Thursday, April 12, 2018

Hari Ni Rasa Nak Menulis

Hihi, tajuk pun suka hati. Ya, hari ni rasa nak menulis. Sebab entahlah, sebab rasa lama tak menulis dari hati.

Sebenarnya beberapa harini rasa macam nak move on. Move on sangat kan haha.  Taklah maksud saya, nak berhijrah pula dari sini (baca: Johor).  Mungkin betul cakap suami, saya ni memang jenis tak boleh stay lama di suatu tempat.  Setiap dua tahun kena pindah, kalau tak dia jadi macam demotivated. Berselirat rasa. BFF pula seorang kat Madinah, ada yang dah ke Qatar.  Adakah saya perlu ke sana juga? Haha. 

Kalaulah boleh husband tak kerja, dah terbang ke sana sini.  Apakan daya, kaki masih terikat.  Tapi at least mungkin kena move dari sini pula ke tempat lain.  But not Sabah, tak ready lagi untuk settle down.  Maybe one day insyaAllah.  Tidak bukan jiwa muda.  Tak. Tapi rasa sayang dengan umur yang masih muda, tenaga yang masih banyak, dihabiskan duduk selesa sendiri. Hijrah ni sangat best sebenarnya.  Sebab itu juga saya dan suami suatu ketika dulu buat keputusan untuk berhijrah walaupun dah selesa ditempat sendiri. Merasa hidup ditempat orang, banyak sangat yang kita boleh belajar.  Jumpa ramai orang, bersilaturrahim dan memahami kerenah-kerenah manusia.  Satu yang saya rasa tak akan lalui kalau just stay dulu.  Hikmah dan nikmat :)

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS an-Nisa’ [4]: 100)

Rasa diketuk-ketuk hati ini untuk melihat suasana yang baru.  Tempat yang baru, bau udara yang berbeza.  Hati tertanya, dimana pula Allah tempatkan selepas ini? Saranan dalam surat cinta ini sering berlagu

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Sebenarnya berhijrah selama beberapa tahun ini banyak mengajar.  Apa yang boleh saya katakan, hijrah selama ini lebih kepada mencari ketenangan dan menikmati keindahan dunia ciptaan Tuhan serta melihat kepelbagaian budaya, bangsa dan masyarakat yang berada di bumi ini. Kesemuanya sebagai tanda kebesaran dan keagungan ALLAH.  Merasa banyaknya pertolongan-pertolongan Allah yang hadir saat kita bergantung harap hanya pada Dia. Jauh dari keluarga, we learnt so much.  InsyaAllah will look for new place, new journey, new experience.  Doakan dapat berhijrah secepatnya.  :)

“Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah S.W.T.”


Sue
Love to Travel


No comments:

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "