Wednesday, August 26, 2009

Di manakah sifat Hizbullah kita?

Menelusuri realiti umat kita pada hari ini mengundang sebuah pertanyaan dalam diri ana. Kemana perginya sifat hizbullah kita yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad di kalangan kamu, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasih kepada-Nya; mereka bersifat rendah diri dengan orang-orang mu’min dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan mereka yang mencela. Yang demikian itu adalah Limpah Kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas Limpah Kurniaan-Nya lagi meliputi Ilmu-Nya.” (surah al-maidah:54)

Masalah ummah di pandang ringan tanpa sekelumit pun rasa tanggungjawab. Ana cukup terkilan bila mana org Islam sendiri tidak mahu berjuang mendaulatkan Islam, malah memperlekehkan orang-orang yang berjihad di jalanNya. Org2 yang menjadi hizbullah dikatakan extreme, syadid dan sebagainya.

“alah…cukuplah aku jadi org biasa2 jak, tak perlulah lebih2” ungkapan yang kerap ana dgr keluar dari mulut org islam sendiri. Adakah masalah ummah kita di luar sana adalah perkara biasa bg kita?bumi palestin yang diserang Israel itu juga adalah perkara biasa? Sudah cukupkah nikmat di dunia ini sehingga akhirat di pandang ringan?

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.”(at-taubah:38)

Ingatlah sahabat..di depan Allah s.w.t nanti,di hari perhitungan. Allah s.w.t akan bertanya apa usaha kita mendaulatkan agama-Nya. Rintihan saudara kita di palestin merayu kepada ummat islam bersatu untuk menentang kezaliman, tapi apa yang kita perbuat? Memang kita tidak mampu untuk berjihad bersama mereka, tapi doakanlah saudara kita di sana, sebarkanlah tentang kezaliman Israel. Jangan kita yang tunduk kepada sistem barat.

Perbaikilah diri kita..binalah individu muslim dalam diri kita. Andai ummah mempunyai kesedaran ini nescaya kita mampu membina kembali empayar islam suatu ketika dahulu yang menjadi milik kita. Ingat sifat hizbullah adalah:

  1. mereka yang cinta kepada Allah dan Allah mencintai mereka,
  2. bersifat rendah diri pada org mu’min dan bertegas pada org kafir
  3. mereka berjihad pada jalan Allah
  4. tidak takut kepada celaan org yang mencela.

Berjihadla di jalanNya, biar di marah orang, di cela org, di maki orang, jangan Allah yang marah,maki kita.

Islam tidak perlukan kita tapi kita yang lemah lagi hina ini yang perlukan islam. Allah tidak merasa rugi andai kita kita tidak berjihad di jalan Nya, tapi kitalah yang rugi kerana tidak berjihad maka nantikanlah azab dari Allah seperti firmanNya:

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-taubah:39)

Hari ini kita mungkin tidak mampu mengubah di luar sana, tetapi ubahlah diri dan lahirkan generasi yang mampu mengubah dunia.

Wallahualam…

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan...air mataku menitis lagi...

Assalamualaikum.... Ramadhan datang lagi...alhamdulillah syukur pada Allah yg masih memberikan kesempatan pada ana untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini..moga di kesempatan ini kita mampu meraih seberapa banyak pahala Allah s.w.t. Tika syaaban melabuhkan tirainya sebentar tadi..airmata ini menitis lagi... 1. gembira kerana berkesempatan bertemu dgn bulan ramdhan... ana mengharapkan keredhaan Allah...
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" Oleh itu duhai Ilahi... Kasihanilah daku hamba-MU yang... Hina.. Dhaif.. Jahil.. Lagi Banyak Dosa ini.. Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya.. Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU.. Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
.......................................................................................................................................................................
2.pedih bila teringat kembali dosa2 lalu.. Apa yang ana harapkan pada ramadhan kali ini semoga Allah mengampunkan dosa2 ana yang lalu..Ya Allah...tak terhitung dosa2ku padaMu..betapa jahilnya diri ini...selalu lalai dan alpa terhadapMu...alangkah malunya diri ini mengharap syurga Mu, tapi amalan yang ada tidak setimpal mana..bantulah hambaMu ini Ya Allah, menjadi insan yang terbaik. janganlah Engkau biarkan aku terleka dan menjadi org yg rugi..
Ya Allah, Ya Tuhanku HambaMu merindukan Rahmat kasih sayangMu Dan jua keredhaanMu Dalam hidupku Meskipun ku ulangi dosa noda Yang menjanjikan azab sengsara Namun ku sedari KeampunanMu tidak bertepi Ku akui diri ini Hamba yang mungkir pada janji-janji Jadikanlah taubat ini yang sejati PadaMu Ilahi Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah, redhakanlah kehidupanku Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku Tuhan, Ku zalimi diri ini Andai Kau tak ampuni dan rahmati Alangkah ruginya diri Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
..........................................................................................................................................................................
3. sedih kerana kerinduan yg sgt2 terhadap insan yang melahirkan diri ini... ibu...ketahuilah anak mu ini terlalu merindukanmu...
Luluh hatiku yang sayu Menatap wajahmu tenang dalam lena Kasih zahirkan laku Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya Dan raut tuamu membekas jiwaku Meredakan rindu mendamaikan kalbu Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu Biarpun kuredah seluruh dunia Mencari gantimu Betapa sukarnya menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia Masih kubiarkan waktu Melarikan lafaz kasihku padamu Mengapakah sukar menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia Apakah yang hilang andai dilisankan Bait penghargaan penuh kejujuran Tak mungkin terlihat cinta yang merona Jika hanya renungan mata yang bersuara Bukan tutur kata Tiada lagi ertinya pengucapan Andai akhir nafas di hujung helaan Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan Menggantikan lafaz yang tersimpan
............................................................................................................................................................ semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu erti buat diri ini..ana terlalu mengharapkan keampunan Allah..ku sedar ku terlalu jauh dari jalanMu...wallahualam..

Thursday, August 20, 2009

ukhuwah islamiyah itu indah...

salam... pagi tadi dapat mesej dari kak cak(bukan nama sebenar) ajak pegi klinik unimas..kesian akak tu demam panas...hmmm..symptom swine flu ke??? kat dalam klinik ana dengar je doktor taking history..tak reti lagi nak clarking patient ana kan baru first year, budak baru belajar hehe.. bila fikir-fikir balik malam sebelum tu kitorang (ana,kak asyu n kak cak) pegi accident and emergency unit ziarah sahabat kak asyu yang sakit..hyperventilation.. lepas je balik dari hospital malam tu esoknya kak cak dah mengadu demam... kesian kat kak cak, tapi alhamdulillah bukankah itu kafarah dosa?tandanya Allah sayangkan kak cak...setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah disebaliknya..napa bukan ana atau kak asyu yang demam sedangkan kitorg suma berada di A&E pada waktu yang sama? mesti ada hikmahnya..hikmahnya kak cak dapat cuti 3 hari hehe...alhamdulillah.. ............................................................................................................................................................. 10.30 p.m kak asyu datang ke bilik..."sue, kak cak lapar dia nak kita masakkan untuk dia" ana ngan kak asyu pun pegilah masakkan tuk kak cak..masak setakat yang termampu, tak terer nak wat camna..masak tuk orang sakit dapat pahala..alhamdulillah.. siap masak makan sama2..best rasanya..indahnya ukhuwah islamiyah..sedikit pun tak rasa terbeban, malah rasa seronok dapat menyumbangkan sesuatu kepada akhowat..mereka juga teman seusrah, bukankah hidup itu lebih indah bila kita hidup dalam halaqoh bersama2..bertaut hati kerana aqidah dan fikrah yang satu.. ana rasa cukuplah setakat ini coretan ana, ana doakan yang terbaik untuk semua akhowat ana, juga buat raudhatul mahabbah, usrah di bawah ana..ana rindukan antunna lillahi ta'ala..semoga istiqamah dalam perjuangan menyeru manusia kepadaNya..wallahualam..

Thursday, August 13, 2009

Hati Ini Milik Tuhan

Assalamualaikum w.b.t..

Dah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke shopping complex, dalam perkiraan ana hampir dua minggu ana tak kemana-mana. Sibuk dengan kuliah dan exam membuatkan ana terasa malas nak keluar. Keluar pun untuk ke usrah, rindu nak jumpa dengan akhowat.

Baru pagi tadi ana keluar ke Bandar bersama beberapa orang sahabat. Selesai sahaja membeli sedikit barang keperluan kitorang terus bergerak menuju ke taman. Niat di hati mahu menikmati kesegaran udara nikmat kurniaan Yang Maha Esa. Alhamdulillah masih diberi kesempatan berdiri di muka bumi Allah. Ana menelusuri taman sambil memerhati keadaan sekeliling.

Sekilas ana terpandang sepasang kekasih sedang berbual mesra di satu sudut taman tersebut. Cepat-cepat ana mengalih pandangan. Hati segera beristighfar sekaligus berdoa “Ya Allah, Tuhan Yang Membolak-balikkan hati Engkau sentuhlah hati mereka dengan hidayah dan taufiq-Mu.”

Spontan, ingatan ana memutar kembali rakaman hidup diri ini suatu ketika dulu. Ya, ana juga pernah melalui kebahagiaan palsu ini. Rasa meluat mula menapak melihat aksi pasangan tersebut bergelak ketawa. Ya Allah, mungkin inilah dulu pandangan orang terhadap ana sewaktu ana bersama ‘dia’. Hari ini Allah menayangkan semula kelakuan ana tetapi dengan watak orang lain. Hati kembali beristighfar. Rasa sedih, benci, berdosa bila terkenang kembali kejahilan diri. Semuanya hanya kebahagiaan yang palsu semata-mata palsu. Hakikatnya hati ini tak pernah merasa tenang. Takut dengan amaran Allah tapi masih melakukannya. Mungkin Allah masih sayangkan diri ini. Walau sejauh mana pun ana pergi Dia sentiasa setia menaungi.

Benar ‘Allah loves you no matter what’. Allah tak pernah lupakan hambanya tapi hamba-Nya yang ego inilah yang selalu melupakanNya. Alhamdulillah hubungan yang tak halal itu putus juga akhirnya. Ana sedar ada tanggungjawab yang terpikul di bahu ini. Tugas sebagai seorang anak, seorang pelajar, sebagai khalifah dan hambaNya. Ana dah terlalu puas mencari kebahagiaan dihati teman-teman dan kekasih tetapi apa yang ana dapat hanya sebuah kekecewaan. Kini ana temui cinta hakiki hanya padaNya Yang Satu. Dakwah dan study ana letakkan di tempat paling atas. Ana sedar jiwa ini tak boleh selamanya remaja. Tuntutan menyampaikan risalah menyambung perjuangan Rasullulah ana laksanakan sedaya yang termampu. Mehnah dan tribulasi yang dihadapi memaniskan lagi perjuangan ini. Walaupun tak mencapai kemenangan seperti di zaman kegemilangan Islam dulu sekurang-kurangnya ana mempunyai usaha untuk dipersembahkan di hadapanNya di akhirat kelak sebagai pelepas bila ditanya olehNya.

Biarlah rindu yang melalaikan itu hilang bersama cinta yang tak diredhai kerna hati ini milik Tuhan selamanya. Untuk apa menyerahkannya pada yang tak layak sebelum tiba masanya. Pasti ianya hanya mengundang kemurkaan Allah. Ana tak mahu lagi tertipu pada cinta palsu duniawi.

“Ya Allah, janganlah Kau tarik nikmat mencintaiMu ini setelah Engkau memberikanNya padaku. Sesungguhnya hati ini milikMu sepenuhnya dan hanya Engkau yang berhak keatasnya.”

Andai ajal tiba dulu sebelum datangnya jodoh dari Tuhan, ana harap biarlah kematian itu diiringi dengan kasih, rahmat dan redhaNya. Tetapi andai ketentuanNya adalah yang sebaliknya biarlah bahtera yang bakal dilayar itu dilimpahi dengan kasih sayang serta berkat dari Allah untuk bersama-sama menyeru manusia padaNya. Wallahualam..

Wednesday, August 12, 2009

dakwah itu reward

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna: Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah. "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56) "Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)

dunia adalah satu punishment?

Ana rasa terpanggil untuk mencoret satu bingkisan pendek di ruangan ini apabila sebentar tadi seorang rakan ana dengan cerianya mengatakan "indahnya dunia ni". ana tertanya-tanya sendiri 'indah ke?'. sekilas ana teringat pada satu penyakit yang melanda umat sejak zaman dahulu kala sehinggalah pada hari ini iaitu penyakit WAHAN (cinta dunia dan takut mati). astaghfirullah...lupakah kita pada peristiwa Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana termakan dek hasutan iblis laknatullah. Lantaran itu Allah s.w.t kemudiannya memerintahkan Adam dan Hawa turun ke dunia. Firman Allah s.w.t: " Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: Turunlah kamu! sebahgian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (QS 2:36 Adam dan Hawa diturunkan ke dunia sebagai hukuman dari Allah s.w.t. Ini bermakna dunia merupakan hukuman bukannya reward..Maka takutilah dunia.. Peringatan buat diri sendiri juga..kita kadang2 alpa dan leka tentang kematian sedangkan itulah perkara yang terlalu hampir dengan kita. menelusuri hari-hari yang berlalu apakah bekalan yang kita akan bawa menghadapNya di sana nanti?alangkah malunya bila di hadapan Nya nanti andai yang dipersembahkan tidak setimpal dengan umur dan waktu yang Allah berikan untuk kita mengutip seberapa banyak bekalan di dunia ini..insafilah diri..janganlah kita megah berjalan di dunia ini andai balasannya di akhirat kelak merugikan kita.. Insan kerdil yang hanya mengharap kasih dan redha Ilahi..WALLAHUALAM..

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "