Saturday, May 29, 2010

Tempahkan sebuah bilik untukku di neraka




Semalam ana menerima e-mail dari seorang sahabat ana di bumi para anbiya'.. dia mengirim kan kepada ana sebuah kisah tauladan yang baik untuk dijadikan iktibar kepada kaum hawa di luar sana.. hanya sebagai perkongsian bersama...


Menurut majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM", seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat, menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya, "Wahai anak gadis, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

" Ambil handphoneku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku" katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya, mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (an-nur 24:31)"
Duhai wanita seindah-indah hiasan duniawi ambillah pengajaran yang baik daripada kisah ini.  Aurat itu tidak sesekali membebankanmu tetapi sesungguhnya itulah tanda kasih sayang Allah padamu..kerana Dia mahu mutiara yang berharga ini di tutup sebaik-baiknya daripada panahan mata2 jahat diluar sana.. berbanggalah dirimu kerana di sayangiNya...jangan ambil mudah pada perintahNya...

wallahualam....

Thursday, May 20, 2010

Menyelongkar Kisah Hidup Pesakit AIDS



Bismillahirrahmanirrahim..

“Kemudian Kami wariskan Al-Qur'an itu kepada orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan ada yang mendahului dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah.” (Fatiir: 32)

Assalamualaikum w.b.t

Pukul 1.30 petang aku dan rakan2 yang lain tiba di hospital.  Shift petang merupakan shift yang paling aku gemari hehe.. Sewaktu melangkah masuk ke dalam male ward tempat aku bertugas sempat ku jeling ke isolation room.  Kelihatan ada seorang patient yang ku kira baru ditempatkan ke bilik kuarantin tu kerana sebelum ini tidak pernah ku lihat.

Melalui sesi hand over duty aku mendapat tahu pesakit yang berada di dalam bilik kuarantin tersebut disahkan HIV positive tetapi tanpa diketahui punca disebaliknya kerana pesakit tu enggan buka mulut mengenai kisah lalunya. Hmm..yelah kan..sape lah nak bukak pekung di dada sendiri...

Selepas handing over, kitorang memulakan tugas seperti biasa.  Tepat pukul 5 petang seorang staf nurse yang lebih mesra ku panggil kak Winnie mengajak aku menyediakan ubat untuk pesakit di ward tersebut. Setelah selesai kak winnie mengarahkan aku memberi ubat kepada pesakit AIDS tu.  Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tu, aku terkejut sedikit melihat keadaan pesakit tu.  Inilah pertama kali aku melihat pesakit AIDS di depan mata ku sendiri. Ya Allah sebegitu terukkah kesan virus HIV dariMu.

Aku melangkah dengan segaris senyuman ku lemparkan padanya.  Ku ingat pesan kak winnie "Asrar, nak bercakap dengan pesakit tu kena lembut sikit tau, pandai2la asrar pujuk dia".  Aku tersenyum sendiri.  Then, dengan sebaiknya aku cubalah pujuk dia makan ubat. Err...mula2 tu nak bercakap tu aku sedikit serba salah. 'Nak panggil patient ni apa?' bingung sebentar.  Ku lihat umurnya yang tercatat kemas pada prescription tu memang layak bergelar abang, tapi takkan nak panggil abang kut..aku ni dahlah tak biasa nak panggil orang lain abang.  Aku ada seorang abang jer kat dunia ni adeh...last2 aku panggil pakcik jer ngeee...

"pakcik, makan ubat ye..." aku try pujuk dia..

"taknak, saya nak susu.  Awak buatkan saya susu." aik, pakcik ni orang mana ek..slang KL lak dia..

"lepas pakcik makan ubat ni, saya buatkan susu bleh?" aku cuba pujuk dia lagi..

"saya cakap taknak, taknak la! saya nak susu jer!"

Huh, demand giler....sabar jelah, dahlah aku ni kurang kesabaran sket..haih... Nak taknak aku pun pegilah ke pantri buatkan susu untuk patient tu.  Lepas tu aku try lagi suruh dia makan ubat.  Alhamdulillah kali ni dia nak.  Aku pun tersenyum lega keluar dari bilik tu.  Sebaik keluar kak winnie terus tegur aku.

"Asrar, dia makan tak ubat tu?"

"Makan kak, tapi kena buatkan susu dulu lah"

Kak winnie mencebik, aku senyum jer..tetiba kak winnie tarik aku dekat dengan dia..

"Asrar tadi dia ok kan dengan awk?" Aku angguk.Hairan. Asal kak winnie ni?

"Apa kata Asrar buat history taking dengan dia.  Kita tak tau lagi punca dia kena jangkitan HIV tu.  Keluarga dia pun tak tau sebab dia duk KL 13 tahun tanpa diketahui apa dia buat kat sana, keje dia pun family dia tak tau, dengan kitorang pun dia taknak cakap apa2" panjang lebar kak winnie terangkan.  Aku telan air liur, huh..karang dia mengamuk camne?

"Asrar cubalah bodek2 dia, asrar kan lembut mesti dia nak". adeh...kak winnie cakap aku lembut, tak tau lagi aku nie ganas giler..

Tapi ntah la, dengan sedikit keyakinan aku mengangguk juga tanda setuju.  Nak ker dia citer? Adakah manusia yang nak bukak pekung di dada sendiri dengan orang yang tak dikenali? haih..macam2 soalan yang ada dalam pala otak aku time tu. Sedar tak sedar tup2 aku dah masuk dalam bilik tu.  Berbekalkan guide line yang kak winnie bagi aku pun memulakan sembang santai aku dengan patient tu.

"dah makan abang?" hahaha...kali ni aku panggil abang atas nasihat kak winnie..huh..meremang bulu tengkuk aku..

"dah, tapi tak habis keras sangat lah nasik tu.." huh..pelat kl sungguh..

"owh..ye ke..nanti saya bagitau akak staf ea..emm..abang duk mana dulu?" aku soal jer walaupun dah tau..

"dulu saya duk kat kl 13 tahun.."

"owh..lamanya..kat mana? saya tinggal kat shah alam, selangor" aku saja nak bagitau, mana tau dia lebih selesa nak berborak bila tau aku tinggal kat sana hahaha..

"shah alam kat mana?" soal abang tu pulak.hehe...dah agak dah..time tu aku tengok dia dah menunjukkan minat nak berbual.

"seksyen ___  abang lak tinggal kat mana?aku soal dia pulak..

"Saya duk taman seri gombak" gulp...asal lah Gombak pulak..haih..hilang concentrate aku jap, fikiran melayang ntah ke mana...

"abang keje apa dulu?" tukar soalan..

"keje kat kfc 6 tahun"

"kfc?waaahh...sebagai apa?

"supervisor..tapi bukan kfc yang kat tepi jalan tuh,saya keje kat pejabat dia.." pulak dah...

"owh...saya suka kfc..sedap..." apa lah aku merepek ni..

"tak bestlah kfc tu" adeh..ada lak dia ckp mcmtu...aku tanya lagi soalan seterusnya..

"abang merokok tak?"

"tak...."

"betul ke ni?"

"betul...."

"tipulah" hehe....

"betul..x merokok..sumpah wallah" huh..pandai lak sumpah ngan nama Allah..

"minum arak tak?"

"tak"

"amik dadah tak?" adeh....asal lah terkeluar soalan berani mati ni..

"tak,tak sentuh pun mende2 tuh"

huh....ok,soalan lain...

"abang dah kawin?" jeng3...

"blom" pendek lak jawab..

"owh...ye ke...dah tu kat gombak duk dengan siapa?"

"kawan2 lah.."

"kawan2 lelaki ke perempuan?" ngeeee...

"semua lelaki..."

"emmmm...jadi, kalau abang belum kawin mesti abang ada girlfriend kan?" aku angkat kening double jerk..huh..klua plak gaya mengong aku nih..

"saya xde girlfriend lah..saya pondan!!"

hah???hampir nak terlepas pen di tangan..pondan?jatuh rahang aku dengar..nganga..Istighfar panjang aku dibuatnya.. dah tenang sket aku terus lagi soal..

"bererti abang xde girlfriend, ada boyfriend lah?" aku tekan sket perkataan boyfriend tu..

"ada lah..."

"errr...abang tinggal serumah dengan boyfren ker?"

"ha'ah"

"tidur bersama?sekatil?"

"yelah"

huh...giler..pengakuan berani mati tuh..

Aku rasa dah selesai.  Tapi nak tanya lagi...

"Mana boyfriend abang tu?"

"kat kl lah keje"

"siapa nama dia?"

"itupun awak nak tau ker? err....adeh..aku lak kene..

"xpela kalau taknak bagitau, saya bukan kenal pun"

tetiba dia ckp cmni...

"saya tak pernah bukak citer pasal dia..selama ni saya diam jer..saya taknak malu kan dia..lagipun watpe nak malukan diri sendiri citer pasal ni.."

cewaahh..tau lak dia berkata2...

Aku tengok dia dah membelangkan aku.. tak minat nak sambung citer lah tu kot..xpela..yang penting tugas aku dah selesai.  Keluar jer dari room tu aku tengok kak winnie dan staf yang lain dah menunggu. Aku pun citerlah sume nya...sume just menggeleng jer..

"Asrar, ko memang kaki bodek yang baik" ceh..kak winnie..kene lak aku hahaah...

Apapun, aku cukup sedih sebenarnya..saudara seislam sendiri macam tu.  Ku teringat kisah kaum nabi Lut yang dilaknat Allah kerana homoseksual..Pesakit tu ku lihat kulitnya diseluruh badan mengelupas..mulutnya bernanah,luka2 dan berdarah..ngeri...itu baru seksaan di dunia, belum lagi di akhirat.. Apapun kita bukanlah penghukum, hanya Allah yang layak mengadili..Hanya mampu mendoakannya..buat yang diluar sana ambil lah iktibar..

wallahualam...


Wednesday, May 12, 2010

Warning: Stop Talking Bout Other People!



Assalamualaikum w.b.t...

Semalam balik pukul 9 malam dari hospital..penat tak terkira. Sebenarnya saya mengantuk dan penat sekarang tapi dah lama tak update so update lah jugak. Nanti saya balik rumah lagi lah payah nak update, maklumlah nak spend time with family. Hahhh....nak citer ni...semalam sembang dengan seorang kawan saya ni (kawan yang ditemui di hospital) time tu tengah rehat, jom nak kongsi sket..

*Kawan = H  *Asrar = A

H : Dunia sekarang macam-macam kan. Nyawa macam tak ada nilai. Kemanusiaan jauh sekali.

A : Nak duduk senang pun takut kan. Macam-macam jadi sekarang.

H : Yang jahat terlalu jahat. Yang baik pun sekarang jahat.

A : Maksud H?

H : Sekarang dalam paper dah macam-macam. Ustaz ini ustazah itu.Budak sekolah agama ini. sekolah agama itu.Tadi budak Borneo beranak luar nikah dalam toilet.

A : (Berasapp sebabb asrar pun orang Borneo.)

H : Kalau nak buat jahat janganlah jadi Ustazah ke ustaz ke.Bertudung ke.

A : Memang lah.  Ni salah siapa sebetulnya? Salah media massa. Salah surat khabar.Muka depan ustaz rogol ini buat itu buat ini. Kenapa mesti nak bagitahu "USTAZ" or apa-apa.Semua tu taktik nak lariskan suratkhabar je.Tahu tak apa kesan nya? Pandangan negatif masyarakat timbul. Kepercayaan kepada orang alim dan fatwa/hukum yang diberitahu oleh orang alim tak ada yang percaya.Sebab tu macam-macam jadi sekarang.  Orang akan cakap, 'orang alim pun buat hal,tambahlah kami'.  Berdakwah berhabuk tapi sendiri buat hal.  Ada ke orang nak buat benda salah saja-saja? Iman tak kuat tu faktornya bukan sebab agama atau gelaran.Mungkin tu salah dia sebab tak jaga iman dia.Sekurang-kurangnya dia buat silap mungkin dia taubat dengan Allah, atau pahala ibadat dia boleh cuci dosa dia.  Kita macamana? buat pahala pun liat. dosa kumpul berbakul.

H : hmmm.Memang lah tapi tak ke menjatuhkan maruah Islam.  Kita jahat tapi tu antara kita dengan Tuhan.  Tak babitkan orang.  Tak babitkan nama agama.

A : Alah... kita pun apa kurang. Sama je. Buat itu buat ini.  Jatuhkan banyak maruah orang.  Pentingkan seronok je.  Kita jatuhkan maruah mak bapak.  Kita jatuhkan maruah Allah,agama dan banyak.  Sama je.  Orang tak bertudung selalu cakap "orang bertudung buat itu buat ini,baik takpayah pakai tudung.  Tengok macam kami. tak pakai tudung sebab kami tak mahu jatuhkan maruah islam.  Dah bersedia nanti pakai lah."
Bukan bertudung tu wajib ke?
Tak menjatuhkan maruah islam ke?
Yang nak membezakan orang islam dan tak ialah menutup aurat.

Ikut perintah aturan diri sendiri.  Pakai tudung satu perintah.  Lepas tu pandai pulak cakap orang.  At least dia bertudung, lepas satu azab digantung dadanya dengan besi panas di neraka.  Kita?Paling mudah jangan pandai cakap kalau diri pun lagi kurang.  Pakai tudung atau tak,Ustaz/ustazah, budak sekolah agama tetap manusia biasa. Tak ada Tuhan bagi kelebihan takkan berbuat dosa. :) janganlah cakap psal orang ye..

entri tak emo, sekadar berpesan sesama sendiri.. harap takde yang terkecil hati, limpa, jantung, paru-paru segala..thmubs up! Asrar nak blah, nak pegi hospital meneruskan tugas...hoyeah...asrar boleh! mengarut sket entri kali ni, banyak yang berlaku dalam beberapa hari ni tu yang tak berapa nak betul, putus fius haila.. kepada kawan2 yang tanya just asrar bleh cakap:

i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok, i'm ok!!!!

Asrar ok sebab Allah sentiasa ada untuk Asrar... ^_^v

Wallahualam..

Thursday, May 06, 2010

Simpan Saja Cintamu Andai Itu Nilaiannya!



Bissmillahirrahmanirrahim...

Setelah aku sudah ketemu jalan mencari cinta yang suci, baru ku sedar berbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. Sesungguhnya begitu mahal cinta-Mu Ya Allah. Kini aku lebihkan masaku untuk agama-Mu, aku sangat menjaga masa ku, kalau boleh ingin aku berikan semuanya ke jalan-Mu. Aku sudah mula bersyukur dengan nikmat hidup dalam agama-Mu. Tetapi aku juga mula rasakan, hatiku belum kuat dalam menempuh halangan dan dugaan dalam mencapai cinta-Mu Ya Allah.

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang tidak lari dari dosa dan fitnah.

Emailmu sudah kubaca dan disimpan. Emel yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

“Ukhti, ana sering memperhatikan ukhti dalam Facebook, program-program islamik dan ana tertarik dengan penulisan ukhti di dalam blog. Ana tak tahu nak mula bagaimana. Ana berniat berta’aruf dengan ukhti. Izinkan ana menyunting bunga di taman larangan sebagai sayap kiri perjuangan ini kerana ana yakin ukhti lah mujahidah yang ana tercari-cari dan impikan selama ini.”

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladzim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan menambah beban. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan. Memang agak pelik bagiku, bagaimana mungkin cintamu itu mudah menerima insan yang belum kau ketemu, belum kau tahu akhlaknya. Tapi diriku merasa kagum dengan keberanian mu itu.

Akhifillah, Alhamdulillah Allah mengurniakan kekuatan untuk terus berjuang di jalanNya. Ana tau akhi merupakan aktivis dakwah yang hebat di kampus sendiri. Tapi mengapa masih jugak terperangkap dengan hal sebegini. Adakah salah diri ana sebagai fitnah dunia? Adakah salah penulisan ana yang menyebabkan mujahid tersungkur di jalanNya?

“Apa yang enti nampak pada diri ana? Adakah ana tak jaga pergaulan? ” tanyaku kepada Kak Lynn, teman rapatku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

“Atau pakaian ana? Sikap ana?”

“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai beremosi.

“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”

“Termasuk diri ana?”

“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Ana cukup lama mengenali enti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah.

Aku mengangguk. Kak Lynn menghela nafas panjang.

“Ana rasa ikhwan itu perlu diberi peluang, jangan tolak mentah-mentah. Hal ini bukan perkara baru kan? Maksud ana dalam menilai ikhwan di kampus-kampus.” Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing….

“Apa yang diungkapkan dalam emel itu?”, tanya Kak lynn.

“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat ana dalam Facebook, dalam blog dan ada lagi la. Enti tahu bila dia bertekad untuk menulis emel ini? Ketika habis membaca kesemua tulisan ana di blog..astaghfirullah..”

“Ya.. di samping itu aktiviti ana juga dia tahu dengan terperinci.”

“Ukhti, enti tau kan ana hanya menulis sebagai salah satu jalan dakwah kerana hanya itu yang mampu ana lakukan memandangkan masa untuk ana sentiasa berprogram diluar amatlah terbatas. Sekurang-kurangnya dengan adanya blog itu ana boleh meneruskan dakwah meski hanya di bilik sendiri.”

“Ana tau itu ukhti, jangan risau” pujuk Kak Lynn.

“bukanlah tujuan ana mencari publisiti melalui penulisan ana, apakah enti mengira ana menulis sekadar membawa fitnah terhadap insan lain?

“tidak ukhti, ana yakin tujuanmu hanya kerana perjuangan kita yg satu” tegas kak lynn..

Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk menjadi sayap kiri perjuangannya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keredhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan sekadar wajahku, blogku dan percakapanku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?

..................................................................................................................................................

Akhifillah, maaf kalau ana menimbulkan kerisauan dalam hidupmu. Namun penulisanku, percakapanku semua bukan keinginanku untuk menarik minat ikhwan pada diriku. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.

Akhi, tentunya antum pernah mendengar hadis yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki. Akhi, beruntunglah bagi sesiapa yang memilih wanita kerana agamanya kerana itulah sebenar-benarnya tokok ukur bagi seorang insan untuk memilih pasangan hidupnya. Ana yakin akhi juga mahu memetik bunga yang indah dan harum kerana agamanya. Tapi cukupkah hanya sekadar akhi meyakini khabar tentang diri ana hanya melalui beberapa medium yang tidak ada kepastian. Maaf kalau di sini ana terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai ana cuma setakat melaui fizikal belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien ana memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan ana? Tempoh di luar rumah yang tinggi? Penulisan ana yang selalu di pamerkan?

Tidak.

Antum tidak akan pernah tahu bila masanya ana berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya ana berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Ana yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah, tanyakan pada setiap ikhwan kalau antum mampu. Yang tertampan sekalipun, mahukah ia mencari isteri kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang wanita menikah dengan lelaki kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya.

Akhifillah, tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

...................................................................................................................................................

Malam semakin beranjak. Mengantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat emel panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila fikiranku mula terganggu. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di katil.

Aku tersenyum tawar. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk.

Hatiku bermonolog sendirian. Betapa sedihnya hatiku saat ini. Orang-orang yang aku hormati selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Tidak kah mereka tahu betapa hancur hati aku menyaksikan mereka yang tinggi ilmu agamanya takluk di bawah fitnah wanita.

Sungguh, aku terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.

Astaghfirullah, seharusnya aku tidak berburuk sangka. Ku sedar setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada diri ini. Tapi kenapa menilai aku dari segi luaran sahaja?itu bukan hujah yang kuat untuk menyunting diriku.

Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan saudara-saudara Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia. Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?

Ku bergerak menuju ke katil. Ada impian. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti yang lain: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai suami seperti Al-banna. Yang hebat dalam perjuangan menyebarkan risalah islam. Ku ingin menjadi seorang isteri seperti Aisyah. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin mencari pendamping seorang mujahid ulung.

...................................................................................................................................................

Akhifillah, afwan kalau surat antum tidak ana layani. Ana tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang ana minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan ana tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk ana.–‘Afwan.

Akhifillah, apa yang ana katakan ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. ana sama sekali tidak bermaksud demikian. Jangan antum kira kecantikan penulisanku, Facebook ku, percakapanku telah menjadikan ku merasa memiliki segalanya. Justeru, kini ana merasa iri pada sahabat ana. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang ana punyai sangat jauh nilainya. Ana bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan putera impiannya, sedangkan ana tidak.

Akhifillah, ‘Afwan kalau ana mematahkan hati antum. Insya Allah ana akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan ana yang riya’ mahupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk zaujah yang telah dipilihkan Allah. Ana hanya mampu berkata, jika antum benar-benar mencintaiku kerana Allah, marilah kita serahkan kepada takdir. Jika Allah sudah menetukan kita bersama, maka kita tidah boleh lari darinya. Dan jika Allah telah mentakdirkan bahwa kita tidak semestinya bersama, kita harus menerima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Akhifillah, malam bertambah dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan ana, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Siti Khadijah dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, ana persembahkan bingkisan indah dari kata-kata Hamka. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (9:111)

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "