Tuesday, August 14, 2018

Move On Bukan Melupakan


Sebenarnya semalam agak busy sepanjang hari.  And I got a text message from my so called adik.  Adik la sebab muda dari saya kan dan kitorang memang sangat rapat. 

“Kak Sue, busy? Hehe”

So disebabkan memang betul-betul tengah busy I said to her tengah busy, malam nanti akak call k.

As promised, saya pun call la kan lepas dah call dengan husband, dah settlekan makan malam anak-anak. Try to call few times but she said can’t pickup it since she has something to do at the moment.   So we just text each other. 

“Malu sebenarnya mau bagitau dengan kak sue.  Tapi iya rasa macam perlukan kata-kata sikit pula.  Cuba sudah move on, tapi makin teringat-ingat.  Macam susah sangat mau lupa”

I replied her “Move on? Teringat-ingat? Maksudnya apa atau siapa? Haha”

Ok, so long story short, this adik before ni ada someone.  Serious relationship.  Sekarang study dekat U, someone special tu since form 5 katanya.  I think I know this guy, tapi tak tanya pun sebab bukan keperluan.  Putus since 5 bulan yang lepas, sebabnya that guy ada someone yang lain pula.

Sedih? Of course.  I know that feeling.  Sedih nak giler kot. Haha.  So tak perlu letak kaki dekat dia punya shoes sebab aku tahu apa dia rasa waktu ni.  Don’t mention 5 month, aku pun perlu dua tahun untuk terima orang lain dalam hidup.  It’s hurt tho.

Disebabkan aku ni dah jadi mak-mak, so agak terbatas juga untuk aku menaip dan sooth dia punya feeling tu.  Tengah nak menaip tu lah datang sorang “umii, umii..” :D  So I promised to her I will write something for her.  Bukan kata semangat sangat pun tapi just sharing an experience and let her know, its okay.

Okay, so first thing that you or we should know is, move on bukan bermaksud kita lupa.  Tak ingat. Hilang ingatan. No.  Our mind don’t erase.  Move on maksudnya kita betul-betul redha yang kita tidak ada jodoh.  Allah takdirkan sebaliknya untuk kita.  Cuma mungkin ada dua keadaan kenapa kita masih rasa ralat, masih teringat-ingat.  Even after sometime kenapa kita masih terfikirkan dia sebelum tidur? Kenapa masih teringin nak tahu tentang dia?

Satu keadaan di mana bila berpisah dalam keadaan perasaan masih sangat-sangat sayang. 

Yang ni bila teringat je kenangan lama tu yang jadi susah nak move on.  Bila sebut since sekolah menengah of course banyak tempat-tempat yang boleh mengingatkan kau pada dia.  Even kau lalu sekolah kau pun or dengar nama sekolah aku gerenti automatic kau akan ingat pasal dia.  Every little things pun dah boleh buat kau teringat. apatah lagi bila kita masih menyimpan barang or hadiah dari dia, mula lah ada perasaan teringat. Bila bukak you tube ke, keluar plak lagu yang sedih, ada kena mengena sikit mula lah berjuraian airmata! haha. Perempuan kan, jiwa sentimental sikit.  Tapi fikir balik dia ada lagi ke teringat pasal kenangan korang? Ingat, korang berpisah sebab he has someone new.  Dia happy dengan hidup dia.  So please, kau pun layak untuk bahagia walaupun ambil masa untuk heal and recover.

Mungkin haritu kau dan dia sama-sama redha dengan perpisahan, dan bila dia ada orang lain, pastinya perasaan rendah diri tu ada.  Dia ada someone new yang lebih baik dari aku, sebab tu dia pilih yang lain.  So kau pun cakap kau redha, dan doakan dia bahagia. Tapi jauh di sudut hati kau, semua yang kau ucap kat bibir tu langsung tak sama. Masih mengharap  dalam hati. mengharap yang one fine day dia akan text kau, or dia akan call, cakap kat kau yang dia rindu, or mengharap yang dia akan datang balik pada kau dan semua akan kembali seperti waktu dulu. Perasaan mengharap ni boleh membunuh, bila kita mengharap, kita berhadapan dengan dua kemungkinan which is gembira, atau hampa. The best is, kita sepatutnya berhenti berharap. Sebab, lebih kita berharap, kita akan jadi lebih sedih. Lebih sakit.  Mungkin dia betul betul dah bahagia bersama orang yang baru. 

Situasi lain, kau dah tak sayang sebenarnya, kau dah boleh terima dia tak de. 

Tapi kau susah nak terima kenyataan yang dia tak setia kat kau.  Kau cukup setia, even kau jauh, kau tetap ingat dia.  Ramai yang nak kat kau, tapi kau still setia mati kat dia sorang.  Kau berhempas pulas, untuk fight for the relationship, tapi after dah buat macam macam, hubungan berkecai jugak. Some more berkecai sebab baru berjauhan beberapa bulan dia dah ada orang lain.  Aku tahu macam mana sakit dia.  Dan kau akan keep on thinking why, why and why? Rasa rendah diri sebab kau akan rasa orang baru tu jauh lebih baik.  Sebab tu dia ada yang lain.  Well benda tu sakit, based on own experience dari tahun pertama kat U sampilah nak masuk tahun ketiga baru perasaan tu slowly hilang.  Bukanlah setiap masa perasaan tu ada, tapi ada masanya kau akan jadi teringat bila ada trigger.  So for me, belajarlah menerima kenyataan. Tak semua apa yang kita nak akan menjadi. 

Selain tu time korang break up dulu, banyak persoalan yang tak terluah. Sudahnya, persoalan-persoalan tu tak terjawab. Kenapa kau boleh cari lain? Kau tak hargai ke? Tak bermakna ke our relationship? trust me, even aku pun ada 1000 persoalan yang aku still nak kan penjelasan.  Dan bukan persoalan kau je sebenarnya.  Tapi ada satu part yang kau nak dia tahu betapa sakitnya perasaan kau.  Kau nak luah benda tu.  Kau nak dia tahu betapa kau sayangkan dia.  Kau cuba nak maafkan tapi kau risau di masa depan benda tu jadi igauan dan akhirnya kau memilih untuk berpisah walaupun sepenuh hati kau sangat sayangkan dia.  It is truly hurt.  Kenapa dalam banyak-banyak perkara, dia buat benda yang paling aku takut, paling aku tak boleh terima sebab aku ada sejarah family yang lelaki is shit.  Lelaki tak boleh setia dengan seorang.  Tapi saat aku bagi sepenuh kepercayaan, dia leburkan semua tu.  Tapi selepas bertahun, kau akan sedar, semua benda yang jadi tu sebenarnya Allah dah tentukan.  Itulah cara Allah nak bagi relationship tu putus sebagai signal yang dia bukan jodoh kau.  Macam mana sayang sekalipun, macam mana cinta pun, kalau Allah kata you are not meant for each other, ia tetap akan putus. 

To all of that, sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah.  Usah melawan ketentuan Allah, nak ke hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai kau?  Trust me, one day kau akan jumpa jodoh yang terbaik.  Dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki yang kita cintai.  Hati manusia memang sukar untuk dikawal berbanding hanya zahiriah yang mudah untuk dikawal. Untuk melupakan satu demi satu benda dalam kehidupan yang telah kita lalui, mungkin susah.  Itu lah fitrah setiap manusia. bila sudah sayang, memang susah nak hilang rasa sayang. Sampai masa pasti akan hilang, mungkin makan tempoh yang agak lama.  Time will heal, in shaa Allah.  Back to basic, banyakkan ingat Allah.  Maafkan, dan berbahagialah.

Nafsu itu bagaikan anak kecil,
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya,
dia akan melampaui batas,
tetapi jika engkau menghentikan,
dia akan terpisah,
palingkan hawa nafsu,
jangan sampai menguasai,
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli,


Sue
Dah Move On.



Friday, August 10, 2018

Kisah Separuh Dekad


Hari ini.  5 tahun. Separuh dekad. Bagi yang dah lalui, mesti rasa alaaa jauh lagi perjalanan, banyak lagi nak tempuh. Well, ya still a long journey, tapi bila difikirkan banyak yang dah aku belajar dan faham. So sepanjang 5 tahun ni, satu benda yang sue boleh simpulkan, I found my new BFF!



Yes, my husband is my new bff. Obviously we spend more time together than with anyone else. Sharing benda yang menjengkelkan, melucukan, menyakitkan hati, menghabiskan movie waktu malam lepas anak-anak tidur, menangis, ketawa bila ada benda yang kitorang rasa silly, all together.





Benda yang paling tak terjangkau oleh akal adalah, selepas 5 tahun aku boleh teman dia keliling Pontian dari asar sampai lepas isyak semata-mata cari durian! Dari kecik sampailah aku besar ni (walaupun aku tetap kecik tak besar2) durian adalah benda yang paling aku tak suka. Awal-awal kawen dulu aku pernah pesan, kalau nak makan durian tidur kat luar sebab lepas kawen dia baru bagitau dia hantu durian. Which is sangat kontra dengan aku. Tapi lepas 5 tahun aku boleh teman dia pegi cari benda kesukaan dia. Well that is what bff do. Support benda yang bff kau suka walaupun kau sangat benci benda tu.





Just like macam dengan bff zaman U dulu, we are pretty amazing team. Kitorang akan take turn tukar diapers anak, mandikan, tidurkan. Bila malam contoh adwa tetiba terjaga pukul 3 pagi merengek2, dan aku pun dah putus asa pujuk, dia take turn bawak adwa turun bawah, yang akhirnya bila bangun subuh aku tengok dua2 tidur kat karpet 😝. Dan benda tu akan terus berulang dan berulang 😂



Orang kata 5 tahun pertama lain ujiannya. Challenges sepanjang separuh dekad ini, yes definitely we have seen the best and the worst days and survived them, together. Panjang sangat kalau nak cerita jatuh bangun selama ni. But at the end, kitorang senyum kemenangan sebab berjaya lalui segala mak nenek kepayahan, kesusahan dan  keperitan. Indeed, benda tu jadi memori yang sangat indah buat kami. Kalau pegi tempat yang ada sentimental value sikit, mesti aku atau dia akan cakap "ingat tak dulu dekat sini" eceh haha.





Apa pun selepas 5 tahun ni, kitorang still enjoy doing things together. We like talking to each other, atau yang lebih tepat dengar dan belajar antara satu sama lain. Paling best, aku boleh cerita apa sahaja tanpa risau dikecam or being judged 😝. Dan paling penting, aku tak perlu risau di tikam belakang. Rahsia tak akan bocor ok.  Confirm. Haha.
Last to abang, thanks for everything.  Harini saya kirim doa di kejauhan moga Allah sentiasa merhamati kita, dan temukan kita di syurgaNya.
Ya Allah, Tuhan Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja
Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya
Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai 
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. 

Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. 
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin



We love you and we miss you very much!

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "