Wednesday, May 07, 2014

This Is the Story... #1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama jemari tidak menari, beku rasanya mencari sisipan yang hilang terbang dek angin yang menggoncang. Terkadang hati berkata tapi lidah kelu tak bersuara. Terkadang segala rasa pun hilang oleh masa yang terus berjalan, terus dan terus bergerak tanpa menunggu kita. Beruntunglah pada mereka yang bersegera melakukan kebaikan dan segera meninggalkan maksiat. Bersegera menambah amal, bersegera taubat dan kembali kepada fitrah manusia yang mencintai kebaikan dan mencintai orang yang berbuat kebaikan. J

April berlalu. Sungguh pantas 2014 berjalan, tak menunggu walau sedetik. Alangkah rugi andai masa terus kita biarkan, dengan perkara sia-sia. Right? J


Nak dijadikan cerita, semalam, ada sahabat blog a.k.a follower hantar mesej kat inbox fb bertanya “eh, sue dah kawen ke? Laa..tak tau pun, kat blog tak pernah update pun”

Dan saya macam “eh, saya ada blog ke?” ;D Seriously memang dah tak ingat langsung pasal blog ni. Hampir setahun jugakla sejak last update, hehe.. Tapi yang sebenarnya ada jugak post dekat fb mungkin akak tak perasan kot.

Since dah janji nak cerita ceriti serba sedikit macamana saya terkawen ni,(Alhamdulillah) kena tulis jugakla walaupun dah LAPAN bulan sebenarnya! ;D So, where should I begin?

Bila begini, saya teringat satu kisah menarik yang berlaku sebelum kenal jasad sang suami. Aturan Allah yang sangat indah sebenarnya. 

10 August 2008

“Siapa mesej tu?”
“Xda siapa.. sahabat dekat matrik”
“Ouh.. dia baik x?”
“Baik..knp akak?”
“Xda apa..saja.. Akak ada kenal seorang lelaki ni dekat sekolah akak dulu, dia baik sangat, baik akhlaknya, baik agamanya. Nama dia Azri.”
“Ouh..”
...
Hmm.. ok, sebenarnya dialog kat atas sekali tu, adalah dialog antara saya dengan kak rin. Siapa kak rin ni panjang jugakla nak cerita hehe. Masa dialog ni berlaku kak rin ziarah ke rumah, masa tu hari ketiga nenek kesayangan meninggal. Masa  tu sedih sangat, rushing balik dari matrik bila tahu nenek pergi. So masa tengah sedih-sedih tu, one of my sahabat irfaan mesej bagi hati rasa tenang sedikit untuk tidak terlalu bersedih. Suddenly dialog tu pun berlaku. But, frankly speaking, tak pernah bother pun siapa ‘Azri’. Sebabnya perbualan itu tiba-tiba berlaku dan berhenti setakat di situ, dan saya balik matrik tanpa pernah rasa itu benda penting dalam hidup.  Rupanya, siapa sangka nama itulah yang bakal jadi teman ke syurga, insyaAllah. J

Masa tahun 2012, sejak family dah kembali menetap di Sabah, maka tahun tu merupakan tahun pertama saya berkenalan dengan sahabat-sahabat di bumi sendiri.  Masa ni lah saya kenal jasad lelaki yang bernama di atas itu.  Tapi cerita tahun 2008 tu tak ingat pun masa tu.  Dan saya pun kenal begitu saja lantaran berada dalam persatuan yang sama.  Waktu itu adalah cuti semester di U, makanya habis cuti semester saya kembali ke U dan meneruskan aktiviti seperti biasa. Balik ke U, tidak pernah imagine benda ni akan jadi, dengan tiba-tiba saja dapat panggilan dia mahukan saya.

To be truth, lelaki yang ada disebelah saya sekarang ni adalah lelaki yang tak pernah saya imagine saya akan kahwin dengan dia, akan jadi suami saya dan saya akan jadi isteri dia. Tak pernah.  Sebab saya cuma kenal masa tu dan its suddenly happen.  And when I’ve been told that he wants me, I’m cried. Yaa, saya nangis. You know why? Sebab saya tak pernah bayangkan dia, tak pernah terlintas lelaki ni nak dengan saya. Dan masa tu ada orang lain yang nak dengan saya dan ada pula yang saya harapkan. Tak mampu nak fikir masa tu, dan tak mampu nak buat keputusan dengan baik. Keputusan yang sebenar-benar tertangguh selama 6 bulan. Balik cuti sem, bincang dengan family, dan family cakap terima.  Selepas dari semua ni terlalu banyak ceritera2 yang berlaku, argument, bingung dan macam2 lagi.  But, yes.. for everything happens, ada hikmah disebaliknya. Terlalu sukar untuk diceritakan.  Pada setiap mata yang memandang, telinga yang mendengar hanya boleh menilai sekadar luaran.  Hanya yang menghadapi mampu merasa setiap kesakitan, setiap airmata dalam perjalanan menuju kebahagiaan.  And after all the hardness and the tears, on...

10.8.2013





Saya menjadi seorang isteri kepada dia yang tidak pernah saya sangka.  Saya kahwin dengan lelaki yang saya tak pernah terlintas untuk hidup bersama.  Lelaki yang pada asalnya saya hanya kenal nama dan jasadnya sahaja.


 


Lelaki yang ibu dan family saya percaya sangat baik. Dan memang dia lelaki yang terbaik untuk saya.  I asked Allah for the best and He gives me the best man for me to live with.  Lelaki yang mencintai kelemahan saya dengan penuh kesabaran, menyayangi saya kerana Allah.  ;’)  Dulu saya pernah berfikir sama ada saya mampu atau tidak mencintai suami saya ini dengan hati yang ikhlas tanpa ragu, dan rupanya saya sangat mampu. 

Saya pernah tanya dia selepas nikah, “kenapa masih mahu dengan saya walaupun berkali-kali saya tolak dan lari?”

Dia jawab “ sebab masa tu saya yakin, saya mahu dengan kamu atas petunjuk dari Allah.” ;’)


Saya dan dia membesar di daerah yang sama, tapi tidak pernah kenal jasad dan rupa, tidak pernah bersekolah di tempat yang sama walaupun peluang untuk kenal itu sangat besar.  Lelaki yang pada asalnya saya kenal namanya 5 tahun yang lepas, siapa tahu hari ini dia jadi suami saya. SubhanAllah. Hebatnya  perancangan Allah. J




Hari ini, saya bahagia.  Moga Allah jaga kebahagiaan ini.  Sehingga di usia ini, saya bahagia tapi tak sempurna.  Tapi sedang belajar dengan bahagia.  Suami saya, keluarga kami itu cinta saya.  Sahabat-sahabat itu cinta saya. Orang sekeliling moga jadi cinta saya.  Cinta saya moga kerana Engkau Ya Rabb.





Pada semua family, sahabat-sahabat, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian pada kami.  Kami sayang semua dan berusaha membahagiakan semua.  Moga Allah kumpulkan kita semua di syurga Dia. ;’)



Pertama kali jurugambar suruh pandang dan salam suami, lelaki asing dalam hidup sebelum ini.  Sangat malu dan tersipu-sipu.  Tapi disitu ada keberkatanNya.  




Ibu mertua yang owesome dan sangat baik. Moga saya juga mampu menjadi ibu sebaik beliau. Aminn.. (doakan sama2 k..)



Adik beradik ipar yang sangat2 owesome. Macam abangnya juga. ;)



Family yang supportive. Moga Allah satukan kami di syurga dan kekalkan kemanisan berkeluarga. Love u all!


Lastly,perjalanan majlis nikah hasil tangan adik ipar yang kreatif.. Di sini lafaz sakinah bermula ;')




Cinta itu amanah,
Amanah dari Allah.
Perkahwinan itu amanah,
Amanah dari Allah.
Bersama menuju Allah, bermatlamatkan Dia Yang Satu.  Moga Allah redha.



When someone loves you, he will ask you to be in heaven, together, forever.

(Ok, saya pendek. -_-“)

"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

p/s: pada semua doakan kami dikurniakan mujahid/mujahidah secepatnya. ;)


p/s2: Baju nikah hasil tangan dan design sendiri. Cantik tak? cantik tak? haha.. Nanti akan buat post khas cerita proses lahirnya dress, tudung dan veil hasil kreativiti budak tangan kiri yang tak berapa nak seni ni sebenarnya muehehe...

Love,
Sue

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "