Thursday, March 31, 2011

Sebab Awak Suka..




Assalamualaikum and greetings to all...

a bit reminder..especially for myself kerana mata sayalah yang pertama sekali membaca coretan ini. Tulisan ni peringatan untuk saya dan untuk semua. Mata saya lebih dekat dengan jari-jemari yang sedang menaip. Jd, tentulah peringatan ni ditujukan khasnya buat diri saya dan amnya untuk mata-mata lain yang sedang mmbaca hasil pergerakan jari-jari saya atas keyboard. Semoga sama-sama beroleh manfaat InsyaAllah..

Tiap wajah berkisah..hanya ini yang mampu saya katakan melalui pengalaman sepanjang attachment berada di hospital.  Kita belajar melalui situasi.  Seperti saya yang banyak belajar dan mengambil pengajaran melalui situasi yang sering saya hadapi di hospital.  Berhadapan dengan pesakit yang attempt to suicide, putus harapan untuk hidup, takut untuk melalui surgery tapi cukup kagum bila berdepan dengan pesakit yang begitu tabah untuk meneruskan hidup menganggap segalaNya sebahagian dari ujian Dia Yang Maha Pengasih..subhanaAllah..

Tapi, bukan benda ni sebenarnya yang saya nak cerita, yang itu hanya sebagai mukadimah.  Back to the main point, seperti yang saya katakan saya suka belajar melalui situasi, so apa kata kita renung2 dan fikirkan seketika situasi di bawah ini.

situasi 1: A suka dengan B. Satu hari, A dengar B bagitau kawan2 dia,”Saya suka warna merah”. Maka sejak itu, A yang hanya suka warna-warna lembut terus menyukai warna merah. Baju-baju 89% kaler merah dari pelbagai tone. Cadar,beg,semualah..merah semerahnya. Penangan cinta..

Situasi 2: C dan D ni suami isteri. C suka tembikai susu. D suka tembikai merah. Disebabkan D suka tembikai merah, maka C pun menyukai tembikai merah. Hari-hari hidang tembikai merah.

Situasi 3: emak F suka tauhu. F memang tak suka tauhu. Tapi sebab mak dia suka tauhu, seminggu 3 kali dia masak tauhu untuk makan malam.

Situasi 4: Anas bin Malik radiallahuanh meriwayatkan; “Seorang penjahit mengundang Rasulallah s.a.w dalam jamuan makan yang hidangannya dibuat sendiri. Saya pergi menemani Rasulallah ke undangan itu. Kepada Rasulallah s.a.w, tuan rumah menghidangkan roti yang dibuat dari gandum serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat baginda mencari-cari labu dalam mangkuk. Maka sejak itu saya menyukai labu.” 
(Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Darami)

Antara 4 situasi di atas ni..agak-agak mana yang memberi kesan pada anda? Semua kerana sayang..tapi mana yang dapat pahala..mana yang sebaliknya..
Hakikatnya, situasi 1 paling kerap terjadi,diikuti 2, 3 dan akhirnya 4. 

Kenapa 1? Sebab dia adalah seseorang yang belum kita miliki.  Kerana kita ingin kasihnya ada untuk kita, maka kita mengubah diri kita untuk jadi seperti apa yang dia suka. Ketahuilah, jika begitu, maka sebenarnya, dia mengasihi dirinya sendiri dan bukan kita.  It should be “I love you the way you are” lah orang kata..(tapi kalo transisi dari baik ke buruk of kos la XBOLEH kn..)

Kenapa 2,3 n 4 jarang berlaku? Sebab kasih dorang dah memang ADA untuk kita..then kita pun rasa we doesn’t have to fight to get their love.. kan?

Tanya diri kita ni..berapa kali kita merelakan diri suka benda yang kita tak suka, tapi mak ayah kita suka? Berapa kali? ( tapi kalo ayah mak suka menipu dan benda-benda tak baik yang lain, of kos lah kita tak boleh suka kn..)

Berapa kali pula pilihan kita didorong oleh apa yang Rasulullah suka? Sekali? 19 kali? Tak pernah?

Then bandingkn berapa KERAPnya kita merelakan diri menyukai benda yang kita tak suka tapi orang yang kita suka, suka? 17 kali? 88 kali?

IT MATTERS..it really matters..Fikir-fikirkanlah..
benarkan rasa kasihmu bertindak berdasarkan apa yang Pemilik segala hati gariskan...  

Terlalu mengikut kata hati yang lebih cenderung kepada perkara yang kurang baik untuk kita seringkali membinasakan.  Bukankah kita selalu melafazkan " aku mencintaiMu ya Allah"? sejauh mana kita berusaha untuk membuktikan lafaz cinta itu...maka bila begitu katamu, kata kita, lakukanlah perkara yang Allah suka jika kita ingin kasihNya juga buat kita, jika kita mahu kita berada di tempat yang paling dekat di sisi Allah.. Begitu juga pada Rasulullah dan pada ibu bapa kita..

Being urself adalah sesuatu yang sangat indah jika kita menilai dari kaca mata hati.  Tapi bukanlah maksud saya di sini, kita jadi diri sendiri yang padahal diri kita yang sekarang ini kurang baik.  Itu cerita lain.  Contohi apa yang baik daripada orang lain, tapi bukan menjadi sesuatu disebabkan orang itu suka seperti di situasi pertama.. Jangan menyalahgunakan kasihmu...love ur parents, love Rasulullah and love Allah more... ^_^


Tuesday, March 29, 2011

::Rindu Tertaut:: Setahun Bersama Sehayat Terasa

"Pertemuan kerana Allah terencana rapi dalam ketentuannya, bersua dalam halaqah terukir sebuah ukhuwah fillah.  Pertemuan ini dalam wasilah ilmu, kembara iman dan taqwa memburu cita dan rasa, namun amanah dan tanggungjawab jangan di lupa, tugas sebagai hamba dan khalifah tak boleh di biar saja.  Isilah kembara dengan kecintaan padaNya agar hidup ini tidak sia-sia" 
dari sahabat untuk sahabat..~~

Baru sahaja aku mahu melelapkan mata tiba-tiba henset di tepi bergetar isyarat menandakan mesej baru masuk. Ku buka mesej itu dengan mata yang menahan kantuk.  Keletihan sehari di Operation Theatre melihat surgery yang berjam-jam lamanya di sambung pula dengan kuliah petangnya hingga ke malam memaksa aku untuk tidur seawal pukul 1 pagi.  Terasa segar mataku melihat nama yang tertera. Kak N!  Allahu akbar...setelah lama menyepi akhirnya Kak N kembali menghubungiku.  Membaca mesej Kak N serta merta membuatkan air mata ku mengalir lagi.  Ish, tersangatlah cengeng malam itu! Sungguh asrar rindu kak N!

Teringat setiap kali ditanya oleh naqib dan raisku, aku pasti hanya mampu tersengih sebabnya tidak tahu mahu jawap apa bila di tanya tentang kak N.

"asrar, fatihah macamana?" selalunya seperti itulah naqibku bertanya..

dan aku pun menjawab...

"owh...emmm...dia..bla..bla..bla..."

"nisa?"

"nisa dia...."

"siapa nama dia tu...emm...aisyah?"

"kak aisyah emmm...."

"hafizah?"

"hafizah skrg...."

"N?"

"kak N...emmm...lost contact...ana try contact tak dapat"

dan seperti itu jugaklah situasi yang perlu aku hadapi saat raisku pula bertanya...  Bukan tidak mencari..sudah...tapi tidak ada balasan...

"nisa, dapat contact kak N tak?" soalan common yang aku tanyakan pada sahabatku...

"tak dapat asrar, ana banyak kali try.."

Tapi hari ini aku mampu tersenyum.  Rindu bertaut kembali!  Bukan menyepi mencari ketenangan katanya.  Alhamdulillah dia masih seperti dulu.  Kak N yang ku kenali malah lebih baik lagi...insyaAllah.. ^_^

Saat menginjakkan kaki ke matrikulasi, kak N boleh ku katakan merupakan sahabat pertama yang rapat denganku.  Dialah yang menemaniku kemana sahaja, dia kakak yang cukup penyayang!  Terasa aku tidak keseorangan di bumi Labuan itu.  Maklum saja aku satu-satunya pelajar perempuan sekolah ku yang mendapat tawaran ke matrik.  Makanya, aku tidak mengenali sesiapa semasa di sana, kecuali 3 orang lelaki rakan sekelas ku dulu.

Kenangan yang masih ku ingati hingga saat ini bersama kak N ketika "kegilaan" kami berdua pada CJ7.  Bagi yang tak tahu apa itu cj7 ni muka dia.


Comot kan dia?! ^_^

Outing pertama bersama kak N, kak N beli patung cj7 sebab adik dia ni beria-ia mengenalkan kecomotan c cj7 ni..heeee...

Lepas tu kami mempunyai hobi yang sama...iaitu..tersangatlah "taksub" pada jubah.  Kalau outing dengan kak N mesti pergi tengok jubah.  tengok jelah..haha... ;P

Selain tu, yang ni memang satu habit.  Asal jak turun surau maghrib tu lepas isyak stay kat surau.  Konon nak study lah ni (timb.pengerusi irfan yang bajet rajin @_@).  Tapi sebelum tu kak N akan jadi "jurupakai" aku.  Pakai apa? pakai niqab!hehe... di sana lah bermulanya keinginan aku untuk berniqab. ^^,

Ke usrah bersama2...ke tam*** bersama2...semuanya bersama... tapi antara kami semua aku lah ternakal sekali... *ni raisah versi nakal..

Honestly, bagi asrar zaman matrik asrar adalah yang paling indah setakat ini kalau nak bandingkan dengan zaman sekolah n U asrar...di sana asrar kenal makna sebenar ukhuwah fillah...syukran sahabat2 irfan..setahun bersama, sehayat terasa...mf01....juga buat raudhatul mahabbah...




"kak N....asrar rindu kak N"

"Akak ok je...jgn risau...akak tak penah lupa korang, dalam doa dalam suka, dalam duka.  Kalau rindu tengok gambar irfan, makan kfc ingat asrar (apa ka?* monolog asrar) heee.  Siapa tak rindu irfan? tanyalah sahabat irfan di pelosok mana pun, pasti merindukan irfan.  hadiah tak ternilai dari Allah untuk kita.  dan akak tahu saat terpisahnya kita, semua ditimpakan pelbagai ujian untuk menguji keimanan kita, cuma bentuknya berbeza-beza.  Akak tak risaukan asrar coz akak tahu asrar mampu menghadapinya..kan syg..walaupun asrar jauh, tapi asrar selalu dekat di hati akak.  Akak banyak tanya sahabat-sahabat lain pasal asrar, akak baca blog asrar, even dalam buku note tazkirah akak pun, akak letak gambar asrar, nama asrar tak lekang dari bibir akak coz susah sangat nak lupa adik akak ni..."

;(( kak N maafkan asrar andai sepanjang perkenalan kita asrar banyak menyakitkan hati kak N...asrar sygkan kak N lillahi ta'ala... jauh di sudut hati asrar, asrar terlalu rindukan kak N...nak tau satu perkara? gambar kak N ada dalam buku catatan asrar...bila sahabat2 seprjuangan tanya...asrar jawab...emmm...xnak la tulis...biarlah rahsia... *ini asrar, sbb tu kuat berahsia... ^^,

*********************************************************************************




nota tangan: setahun bersama....sehayat terasa...


Thursday, March 24, 2011

Universiti Duniawi vs Universiti Tarbiyah

Assalamualaikum and greetings to all...

SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

I wish i can write more, but the gravity is so strong that my eyelids are closing. Hoho. Alhamdulillah, i love what i'm now apparently, althought things turn out to be hard and tough. I keep reminding myself to be positife and upgrade day by day, insyaAllah.

The coolest thing is to comfort patients. Regard them as thought they are your own parents. MasyaAllah...give more..insyaAllah you'll gain more; especially Allah's love ")

Ok, straight to the main point...

Disebabkan saya tersangatlah suka berbelog...so, rasanya ada baiknya letak REMINDER here..so, when reading here I can see that TOO many things that i need to cover!!,

*to everyone please do ignore this entry...tq..

Takwim Universiti Duniawi

1) resume+cover page+cover letter

2) case study for burn

3) case study for capd/hd

4) teaching plan for health education

5) report of HE

6) presentation of HE

7) medical-surgical attachment

8) med-surg case study

want some more??

9) report for research

10) research presentation

11) examination

anything else?

12) med-surg posting

13) bintulu posting

not yet finish...

14) 1st professional exam!! *bg besar cket.. one of important thing!


Takwim Universiti Tarbiyah...

opps!!!! error.... 

not be able to publish here.. please refer to ur document folder in JIK folder..tq.. but, what is the main thing is ur schedule in university tarbiyah is berkali ganda compare with ur university duniawi..have to remember that..kewajipan lebih banyak daripada masa..so please do take note bout this..

And now i realize that i have too many things to do and for sure please do remember there is no time to gelak2, to main2, to angan2 and so on...



Allah..forgive me when i whine..kdg2 termengeluh.. sy bukan manusia kalis dosa, but do improve day by day.. that is human..

Life is about doing things for the sake of Allah and to obey Him.  Try to smile. as much as possible..no matter how hard things might turn out to be..insyaAllah everything will change for the better..amin!

Workloads are not excuses! (an important reminder to myself!)!!

Kisah Cinta Hebat: Bermakna Bila Ia Memberi

Asrar berbicara:

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH!

Thank you Allah. If not for this course, my future career; i may not experience and realize a lot of things which are new to me. I begin to appreciate life that Allah grants me; as well as reflect on myself based on a lot of experiences.

Today, suddenly asked by a student in the male medical ward about love:

"ada x cinta hebat yang buat kamu terasa kagum? i means a love story, man love story.. mcm cinta dlm pengorbanan? sekarang ni nak cari cinta sejati bukan senang, ramai jer yang bercerai-berai, divorced is no longer categorizes as benda pelik "

Tersenyum seketika, x sempat nak jawab.. divorced? i hate that word..

Kisah cinta hebat?

MEMANG sukar hendak mengajar manusia yang berakal mengenal cinta sejati. Mereka mudah memutar-belitkan kata-kata kerana keinginan nafsu mudah menggelocak melata, mengotori syariat yang tertulis. Manusia tahu dosa dan tahu melakukannya adalah berdosa, tetapi kemahuannya tetap membulu hingga hilang penglihatan mengintai jalan lurus. Seorang perempuan sanggup ditiduri hanya kerana termakan pujuk rayu. Si suami sanggup meninggalkan cinta si isteri demi mengejar cinta wanita di negara seberang. Mereka seolah-olah lemah longlai membuat pertimbangan kerana iman tidak seiringan cinta diberikan.

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ianya akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.

Teringat tentang satu kisah cinta hebat.  Mereka merupakan contoh teladan cinta sejati hingga ke mati yang kita dambakan. Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh nabi s.a.w dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi, lantas bisa dilihat kezuhudannya pada harta milikinya hanya sedikit sahaja ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa. Ideanya juga telah memenangkan tentera Islam di peperangan Khandaq. Dialah SALMAN AL-FARISI.

Kisahnya bermula di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agamanya. Dia sudah cukup bersedia untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para lelaki di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap ruh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Itulah jawapannya... reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati... sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi s.a.w yang utama tetapi rahmat kasih sayang Ilahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus MEMBERI.

Salman al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja, iaitu MEMBERI. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimilki... tidak haloba dengan apa yang tiada..

********************************************************************************

Appreciate eveything and everyone around you. Allah makes everyone so special that we actually learn from each other without us realizing it, subhanAllah!



bicara mata hati: stare at the sky, reminiscing who am I... grateful for what i have now..


Saturday, March 19, 2011

::Penglipurlara:: Bicara Mata Hati

Assalamualaikum and greetings to all
alhamdulillah
straight to the titik..

"salam..kenapa deactivate fb?"

"asrar, mana fb?"

"kakak dah xda fb?"

and..so on..bla..bla..bla...

busy..busy..busy...

busy?

no....saya tak busy...malulah pada siapa yang mengaku sibuk padahal perjuangan tidak lah sehebat Rasulullah dan para sahabat...sedangkan As-syahid sayyid qutb sendiri sempat menulis semasa dipenjarakan, kita ni yang saya rasa lebih banyak masa terluang sebenarnya nak mengaku sibuk?

memang saya berehat sekejap daripada dunia fb...kenapa? personal matter...

saya nak bagi laluan pada Contengan Jalanan pd Blog Bicara Mata Hati ni..

sementara "berehat" dari dunia fb ini yang saya boleh buat untuk belog saya...

new blog? emm..no...new style? yes..that it is..

apaper pun,wish that u've a good time here

walaupun font tergolek-golek dgn margin berterabur dan kaler semacam tu

one thing,

bila reading here please do not discount ur kerja

ur solat time

ur belajar time

ur office time

dengan hanging around kat sini

i've the saham oso

make it good =)

enjoy reading and shoutouting

may Allah bless



cerita situ sana sini..~~

shopping....




dan selalunya....memang kita macam ni....

























define:relationship





ummi,maca mana nak tahu Allah tu ada...? *saya takda anak, ilusi semata-mata ;p*




beach boy =)





idola =)



"...everybody has a past...

...everybody lives a present...

...everybody deserves a future...

...that was I and this is me..."

Allah knows and He will lead...




::Perjuangan Tiada Noktah::




Ingatlah Sahabat..

Bunga itu menguntum indah,

Menyeri dan mekar memerah,

Dipuji dengan berbagai-bagai madah,

Esoknya bunga itu gugur ke tanah,

Serpih demi serpih ia punah,

Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…



Engkau bukan layu seperti bunga,

Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,

Lambang bunga lambang sementara cuma,

Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,

Daerah kita bukan daerah cinta,

Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,

Tiada senda gurau memanjang yang meleka,

Kerana kita dalam memperjuangkan agama.




Sahabatku..

Disini uda dan dara telah berkubur,

Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…

Bumi kita bumi yang payah,

Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,

Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,

Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,

Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat payah,

Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya

keredhaan dari Allah.



Sahabatku…

Semalam telah layu sekuntum bunga,

Telah gugur dari jambangannya,

Tetapi itu bukan perjuangan kita,

Bukanlah itu sebagai lambangnya,

Mulut telah kaku untuk bertanya,

Hati malu untuk memikirkannya,

Tidak seperti dahulunya,

Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah,

Yang merindukan dan memburu syahid,

Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah,

Walau pudar dan hambar datang tak sudah,

Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,

Doaku agar kita berani seperti Hamzah,

Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.



Ya Ilahi...
saksikanlah diri ini menyembah
mengabdikan seluruh jiwa dan ragaku buat Deen ini

Ya Ilahi...
saksikanlah
setiap detik dan detak jantungku ini
adalah milik perjuangan
milik kebenaran yang telah kau nyatakan dalam ayat-ayatMu.

Ya Ilahi...
saksikanlah...
tiap cita-cita yang mekar di roh ini
adalah cita dan cintaku dalam mengejar RedhaMu
adalah cita, cinta dan rinduku pada FirdausMu
di setiap aliran darah yang mengalir adalah kerana tiada Ilah selainMu..
di setiap nafas yang ku hirup
kerana kecintaanku pada SyariatMu dan sunnah kekasihMu
di setiap derap langkah perjalananku, setiap ayunan tanganku, setiap kerlipan mataku
kerana tiada cita dan cinta tertinggi selain Syahed di jalanMu
kerana keinginanku hidup mulia disisi DeenMu
kerana semua milikku adalah MilikMu semata
jasadku ini telah ku abdikan buat perjuangan ini
sebuah perjuangan tanpa henti
maka Engkaulah yang Maha Kuasa
dalam menentukan segalanya

Kerana itu Ya Ilahi...
Kurniakanlah kemenangan keatas kaum Muslimin!
Kurniakanlah kekuatan sejati kepada Para Mujahidin!
kurniakanlah kemuliaan kepada para Ulama, Solihin, Muttaqin
kurniakanlah para tenteraMu kerendahan hati dengan ketinggian Jiwa
kerendahan hati agar sentiasa tawadhu' kepadaMu
ketinggian jiwa agar tiada kata Menyerah dan mengalah sebelum berjuang!

Ya Ilahi..
cinta ini cinta ukhwah Islamiyah
cinta ini seperti kesatuan tangan kanan dan kiri
kaki kanan dan kiri
mata kanan dan kiri
dan kesempurnaan ukhwah ini seperti kesempurnaan Jasad yang telah kau anugrahkan
begitulah kecintaan dan cintaku pada saudara seaqidah seimanku
maka, jika manusia Jahannam itu bertekad menyentuh jasadku

saksikanlah Ya Robbi!
Perlawanan keranaMu aku lantunkan
saksikalah!
Genderang Jihad fi Sabilillah aku tabuhkan
saksikanlah, dunia Islam ini akan bangkit!
singa-singa yang tidur itu akan bangun!
anak-anak ayam itu akan menjadi helang!
orang-orang pincang berlari kencang!
semuanya dengan IzinMu

saksikanlah Ya Ilahi..
Deen ini akan terus tertegak dengan IzinMu
sehingga pengakhiran dunia
sehingga malaikat Isrofil meniup sangkakala
perlawanan ini adalah Bisu
bagi yang Kaku
dalam mengerti erti syariat dan sunnah perjuangan.

Ya Ilahi..
meraih RedhaMu tidak semudah membalik telapak tangan
meraih SyurgaMu tidak semudah menoleh kehadapan
meraih Syahid di jalanMu tidak semudah memuntahkan perkataan
semuanya menuntut PENGORBANAN
kerna syurga itu menagih ujian
sedang neraka berpagar kenikmatan

kerana itu Ya Ilahi..
mantapkanlah hati-hati ini
mantapkanlah hati-hati ini
mantapkanlah hati-hati ini
dalam keistiqomahan berjuang di jalanMu
hanya keranaMu
hanya kerana meraih RedhaMu
jadikalah kami pemburu RedhaMu
jika tidak mampu berlari
dalam keadaan berjalan aku menggapainya
jika tidak mampu berjalan
dalam keadaan bertatih aku meraihnya
jika tidak mampu bertatih
dalam keadaan merangkak aku memeluknya

Ya Ilahi...
saksikanlah
firmanMu ku jadikan pegangan

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan." (QS At Taubah: 20)

Allahuma Ahyina Su'ada...
wa Amittha Syuhada...
Wa adkhilna fii zumrotil Musthofa Muhammad SAW...
Allahuma Amin...

inilah janji perjuangan tanpa titik
dari seorang Hamba kepada Kholiknya
hanya Kau maha Mengetahui segala isi hati hambaNya...
kerana detiap perjuangan diuji keikhlasan
maka kurniakanlah nikmat ikhlas itu kepada HambaMu yang dhoif ini...




Monday, March 14, 2011

Maaf Cik.. Apa itu Takdir?

“ Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka.”

Clinical class dari pagi hingga ke petang tadi agak meletihkan.  Usai sahaja kelas itu berakhir, aku balik terus ke bilik, menunaikan solat asar sebelum ke kuliah seterusnya pada pukul 5 ptg.  Selepas menunaikan kewajipan aku kepadaNya, aku duduk berehat sebentar.  Tiba-tiba hanset ku bergetar.. ku capai, ku lihat ada mesej baru masuk.. dari sahabat kesayangan ku..Luqyana Wafiya..

"salam..syg, enti sibuk?"

"wasalam..x..ana baru habis kuliah..kenapa?"

"buka msj fb enti kejap, tolong jawab soalan ni..bleh?"

"ok, jap ya..."

Ku kerling jam di tangan, ok sempat!

Laptop di meja study ku buka.

"apa itu takdir...? ada juga yang cakap, sekuat mana kita berusaha, tapi kalau belum diizinkan kita tidak akan dapat mencapainya. itukah takdir? atau takdir yang menentukan jalan cerita hidup setiap manusia. takdir yang ditentukan TUHAN. atau TUHANlah yang mengarang jalan cerita hidup kita."

Apa itu takdir?

Persoalan ini mengingatkan kembali pada ku satu kejadian suatu ketika dulu.  Soalan yang sama...dan pengalaman itu pernah ku kongsikan dalam bentuk artikel di suatu laman web..

*****************************************************************************

Selepas habis SPM, aku menghabiskan cuti panjang ku itu di Shah Alam bersama family kandung ku.  Waktu itu family aku masih menetap di seksyen 25 shah alam.  Selalunya aku akan tinggal berseorangan di rumah memandangkan mak bekerja dan kakak pula masih belajar pada masa itu.  Sudahnya hampir setiap hari aku akan keluar rumah, dan destinasi aku sudah pastinya Puchong.  Selalunya aku akan ke kedai buku Popular menghabiskan masa sehari-hari di sana.  Kalau bosan aku akan ke KL.

Satu hari itu aku berhasrat turun ke Puchong.  Menanti bas di KL sentral, memang sesuatu yang aku tak suka.  Memandangkan aku tidak mempunyai lesen memandu, maka itu sajalah pilihan yang aku ada.  Seawal dalam bas hati ini berdetak.. ada mata yang sedang memerhati, terasa sedikit rimas.  Malas kisah dengan keadaan sekeliling mp4 putih kesayangan ku keluarkan dan ear phone ku sumbat ke telinga. 

Dalam bas, duduk disebelah ku seorang perempuan India muda sedang ralit melayan mp3nya dan kebetulan kerusi penumpang ini mengadap. Jadi depan aku seorang pemuda, entah nak kata cina sebab sepet, tapi matanya hijau, oh, contact lens agaknya, tapi rambut dia pun cokelat, emm celup kot dan disebelahnya seorang mamat bangla.

Seperti biasa rutin aku, walau dimana, aku tidak tinggal buku, atau paling tidak aku menulis, habit yang sukar utk di tinggalkan.  Tanpa menghiraukan sesiapa jadi aku terus saja membaca kerana tahu, perjalanan masih jauh, baru 5 minit aku membaca....

Tiba-tiba ...

“maafkan saya, errk..dari tadi, masa di stesyen, saya lihat anda membaca, anda seorang muslimah yang baik” aku dongak kepala dan aku lihat mamat cina itu bdepan aku. Oh jadi dia ni lah yang buat aku rimas tadi ye. Duduk depan aku pula lagi. Aku cuma senyum dan angguk lalu menyambung bacaan. Tapi dia masih buka mulut .

“emm.. anda masih belajar atau bekerja?”

Eh mamat ni, dia sebenarnya nak berbual ke apa. Aku pula jenis direct, terus aku tanya dia “ emm.. maafkan saya, saya bukan pelajar dan tidak bekerja, jadi adakah anda sebenarnya ingin membawa saya berbual dengan anda?” datar..tanpa nada dan perasaan aku bersuara..

Dia tersenyum “ya sebenarnya itu pun jika cik...tidak kisah, saya kebosanan”

Aku berfikir sebentar, berhadapan dgn seorang non-muslim akhlak kena jaga.  “oh, baiklah tapi perbualan kita haruslah yang biasa dan tidak tentang peribadi dan paling penting tolong jaga kesopanan ya” aku beri syarat. Entah apa yang aku repekkan aku pun xtau.  Pertama kali aku bersembang dengan seorang lelaki dalam bas. =_=

“oh baiklah saya Eric. Cik….?”

“asrar”

“oh ye dari tadi anda baca buku tu, bagus ye”

“emmm.. biasa saja”

“ boleh tanya pasal agama?” tanpa rasa berselindung dan takut dia bertanya.

“emm.. boleh, tapi sebagai seorang muslim, saya akan menjawab setakat yg saya tahu, kalau saya tidak tahu, minta maaflah” kata aku berterus terang dengan suara yang datar.

“kenapa tidak? Kenapa harus ada perkara tentang agama Islam yang anda tidak tahu, susah sangatkah agama Islam tu” dia bertanya bertubi-tubi.

Erk.. mamat depan aku ni, samada dia seorang mubaligh atau sekadar menduga kemampuan aku, atau saja nak cari jalan nak membebel panjang ... aku tidak pasti yang mana satu, Aku senyum hambar agak2 x ikhlas sambil tu memperkemas duduk.

“Eric, agama Islam itu tidak susah. Tapi anda harus tahu dan faham, bahawa tingkat untuk mendalami dan memahami itu bukan semudah ABC. Emm.. ok macam sekolah. Mula-mula kita masuk tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah, menengah, baru masuk u, dan seterusnya. Semasa di tadika.. anda hanya belajar kenal huruf dan abjad. Bila masuk sekolah rendah, anda diajar membaca. Kemudian anda akan duduki banyak ujian untuk melihat tahap kefahaman dan kebolehan anda menguasai pelajaran.

Jadi, dalam islam juga begitu. Saya sebagai muslim tidak terlepas, mungkin saya masih dalam sekolah, belum masuk u, jadi kalau saya mampu saya akan jawab, jika tidak saya akan cuba dapatkan jawapan untuk soalan anda”

Dia tersenyum “ ok saya faham, saya tanya je. Harap anda tidak merasa marah.”

“ok tak apa, saya tak marah” betul ke..saya mmg no feeling.

“erk.. asrar saya nak tanya sikit tentang takdir boleh?”

“emm..ok saya cuba”

“ saya ada kawan seorang melayu, dia ni suka minum, kaki perempuan dan bila saya tanya kenapa dia jadi macam tu dan sampai bila nak begitu, sebab dia ada keluarga, dia kata sudah takdir dia macam tu. dia kata Tuhan yang nak dia jadi macam tu, jadi dia tak boleh buat apa lagi”

Adeh, apa punya mamat melayu ni. Buat malu orang. Boleh dia cakap macam tu.Aku yang kena menjawab…gerutu aku dalam hati. Emm...

“jadi, kalau macam tu, takdir sudah ada, kita tak boleh ubah apa-apalah, ikut saja, macam tu ke?” tambah Eric

“Emm.. tu tak betul sama sekali, anda tahu, kalau anda akan jumpa saya hari ini berbual dengan saya macam ni?” pantas aku bertanya

“oh tentu tidak” kata Eric

“itulah takdir” kata aku

“ anda rasa kita akan sampai ke destinasi dengan selamat?” aku bertanya dia lagi

“ya.. kenapa? “ jawab Eric.

“tapi kalau tiba-tiba di depan nanti bas ini rosak?” aku bertanya lagi.

“oh sekarang saya faham, itu takdir, benda yang tidak dapat kita jangka betul?” dia mula mengerti.

aku senyum dan mengangguk.

“ Erik, anda cepat faham, baguslah.. sebenarnya takdir bukan lah tidak boleh diubah, tapi bukan juga itu sudah muktamad dari Tuhan maksud saya Allah. Sebab dalam Quran, Allah berfirman “ Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka.”

Ok, lagi sekali, saya suka guna contoh budak sekolah. Kalau anda sekolah, dah tahu ada ujian, tapi anda tidak baca buku, tapi anda harap anda lulus, kemudian anda gagal, adakah itu takdir? Apa yang anda faham tentang senario itu?” aku suka bertanya agar dia berfikir, mudah untuk aku menilai persepsinya.

Kelihatan dia berfikir “ emm.. dia tak baca buku macamana dia boleh jawab dan lulus”

“betullah tu, so anda faham, tapi itu belum takdir. Itu sebab salah dia sendiri.” kataku

“Ha..errk.. tak faham itulah takdir dia kan” erik mengelus rambut coklatnya.

“ya dan tidak., ya bila dia tidak berusaha, takdirnya (aku mengangkat kedua belah tangan dengan isyarat dua jari dibengkokkan) Allah beri dia gagal atas sikap tidak berusaha itu. Tapi.. kalau dia dari awal tahun, dia berusaha bersungguh-sungguh belajar, kemudian dia tidak lulus, itu mungkin takdir. Boleh faham tak?”

Dia sepertinya keliru dan keningnya mula merapat.

“ok, saya beri satu lagi contoh, kalau dia telah berusaha, betul-betul berusaha, tidak sekali pun dia belajar sambil lewa, tapi dia telah gagal dalam ujian, itu mungkin takdir, sebab segala persiapan dia dah buat, tapi kalau dia postmorterm kaedah dia belajar, mungkin ada sesuatu yang tidak betul, dia usaha lagi sehingga lah dia lulus, itu juga mungkin takdir.

Tapi kalau dia dah bersiap segalanya,. Tiba hari ujian dia jatuh sakit tidak dapat untuk menghadiri ujian, itulah takdir, itu pun bergantung, adakah semasa sibuk bersedia untuk ujian dia tidak jaga makan, dia tidak cukup tidur dan rehat, jadi dia sakit...” aku menerangkan panjang lebar.

Aku tengok dia termenung. Paham ke tak mamat ni, aku rasa lebih baik aku terus bagi jawapan mudah, kalau tak mau dia kata islam ni berbelit dan susah.

“ok Erik, saya tidak mahu anda pening kepala, saya cuma ingin anda lihat dari banyak sisi dan senario, kesimpulannya takdir bukan sebab Allah dah kata ia jadi macam tu, macam tu jelah, tak boleh nak ubah, macam kawan anda tu. Allah bagi kita akal., jadi kita yang tentukan sebenarnya takdir kita dengan kebenaran dari Allah, maksud saya Insya’allah iaitu dgn izin Allah” dia pandang aku sambil terangguk-angguk. Aku lihat dia boleh menerima jadi aku sambung lagi.

“emm.. kalau anda suka, anda boleh baca buku-buku kisah nabi, ada satu kisah tu, nabi Yunus, dia ni telah dimakan oleh seekor ikan besar, macam ikan pauslah,. Jadi dia ada dua pilihan, samada dia puashati dah itu takdir dia, dia akan mati kena makan ikan atau dia berdoa dengan sangat yakin bahawa, Allah dengar doa dia dan bantu dia. Jadi dia pun berdoa. Dia berdoa sungguh-sungguh, akhirnya Allah lepaskan dia dari perut ikan tu. Sampai hari ini, orang muslim akan baca doa dia kalau ada masalah. Jadi dimana yang anda rasa letaknya takdir?” aku bertanya untuk melihat samada dia faham bebelan aku.

“maksud anda, kena usaha, lepas tu baru kata takdir.. ,maksud saya sudah takdir?” tanyanya sambil tersenyum.. aku diam x balas senyumannya walaupn sebenarnya sejak sekolah dulu aku memang suka tengok orang yg berwajah chinese look ini..

“ya. betul, anda betul, anda cepat faham. Jadi sebenarnya, kita wajib percaya takdir, atau qada atau qadar, sebab dengan itu kita tak ambil jalan mudah, putus asa, tidak berusaha. Bagusnya kalau anda seorang muslim”. Aku senyum menjawab kepada soalan yang ditanya.

“tapi kawan saya kata sudah takdir dia, dia kata Tuhan dah pilih dia jadi macam tu. Jadi dia ikut sajalah.” Kata Eric sambil menggelengkan kepala

“ok saya nak cerita satu lagi kisah. Masa zaman dahulu, ada seorang pedagang, dia turun dari kuda, lepas tu dia tidak tambat kuda dia, jadi seorang sahabat dia tegur, baik engkau tambat kuda engkau, sebelum engkau berserah kepada Tuhan, sebab, selepas ditambat kalau dia hilang, itulah takdir, tapi kalau engkau tidak berusaha untuk tambat dan kuda itu berjalan, kemudian tu hilang, itu bukan takdir, itu salah engkau sendiri”

“Jadi Erik macam tulah juga kalau anda ingin faham maksud takdir, qada atau qadar Allah. Kawan anda tu dah salah, jangan sebab kita rasa qada dan qadar itu datang dari Allah, dalam erti kata yang mudah kita faham. Buruk atau baik tu dari Allah, maka dia atau kita boleh buat sesuka hati je. Sebab semua dah Allah tentukan. Nak baik, baik, nak buruk dah nasib buruk.

Jadi kita ikut je.. macam jatuh sungai, kalau anda rasa itu sudah takdir, matilah anda jatuh sungai, walau pun anda tahu berenang, anda buat tak kisah saja ke? Sebab dah takdir.. Tapi secara spontannya tidak. Kenapa harus berenang nak selamatkan diri, tak payahlah, tapi kerana anda takut mati anda berusaha untuk selamat, kemudian jika anda tidak juga berjaya, itulah takdir, anda mati lemas. Tapi kalau anda berjaya selamat, itu juga takdir, dengan izin Allah. Jadi takdir anda berubah.” Adus.. aku dah kering tekak ni...

aku tambah lagi “ jadi Eric tuhan iaitu Allah, telah beri kita akal dan fikiran, kita kena guna sebaik-baiknya untuk timbangkan apakah perbuatan kita itu benar atau salah, jadi kalau tak digunakan akal. Buat benda salah dan bodoh, itu bukan takdir dari Tuhan, itu atas salah diri sendiri”

sepanjang masa dia asyik tersenyum, aku pula yang letih.. “Jadi saya harap anda puas hati dan faham, kalau ada yang anda tidak faham baik anda tanya”...

“oh ye asrar, dari tadi anda kata alangkah baiknya saya seorang muslim, kenapa?”

aku senyum “ Eric.. anda buddha atau kristian? Saya minta maaf, dalam Islam, muslim yang mukmin iaitu yang taat suruhan Allah, akan kesyurga, selain dari orang Islam mereka akan masuk neraka, jadi dengan kelebihan anda, yang mudah faham begini, adalah lebih baik anda sebagai seorang muslim, oh ye, dan.. takdir anda pun pasti akan berubah”.. aku mengangguk dan tersenyum kepadanya.

Rasa nak ketuk kepala sendiri.  Kenapa lah saya ni terlalu direct.. ilmu budak baru habis form 5.. dakwah pun masih tak halus...maafkan saya...

“maksud asrar?”

“Eric, menurut Islam selagi anda bukan seorang muslim, jika anda mati anda akan ke neraka... maaf ya, agak kasar, tapi itu kenyataannya. Tapi jika anda telah menjadi seorang muslim, takdir anda telah berubah, dengan izin Allah, anda akan dapat masuk syurga. Jadi anda lihat, pilihan ditangan anda. Jika anda pilih Islam sebagai agama anda. Ada peluang untuk ke syurga, tapi kalau anda terus kekal sebagai bukan muslim anda akan kekal ke neraka. Anda buat lah pilihan”

“emmm ...peluk Islam, tapi itulah orang Islam sekarang pun ramai yang tak macam dalam Quran kata. Jadi saya agak keliru, dimana kekuatan Islam itu sekarang”

aduhs.. grekkkkk sakitnya jiwa aku dengar.. tapi itulah kenyataan. Aku diam. tulah yang namanye je Islam tapi perangai hancur .. aduhs...tapi aku tetap senyum. Sambil tu aku jawab dia..

“anda benar Eric, kekuatan Islam sepatutnya bermula dari diri kita sendiri, maksud saya dari roh kita, kalau kita Islam, roh kita sepatutnya akan takut kepada Allah dan buat perkara yang Allah suruh saja. Yang tak boleh, kita takut nak buat, tapi sekarang, rupa dan nama saja Islam, tapi bukan semua sekali macam tu.

masih ramai yang berusaha menjadi muslim yang baik, lebih, lebih baik, sebab tu kalau satu hari anda ingin menjadi seorang Islam dan muslim yang baik, anda kena cari kawan yang baik dan betul, anda akan ikut cara yang betul. Tapi bukan bermakna kita tak boleh kawan dengan kawan yang tak berapa baik, boleh cuma biar kita yang pengaruh mereka bukan kita yang terpengaruh” Aku senyum hambar.

Emm.. sedar tidak kami sudah hampir sampai ke Puchong. Dia menghulur aku kad bisnessnya. Dalam hati aku berkata 'owh..dah keja rupanya' “ asrar ini kad saya, terima kasih kerana sudi berbual dengan saya, seronok sangat berkenalan dengan anda.. asrar, kalau satu hari saya jadi muslim saya nak guna nama Eric Mikail Abdullah ok tak?”

“ok boleh kenapa tidak, sedap nama tu, kalau tambah Muhammad kat depannya ok juga”. Sambil tangan aku menyambut kad darinya.  Dia kemudiannya turun lebih awal dari ku. destinasi aku di depan lagi.

Aku diam sambil berfikir apa yang aku repek kan...ilmu sangatlah kurang walaupn aku budak sekolah agama.. aku memandang kad ditangan..

..Muhammad Eric Mikail Abdullah

takdirkah ini?

********************************************************************************

p/s: sudah bertahun berlalu..nak tergelak pun ada... biarlah menjadi kenangan.. ilmu yang sangat lah terbatas..



Monday, March 07, 2011

Mengapa tidak memilih yang halal?

Disebalik pilihan cinta yang halal lagi suci, hairannya masih ada yang memilih jalan salah lagi haram.



Hanya setelah Nikah!

Valentine Day sudah berlalu hampir sebulan..

Tidak sedikit berita sensasi yang berlaku… Pesta muda-mudi meraikan hari bersejarah cinta sambil mendakab ghairah akan dosa serta noda.

Pelik ye,,, mengapa masih memilih yang haram? Sedangkan yang halal lagi toyyibah sudah diajarkan oleh sunnah??

Bernikahlah!

Kerana tiada kata suci mengungkap ‘Aku cinta’ sebelum terlafaznya Ijab dan kabul.

Pilihlah jalan yang halal nescaya Allah kurniakan Sakinah, mawaddah dan Rahmah…

Memetik pesanan Murabbi, As-Syeikh Al-Thantawi. Pesannya buat remaja yang berjiwa muda:-

Islam tidak menyuruh kita untuk memenjara nafsu dan tidak meminta kita menjadi seorang rahib.. Kerana hal itu sangat bertentangan dengan fitrah yang Allah tetapkan kepada kita.. Demikian juga, Islam tidak memerintahkan kita membiarkan nafsu menjadi lampau dan tanpa kawalan, yang nantinya justeru akan membahayakan orang lain.

Namun, apa yang pasti Islam mengajarkan kepada kita bagaimana merawat dan memeliharanya agar tetap menumbuhkan cabang dan ranting untuk menumbuhkan manfaat, disamping memotong duri-duri yang dapat menyakiti, agar membuahkan hal-hal positif dan menyingkir segenap mudharat..

Nafsu manusia ibarat air bah yang turun dari puncak gunung. Barangsiapa berdiri menghadangnya, maka dia akan diterjah dan dilumatkan. Barangsiapa membiarkannya, maka ia bakal memporak-porandakan negeri dan memusnahkan umat manusia.

Orang yang berakal sihat, tentu sahaja akan membuat jalan untuknya. Menggali tanah sedalam-dalamnya, lantas mengalirkan air bah itu ke sana..

Hakikatnya, inilah yang diperbuat oleh Islam!

Pernikahan yang ideal mampu menghimpun berbagai hal yang INDAH, SEMANGAT, MASLAHAT, CINTA dan KASIH SAYANG. Ia semacam senyawa kimia yang kukuh tak pernah terurai selamanya.

Cinta Sejati yang mesti kita kenal adalah cinta yang tumbuh sebagai buah-buah SELEPAS pernikahan. Bukannya benih-benih SEBELUM pernikahan.

Seandainya engkau dikurnia kekayaan seperti Qarun dan fizikal segagah Herculis lalu kemudian dihadirkan di hadapanmu 10 000 wanita tercantik yang masing-masing punya keistimewaan berbeza-beza. Apakah engkau kira bahawa itu cukup??

Tidak! Saya katakan dengan selantang-lantang suara: Tidak! Namun, satu wanita sahaja yang kau peroleh secara HALAL, inilah sebenarnya yang cukup!

Duhai anak-anakku.. Nafsu itu ibarat bom petik yang siap menghancurkan. Bila pemetiknya engkau tidak sentuh, maka pasti engkau aman dari kedahsyatan ledakannya. Maka, berhati-hatilah untuk TIDAK menyentuh agar kelak engkau tidak dilumatkan olehnya!

Mengapa tidak memilih yang halal?


p/s: Mereka yang dikurniakan bahagia sehingga lupa darat dan udara...Lantaran yang menjadi mangsa dada si kembara sang hamba...Sunyi tanpa berita..Mujur kembara sang hamba tahu akan makna..Tuannya menyepi mencari redha yang Esa~


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "