Sunday, March 10, 2013

#Life is Easy with...


Life is Easy with.. DiGi prepaid.. ok, iklan semata-mata.

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Ok, firstly memang banyak sangat benda yang nak tulis dalam belog ni, tapi since dah lama giler x terupdate so semuanya terpendam dan berlalu begitu saja.cewah. Bukan taknak update, nak sangat2, tapi bila nak update je mesti fikir nanti kena upload gambar la, makan masa la, kena publish la, bla bla bla sebab satu gambar je pun takes few minutes untuk upload.  Lainlah kalau macam fb or twitter kejap je.  Tapi perlu ke update blog? Ada ke nak baca? Haha. Mestila perlu! Sebab lain orang lain caranya, ada orang dia terer meluahkan tentang apa dia rasa melalui lukisan, ada orang melalui lisan dan ada juga melalui lagu ataupun puisi.  Tapi saya tak pandai melukis, tak pandai berkata-kata mahupun menyanyi untuk luahkan apa yang saya rasa, saya hanya ada jari jemari untuk menulis dan mencoret.  Ini bukan tulisan ini cuma satu contengan kehidupan saya.  Saya menconteng untuk diri sendiri, agar saya sentiasa beringat, belajar dan menghargai apa yang saya ada bukan hanya untuk dibaca. ;)

Ok, habis untuk itu.  Actually, Asrar tengah bertungkus lumus nak menyiapkan final year project (fyp).  Dah namanya final year kenalah siapkan fyp kan. Macam mimpi je dah menginjak ke tahun akhir. Weeee.. ^^, dan esok kena hantar first draft fyp ni.  Baru hantar first draft tapi dah kalut.  Yelah even first draft kena juga buat sungguh2 macam hantar final completed thesis.  Hidup ni kan jihad, so kenalah sungguh2, ye tak? ;) walaupun kadang2 rasa sakit sebab sakit lepas op haritu tak sembuh2. Dan sehari ni Asrar memang dok bilik tak keluar2 untuk siapkan benda ni semua.  Tapi yang sebenarnya kalau nak ikutkan hari ni ada program yang memang memerlukan Asrar  untuk turun, tapi manusia merancang dan Allah lagi hebat perancanganNya.  Dapat mesej dari Presiden PAPISMA program tu cancel disebabkan beberapa halangan yang tak dapat nak dielakkan.  So, terperaplah kat rumah.  Takpe, mungkin Allah nak bagi masa sehari ni untuk siapkan fyp ni.  Allahkan Maha Tahu. ^^

So, tengah nak siap-siapkan fyp ni tetiba cakap dengan diri sendiri tentang semudah-mudah kehidupan.  Buat self-reflecting gitu.  Yelah, manusia kena sentiasa berfikir untuk motivasikan diri sendiri.  Kalau nak harapkan orang lain, adakalanya tak sampai pun kat hati, so cara yang lebih baik adalah muhasabah diri sendiri.  Bila dah tension sangat dengan kerja2 dunia ni, kena juga kembalikan semuanya pada Allah. Barulah terasa apa yang kita buat takde satu pun yang sia-sia bila semuanya kerana Allah.

Sebetulnya,kita, kita, dan kita tak pernah membayangkan bahawa kehidupan ini akan menjadi se-komplikated ini.  Ya, Asrar cakap complicated sebab terkadang kita akan rasa macam tu.  Terdetik kenapa, kenapa dan kenapa perlu buat semua ni.  Cuba imbas balik masa kecik-kecik imaginasi kita hanya pada seronoknya berada di sekolah tadika, sekola rendah, sekolah menengah, masuk universiti, dapat kerja yang baik, [macam yang diangan-angankan oleh orang kita dalam drama di TV], kemudian jatuh cinta, berkahwin dengan orang yang dicintai, dapat anak 4-5 orang, hidup dalam keluarga yang bahagia [macam dalam drama-drama korea.. :D] dan mati secara aman..?

Wah.. nampak macam begitu mudah kan..? Macam iklan Life is easy with Digi Prepaid.

Impian perjalanan tersebut semuanya dilalui dengan mudah dan bahagianya seolah-olah tanpa masalah.  Ada ke orang berangan-angan nak ada masalah? Of coz xde.  Kalau dah cakap angan-angan mestilah yang baik-baik je.

Tapi, itulah fikiran kanak-kanak. Apabila umur sudah semakin membanyak ni, barulah kita sedar bahawa kehidupan yang mudah itu hanya wujud dalam imaginasi dan mimpi seorang kanak-kanak.. :)  dan realitinya kita tak selamanya dalam golongan kinder garden tu.  Kalau masih ada angan-angan macam tu maknanya kita tak dewasa lagi la tu.. ;) ok, macamlah Asrar dewasa sangat -_-“

Dan bila dah semakin besar, banyak pula tanggungjawab yang perlu dipikul.  Dan banyak juga keinginan demi keinginan yang dilepaskan atas sebab-sebab yang tertentu. Mungkin itu bukanlah perkara yang teruk. Asalkan ia membawa ke arah yang lebih baik, rasanya itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Itu namanya pelajaran dari pengorbanan.

Sememangnya, untuk menjalani kehidupan ini, sepanjang perjalanan itu kita memerlukan banyak pengorbanan. Banyak disukai tetapi perlu dilepaskan, banyak pula yang tidak rela tapi harus digenggam.
Kehidupan ini bukannya selalu mengikutikehendak kita.   Banyak benda yang kita nak lakukan tapi tak dapat disebabkan oleh peraturan2 yang sudah ditetapkan.  Contohnya nak buka aurat, sebab nak rasa cantik macam pelakon2 korea yang cute2 tu? Eh ye ke?  Abaikan. Cuma apa yang Asrar nak sampaikan kita tak dapat nak buat benda tu sebab Allah dah tetapkan yang wanita ni kena tutup aurat dan pelihara dengan baik.  So, kita tetap kena patuhi.  Suka atau tak kena patuhi juga sebab apa yang Allah tetapkan itulah yang terbaik untuk kita percayalah!  Dunia ini, hidup ini bukanlah hak kita untuk kita buat segala-galanya mengikut acuan sendiri.  Kita harus sedar mana letaknya kita dalam posisi kehidupan ini. Kita wajib sedar, posisi kita atas dunia ini, mahupun di akhirat kelak adalah hanya sekadar hamba. Diulang; kita ini hanya HAMBA.  Ok. ;)




Kalau terdetik nak buat sesuatu yang diluar ketetapan Allah tu fikirlah dulu.  Sebab Allah ada sebut:

 “Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.”[Surah Yasin: 77]

Jangan sesekali rasa kecewa dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sepatutnya bersyukur, dipilih oleh Allah kerana masih dapat bertahan hingga hari ini dari penyakit cintakan keduniaan.
Dunia memang penting, tapi jangan sampai kita letakkan dalam hati kita. setiap benda dalam hidup ini ada peraturannya. Maka, kita tak boleh melakukan segala-galanya sesuka hati.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."[Al-Ankabut: 64]

Melakukan sesuatu perkara yang tidak benar (baca:salah) akan menimbulkan rasa tak selesa dalam hati. Rasa tak bahagia. Kosong.

Trust me, kita lihat orang-orang itu hanya dengan mata kita. Kita hanya lihat luaran mereka yang mungkin nampak seperti sangat bahagia. Namun, di dalam hati mereka, rohani mereka, emosi mereka, hanya Allah yang tahu samada mereka benar-benar bahagia ataupun tidak.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka menyembah & beribadat kepadaKu." [Ad-Dzariyat :56]

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Al-Kahfi: 7]

Dan paling penting kena sentiasa beringat dalam hidup ni kita hanya ada dua penghujung; samada syurga atau neraka. Tidak ada intermediate. Kita tak boleh buat syurga setinggan di tepi kawasan syurga kiranya kita tidak masuk syurga. Jika tidak ke syurga, maka, memang pasti nerakalah tempat kita.  Kita takde pilihan melainkan syurga.  Dan kita juga takde pilihan melainkan menjadi orang yang hebat sebab syurga itu hanya diisi dengan orang-orang yang hebat. Di syurgalah tempatnya Rasulullah saw, saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman, saidina Ali, Saad bin Waqas, Abu Ubaidah' Amru, Talhah bin Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf, Fatimah Az-zahra, Saidatina Siti Khadijah, Siti Aisyah ra, serta semua insan-insan habibullah yang dijanjikan syurga berkumpul.

Mereka ini semuanya hebat. Mereka ini telah banyak bersabar dalam meniti kehidupan mereka. Mereka ini sangat tinggi ketakwaannya kepada Allah. Melaksanakan perintah Allah tanpa bantahan mahupun rungutan. Sifat zuhud & taqarrub mereka sukar dijelaskan dengan kata-kata.   SubhanAllah, hebatkan! ;)

Jadi… Asrar dah banyak merapu sebenarnya.  Padahal tadi nak cerita sikit je.heh. tapi hakikatnya begitulah.  Kehidupan ni tak mudah seperti yang kita nak, tak juga seperti iklan digi prepaid.  Banyak ujian dan halangan yang perlu dilalui.  Perlukan hati yang cukup teguh untuk melaluinya berbekalkn ketaqwaan pada Allah.

Semudah-mudah kehidupan itu memang wujud. Tapi cuma wujud dalam syurgaNya.. ;)

Pray for you, for me and for us.  Strive for mardhatillah.

Asrar_Sue.

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "