Tuesday, October 02, 2012

Get Well Soon Dear!

Assalamu'alaikum w.t.b.. 

Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah s.a.w., keluarga dan para sahabat. Salam mahabbah fillah pada ahli baeyt juga sahabat-sahabat, moga dikurniakan iman dan kesihatan fizikal yang sihat. Insya Allah. Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan nyawa buat kita untuk terus menyusuri jalan Nya. Ada kala senyum menghiasi warna-warna dalam seharian, ada kala tangisan yang datang. Lumrah kehidupan. Tiada kemanisan tanpa ujian, tiada pengalaman tanpa pengembaraan. Wallahua'lam. 

Alhamdulillah. Allah masih berikan peluang untuk kita sama-sama menjalani kehidupan baik dalam senyuman mahupun dengan tangisan, pokoknya masih Allah berikan peluang "MASA" untuk kita bertaubat. Insya Allah, setiap sesaat yang berlalu bermaksud semakin hampir kita untuk meninggalkan bumi fana ini, kerinduan pada Rabbi dan ketidaksabaran bertemu dengan Ilahi untuk bersenang-senang di alam sana adalah keinginan bagi mereka yang sentiasa memupuk dan menyubur rindu dan cinta pada Allah Azza Wa Jalla. Insya Allah.

27 September 2012 (Khamis) yang lepas dapat pesanan ringkas dari seorang adik, katanya dia bakal menjalani pembedahan appendisectomy pada pagi esok.  Allah, saat itu hanya mampu mendoakan agar semuanya dipermudahkan Allah.. ;')

Dan alhamdulillah, si cantik manis bakal bidadari syurga sudah selamat dibedah dan keluar dari Pusat Rawatan Az-Zahra.. Praise to Allah.. ;)  Semalam tengok kalendar..ya, its oktober.. maka terhasilah post ini sebab oktober itu bermakna buat KAMI.. ^^



Masih tersenyum walaupun terbaring dikatil. ;)

"Adik, bangunlah tika hati diuji Allah. Carilah Allah dalam gelapnya malam. Tika dinihari, saat mereka lena diulit mimpi indah berselimutkan dinginnya malam, bangunlah munajat pada Allah. Kekuatan itu datang dari Allah, carilah Allah... Kerana Dialah pemberi kekuatan."

Ujian hebat hanya diberikan kepada insan-insan hebat... (",) 

Tabahkan hati, pasakkan taqwa pada Rabbi... Segala ujian hanya seperti angin yang bertiup... Damai. Ujian itu hanya ibarat angin, hadirnya tak kita sedari tetapi bayunya yang bertiup sangat mendamaikan. Ujian adalah penghubung kita dengan Allah, maka usahlah bersedih andaikata ujian melanda kamar hati mu. Rajutlah pada Allah, Dia masih sentiasa bersamamu. InsyaAllah.

Get Well Soon Dear! Chayok! Chayok!

p/s: 17th October..

Saturday, June 16, 2012

I'm Guilty. Aku Terlambat?#

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Allah izinkan untuk terus bernafas di bumi Nya. Allah masih sudi meminjamkan nikmat kepada kita. Usia sudah menjangkau 22 tahun, terasa sangat tua. Eh?

Seperti biasa, jam di desktop menunjukkan 3.42 am, terlalu sibuk dengan study dan gerak kerja hinggakan terlupa, Allah. Terlupa pada janji diri sendiri untuk menulis sesuatu buat dia yang teristimewa. Rasa bersalah yang teramat. Allahu Allah. Sudah 5 hari berlalu, bagaimana mungkin? *ketuk kepala sendiri. I"M GUILTY.SERIOUSLY.

Maka dengan ketulusan hati yang penuh cinta, kasih dan rindu berlari-lari anaklah jari-jemari ini, mengukir kata, walaupun tidak seindah puisi para sasterawan, namun biarlah indah pada sentuhan jiwamu.

Dalam hidup ana, dia antara manusia yang begitu penting. Mungkin dia bukan terpenting (paling utama) namun dia adalah manusia yang sangat istimewa. Makan bersuap, berkongsi minuman, tidur sekatil berkongsikan bantal hatta selimut yang sama. 

Beliau sahabat dan kakak yang istimewa, jalinan hati yang sudah terlafaz "akadnya" sejak 3 tahun yang lalu dilalui dengan setiap rasa... Kegembiraan, kedukaan, kemanisan dan setiap tawar, manis, masin, kelat, pahit... Dia sahabat dan kakak yang sangat setia, di saat ana sendiri dan menyendiri dari manusia lain... Dia masih di sisi ana memberi semangat dan sokongan.

"Asrar sakit..."

Dialah manusia yang akan bergegas untuk melihat ana, dialah manusia yang akan mengorbankan kepentingan diri untuk bersama ana. Di saat lidah tidak mampu menuturkan apa-apa, dia masih memahami gerak mata yang "sunyi" kerana hubungan kami diakrabi dengan hati, dasarnya adalah cinta kepada Rabbi. Di saat ana kesakitan, kata-katanya bisa meluluhkan segala duka yang bersarang.

"Sabar ye..."

Kata-kata yang lahir dari hati insya Allah akan menerombos ke dalam hati sedangkan kata-kata yang lahir dari mulut belum pasti akan melepasi telinga!

3 tahun kami berukhuwah, mungkin satu jangka waktu yang pendek bagi sesetengah orang. Namun bukanlah itu ukuran ikhlasnya satu persaudaraan, ada saja yang berukhuwah bertahun lamanya tapi masih mengkhianati sahabat sendiri. Allahu Allah, moga dijauhkan kami daripada itu. Semusim ukhuwah ini terlalu singkat kerana hadirnya di dalam hati... selamanya akan menghuni hati.

Setiap hati itu dihubungkan oleh Allah, pengikat hati adalah kerana berpaksikan keimanan pada Allah maka Allah yang membolak balikkan hati manusia. Pada Allah jugalah doa dipohon agar menyatukan hatinya dengan hati ana agar tetap bersama dalam kejauhan jarak yang memisahkan. Rindu ana padanya bukan sebarang rindu, kasih ana padanya bukan sebarang kasih, cinta ana padanya bukan sebarang cinta. Dia begitu istimewa bahkan terlalu penting dalam diari seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan ini.


... Sanah helwa ya ukhti habibati kak Nadrah maaf ya kak lambat ehe ... ^_^



Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya untukmu, memberikan kemanisan iman dan kelazatan islam sehingga akhir hayat, memberkati usia mu dan merahmati kehidupanmu.

Ya Allah, sahabatku ini buah hatiku, aku melepaskan dia kepada Mu kerana aku tahu ya Allah hanya Engkau yang boleh menjaganya lebih baik dariku dengan sebaik-baik penjagaan.

Ya Allah, aku meyakini qada' Mu bahawa setiap pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan namun aku mengharap kepada Mu ya Allah, jadikanlah pertemuan kami sebagai ladang tempat kami berkasih-sayang dan perpisahan kami adalah kerana mengharapkan pertemuan yang lebih baik, pertemuan yang Engkau berkat dan redhai.

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunianya agar mudah pula urusan akhiratnya. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu. Ameen ya Rabb. 



~"Kita berpisah untuk bertemu, mungkin bukan di dunia tapi pertemuan di akhirat yang diimpi. Moga kita dikumpulkan bersama golongan orang yang berkasih sayang kerana Allah, ameen"~

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.

Best of L.O.V.E,
Asrar Safiya
Sahabat dan adik yang selalu mencintaimu (",)
scheduled : 4.08 am


Thursday, June 14, 2012

I Steal Time to Tell A Story.


Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk termenung di depan komputer. Pandang notes dah berpinar mata walaupun mata dengan eye bag ni masih basah dengan titisan wudhuk.. Tengok jam eh, 3.31 am..

Klik, klik..tetiba buka blog yang.... auchummm!!! bersin, sebab berhabuk, penuh dengan sarang labah-labah -_-".. lama sangat x update blog ni..kalau blog ni punya perasaan dan mampu berkata-kata mesti habes tuan punya blog ini dimaki hamun..erk? terlebih..

Yang sebenarnya hati yang tiba-tiba rasa nak menulis, akal nak terjemahkan rasa yang singgah tetapi jemari seakan kaku untuk menari-nari, seolah tiada irama yang bergandingan untuk sama-sama memeriahkan malam yang semakin sunyi. Hanya bintang yang masih setia di atas sana, hanya bulan yang masih setia nun jauh di sana.

Mood nak exam ni yang pastinya, hati terlalu sayu teringat family nun jauh di sana.. time-time ni lah hati sarat dengan rindu yang disimpan-simpan nak meledak. Lagi-lagi teringat my one and only sister yang bakal dimiliki lebih kurang sebulan lagi.  Sedih, sayu, gembira semua ada.  Aku taulah aku dah besar walaupun mak still anggap aku darling daughter dia yang masih kecik, tapi rasa hati seorang adik tu tetap kekal sampai bila-bila. Mulalah nak fikir, balik rumah nanti, dah xde kawan, xde tempat nak berkongsi cerita sebab akak bakal ikut husband dia.  Of course la kan, takkan aku nak suruh akak aku stay dengan aku sampai bila-bila. -_-"

Bila imbas balik kenangan dulu-dulu, sangat manis walaupun banyak yang pahit..namun bukankah itu jalan bahagia yang perlu di tempuh? Lain orang lain kisah yang Allah bagi, semuanya bersebab, tak yah nak merungut bagai sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Allah bagi kita susah supaya kita lebih mengenal dan menghargai makna kehidupan.

For my sis, maaf salah silap.  I love u, and really love you.  Sorry for any mistake yang adik kicik ni dah buat.  Moga jadi isteri solehah dan pada my future bro in-law please jaga kakak saya baik-baik, make her wanita syurga. *Basah nota* oh my... and whatever it is my dear sis, past it whatever... Our past has no right to stop us from having a better future.  As long as we believe in Allah , put more effort and never stop trying to be better,today and everyday. We deserve to be happy . We deserve to have a good life. We deserve to get a good person. Because we're awesome like that! Yang pasti , everything happens for a reason . in order for us to be a better person and get a better thing in life. AllahuAllah , He's the almighty...

Love u more than words u know.. thanks, thanks n million thanks for everything!  And sorry, I'm ordinary. I'm not perfect...

Hujan mata makin lebat.

Ok, stop. sambung study balik. (kat swimming pool tadi pun masih sempat study. . kau mampu? *kak asyu punya trademark* ;D)




p/s: Final exam is coming.. Hoping for the best *finger crossed*. Friends, let's pray for the most perfect ones. :) you, pray 4 us.. ^^


Friday, February 17, 2012

AmiR SyuHaDa



~ gambar hiasan ~

"Dia tetap hidup, aman dalam lena panjangnya. Tersenyum melihat rezeki yang tiada ternilai, sedang berterbangan di dada beburung."


Untuk pertama kalinya dia tumpahkan airmata kesedihan saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya dia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya dibantai dan diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama dia mengenal kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya.

Kemudian tangis kesedihan itu secara beruntun menerpanya, ketika Irgun membawa satu persatu orang-orang tercintanya tanpa pernah lagi kembali. Saat dia melepas suaminya pada perang Ramadhan (1973), saat itu Amir, putera mereka, baru saja melewati satu tahun usianya. Amir masih terlampau kecil untuk memahami, ketika suatu senja seseorang datang memberitahu tentang kesyahidan ayahnya.


Sudah terbayang masa depan hidupnya, seorang janda dan seorang bayi di tengah penindasan Yahudi. Saat itu tidak ada yang ingin dilakukannya kecuali menangis. Tapi tidak, dia tidak melakukan itu. Saat itulah dia memulai tekadnya untuk tidak ingin menambah kegembiraan orang-orang Yahudi dengan airmata kesedihannya. Lebih dari itu dia tidak ingin mengajari Amir menjadi pemuda yang lemah. Dan sejak saat itu pula, setiap kesedihan yang menerpa, digubahnya menjadi senandung-senandung jihad yang dia bisikkan ke telinga Amir, hingga memenuhi rongga dada anaknya.

Dia masih mampu bertahan untuk tidak menangis saat pembantaian Taal el-Zatar ataupun Sabra Shatila yang menghabisi kerabatnya yang tersisa. Masih disisakan sedikit harapan dalam dirinya demi seorang Amir putera tercintanya. Dia tidak ingin menyia-nyiakan warisan paling berharga dari suaminya itu. Sekian tahun dia telah membendung tangis itu, tapi tidak untuk hari ini.


Kata-kata pemuda tampan dihadapannya telah mengikis kekukuhan benteng pertahanannya. Dicubanya untuk mengelak dan memujuk hatinya, bahawa yang didengarnya beberapa minit yang lalu hanyalah mimpi. Tapi susuk di depannnya teramat nyata untuk dia mengingkarinya. Amir Syuhada, pemuda tegap didepannya itu, satu-satu puteranya, kembali mengulang kata-katanya, "Bonda, izinkan anakanda pergi berjihad". Suara itu terdengar lembut dan penuh harap, seperti lima belas tahun yang lalu ketika Amir kecil meminta baju buat berhari raya. Tapi suara itu kini memendam sebuah tekad dan keberanian, dan dia tahu bahwa dia takkan mungkin sanggup menahan gelora itu.

Wanita tua itu menarik nafas panjang menahan esak yang satu persatu saat keluar. Terasa masih terngiang di telinganya 23 tahun yang lalu, kalimat senada diucapkan suaminya. Dengan berat hati dilepasnya pemergian suaminya. Dia masih menyimpan sedikit harapan bahawa suaminya akan kembali, meskipun kenyataan yang terjadi tidaklah sesuai
 dengan apa yang diharapkannya. Tapi kali ini hatinya teramat berat, kerana dia tahu benar apa yang dimaksud dengan kata "Jihad" oleh Amir anaknya. Baru dua hari yang lalu Amir dengan bersemangat bercerita tentang kawan-kawannya yang syahid dalam aksi bom syahadah. Itu ertinya, dia harus menguburkan seluruh harapan akan kembalinya puteranya dengan selamat, bahkan sepotong tubuhnya sekalipun.

"Amir Syuhada" (pemimpin para syahid), perlahan diejanya nama puteranya. Nama yang diberikan oleh suaminya. Nama yang menyimpan sebuah cita-cita amat dalam. "Aku tidak berharap dia menjadi orang terkenal di dunia kerana memimpin sebuah angkatan perang, tapi aku ingin dia menjadi orang terkenal di akhirat kerana memimpin rombongan syuhada. Dia harus menjadi orang yang pertama menyambut setiap kali kesempatan jihad itu datang", begitulah harapan suaminya. Betapa cepat perjalanan hidup. Betapa cepat harapan-harapan berganti.

Seminggu yang lalu, Amir dengan malu-malu mengungkap keinginannya untuk mengakhiri masa bujangnya dengan membina rumahtangga. Ya, Amir ingin menikah. Sudah terbayang seorang gadis cantik menjadi menantunya, bahkan sudah terbayang pula cucu-cucu yang akan meramaikan rumah buruknya ini. Namun kehendak ternyata berkata lain. Bukan perlengkapan nikah yang dibawa pulang puteranya hari ini. Tapi sepotong baju khusus dengan kabel-kabel di sana sini dan beberapa
 bungkusan aneh yang baru kemudian dia tahu berisi bom. Esaknya mulai terdengar saling memburu. Begitupun cairan bening di matanya dibiarkannya mengalir, tanpa usaha lagi untuk menahan.

Amir pun terdiam mematung. Ketika ibunya mulai tenang, diraihnya tangan tua itu dan digenggamnya penuh perasaan sambil berucap, "Bonda, anakanda lakukan ini kerana anakanda ingin merealisasikan apa yang selama ini menjadi doa bonda terhadap anakanda."


Sekilas wanita tua itu terhenyak mendengar pertuturan anaknya, tapi dia tetap diam tak menyahut. Amir melanjutkan ucapannya, "Bukankah bonda yang setiap malam berdoa agar anakanda menjadi anak yang soleh? Inilah anakanda yang berusaha mewujudkan harapan bonda. Bukankah bonda selalu menasihati anakanda untuk sentiasa istiqamah memegang panji dakwah ini, dan sentiasa memenuhi hidup dengan jihad dan pengorbanan? Menegakkan kalimat tauhid, melindungi kaum yang lemah, membela kebenaran dan keadilan?

Bukankah bonda selalu mengingatkan bahawa kemanisan iman hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dalam dirinya, bahawa bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang berjuang membela kebenaran dan keadilan, bahawa kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan pada pejuang yang telah berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan, bahawa ketabahan dan kesabaran berjuang hanya akan diberikan pada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah? Bukankah bonda yang ber
ulangkali mengatakan hal itu? Inilah anakanda Amir yang berusaha menjalankan nasihat Bonda."

Amir mencuba untuk tetap tersenyum, tangannya menggenggam telapak tua ibunya. Dulu ketika masih kecil dia suka merengek dan menarik-narik tangan itu jika menginginkan sesuatu. "Tapi aku tidak berdoa agar kamu mati," perlahan ibunya bereaksi.

Dan masih dengan tersenyum Amir berucap, "Bonda...," dengan gaya merajuk Amir menyebut ibunya dan melanjutkan ucapannya, "Siapa yang mahu mati? Bonda tentu masih ingat, bagaimana ketika anakanda masih berusia 7 tahun. Jika anakanda menangis, Bonda selalu menghibur dengan cerita tentang kepahlawanan ayah, tentang keberanian ayah dalam setiap medan tempur, tentang kisah kesyahidan ayah, dan bonda selalu mengakhirinya dengan membaca ayat, Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, namun sesungguhnya mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapatkan rezeki.
 Bonda, anakanda berjihad bukan untuk mati, tapi anakanda berjihad untuk syahid, untuk kehidupan yang lebih abadi."

"Tapi tidak dengan bunuh diri," ibunya menukas.

"Bunuh diri? Siapa yang mengatakan itu pada Bonda," terdengar nada bicara Amir meninggi, ketika sedar dengan siapa dia berbicara, kembali Amir melunakkan suaranya sambil mengulang pertanyaannya. "Siapa yang mengatakan itu pada Bonda?" tanpa menunggu jawapan, Amir melanjutkan.

Ya ummi, aina syabab???
"Bonda.., Bonda tentu masih ingat ketika anakanda masih kecil, bonda yang selalu mengiringi tidur anakanda dengan senandung jihad. Bonda yang menanam benih-benih keberanian itu dalam rongga dada anakanda, Bonda yang telah menyalakan api revolusi itu dalam jiwa anakanda. Kini hantarkanlah anakanda pergi ke medan jihad dengan senandung itu, izinkan anakanda membakar kesombongan Yahudi dengan api itu. Bonda, masih ingatkah Bonda akan senandung Khubaib bin Ady r.a. saat menjelang digantung orang-orang kafir Quraisy?"

Sekiranya Allah menghendaki keberkahan dengan menghancur lumatkan tubuhku aku takkan peduli, asalkan aku mati sebagai muslim untuk Allah lah kematianku pasti.


"Sungguh Bonda, jika tegaknya kalimah Allah di bumi ini harus dibayar dengan carikan- carikan tubuh anakanda, anakanda tidak akan pernah mundur. Bonda pula yang berkisah tentang kepahlawanan Ikramah dalam perang Yarmuk, ketika dia berseru, "Siapa yang sedia berjanji setia kepadaku untuk mati?" Kemudian 400 mujahidin serentak menyambutnya, dan mereka tidak mundur sejengkal pun sampai menemui kesyahidan. Inikah yang hendak bunda katakan bunuh diri...? Tidak Bonda, anakanda telah menjual diri ini pada Allah, biarkan anakanda menepati janji."

Sejenak ruang itu hening. Esakan wanita tua itupun sudah lama reda, hanya genangan bening yang masih tersisa di sudut matanya. Meski tanpa harap, dicubanya untuk terakhir kali memujuk puteranya, seperti mengingatkan dia bertanya, "Bukankah beberapa waktu lalu kau telah berniat untuk menikah?"

Masih dengan senyumnya, Amir menjawab, "Bonda, sekian lama anakanda belajar tentang erti sebuah cinta. Dan anakanda telah menemukan, bahawa cinta y
ang tertinggi hanyalah untuk Allah. Sekian lama anakanda memendam rindu untuk bertemu Allah, dan saat ini kesempatan itu telah datang. Sungguh Bonda, anakanda tidak ingin kehilangan kesempatan."

Diucapkannnya kalimat terakhir dengan nada yang tegas.


Wanita tua itu kembali menarik nafas panjang. Ditatapnya pemuda tegap di hadapanya, seakan dia ingin memastikan bahawa pemuda di hadapannya itu benar-benar Amir anaknya. Dia sebenarnya sudah menyedari sejak lama, bahawa saat-saat seperti ini pasti akan terjadi. Dia tahu tak seharusnya mencegah impian puteranya. Amir bukan lagi kanak-kanak kecil yang boleh dipulas telinganya kalau nakal, atapun dipujuk dengan sepotong kuih agar tidak menangis.

Amir kini telah membesar menjadi pemuda dewasa, bahkan mungkin terlalu dewasa untuk pemuda seusianya. Dia tahu bahwa kata-kata yang diucapkan Amir benar adanya tapi dia merasa begitu berat untuk memujuk naluri keibuannya. Sejak Amir terlibat dengan berbagai aktiviti HAMAS, dia sebenarnya telah berusaha mencuba meyakinkan hatinya, bahawa Amir bukanlah miliknya.


Benar, ia telah melahirkannya, memberinya kasih sayang, tapi dia sama sekali tidak berhak mementingkan keinginannya. Benar dia telah menyerikan rumah bagi raganya, tapi tidak pada jiwanya, kerana jiwanya telah menjadi penghuni rumah masa depan yang kini sedang dirisaukannya. Amir telah menjadi milik zamannya, sejarahnya dan tentangannya.

Dia hanyalah sebatang busur, dan Amir adalah anak panah yang meluncur. Sang Pemanah Maha Tahu sasaran bidikan keabadian. Direntangkan Nya busur itu dengan kekuasaan Nya hingga anak panah itu meluncur jauh dan tepat. Meliuk dalam suka cita dalam rentangan tangan Sang Pemanah. Sang Pemanah mengasihi anak panah yang meluncur laksana kilat, sebagaimana pula dikasihi Nya busur yang mantap. Dia seharusnya gembira, 24 tahun ini mendapatkan kesempatan menyertai perjalanan sejarah Amir. Dia seharusnya bangga kerana benih yang dia tanam dengan senandung-senandungnya telah tumbuh subur, dan kini saatnya berbuah.

Tidak, dia tidak boleh terbawa perasaannya. Dia tidak boleh menghalangi buah yang telah ranum untuk dipetik. Di tatapnya wajah pemuda di hadapannya, sungguh tampan dan bercahaya, persis wajah as-syahid suaminya. Sorot matanya tajam, menyimpan semangat yang bergelora. Sama sekali tak ditemukan keraguan di sana.


Perlahan tangan tuanya meraba wajah itu. Wanita tua itu mencuba untuk tersenyum, ya, dia harus ikhlas. Dengan suara bergetar dia berkata, "Pergilah anakku, jangan kau risaukan bonda. Simpan kesedihan dan derita bonda jauh disudut hatimu. Jangan kau pergi jika masih ada setitik dendam, bersihkan niatmu hanya untuk meraih redha Allah. Pacakkan tinggi-tinggi panji tauhid di bumi ini. Kalau memang hanya dengan carikan tubuhmu ia akan tertegak, bonda merelakanmu. Pergilah anakku, dan jangan kau kembali kepada bonda selama nyawamu masih tersisa..." Diciumnya dahi putera tunggal, zuriat yang ditinggalkan oleh as-syahid suaminya. Wanita itu tak lagi menangis.

Dilepaskannya pemergian puteranya dengan senyum keikhlasan. Matahari senja menyapu lorong-lorong Tel Aviv. Tidak ada yang memperdulikan ketika seorang pemuda tegap berjalan menghampiri sebuah pos tentera Israel. Tanpa sebarang kata-kata, Boommm..!!, tubuh pemuda itu meledak menghantar menemui Rabbnya. Berjajar para bidadari berebut kekasih yang baru tiba, seorang pemuda tampan dengan pakaian pengantin dari syurga tampak berbahagia.

Selepas Isya' di sebuah perkampungan di jalur Gaza, seorang lelaki berjalan mengendap-hendap, mengetuk pintu sebuah pondok dengan hati-hati sambil mengucap salam. Wajah seorang wanita tua muncul menjawab salamnya. Tanpa menunggu lelaki itu mendahului berbicara, "Amir Syuhada telah syahid petang tadi. Dan hanya ini yang tersisa dari jasadnya, yang dipesankannya menjelang berangkat."

Lelaki itu memberikan sebuah mushaf mungil di tangannya. Wanita tua mendakap mushaf itu didadanya, seperti ia mendakap Amir semasa kecil sewaktu tidurnya. Dia tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan yang dirasakannya hari ini. Seakan ada yang menuntun, dia berjalan menghampiri kamar puteranya. Dengan hati-hati dikuakkannya pintu kayu yang menghalanginya. Sungguh, dia mencium bau harum di kamar itu. Bau harum yang khas keharuman kamar pengantin.


Bonda...,

Kau ucapkan selamat tinggal,

Tatkala aku berangkat berjihad,

Dan kau katakan padaku,

Jadilah singa yang mengamuk meraung,

Kemudian aku berlalu,

mencatat segala pembataian dengan darahku,

Bonda jangan kau bersedih,

Kini belengguku berat Bonda,

Namun... kemahuanku tak terkalahkan,

Penjara dan siksaan mereka tak menakutkanku,

Aliran letrik tak kuasa menyengatku,

Bonda jangan bersedih,

Goncanganku akanku jadikan pintu jahim,

Yang meledak menghentam para musuh,

Betapapun kuatnya belenggu,

Dengan sabar dan tekad bulat kurantas belengguku,

Bonda jangan kau bersedih,

Bersabarlah Bonda,

Jika tiada lagi pertemuan,

Dan semakin panjang malam mencengkam,

Maka esok kita kan hidup mulia,

Di atas negeri kita sendiri,

Bonda... jangan kau bersedih.

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah." (As-Syahid Hasan al-Banna)


Anak-anak Gaza mencari sesuatu untuk mengalas perut di sebalik timbunan sampah.
"
Mereka memenuhkan perut-perut tanpa mempedulikan nasib kita."

"Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama." (Mustafa Lutfi al-Manfalut)

Catatan asal oleh Ibn al-Haramain, hanya disunting kembali..

Mahu menyimpan catatan ini buat bakal-bakal mujahidku, semoga dari rahim sempit seorang ibu akan melahirkan anak-anak yang sentiasa tangkas berjuang di medan amal Islami. Rabbi yassir wala tu'assir :)

* frasa berangan tahap gaban *


Thursday, January 05, 2012

::Saya Sayang Kamu::

Benarlah ungkapan "Ikatan aqidah itu lebih kukuh jika dibandingkan dengan ikatan darah".. Saya merasainya, betapa indah dan manisnya rasa ukhuwah itu.. Sungguh, alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain ;)


Tidak senang mencari sahabat yang boleh kamu kongsikan banyak perkara, sahabat yang mampu tertawa dan menangis bersama kamu, sahabat yang setia bersamamu di jalan juang, sukar! namun, bila kamu ketemuinya peganglah ia seeratnya walau banyak manapun kelemahan dirinya kerana barangkali kamu tidak akan temui lagi sahabat sebaik dirinya..


Friendship is not how you forget but, how you forgive, not how you listen but, how you understand, not how you see but, how you feel, not how you let go but, how you hold on! Dear Friends, we shared smiles, we wiped the tears, and through the years our friendship has grown along with us.. you are truly a wonderful part of my life!



Sahabat itu anugerah yang sangat indah dalam hidup saya. Bak kata Deena "why do I need a boyfriend when I have coolest friends on earth" ^^ Mungkin benar sesorang boleh hidup tanpa kekasih tapi jarang orang boleh hidup tanpa sahabat.


Ya Allah, jaga sahabatku baik-baik, kerana Engkau sebaik-baik Penjaga.. Ya Rahman, aku sangat menyayangi sahabatku, sayangilah dia selalu, jadikan dia wanita syurga, peluklah dia saat dia lemah, peganglah dia saat dia tertatih, tersungkur.. kerna aku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia dan akhirat..

Ya Allah, aku sayang dia...

Aku akan selalu menemani dan menyayangi kamu.. Di jalan dakwah ini aku temui kamu, aku temui erti persahabatan, seringkali airmata mengalir deras bila teringat kamu, betapa rindunya hati ini.. satu saat nanti mungkin kita akan terpisah, mungkin kerana kesibukan dunia masing2, kesibukan bersama keluarga, tapi aku sahabat yang akan selalu mengingati kamu.. Doa itu penghubung rindu kita.. salam syg penuh kerinduan sahabat2ku... ;)


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "