Saturday, October 31, 2009

Buatmu Bergelar Muslimah

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar khalifah Allah dimuka bumi ini..juga sebagai seorang dai'e... Bukankah diciptakan wanita sebagai seindah-indah hiasan dunia..cukup lembut membelai,tapi cukup kuat untuk menggoncang dunia..
Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.
"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)
Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..." (Mutafaq 'alaih)
Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana.
Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.wallahualam..

Friday, October 09, 2009

Dia tahu apa yang terbaik

"Adakalanya kita akan mempersoalkan mengapa orang lain selalu sahaja mendapat apa yang mereka inginkan, sebaliknya pulak pada diri kita tetapi, kita lupa bilamana Allah memberikan sesuatu yang kita inginkan bererti Allah sayangkan kita, bilamana Allah lambat mengabulkan keinginan kita bererti Allah mahu menguji sejauh mana keikhlasan kita meminta padaNya, tetapi jika Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan bukan bermakna Dia tidak sayang pada kita tetapi, ingatlah Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita."
Rimbun Keampunan
Hijjaz
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan Kerana keinginan tidak pernah kesampaian Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan Bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
Ku minta diberikan sejenak kesempatan Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan
Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa Ku cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Wednesday, October 07, 2009

Betapa Hidup Ini Tiada Yang Abadi...

Assalamualaikum w.b.t...
"Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Allah S.W.T mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..."
Agak lama juga ana tak mencoretkan sesuatu di sini. Pelbagai konflik yang bertandang dalam relung hati ini membuatkan ana terduduk dan menangis. Betapa beratnya dugaan yang Dia tujukan buat diri ini. Ana kehilangan sesuatu yang terlalu ana sayang. Ana down seketika, rasa seolah-olah ana kehilangan punca. Di hati ini terlalu sakit, pedih... Ana menyimpannya sendiri dan tidak pernah meluahkan sedikit pun kepada sesiapa kerana tidak semua perkara kita boleh kongsikannya kepada orang lain. Ana hanya ada Dia, tempat untuk ana mengadu. Mungkin inilah yang Dia mahukan-kembali padaNya..
"diwajibkan ke atas kamu berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah al-baqarah:216)
Inilah yang menjadi penyejuk hati ini tatkala memori itu bertandang. Ayat-ayat cinta dariNya terlalu indah. Dia sentiasa mengerti keperluan hambaNya. Ana tahu Dia menyediakan yang terbaik buat hambaNya. Sebagai insan kita selalu melihat apa yang kita inginkan itu adalah yang terbaik buat kita, tetapi kita tidak sedar apa yang kita impikan itu sebenarnya sangat buruk buat kita. kita tidak tahu, tapi Allah tahu.. Ana sedar hidup tidak boleh berpandukan kepada perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan. Hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman diri seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati, mereka tidak sanggup menerima penderitaan. Jangan bersedih kerana hidup ini bukanlah segala-galanya...betapa hidup ini tiada yang kekal abadi.. Yakinlah pada Allah "yang patah tumbuh yang hilang pasti akan berganti... wallahualam...

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "