Saturday, September 25, 2010

Senja Bertasbih di Bumi Kenyalang

Bismillahirrahmanirrahim...
Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan.Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu. (QS. 13:2)
Assalamualaikum w.b.t...

Setahun berada di bumi kenyalang tidak terasa bagiku, masa berlalu terlalu pantas.  Walaupun baru setahun tetapi terlalu banyak yang berlaku dalam masa sesingkat ini.  Gelisahnya hatiku petang itu membuatkan aku berdiri  di tepi tingkap apartmentku.  Sengaja mencari ketenangan.  Ku renungi dada langit.  SubhanAllah!! bagiku senja itu sangat cantik..perlahan2 bibirku melantunkan tasbih.. indahnya ciptaan Allah...



* pemandangan senja dari apartment



*zoom sket...

Hatiku sedikit tenang melihat keindahan ciptaanNya..perlahan-lahan airmata jernih menitis keluar dari empangan mataku.  Entah kenapa kali ini terlalu sukar bagiku, sukar untukku menetapkan hatiku membuat keputusan.  Bukan tidak pernah ku lalui ujian ini, tapi kali ini bagiku terlalu berat.  Berat kerana di hati ini ada sesuatu yang di impi sejak setahun yang lepas dan kini yang datang bukan yang seperti yang diingini.  Kekadang aku bertanya kepada diri sendiri, mengapa hidup ini perlu memilih?  Istikarahku belum lagi memberikan sebarang jawapan.  Aku buntu.  Aku cuba bermusyawarah dengan beberapa sahabatku, tapi hatiku seakan belum yakin.

Dia yang ku kenal setahun yang lepas bagiku seorang yang baik.  Diamnya mengawal perasaan membuatkan aku kagum.  Tidak tahu mengapa.  Ku rasakan sesuatu jauh di sudut hati.  Tapi ku abaikan saja, selagi hati ini milik Dia Yang Abadi biarlah dia menetukan siapa pemiliknya.  Aku merasa tenang begitu, diam itu lebih baik daripada menyatakannya terang-terangan.

Ramadhan al-mubarak yang lepas menganggu gugah lagi ketenteraman hati ini.  Dia yang datang melalui orang perantaraan yang sangat ku hormati membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak.  Dari apa yang dikhabarkan padaku dia seorang yang baik, baik juga agamanya jua akhlaknya.  Tapi aku bukanlah orang yang mentah2 percaya selagi aku tak kenal sendiri.  Ku katakan pada orang pengantaraan, aku cuba mengenali, tetapi aku sendiri tidak tahu bila untuk aku bersedia mengenalinya kerana hatiku merasa sedikit ragu.  Malam itu ku lihat gambarnya, sebelum tidur ku lakukan sedikit istikarah.  Tapi, hatiku masih kurang yakin.  Entahlah, bagiku aku masih terlalu mentah dan muda untuk semua ini.

Ku teringat pada seorang ukhti yang ku kenali di bumi kenyalang ini.  Dia seorang yang terlalu rapat dengan ku dan banyak berkongsi rahsia hatinya denganku.  Bulan lepas dia baru sahaja melangsungkan walimah, dari jauh kutitipkan doa buat mereka.  Pesanan ringkas yang ku terima daripadanya beberapa minggu yang lepas membuatkan aku merasa betapa bahagianya dia kini.

"Salam adikku sayang.  Alhamdlillah, merasai cinta halal selepas nikah.  MasyaAllah, doakan cinta kami kekal ke syurga."

Baru sebentar tadi ku terima lagi pesanan daripadanya...

"Salam asrar.apa khabar?akak alhamdulillah sihat disini.  Akak dan zauj menuju kelantan, untuk honeymoon.  Moga asrar sihat di sana.  Akak rindukan asrar! Kini barulah akak merasai cinta halal selepas nikah, amat indah, subhanAllah!"

Mengalir lagi airmataku membaca bait2 ayat itu.  Betapa rindunya aku padamu kak Iman dan gembiranya aku andai dirimu bahagia, kerana aku tahu betapa terseksanya hatimu sebelum ini.

Ingatan aku melayang pada kisahnya sebelum bernikah.. ketika risikan itu datang ku ingat kata2 kak Iman..

"akak dah buat istikarah asrar, tapi semakin akak lakukan istikarah semakin hambar akak rasa"

tapi itu dulu..lepas menamatkan pengajiannya sebagai pelajar perubatan dia ke jordan bersama keluarga menemui bakal zauj, dan masih segar di ingatan ku mesej yang ku terima darinya..

"akak dah jumpa bakal zauj akak...subhanAllah benarlah kata bila kita melihat muka pasangan kita barulah timbul perasaan sayang, insyaAllah akak bersedia"

aku tersenyum membaca mesej itu, aku tahu dia rijal yang soleh, penuh ilmu agama di dada..

sekembalinya kak Iman di Malaysia, ku terima lagi sebuah pesanan ringkas darinya...

"Salam asrar...akak sedih sangat..semalam kawan akak baru menyatakan hasrat dia nak melamar akak..dia kawan akak yang banyak beri semangat pada akak.  Dia tak tahu selama ni akak memang tunggu dia, tapi sekarang dah terlambat akak dah terima *****.  Akak tanya dia kenapa lambat, dia cakap dia tak berani.."

Aku turut menangis..entah kenapa saat ini kurasakan seperti itukah yang bakal ku lalui dengan keadaan ku sekarang ini.  Ingin ku terbang ke sisi kak Iman saat ini, ingin ku luahkan segala2 nya..tapi aku tahu, aku takkan mampu..moga segalanya berakhir dengan pengakhiran yang baik..


Buat dia yang dah lama ku kenali...

Ku tidak tahu apa ada di hatimu..tapi ku juga rasakan sesuatu..aku tidak pasti dengan keadaan kita, aku juga tidak yakin..perjalanan hidup kita masih terlalu jauh..masih banyak yang perlu diharungi..utamakan lah dulu perjuanganmu sebagai khalifah Allah, sebagai dai'e Allah, sebagai pelajar dan sebagai seorang anak.  Aku terima apapun ketentuan Allah buatmu dan diriku.  Moga itulah yang terbaik...

Buat yang belum ku kenali..

Aku tidak tahu seperti apakah dirimu..aku hanya mendengar cerita dari mereka..  mungkin tidak adil jika hanya mendengar khabar tentangmu..aku akan cuba mengenali..tetapi aku perlukan sedikit masa.. moga dirimu di sana sentiasa di rahmati Nya..jagalah dirimu, akhlakmu dan agamamu..moga Allah memberikan kita yang terbaik dunia dan akhirat..

Baru ku tahu betapa terseksanya hati saat terpaksa memilih..




Ya Rabbul Izzati, berilah aku petunjuk yang baik buat diriku dan orang2 sekeliling aku..wallahualam..

Thursday, September 16, 2010

Forget Yesterday, Live for Today!

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu akhbar..


Sesungguhnya tiada kata lain yang mampu diungkap oleh bibir diri ini yang sangat hina dan kerdil ini. Sungguh betapa bersyukurnya diri ini, kerna masih di izin Rabbul Jalil untuk berada dalam nikmat iman dan islam yang sangat indah dan penuh ketenangan ini. SubhanaAllah, begitu damai jika kehidupan ini disandarkan pada sesuatu yang pantas dan berhak untuk disandarkan, yang mencipta dan tidak diciptakan, yang memiliki segalanya, yang mengetahui segala sesuatu sama ada yang dilahirkan atau yang tersembunyi, itulah Dia, Tuhan Pencipta kita…Allah SWT…


Cuba kita renungkan bersama! Dalam kiraan masing-masing ye, sudah berapa lama agaknya kita meminjam nyawa, tubuh badan, akal, iman dan islam ini dari Khaliq? Dan dalam kiraan yang satu lagi jua, sudah berapa banyak ye, agaknya kita melakukan perkara yang dilarangnya? Dan sudah berapa amal kita, yang memberikan kita haq untuk berkata, “aku sudah melakukan perintah Mu”…? Yang mana lebih berat timbangannya, yang dosa atau yang pahala? Yang baik atau yang jahat?

Adakah saat ini kita sudah SEDAR? Belum? Atau sudah?...

Persoalan demi persoalan, diri ini tujukan pada diri sendiri, untuk mengira berapa banyak amalan diri ini berbanding usia diri ini…ada saatnya diri ini ingin menangis memohon pada Dia yang Maha Sempurna untuk diputarkan semula waktu dahulu agar diri ini mampu perbetulkan kembali kesilapan lalu. Betapa hinanya diri ini di hadapanNya.  Namun, itu semua tidak mungkin terjadi kerna Allah berfirman dalam surah Al-Asr (surah ke-103), “Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.


Waktu itu, diri ini berfikir jua, jika Allah maha Mengetahui, mengapa tidak Dia jadikan semua hamba-Nya melakukan amal kebaikan, kan? Lantas satu jawapan jua muncul, kerana jika begitu mudah Allah memberi kita kemanisan berada dalam islam, jika begitu mudah Allah membiarkan kita merasai kejayaan…bagaimana kita dapat merasai nikmat syukur pada-Nya? Bagaimana kita dapat merasai pengalaman yang menjadikan kita tabah dan sabar dalam setiap ujian-Nya? Allah pencipta kita, Dia berhak untuk menguji kita…Allah pencipta kita, Dia berhak ke atas kita.


“Kadang kala terusik hati ini apabila disapa dengan kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati. Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapa begitu percaturan-Nya, kemudian disebalik keperitan itu, aku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujian-Nya, luas pemandangan ku walaupun sakit hanya seketika. Sabar, itulah yang paling bermakna, nikmatnya baru ku terasa indah. Disaat itu barulah aku ketahui, di sebalik ujian, ada kerahmatan, disebalik kesusahan, ada kemudahan, di setiap penderitaan, terselit kasih saying dari-Nya. Hebatnya Allah Rabbul Jalil, sedang kita tidak mengetahui.”


“Bila kekuatan yang dipohon, Allah beri rintangan untuk dihadapi. Bila kebijaksanaan dipohon, Allah beri masalah untuk diselesaikan. Bila kasih Allah yang dipohon, dugaan yang Allah beri untuk dihadapi. Dan setiap yang dipohon pasti diuji supaya diri dekat dengan-Nya yang Maha Mengetahui.”


“Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Dia yang mengetahui kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati dan nurani. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan. Ujian-Nya datang kerana kasih-Nya pada hamba-Nya agar iman terus meningkat dan hati semakin dekat dengan-Nya.”


Kini usia diri ini 19 tahun 10 bulan 29 hari. Orang kata, usia mematangkan seseorang, bagi diri ini pengalaman dan ujian yang mematangkan kita. Diri ini pernah melihat satu rakaman video kanak-kanak berusia 5 tahun di Palestin, tapi dia begitu berani dan cekal hadapi nasib yang mendatang. Bukankan itu menunjukkan pengalaman yang mematangkan kita dan mengajar kita erti hidup walhal usianya hanyalah setahun jagung bak kata orang Melayu.


“Pengalaman mengajar diri, bahawa marah dan benci bukan jalan penyelesai masalah. Pengalaman mengajar diri bahawa sombong dan ego bukan cara menunjuk harga diri. Pengalaman mengajar diri bahawa pangkat dan harta bukan pengukur nikmat bahagia. Pengalaman mengajar diri bahawa sakit dan tangis bukan untuk selamanya. Pengalaman mengajar diri bahawa hidup ini milik-Nya…”


“Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada walaupun keseorangan. Kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada ditengah ramai orang. Jadi penuhilah hati kita dengan mengingati-Nya, moga hidup kita sentiasa terisi dengan rahmat-Nya.”


Masih ingatkah kita, pada bait-bait kata dalam novel Ayat-ayat Cinta : “Allah sedang berbicara dengan mu”. Ketahuilah di saat apa pun sebenarnya, Allah sedang berbicara dengan kita. Allah tidak pernah meninggalkan kita, tetapi kita yang selalu alpa pada-Nya, kita sering bangga dan riak di atas nikmat-Nya dengan mengatakan apa yang kita peroleh kini adalah kerana usaha kita sedangkan Allah lah yang menentukan segalanya. Mungkin ada yang ingin berkata, “Mengapa Allah berikan nikmat yang begitu manis pada mereka yang sering lupa pada-Nya, yang sering melakukan kerosakan dan kemungkaran pada-Nya sedangkan insan lain sering bermunajat pada-Nya, mengharap hanya pada-Nya?” Ingin diri ini ulang sekali lagi bait ayat di atas, “Allah sedang berbicara dengan mu”. Disebalik satu ketentuan-Nya, Allah telah ciptakan beribu, berjuta dan berbillion dan mungkin jua melebihi kiraan kita, hikmah. 

Satu yang hendak diri ini tekankan, Allah ada berfirman di dalam al-Quran, bahawa Allah akan membiarkan mereka yang melakukan kerosakan merasa indah dengan kehidupan di dunia ini sehinggalah sampai waktunya nanti. Dan Allah jua menjanjikan sesuatu yang indah di akhirat nanti bagi insan-insan yang beriman, bertakwa, dan bersabar..wallahualam..

p/s : dalam kemeriahan syawal..hati asrar lebih banyak bersedih..susah untuk asrar ungkapkan..biarlah hanya pada Allah tempat asrar mengadu..seperti yang asrar penah katakan suatu ketika dulu asrar bukan manusia kalis dosa..asrar juga manusia biasa yg selalu mendahulukan nafsu daripada akal..


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "