi, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik daripada itu. Bila mana keyakinanmu padaNya melebihi segala sesuatu, maka rasai lah kemanisannya.. 

Titis-titis jernih mula membasahi pipi, ya Allah..inginku lena dalam pelukan mu.. 

Entah hendak ku mula dari mana, 
untuk mempersembahkan semua bicara. 
Luahan kata dari sudut jiwa. 

Yang selalu resah biar wajah nampak ceria, 
yang selalu gundah biar ada senyum di hujung kata-kata.. 

Tertanya-tanya aku ada ketikanya; 

Aduhai Tuhan... 
Manakah letaknya aku di antara semua hamba-hambaMU..? 

Lebih rendahkah aku dari taraf sang semut yang tidak pernah berhenti berzikir mengagungkanMu? 

Atau lebih muliakah sang bulan & matahari yang setia & tak pernah mengingkari perintahMu? 

Atau tiada langsungkah tempatku dalam rahmatMu? 

Maka, tanpa dapat ditahan-tahan, jatuhlah air mataku berjuraian bila terkenangkan semua itu. 

Wahai Allah..
Biar tiada cinta manusia untukku di dunia ini..
Akanku cuba sedaya redhakan hati.
Asalkan dapat kuraih cinta dariMu.

Yang amat mendamaikan,
Membahagiakan..
Melapangkan semua kesempitan hatiku..
Menghangatkan semua kedinginan jiwaku..

Kerana cintaMu Allah,
Aku bertambah kasih pada RasulMu,
Aku bertambah sayang pada agamaMu,
Aku bertambah cinta pada ibubapaku..

Sungguh...
Berikanlah aku peluang wahai Kekasihku..
Untuk menyempurnakan cinta ini..
Dan menjadi tetamu jiwa-Mu..

Agar akhirnya,
Kan dapat ku bertemuMu & menatap wajahMu..

Dalam kerendahan jiwa, dan kerapuhan iman..
Kurayu ampunanMu.. 

ya Allah..
Izinkanlah ku raih cinta-Mu.. 



p/s: moga dia sedar hidup ini bermakna jika Allah matlamat utamanya, bukannya cinta manusia yang sentiasa mengecewakan dan menyakitkan..



Sunday, November 07, 2010

URL blog sudah bertukar.. http://asrarsafiya.blogspot.com

Assalamualaikum...

Buat semua sahabat2 ana di titisan embun...ana sudah tukar url blog ana...

Ini adalah url blog yg  baru http://asrarsafiya.blogspot.com

Semoga terus berkunjung ke kanvas cinta ana ini..salam sayang fillah wa lillah.. ^_^





Wednesday, November 03, 2010

Berhentilah Menanti Hari Itu...



"Ya Allah, ini adalah perginya malamMu dan datangnya siangMu. Suara permohonan kepadaMu, maka ampunilah aku..." [petikan awal doa rabitah waktu pagi.]
Alhamdulillah...Allah masih memberi kesempatan untuk melakar di kanvas cinta ini.seingat ana sudah hampir sebulan ana membiarkn kanvas ana ini kosong dan sepi tanpa lakaran yang baru..bukan tidak punya masa, tapi diri sendiri yang kadang2 ada masanya terlalai dan terleka..

Udara subuh tadi sangat dingin. Sementelah hujan turun secara rutin selama beberapa hari ini dan matahari pun seakan malu untuk menyimbahkan cahaya ke bumi Kenyalang ini.

MasyaAllah... aku sangat rindukan rumah. Rindu pada ibu, kakak, kucing dan semua yang ada di rumah. Kerinduan itu bertambah menekan tatkala diri ini dihambat sepi ditinggalkan keseorangan. Bilik jiran kiri, kanan dan hadapan nampak suram & gelap tanpa cahaya neon menandakan tiada penghuni.

Namun, alhamdulillah... kesepian ini telah mengajarku pelajaran yang lebih baik & langsung tak pernah ku terfikirkan. Maka haruslah aku sedari bahawa kesepian, kesunyian, kesuraman tatkala ditinggalkan keseorangan di alam barzakh itu lebih dahsyat & perit berganda-ganda dari yang akalku boleh bayangkan.

Sesungguhnya, cukuplah mati itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri & mengekang nafsu untuk berbuat jahat, jika kita adalah orang-orang yang berfikir. Mati itu adalah dahsyat, ngeri, tersangat sakit, derita, menakutkan, mengazabkan. Tetapi, hakikatnya hal itu adalah pasti. Mati itu pasti akan kita hadapi.

Harus kita ketahui, sedangkan baginda rasul saw yang paling dicintai Allah dan para malaikat termasuk sang izrail itu juga menderita sakit saat menghadapi sakaratul maut. Walhal, malaikat izrail telah menggunakan cara yang paling lembut untuk 'menjemput' baginda. Itu Rasulullah saw.

Maka, dapatkah kita bayangkan, atau terfikir, apatah lagi bagi insan yang penuh berlumur dosa seperti kita, kita & kita ini. Astaghfirullah hal adzhim... tidak mungkin akan dapat tergambar di fikiran, bagaimanakah agaknya rupa paras malaikat izrail yang akan datang menjemput kelak; maniskah, hodohkah, dahsyatkah, ngerikah, atau sangat menakutkankah?

Sesungguhnya, semua itu tergantunglah pada iman & taqwa kita. Itulah yang bakal menentu mana penghujung kita; samada penghujung yang husnul khatimah atau sebaliknya.

Telah dibentangkan padamu pilihan jalan-jalan yang jelas & nyata, maka buatlah pertimbangan yang baik, sesungguhnya Allah tidak akan & tidak pernah menzalimi hambaNya bahkan kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. Kita sendiri yang mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Kita.

Renungilah sabda baginda rasulullah saw ini;
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh & mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya; itulah Al-Quran & sunnahku."

Hidup ini ibarat meniti titian yang rapuh jika kiranya kita hidup tiada berpedoman, tiada berpegangan, tiada aqidah yang dipasakkan ke bumi jiwa untuk menuntun diri untuk melalui jalan kehidupan. Apalah maknanya hidup ini jika langsung tiada rasa terhadap Allah, rasul & islam...?

Lambakan kes-kes keruntuhan moral, sosial, atau akhlak hari ini sebenarnya adalah berpunca daripada lemahnya iman dalam diri, goyahnya aqidah pegangan diri. Bukan kalimah syahadah yang menjadi pasak hati tetapi diri terumbang-ambing mengikut telunjuk syaitan, nafsu, si kafir, si munafik & mengikut hati kita yang hitam itu sendiri.

Apalagi jenayah yang tidak pernah ditulis di dada akhbar? Bunuh, bakar, kerat, tanam, rogol, zina, sembelih, tikam, ragut, rempit, buang anak, buang bapa, buang ibu... apa lagi yang tidak ada? Apa?

Bayangkanlah betapa rendahnya moral remaja kita hinggakan budak hingusan 12 tahun pun sudah pandai berzina. Itupun dengan 3 lelaki bukan mahramnya sekaligus! [berita di klik sini.] Itu cerita remaja kita. Apa pula halnya dengan cadangan kerajaan untuk menjadikan malaysia sebagai hub hiburan dengan membina lebih banyak spa & kelab malam? alasannya untuk menjana ekonomi. [berita di klik sini. Ikuti ulasan ustaz hasrizal di sini. Ikuti ulasan UZAR di sini.]

Mungkin sahaja berita ini dapat menyejukkan sedikit gusar hati. Namun, apa saja boleh terjadi jika sifat tamak menguasai diri.

Astaghfirullah hal adzhim... aduhai negaraku. Apa sudah jadi? Apa mahu jadi? Apa yang bakal terjadi...?

Renungilah firman Allah ini;

Ertinya: Siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya & menghilangkan semua kesusahan & menjadikan kamu khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan yang lain? Amat sedikitlah kamu mengingatiNya. [An-Naml: 62]

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan di atas tadi, hidup ini harus berpegang pada syahadah, aqidah, islam. Berpeganglah pada tali Allah. Berpeganglah pada pesanan rasulullah saw. Peganglah syariat islam melalui Al-Quran & sunnah. 

Tidak guna pandai, cantik, berkarisma, kaya, bijak, berpandangan jauh, bermisi-visi, brilliant, magnificent, semua itu tidak guna langsung jika kita tiada beragama. Kita sepatutnya adalah khalifah yang membawa nama agama.

Ya, mungkin kita akan terasa, terluka jika dikatakan tidak beragama.

"Hei, apahal kamu kata perkataan 'tak beragama'?"

Kita, oh kita semua... jangan jadi sombong bodoh dengan mengatakan "Aku islam. ya aku Islam.."
Jika non-muslim bertanya pada kita apa itu islam, siapa itu islam, mana orang islam... mampukah kita menjawab;

"Akulah islam itu. Kamu boleh lihat islam itu dalam diriku. Kalau kamu nak tahu islam itu bagaimana, tengoklah diriku."

Bolehkah kita menjawab begitu?

Kitakah islam itu?

Kata imam Al-Ghazali, andaikata kita mahu melihat kekuatan islam di sesuatu negara itu, lihatlah pada remajanya yang mana bakal pemimpin negara itu kelak. Lihatlah keimanan & ketakwaan remaja negara itu yang mana menjadikan islam itu ad-din suatu cara kehidupan.

Bukankah kini, kita tidak lagi menjadikan islam sebagai cara hidup. Bahkan kehidupan kita tidak lain hanyalah hiburan, hiburan, hiburan. Buka tv, program anak-anak kecil sampailah yang sudah berusia semuanya melibatkan hiburan. Hiburan, suka-suka, menari, menyanyi, berlakon, gelak-gelak, tepuk tampar. Samada kita sedar atau pun tidak, Inilah cara hidup kita sekarang. 

Sampai bila kita mahu memenuhi hidup kita dengan hiburan? Sampai bila? Sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapi kemurkaan Allah? Tidakkah kita ini terlalu bodoh? Kita ini pekak, tuli, buta & cacat mental kah? Tidakkah kita membaca, melihat, mendengar, serta berdiskusi tentang terlalu banyak amaran daripada Allah swt. 

Begitu banyak bala yang Allah timpakan di negara-negara kejiranan kitaBencana alam bertimpa-timpa, wabak penyakit silih berganti. Tidakkah kita menggunakan akal kita untuk berfikir & mentafsir? Lantas, mengapa kita tidak mahu kembali bertaubat, memohon keampunan Allah serta kembali kepadaNya? 

Persoalannya; tidak takutkah kita kepada Allah?

Mari kita hayati & mengkaji tafsir Surah Ibrahim dari ayat 27-30;


Ertinya: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Ertinya: Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukarkan nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?

Ertinya: (Iaitu) ke dalam neraka Jahannam yang mereka akan menderita dalam bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.

Ertinya: Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".


Ada satu riwayat menceritakan sahabat nabi saw; Anas bin Malik r.a jatuh pengsan saat membaca satu surah di dalam Al-Quran kerana begitu takutkan Allah.

Bagaimana pula dengan kita sahabat-sahabat? Apa perasaan anda saat matamu menatap bait-bait tafsir surah Ibrahim di atas?

InsyaAllah, ini analogi mudah. Bayangkan, kita punyai satu rumah banglo yang besar, indah, dipenuhi perabot-perabot mahal, infrastuktur semuanya hebat. Lalu, kita tumpangkan rumah itu kepada beberapa manusia untuk menginap di situ dengan percuma.

Pertamanya, manusia-manusia tak tahu malu itu langsung tidak berterima kasih pada kita sebagai tuan rumah. Keduanya, mereka merosakkan perabot-perabot mahal kita. Ketiganya, mereka menyepahkan kawasan rumah & berbuat kerosakan. Keempatnya mereka membuat maksiat terang-terangan di hadapan kita. Sangat bersahaja dan tidak ada malu langsung pada kita sebagai tuan rumah. Sudahlah duduk percuma, buat banyak hal pula. Agak-agaknya, apakah yang kita rasa kala itu?

Itulah yang kita sedang buat wahai teman-temanku. Itulah kita. Kita hamba. Duduk menumpang di bumi Allah ini. Sudahlah Allah bagi udara, makan, pakai, tempat tinggal, cukup sifat pancaindera, namun kita masih bermuka tembok melakukan kemungkaran & enggan bersyukur dengan rahmatNya itu. 

Tidak sedarkah kita bahawa Allah itu terlalu Pengasih & Penyayang terhadap kita? Kita gunakan rezeki & nikmat ini untuk bermaksiat, melakukan kemungkaran, tetapi Allah tidak menjadikan kita buta walau kita gunakan mata ini untuk berzina. Allah tidak pekakkan telinga ini walau kita gunakan ia untuk bermaksiat. Tangan, kaki kita tidak kudung walau kita gunakan anggota tersebut untuk mencuri, berjudi & melakukan kemaksiatan.

Wahai, kita, kita, & kita semua...

Janganlah kita berani-berani mencabar kekuasaan Allah. Jangan sampai Allah mengarahkan sang air untuk membasuh bumiNya ini yang telah kita kotorkan dengan najis-najis dosa & maksiat kita. Jangan sampai Allah gunakan api untuk membinasakan kita kerana kejahilan & kezaliman kita. Jangan sampai Allah gunakan angin untuk memutar beliungkan semua kejijikan & kebiadapan kita. Jangan sampai Allah mengarahkan malaikatNya untuk menterbalikkan negara kita ini ke dasar bumi kerana murka dengan kederhakaan kita. Air, Api, Angin & Malaikat itu adalah hamba Allah yang sangat setia. Mereka akan terus melakukan perintah Allah  jika Allah mengarahkan demikian.

Hanya kita sahaja hamba yang jahat, zalim, bodoh, jahil, kejam, sombong. Percayalah, kita sedang menzalimi diri kita sendiri dengan membelakangi perintah Allah. Berubahlah, dan kembalilah ke jalan yang benar. Kita ini hanya manusia, takkan tertanggung oleh kita akan kehebatan kekuasaan Allah. Takkan tertanggung oleh kita kemurkaan Allah..

Wahai aku, kamu & kita semua, marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali. Mana letaknya kita kala ini di mata Allah? Lalu, di mana pula kita letakkan posisi Allah dalam hati kita? Bawah dari kedudukan kekasih haram kitakah?

Jika kita tidak mampu untuk menangis kerana takutkan Allah, maka menangislah kerana ketidak berdayaan itu. Malulah kita kerana ketidak upayaan kita itu. Malulah kita pada diri sendiri! Sedangkan rasulullah saw yang dikatakan kalis dosa [maksum] itu pun sampai bengkak kakinya kerana bertahajjud memohon keampunan Allah. Baginda menangis sepanjang malam kerana takutkan Allah. Inikan pula kita sebagai umat akhir zaman. Apa pula ceritanya kita ini?

Kembalilah kepada Allah. Kembalilah kepada posisi sebenar kita sebagai hambaNya. Kembalilah bertaubat & menyesali dosa-dosa yang telah, sedang & akan dilakukan. Kembalilah kepada Islam yang sebenar-sebenarnya. Bukan sekadar status agama pada kad pengenalan.

Tegakkanlah 6 rukun iman, 5 rukun islam, hayatilah semula makna iman & islam. Kenalilah semula diri kita kerana kata imam Al-Ghazali,"manusia itu hanya akan mengenali Tuhannya apabila dia mengenali dirinya." 

Kenalilah asal usul kita & kukuhkanlah kembali pegangan kita, aqidah kita. Aku linkkan tazkirah dari akhi hilal asyrafdi sini. 

Perbanyakkanlah membaca Al-Quran & mentadabbur tafsir surah-surah yang kita baca itu. Buat permulaannya; apakata kita mulakan dengan membaca & bertadabbur surah Al-mu'minun? InsyaAllah, cukup untuk menyedarkan kembali diri yang sering terlalai dan terleka ini.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita & menyelamatkan kita dari azab seksa balaNya di dunia, azab seksa di alam barzakh serta menjauhi kita dari azab seksa nerakaNya yang tidak terperi sakitnya.

Janganlah sekadar menanti hari kemurkaan itu tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya, hari kembalinya kita kepada Allah itu boleh jadi hari yang sangat indah mahupun hari yang paling mengerikan.

Allahu 'alam.  

p/s: mohon maaf atas semua kekasaran bahasa. Hanya mahu mengingatkan diri dan semua tentang hakikat sebenarnya. 

Hari peperiksaan semakin hampir. Doakan kejayaanku dunia dan akhirat. insyaAllah. Rahmat Allah bagi kalian. Mudah2an.



Saturday, September 25, 2010

Senja Bertasbih di Bumi Kenyalang

Bismillahirrahmanirrahim...
Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan.Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu. (QS. 13:2)
Assalamualaikum w.b.t...

Setahun berada di bumi kenyalang tidak terasa bagiku, masa berlalu terlalu pantas.  Walaupun baru setahun tetapi terlalu banyak yang berlaku dalam masa sesingkat ini.  Gelisahnya hatiku petang itu membuatkan aku berdiri  di tepi tingkap apartmentku.  Sengaja mencari ketenangan.  Ku renungi dada langit.  SubhanAllah!! bagiku senja itu sangat cantik..perlahan2 bibirku melantunkan tasbih.. indahnya ciptaan Allah...



* pemandangan senja dari apartment



*zoom sket...

Hatiku sedikit tenang melihat keindahan ciptaanNya..perlahan-lahan airmata jernih menitis keluar dari empangan mataku.  Entah kenapa kali ini terlalu sukar bagiku, sukar untukku menetapkan hatiku membuat keputusan.  Bukan tidak pernah ku lalui ujian ini, tapi kali ini bagiku terlalu berat.  Berat kerana di hati ini ada sesuatu yang di impi sejak setahun yang lepas dan kini yang datang bukan yang seperti yang diingini.  Kekadang aku bertanya kepada diri sendiri, mengapa hidup ini perlu memilih?  Istikarahku belum lagi memberikan sebarang jawapan.  Aku buntu.  Aku cuba bermusyawarah dengan beberapa sahabatku, tapi hatiku seakan belum yakin.

Dia yang ku kenal setahun yang lepas bagiku seorang yang baik.  Diamnya mengawal perasaan membuatkan aku kagum.  Tidak tahu mengapa.  Ku rasakan sesuatu jauh di sudut hati.  Tapi ku abaikan saja, selagi hati ini milik Dia Yang Abadi biarlah dia menetukan siapa pemiliknya.  Aku merasa tenang begitu, diam itu lebih baik daripada menyatakannya terang-terangan.

Ramadhan al-mubarak yang lepas menganggu gugah lagi ketenteraman hati ini.  Dia yang datang melalui orang perantaraan yang sangat ku hormati membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak.  Dari apa yang dikhabarkan padaku dia seorang yang baik, baik juga agamanya jua akhlaknya.  Tapi aku bukanlah orang yang mentah2 percaya selagi aku tak kenal sendiri.  Ku katakan pada orang pengantaraan, aku cuba mengenali, tetapi aku sendiri tidak tahu bila untuk aku bersedia mengenalinya kerana hatiku merasa sedikit ragu.  Malam itu ku lihat gambarnya, sebelum tidur ku lakukan sedikit istikarah.  Tapi, hatiku masih kurang yakin.  Entahlah, bagiku aku masih terlalu mentah dan muda untuk semua ini.

Ku teringat pada seorang ukhti yang ku kenali di bumi kenyalang ini.  Dia seorang yang terlalu rapat dengan ku dan banyak berkongsi rahsia hatinya denganku.  Bulan lepas dia baru sahaja melangsungkan walimah, dari jauh kutitipkan doa buat mereka.  Pesanan ringkas yang ku terima daripadanya beberapa minggu yang lepas membuatkan aku merasa betapa bahagianya dia kini.

"Salam adikku sayang.  Alhamdlillah, merasai cinta halal selepas nikah.  MasyaAllah, doakan cinta kami kekal ke syurga."

Baru sebentar tadi ku terima lagi pesanan daripadanya...

"Salam asrar.apa khabar?akak alhamdulillah sihat disini.  Akak dan zauj menuju kelantan, untuk honeymoon.  Moga asrar sihat di sana.  Akak rindukan asrar! Kini barulah akak merasai cinta halal selepas nikah, amat indah, subhanAllah!"

Mengalir lagi airmataku membaca bait2 ayat itu.  Betapa rindunya aku padamu kak Iman dan gembiranya aku andai dirimu bahagia, kerana aku tahu betapa terseksanya hatimu sebelum ini.

Ingatan aku melayang pada kisahnya sebelum bernikah.. ketika risikan itu datang ku ingat kata2 kak Iman..

"akak dah buat istikarah asrar, tapi semakin akak lakukan istikarah semakin hambar akak rasa"

tapi itu dulu..lepas menamatkan pengajiannya sebagai pelajar perubatan dia ke jordan bersama keluarga menemui bakal zauj, dan masih segar di ingatan ku mesej yang ku terima darinya..

"akak dah jumpa bakal zauj akak...subhanAllah benarlah kata bila kita melihat muka pasangan kita barulah timbul perasaan sayang, insyaAllah akak bersedia"

aku tersenyum membaca mesej itu, aku tahu dia rijal yang soleh, penuh ilmu agama di dada..

sekembalinya kak Iman di Malaysia, ku terima lagi sebuah pesanan ringkas darinya...

"Salam asrar...akak sedih sangat..semalam kawan akak baru menyatakan hasrat dia nak melamar akak..dia kawan akak yang banyak beri semangat pada akak.  Dia tak tahu selama ni akak memang tunggu dia, tapi sekarang dah terlambat akak dah terima *****.  Akak tanya dia kenapa lambat, dia cakap dia tak berani.."

Aku turut menangis..entah kenapa saat ini kurasakan seperti itukah yang bakal ku lalui dengan keadaan ku sekarang ini.  Ingin ku terbang ke sisi kak Iman saat ini, ingin ku luahkan segala2 nya..tapi aku tahu, aku takkan mampu..moga segalanya berakhir dengan pengakhiran yang baik..


Buat dia yang dah lama ku kenali...

Ku tidak tahu apa ada di hatimu..tapi ku juga rasakan sesuatu..aku tidak pasti dengan keadaan kita, aku juga tidak yakin..perjalanan hidup kita masih terlalu jauh..masih banyak yang perlu diharungi..utamakan lah dulu perjuanganmu sebagai khalifah Allah, sebagai dai'e Allah, sebagai pelajar dan sebagai seorang anak.  Aku terima apapun ketentuan Allah buatmu dan diriku.  Moga itulah yang terbaik...

Buat yang belum ku kenali..

Aku tidak tahu seperti apakah dirimu..aku hanya mendengar cerita dari mereka..  mungkin tidak adil jika hanya mendengar khabar tentangmu..aku akan cuba mengenali..tetapi aku perlukan sedikit masa.. moga dirimu di sana sentiasa di rahmati Nya..jagalah dirimu, akhlakmu dan agamamu..moga Allah memberikan kita yang terbaik dunia dan akhirat..

Baru ku tahu betapa terseksanya hati saat terpaksa memilih..




Ya Rabbul Izzati, berilah aku petunjuk yang baik buat diriku dan orang2 sekeliling aku..wallahualam..

Thursday, September 16, 2010

Forget Yesterday, Live for Today!

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu akhbar..


Sesungguhnya tiada kata lain yang mampu diungkap oleh bibir diri ini yang sangat hina dan kerdil ini. Sungguh betapa bersyukurnya diri ini, kerna masih di izin Rabbul Jalil untuk berada dalam nikmat iman dan islam yang sangat indah dan penuh ketenangan ini. SubhanaAllah, begitu damai jika kehidupan ini disandarkan pada sesuatu yang pantas dan berhak untuk disandarkan, yang mencipta dan tidak diciptakan, yang memiliki segalanya, yang mengetahui segala sesuatu sama ada yang dilahirkan atau yang tersembunyi, itulah Dia, Tuhan Pencipta kita…Allah SWT…


Cuba kita renungkan bersama! Dalam kiraan masing-masing ye, sudah berapa lama agaknya kita meminjam nyawa, tubuh badan, akal, iman dan islam ini dari Khaliq? Dan dalam kiraan yang satu lagi jua, sudah berapa banyak ye, agaknya kita melakukan perkara yang dilarangnya? Dan sudah berapa amal kita, yang memberikan kita haq untuk berkata, “aku sudah melakukan perintah Mu”…? Yang mana lebih berat timbangannya, yang dosa atau yang pahala? Yang baik atau yang jahat?

Adakah saat ini kita sudah SEDAR? Belum? Atau sudah?...

Persoalan demi persoalan, diri ini tujukan pada diri sendiri, untuk mengira berapa banyak amalan diri ini berbanding usia diri ini…ada saatnya diri ini ingin menangis memohon pada Dia yang Maha Sempurna untuk diputarkan semula waktu dahulu agar diri ini mampu perbetulkan kembali kesilapan lalu. Betapa hinanya diri ini di hadapanNya.  Namun, itu semua tidak mungkin terjadi kerna Allah berfirman dalam surah Al-Asr (surah ke-103), “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.


Waktu itu, diri ini berfikir jua, jika Allah maha Mengetahui, mengapa tidak Dia jadikan semua hamba-Nya melakukan amal kebaikan, kan? Lantas satu jawapan jua muncul, kerana jika begitu mudah Allah memberi kita kemanisan berada dalam islam, jika begitu mudah Allah membiarkan kita merasai kejayaan…bagaimana kita dapat merasai nikmat syukur pada-Nya? Bagaimana kita dapat merasai pengalaman yang menjadikan kita tabah dan sabar dalam setiap ujian-Nya? Allah pencipta kita, Dia berhak untuk menguji kita…Allah pencipta kita, Dia berhak ke atas kita.


“Kadang kala terusik hati ini apabila disapa dengan kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati. Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapa begitu percaturan-Nya, kemudian disebalik keperitan itu, aku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujian-Nya, luas pemandangan ku walaupun sakit hanya seketika. Sabar, itulah yang paling bermakna, nikmatnya baru ku terasa indah. Disaat itu barulah aku ketahui, di sebalik ujian, ada kerahmatan, disebalik kesusahan, ada kemudahan, di setiap penderitaan, terselit kasih saying dari-Nya. Hebatnya Allah Rabbul Jalil, sedang kita tidak mengetahui.”


“Bila kekuatan yang dipohon, Allah beri rintangan untuk dihadapi. Bila kebijaksanaan dipohon, Allah beri masalah untuk diselesaikan. Bila kasih Allah yang dipohon, dugaan yang Allah beri untuk dihadapi. Dan setiap yang dipohon pasti diuji supaya diri dekat dengan-Nya yang Maha Mengetahui.”


“Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Dia yang mengetahui kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati dan nurani. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian-Nya datang kerana kasih-Nya pada hamba-Nya agar iman terus meningkat dan hati semakin dekat dengan-Nya.”


Kini usia diri ini 19 tahun 10 bulan 29 hari. Orang kata, usia mematangkan seseorang, bagi diri ini pengalaman dan ujian yang mematangkan kita. Diri ini pernah melihat satu rakaman video kanak-kanak berusia 5 tahun di Palestin, tapi dia begitu berani dan cekal hadapi nasib yang mendatang. Bukankan itu menunjukkan pengalaman yang mematangkan kita dan mengajar kita erti hidup walhal usianya hanyalah setahun jagung bak kata orang Melayu.


“Pengalaman mengajar diri, bahawa marah dan benci bukan jalan penyelesai masalah. Pengalaman mengajar diri bahawa sombong dan ego bukan cara menunjuk harga diri. Pengalaman mengajar diri bahawa pangkat dan harta bukan pengukur nikmat bahagia. Pengalaman mengajar diri bahawa sakit dan tangis bukan untuk selamanya. Pengalaman mengajar diri bahawa hidup ini milik-Nya…”


“Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada walaupun keseorangan. Kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada ditengah ramai orang. Jadi penuhilah hati kita dengan mengingati-Nya, moga hidup kita sentiasa terisi dengan rahmat-Nya.”


Masih ingatkah kita, pada bait-bait kata dalam novel Ayat-ayat Cinta : “Allah sedang berbicara dengan mu”. Ketahuilah di saat apa pun sebenarnya, Allah sedang berbicara dengan kita. Allah tidak pernah meninggalkan kita, tetapi kita yang selalu alpa pada-Nya, kita sering bangga dan riak di atas nikmat-Nya dengan mengatakan apa yang kita peroleh kini adalah kerana usaha kita sedangkan Allah lah yang menentukan segalanya. Mungkin ada yang ingin berkata, “Mengapa Allah berikan nikmat yang begitu manis pada mereka yang sering lupa pada-Nya, yang sering melakukan kerosakan dan kemungkaran pada-Nya sedangkan insan lain sering bermunajat pada-Nya, mengharap hanya pada-Nya?” Ingin diri ini ulang sekali lagi bait ayat di atas, “Allah sedang berbicara dengan mu”. Disebalik satu ketentuan-Nya, Allah telah ciptakan beribu, berjuta dan berbillion dan mungkin jua melebihi kiraan kita, hikmah. 

Satu yang hendak diri ini tekankan, Allah ada berfirman di dalam al-Quran, bahawa Allah akan membiarkan mereka yang melakukan kerosakan merasa indah dengan kehidupan di dunia ini sehinggalah sampai waktunya nanti. Dan Allah jua menjanjikan sesuatu yang indah di akhirat nanti bagi insan-insan yang beriman, bertakwa, dan bersabar..wallahualam..

p/s : dalam kemeriahan syawal..hati asrar lebih banyak bersedih..susah untuk asrar ungkapkan..biarlah hanya pada Allah tempat asrar mengadu..seperti yang asrar penah katakan suatu ketika dulu asrar bukan manusia kalis dosa..asrar juga manusia biasa yg selalu mendahulukan nafsu daripada akal..


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "