Thursday, May 20, 2010

Menyelongkar Kisah Hidup Pesakit AIDS



Bismillahirrahmanirrahim..

“Kemudian Kami wariskan Al-Qur'an itu kepada orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan ada yang mendahului dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.” (Fatiir: 32)

Assalamualaikum w.b.t

Pukul 1.30 petang aku dan rakan2 yang lain tiba di hospital.  Shift petang merupakan shift yang paling aku gemari hehe.. Sewaktu melangkah masuk ke dalam male ward tempat aku bertugas sempat ku jeling ke isolation room.  Kelihatan ada seorang patient yang ku kira baru ditempatkan ke bilik kuarantin tu kerana sebelum ini tidak pernah ku lihat.

Melalui sesi hand over duty aku mendapat tahu pesakit yang berada di dalam bilik kuarantin tersebut disahkan HIV positive tetapi tanpa diketahui punca disebaliknya kerana pesakit tu enggan buka mulut mengenai kisah lalunya. Hmm..yelah kan..sape lah nak bukak pekung di dada sendiri...

Selepas handing over, kitorang memulakan tugas seperti biasa.  Tepat pukul 5 petang seorang staf nurse yang lebih mesra ku panggil kak Winnie mengajak aku menyediakan ubat untuk pesakit di ward tersebut. Setelah selesai kak winnie mengarahkan aku memberi ubat kepada pesakit AIDS tu.  Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tu, aku terkejut sedikit melihat keadaan pesakit tu.  Inilah pertama kali aku melihat pesakit AIDS di depan mata ku sendiri. Ya Allah sebegitu terukkah kesan virus HIV dariMu.

Aku melangkah dengan segaris senyuman ku lemparkan padanya.  Ku ingat pesan kak winnie "Asrar, nak bercakap dengan pesakit tu kena lembut sikit tau, pandai2la asrar pujuk dia".  Aku tersenyum sendiri.  Then, dengan sebaiknya aku cubalah pujuk dia makan ubat. Err...mula2 tu nak bercakap tu aku sedikit serba salah. 'Nak panggil patient ni apa?' bingung sebentar.  Ku lihat umurnya yang tercatat kemas pada prescription tu memang layak bergelar abang, tapi takkan nak panggil abang kut..aku ni dahlah tak biasa nak panggil orang lain abang.  Aku ada seorang abang jer kat dunia ni adeh...last2 aku panggil pakcik jer ngeee...

"pakcik, makan ubat ye..." aku try pujuk dia..

"taknak, saya nak susu.  Awak buatkan saya susu." aik, pakcik ni orang mana ek..slang KL lak dia..

"lepas pakcik makan ubat ni, saya buatkan susu bleh?" aku cuba pujuk dia lagi..

"saya cakap taknak, taknak la! saya nak susu jer!"

Huh, demand giler....sabar jelah, dahlah aku ni kurang kesabaran sket..haih... Nak taknak aku pun pegilah ke pantri buatkan susu untuk patient tu.  Lepas tu aku try lagi suruh dia makan ubat.  Alhamdulillah kali ni dia nak.  Aku pun tersenyum lega keluar dari bilik tu.  Sebaik keluar kak winnie terus tegur aku.

"Asrar, dia makan tak ubat tu?"

"Makan kak, tapi kena buatkan susu dulu lah"

Kak winnie mencebik, aku senyum jer..tetiba kak winnie tarik aku dekat dengan dia..

"Asrar tadi dia ok kan dengan awk?" Aku angguk.Hairan. Asal kak winnie ni?

"Apa kata Asrar buat history taking dengan dia.  Kita tak tau lagi punca dia kena jangkitan HIV tu.  Keluarga dia pun tak tau sebab dia duk KL 13 tahun tanpa diketahui apa dia buat kat sana, keje dia pun family dia tak tau, dengan kitorang pun dia taknak cakap apa2" panjang lebar kak winnie terangkan.  Aku telan air liur, huh..karang dia mengamuk camne?

"Asrar cubalah bodek2 dia, asrar kan lembut mesti dia nak". adeh...kak winnie cakap aku lembut, tak tau lagi aku nie ganas giler..

Tapi ntah la, dengan sedikit keyakinan aku mengangguk juga tanda setuju.  Nak ker dia citer? Adakah manusia yang nak bukak pekung di dada sendiri dengan orang yang tak dikenali? haih..macam2 soalan yang ada dalam pala otak aku time tu. Sedar tak sedar tup2 aku dah masuk dalam bilik tu.  Berbekalkan guide line yang kak winnie bagi aku pun memulakan sembang santai aku dengan patient tu.

"dah makan abang?" hahaha...kali ni aku panggil abang atas nasihat kak winnie..huh..meremang bulu tengkuk aku..

"dah, tapi tak habis keras sangat lah nasik tu.." huh..pelat kl sungguh..

"owh..ye ke..nanti saya bagitau akak staf ea..emm..abang duk mana dulu?" aku soal jer walaupun dah tau..

"dulu saya duk kat kl 13 tahun.."

"owh..lamanya..kat mana? saya tinggal kat shah alam, selangor" aku saja nak bagitau, mana tau dia lebih selesa nak berborak bila tau aku tinggal kat sana hahaha..

"shah alam kat mana?" soal abang tu pulak.hehe...dah agak dah..time tu aku tengok dia dah menunjukkan minat nak berbual.

"seksyen ___  abang lak tinggal kat mana?aku soal dia pulak..

"Saya duk taman seri gombak" gulp...asal lah Gombak pulak..haih..hilang concentrate aku jap, fikiran melayang ntah ke mana...

"abang keje apa dulu?" tukar soalan..

"keje kat kfc 6 tahun"

"kfc?waaahh...sebagai apa?

"supervisor..tapi bukan kfc yang kat tepi jalan tuh,saya keje kat pejabat dia.." pulak dah...

"owh...saya suka kfc..sedap..." apa lah aku merepek ni..

"tak bestlah kfc tu" adeh..ada lak dia ckp mcmtu...aku tanya lagi soalan seterusnya..

"abang merokok tak?"

"tak...."

"betul ke ni?"

"betul...."

"tipulah" hehe....

"betul..x merokok..sumpah wallah" huh..pandai lak sumpah ngan nama Allah..

"minum arak tak?"

"tak"

"amik dadah tak?" adeh....asal lah terkeluar soalan berani mati ni..

"tak,tak sentuh pun mende2 tuh"

huh....ok,soalan lain...

"abang dah kawin?" jeng3...

"blom" pendek lak jawab..

"owh...ye ke...dah tu kat gombak duk dengan siapa?"

"kawan2 lah.."

"kawan2 lelaki ke perempuan?" ngeeee...

"semua lelaki..."

"emmmm...jadi, kalau abang belum kawin mesti abang ada girlfriend kan?" aku angkat kening double jerk..huh..klua plak gaya mengong aku nih..

"saya xde girlfriend lah..saya pondan!!"

hah???hampir nak terlepas pen di tangan..pondan?jatuh rahang aku dengar..nganga..Istighfar panjang aku dibuatnya.. dah tenang sket aku terus lagi soal..

"bererti abang xde girlfriend, ada boyfriend lah?" aku tekan sket perkataan boyfriend tu..

"ada lah..."

"errr...abang tinggal serumah dengan boyfren ker?"

"ha'ah"

"tidur bersama?sekatil?"

"yelah"

huh...giler..pengakuan berani mati tuh..

Aku rasa dah selesai.  Tapi nak tanya lagi...

"Mana boyfriend abang tu?"

"kat kl lah keje"

"siapa nama dia?"

"itupun awak nak tau ker? err....adeh..aku lak kene..

"xpela kalau taknak bagitau, saya bukan kenal pun"

tetiba dia ckp cmni...

"saya tak pernah bukak citer pasal dia..selama ni saya diam jer..saya taknak malu kan dia..lagipun watpe nak malukan diri sendiri citer pasal ni.."

cewaahh..tau lak dia berkata2...

Aku tengok dia dah membelangkan aku.. tak minat nak sambung citer lah tu kot..xpela..yang penting tugas aku dah selesai.  Keluar jer dari room tu aku tengok kak winnie dan staf yang lain dah menunggu. Aku pun citerlah sume nya...sume just menggeleng jer..

"Asrar, ko memang kaki bodek yang baik" ceh..kak winnie..kene lak aku hahaah...

Apapun, aku cukup sedih sebenarnya..saudara seislam sendiri macam tu.  Ku teringat kisah kaum nabi Lut yang dilaknat Allah kerana homoseksual..Pesakit tu ku lihat kulitnya diseluruh badan mengelupas..mulutnya bernanah,luka2 dan berdarah..ngeri...itu baru seksaan di dunia, belum lagi di akhirat.. Apapun kita bukanlah penghukum, hanya Allah yang layak mengadili..Hanya mampu mendoakannya..buat yang diluar sana ambil lah iktibar..

wallahualam...


6 comments:

teman said...

salam..

thanks tuk cerita pengalaman itu.. mmg pengalaman terhebat.. dari tajuk ja dah bt hati tertarik tuk membaca.. sama2lah kita kongsi ngan insan2 lain..

Lintasan Hati said...

rasa sedih bila baca entry ni...sedih untuk mak nyah tu....cuba2 la bawa dia ke jln yg benar sementara ada masa....bukan apa kesiankan dia kalau dia tak sempat taubat......mungkin Allah takdirkan ukthi bertemu ngan dia untuk dilembutkan hatinya....cubala mana tau berkesan...org sakit ni selalunya mahu mendengar kata....

Sue Yahya said...

to teman:afwan...sekadar satu perkongsian...sama2 ambil pengajaran..

to lintasan hati: insyaAllah...ana usahakan..syukran atas pandangan ukhti..

semoga Allah sentiasa merahmatimu...

syg-fillah.. ^_^

HadifaR_LoVe said...

wa... smatnya kisah ni... sedih juga la kerana dah xda harapan sembuh. So, nak bertaubat pn mungkin dah xda guna... betul ka ukhti surianah?

Minah said...

Tahniah pada nurse2 n doctor2 sebab macam2 kerenah pesakit mereka ni terpaksa tempuh ... pesakit hiv pun dorang tetap dipertanggungjawabkan... salute kalau saya da takot bukan sebab sakit die tu takot die ngamok sebab tekanan yg tgh die lalui x pasal2 histeria kat situ... 😆😆

doni said...

pertanyaan di mana sya boleh rujuk atau berjumpa dgn pakar atau kaunseling utk sakit aids?sya dlm delima

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "