Sunday, August 29, 2010

Ujian Itu CINTA dari Dia..



" arrggghhhh...kenapa aku mendapat ujian sebegini??? kenapa aku?"


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)"

"Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (al-Ankabutt 2-3)

Kekecewaan natijah dari kegagalan kerap menguji keimanan kita sebagai hambaNya.  Apatah lagi jika itu adalah kegagalan yang pertama buat kita! sungguh hati bagai disiat-siat..nyawa seakan melayang..hendak menangis sudah tidak mampu kerana kekecewaan yang melampau! fikiran seakan sudah tidak mampu berfungsi dengan baik..menyesal bertubi-tubi mengasak hati..astaghfirullah, benarkah kita beriman kepadaNya?!



Duhai sahabatku yang kecewa...

Yakinlah setiap kejadian ada hikmahnya, sayang.  Mungkin senang untuk asrar berkata,tapi asrar juga pernah diuji dengan ujian yang berat. Usah putus asa dalam hidup ni sedangkan Allah masih tidak pernah putus menghulurkan pemberian-Nya. Allah masih memberi kita waktu untuk bernafas di udara-Nya, memberi waktu untuk mengingati-Nya, memohon pada-Nya.  Tiap perbuatan ada balasannya. Selagi kita berhambakan Allah untuk hidup, dan bukan berhambakan hidup untuk Allah, kita pasti akan menemui kebahagiaan. Entah dunia atau akhirat…

Jangan pernah salahkan takdir..Jangan pernah kesalkan hidup.  Berapa ramai lagi yang diuji diluar sana, sehingga cacat pendengaran, buta pandangan tapi masih ada keinginan meneruskan hidup! Masih menghargai nyawa yang dianugerahi Allah. Asrar tak kata dugaanmu tak sehebat mereka, tapi asrar nak kita sedar, betapa hebat pun ujian dan dugaan yang kita terima semuanya berpaksikan kembali pada Allah. Mengingati Allah.

Bukanlah masa ‘derita’ sayang..tetapi masa yang terlalu berharga. Airmata yang menangis buat Pencipta, melihat putaran kehidupan dengan mencari hikmah yang tersembunyi dari Allah, rindu untuk terus sujud mengharapkan bantuan dan menyandarkan harapan pada-Nya. Istilah ‘derita’ itu patut digantikan dengan ‘tarbiyah’..Kita belajar dan diajar melalui kehidupan, sahabAtku. Jadi, jangan anggap ini masa derita buatmu, belum tentu orang yang bahagia ikhlas mengingati Allah. Saat yang dianggap derita itulah kita sentiasa bertemankan doa.

Husnudzon lah padaNya..ujian itu lumrah kehidupan..peringatan dari Allah untuk kita lebih matang menghadapi hari-hari mendatang..Ujian itu tanda CINTA dariNya..kerana Dia mahu kita sedar erti CINTA yang sebenar-benar cinta..


CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..



Thursday, August 26, 2010

Penawar Hati...Syifa 'ul Qalbi


Assalamualaikum w.b.t..

Asrar berbicara:

Tadi terbaca chat dengan seorang sahabat ni..sampai satu tahap asrar tertarik dengan satu kata2 dari dia..sebak rasa hati, baru sedar betapa jahilnya asrar selama ni..asrar sedar asrar pun manusia biasa yang sering kalah dengan hasutan syaitan dan nafsu..sedihnya asrar.. :'(



Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.




Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.


 
Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"



Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!








Wednesday, August 25, 2010

'Checklist' di Bulan RAMADHAN..

Asrar berbicara:

Asrar mendapat 'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan ini melalui seorang akak yang asrar sayang. Terima kasih atas perkongsiannya ukhti. Rasanya belum terlambat untuk kita semak semula amalan kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu ini. Adakah kita merebut segala ganjaran di bulan yang mulia ini? Atau kita hanya membiarkan ia berlalu pergi seperti tahun-tahun sebelumnya? Mudah-mudahan 'checklist' ini dapat menjadi panduan untuk kita dan terus berusaha melipatgandakan lagi amalan kita. Insya-Allah.  Jom explore..^_^



'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan


4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNya aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.

4.Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas solat, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat

Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir

Selepas salam, bangun lagi dan solat witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

4.50 pagi

1.Makan sahur

2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.10 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kuliah/kerja. Melangkah ke kampus/tempatkerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kuliah/kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kuliah.kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

1.Solat sunat Duha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.

12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.

2.Menunggu waktu solat dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.

3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai solat sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.

2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.

3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga". Merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih.

2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

12.00 malam

1.Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

2.Berniatlah untuk puasa esok hari.

3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.

4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Wallahualam.

p/s insyaAllah kita practice kan bersama..asrar pun tengah cuba nak istiqamah.. =)



Sunday, August 22, 2010

Am I Philophobic???

Tadi tgh klik2 folder gambar kat laptop asrar..tetiba jumpa gambar dgn rumate dulu2 time kat matrik..asrar senyum..rindu kat sue n kak mhyr..hurmm..apa kabar la diorang skang ni..teringat time2 hujung minggu malam macam ni kitorang lepak dalam bilik sambil tengok movie..asrar layan jer karenah diorang ni.. :)

Pernah sekali diorang tengah layan movie ntah apa tajuk die time tu asrar tak ingat dah..tapi kisah percintaan remaja la kononnye..bila diorang ajak asrar senyum jer, asrar ckp asrar ada keje sket nak buat...

Tetiba kak mhyr berpaling tanya soalan yang buat asrar berkerut kening sket nak jwb..

Kak mhyr: asrar,asrar takde boyfren ek? dah tu bila kak mhyr ajak asrar tengok movie cintan cintun ni asrar xnak..asrar xsuka ek?

Asrar: eh,xde la kak..asrar kdg2 layan jugak citer2 tu..hehe..jgn slh anggap..emm..asrar ada gak kwn2 lelaki,tp yg special tu xde la..bkn masanya kot.. (bg jwpn sedap sket..takut kecik ati lak)

Kak mhyr: akak x maksudkan asrar kapel ke ape..maksud akak bleh jer kan kalo asrar nak tunang dulu ker..lagipun mustahil la asrar xpenah ada hati kat sape2 kan?

Asrar: mmm..hehe..entahla kak...mungkin jugak ye mungkin jugak x..xnak la pkir..asrar muda lg..lagipun susah la nak berteman ni, takut...mmm..

Kak mhyr: takut????asrar philophobia ke?

***************************************

Asrar philophobia ke? dah banyak kali dengar soalan ni...dari asrar skola menengah sampailah asrar ke alam kampus ni..hurrmmm..

Tadi baru jer kawan tanya pasal ni..tu yg tetiba tulis pasal entry ni..lepas ni harap2la jgn tanya lagi..asrar malas nak jawab soalan ni..itu personal asrar..

Sebelum asrar ulas lebih jauh,asrar nak terangkan sket pasal philophobia ni bagi yang tak tau..

philophobia = fear of falling in love or being in love! takut nak berkahwin/mendirikan rumah tangga!

lebih kurang macamtu la dari apa yang asrar tau..

causes nye? ada yang kata kerana kisah lalu dan mungkin jugak kerana sejarah keluarga..hurrmm.. *angguk setuju sket..

Pernah jugak ada kawan yang tanya..

"asrar plan nak kawin bila?" (soalan macamla dah cukup besar..tapi umur dah ada angka 2 kat dpn kira besar la tu ea?)

asrar pun jawabla mcmni "ntahla...xtau..kawin pon kalo berpisah gak buat pe?" astaghfirullah, asrar sendiri xsedar apa asrar jawab time tu..tapi yang pastinya kawan asrar tercengang dgr jawapan tu..hurrmm..maaflah..soalan tu "tinggi" sgt..

Ok la..nak kata asrar philophobia ni mungkin la jugak..sebabnya asrar penah ada sejarah parents asrar sendiri..pernah sembang ngan mak pasal ni..time tu dah nak dekat raya..tengah sesedap layan lagu Pulanglah-Aisyah tengok mak tetiba nangis..pelik..lirik lagu pulanglah tu macam ni..eheh..semangat nak raya la pulak..




( ...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya


Kalau dengar lirik lagu ni agak sayu la jugak..asrar pun dengan penuh keinginan nak tahu tanya la kat mak napa nangis..pastu mak jawab camni..

"dulu masa mak pisah ngan ayah asrar, masa tu dah nak dekat raya..tu yang sedih bila dengar..dulu bila dengar je takbir raya mulalah mak nangis.."

alahai...jiwa seorang wanita..asrar faham mak..asrar anak mak yang banyak berkongsi suka duka dengan mak..tapi tentang perasaan mak masa tu asrar xpaham..sebab asrar kecil sangat time tu nak memahami situasi mak masa tu..

bila dah besar sikit mak banyak cerita pasal mak dengan ayah..dari kisah mak kenal dgn ayah sampai la saat2 akhir tu...dengar crita dari mak buat asrar lebih banyak mengeluh..bukan la asrar menyesali takdir, asal cuma rasa kesal..asrar juga insan biasa, adakalanya lemah x berdaya menghadapi hidup..

tapi asrar tetap terima itu semua ketentuan Allah..asrar xtau apa hikmah disebaliknya,tapi asrar yakin Allah punya sebab tersendiri..bukankah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

cuma asrar akui sedikit sebanyak pengalaman lalu mak dan pengalaman asrar sendiri menjadi anak kepada seorang ibu tunggal membuatkan asrar takut..takut untuk menyayangi orang..lebih tepat lagi asrar takut untuk berumah tangga!!!



Asrar takut untuk mempunyai seorang zauj..asrar takut pada perkataan PISAH. sedangkan asrar sendiri tahu..semuanya ketentuan Allah..mati pun berpisah jugak..setiap insan di bumi ini akan berpisah..tapi macam yang asrar katakan tadi adakalanya perasaan itu tetap ada..TAKUT! .ya asrar takut...takut ia berulang lagi..adakah asrar sekuat ibu untuk hadapinya?adakah bakal anak2 asrar nanti juga turut merasai dan melalui apa yang asrar dah lalui?asrar x punya jawapan untuk itu..dan asrar takkan pernah dapat jawapannya kerana semua itu ditangan Allah..maka apa yang asrar perlu lakukan sekarang hanya serahkan segalaNya pada Dia..asrar redha andai sejarah itu berulang lagi pada asrar..

Cuma ustazah asrar pernah cakap philophobia tu baik andainya asrar gunakan dengan baik..maksudnya?

maksudnya,dari rasa takut asrar tu,asrar kena berusaha untuk jadikan kisah itu sebagai pedoman untuk elak sejarah itu berulang lagi..mm..mungkin betul apa ustazah asrar cakap.. :)

Jadi,secara kesimpulannya asrar memang dalam golongan philophobia tu..tapi xdelah krtikal sangat kot hehe.. takdir kita di bumi ni dah tercatat kemas di loh mahfuz.."pena sudah diangkat dan dakwat pun telah kering" maka,usah ragu untuk terus bergerak ke hadapan mengacu langkah kerana Allah sentiasa di sisi..have faith in Him..kita takkan kecewa..


p/s: hadapi hidup dengan senyuman...ujian itu tarbiyah dari Allah..



Tuesday, August 17, 2010

Asrar sayang kan mak.. sanah helwa ummi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari Abu Hurairah R.A:

"Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”,“Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu”jawab Baginda Rasulullah S.A.W."

Asrar : Salam akak!!!! hari ni ulang tahun mak...

Kakak: alamak...yelah..akak terlupa la dik hehe...sory3..

Asrar : heiiiiiiiiiiiii.macam mana boleh lupa, HARI INI ULANG TAHUN EMAK!!!

huh!! baling selipar dekat muka AKAK!! hahahaha... ^__^

*Bertuah punya kakak..boleh lak lupa ulang tahun mak.. =_="

Assalamualikum w.b.t...

Teringin nak balik hugs mak time ni..asrar rindu sesgt...walaupun takde majlis seperti tahun lalu yang mana akak asrar (asrar tukang makan hehe..) begitu RAJIN memasak secara kenduri kendara bersama keluarga namun mudah-mudahan ramadhan ini bisa menjadi MAJLIS terhebat sempena hari ulang tahun emak secara sangat gembira dan diberkati Allah.pasti.sebab emak adalah RATU kehidupan anak-anak.Walaupun emak "tempang sayap" sebelah tapi masih mampu mentarbiyah anak sehebat asrar.hehehe.... ameen..

Kat sini asrar nak kongsikan sedikit cerita tentang ibu...

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.

Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu..."

sob..sob..sob..rinddduuuuu mak sgt2!!!!!

Orang kata mak cantik..tapi bagi asrar mak bukan sahaja cantik di luar malah cantik di dalam. Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.

Sahabat2 buat yang masih punya ibu ingatlah bahawa di satu sudut dunia ini ada seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupmu. Dunia dan akhirat sana. Semoga, bila tiba masanya, kau juga tidak lupa mengirimkan surat cintamu untuk ibu dan ayah melalui doa setiap akhir solatmu.

" Ya Allah, ampunilah dosaku. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin "

Selamat ulang tahun buat ibu asrar..Malinah binti Enjan..maafkan salah silap asrar... :'(



Monday, August 16, 2010

Bila...

Bila....

Bila lecturer tiada dalam kelas...


Bila lecturer panggil...


Bila kena hadiri senggang...


Bila waktu rehat...


Bila dapat assignment dari lecturer..


Bila tengah cari idea buat assignment...


Bila assignment yang lecturer bagi susah...


Bila otak jem...


Bila member banyak songeh dan berlagak pandai...


Bila member tukar fikiran saat akhir...


Bila lecturer suruh study lebih masa...


Bila lecturer buat kelas waktu cuti...


Bila dapat result teruk...


Bila assignment berjaya disiapkan dengan jayanya...


Bila assignmet rejected..


Bila dapat C.U.T.I...


Happening!!!

Tak sabar nak cuti...banyaknya assignment+notes+kerja luar+kerja dlm = stress... tp xpe...dalam al-quran kan ada tips pengurusan stress... ^__^

1. Remembering Allah.. (ar-ra'd : 28)
2. Ask for Allah's help continuously and consistently... (al-baqarah : 153)
3. Allah knows... (al-baqarah : 152)
4. Keep you chin up and always remember that Allah is always by yourside.. (al-Imran : 139)
5. For every hardship there is relief.. (al-Insyirah : 6-8)


" O young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you (have need to) ask, ask of Allah; and if you seek help, seek help from Allah. Know that even if the Nation (or the whole community) were gather together to benefit you with something, they will not benefit you with anything except that which Allah has already recorded for you, and that if they gather together to harm you with something, they would not be able to harm you with anything except that which Allah has already recorded against you. The pens have been lifted and the pages have dried." (hadith 19)

soooo..be strong girl!!! muslimah power, power, power!! ^__^


Saturday, August 14, 2010

Jom Exercise di Hari Cuti ^_^..

Assalamualaikum...

Buat pengunjung blog ana..meh la exercise bersama..dah penat kuliah dan kerja2 luar selama beberapa hari ni apa salahnya kita relek kejap..jommmmm...al-aqlu salim fi jismi salim kan...(akal yg sihat bermula dari badan yang sihat ^_^)


Selamat Mencuba!!!

Ni ala taichi sikit la…
Sebagai intro dan warming up..

Tiru la macam ni…
Untuk melegakan bahu dan leher...

Wa... wa... aaa...

Gerak kekanan kemudian ke kiri...

Gerak ke kiri kemudian ke kanan...

Ikut je ler… Jangan terpusing kepala udah le...

Tepuk kuat kuat kat dahi...
Ni untuk hilang mengantuk...

Dah tu buat gerakan tangan dan badan…
Buat macam happy aje...

Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
Buat macam takde masalah…

Buat secara agresif pula…
Jangan peduli apa orang lain kata...

Hilangkan semua stress…
Pusingkan kepala…

Tengok muka kat cermin...
Sambil goyang2... lawa tak?

Akhir sekali...
Buat joget kucing…


Alolo... comeynya dia^^...

Yang ni lak utk hilangkan stress..maklumlah bnyk sgt assignment n kerja lain kena buat..jadi kena relek dan tenangkan diri utk buat diri kembali bersemangat.. =p


MySpace
Stress ea??? Takpe2, jom kita rehat jap...


MySpace
Tarik nafas panjang2, pastu hembus... Fuu...


MySpace
Lepas tu, goyang2kan badan, gelek2 ...


MySpace
Tunduk, tegak, tunduk, tegak. Buat je, jgn byk songeh...


MySpace
Iyah2, pusing2 kedepan, kebelakang...


MySpace
Berlari setempat...


MySpace
Kemudian berjalan ala2 org kaya gitu...


MySpace
Pastu lakukan karate, korang karate je apa2...


MySpace
Waca... waca... wacaaaa...


MySpace
Tarik-tarik pipi tu bagi tembam sikit...


MySpace
Jeritlah kuat2, bosan sangat...


 
Hehe, last sekali, amik la al-quran dan baca..sebaik2 penawar..^^...


 p/s: heehe..maaf..merepek sket. ^_^

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "