Wednesday, November 25, 2009

Lawak Kew??

Lawak utk difikirkan
kalau anda
fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....
kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata dan membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman
mulakan sembahyang Jumaat".
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah.... Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan..."

Tuesday, November 24, 2009

Ghazwul Fikr: Sedarkah kita?

'Seorang pelajar sedang khusyuk mentelaah pelajarannya di perpustakaan…
Dua orang remaja sedang khusyuk memadu asmara d isebalik rimbunan pokok bunga…

Kelihatan seorang tua sedang mengayuh basikal tuanya menuju ke masjid… Kelihatan dua pasang kekasih sedang berjalan berpegangan tangan menuju ke disko…'

Ghazwul fikri berasal dari kata “al-ghazw” dan “al fikr”, yang secara harfiah dapat diertikan sebagai “serangan pemikiran”. Serangan pemikiran yang dimaksudkan adalah usaha2 gencar pihak musuh-musuh Allah SWT untuk meracuni fikiran umat Islam agar umat Islam jauh dari Islam, lalu akhirnya membenci Islam, dan pada tingkat akhir Islam diharapkan habis sampai ke akar-akarnya. Usaha ini telah berlangsung sejak lama dan terus berlanjutan sehingga kini.

Ia adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak kuffar dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut seperti semasa perang Salib. Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak kuffar berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak kafir itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.

Ghazwul fikri bermula ketika kaum salib dikalahkan dalam sembilan kali peperangan besar. Kemenangan kaum muslimin pada waktu tersebut sangat menakjubkan, kerana pasukan muslimin yang terjun ke medan pertempuran jumlahnya adalah sedikit. Kekalahan demi kekalahan itu akhirnya menyebabkan kaum salib mencipta taktik baru. Di bawah pimpinan Raja Louis XI, taktik baru tersebut dilancarkan. Caranya bukan lagi berupa penyerangan secara fizikal, tetapi musuh-musuh Allah itu mengirimkan putra putra terbaik mereka ke kota Makkah untuk mempelajari Islam. Niat atau motivasi mereka tentu bukan untuk mengamalkan ajaran Islam, melainkan untuk menghancurkannya. Penguasaan mereka terhadap ilmu islam ini membuahkan hasil. Tafsir dikuasai, hadits difahami, khazanah ilmu Islam digali. Setelah sampai ke tahap dan tingkat ahli, para penuntut dari kaum Salib ini kembali ke Eropah, lalu membentuk sesuatu yang di panggil sebagai penelitian dan pengembangan untuk mengetahui kelemahan umat Islam agar dapat mereka menguasai jasad dan roh umat islam.

Kesungguhan mereka dalam mempelajari Islam tersebut semata-mata untuk menghancurkan islam sangat luar biasa. Sehinggakan dalam sejarah dikatakan kisah seorang penuntut ilmu Islam dari kaum salib yang rela meninggalkan anak isterinya hanya untuk mengembara ke negera-negera Islam semata-mata ingin mencari kelemahan negara2 ini. Di antara penyataan mereka ialah, “Sia-sia kita berperang melawan umat Islam selama mereka berpegang teguh pada agama mereka. Selama mana komitmen mereka terhadap agama mereka kuat, selagi itu kita tidak mampu berbuat apa-apa. Oleh kerana itu, tugas kita sebenarnya adalah menjauhkan umat Islam dari agama mereka, barulah kita mudah mengalahkan mereka.” Gleed Stones, mantan perdana menteri Inggeris, juga mengatakan hal yang sama, “Sia-sia memerangi umat Islam kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam adanya Al-Qur`an yang masih bergelora. Kini tugas kita adalah mencabut Al-Qur`an dari hati mereka, setelah itu kita akan menang dan mampu menguasai mereka.”

Betapa liciknya orang Yahudi mematikan hati ummah kita pada hari ini. Kerana mereka tahu andainya mereka membinasakan al-quran mahupun menghina islam, umat islam pasti akan lebih kuat menentang mereka. Serangan pemikiran ini begitu licik sekali kerana secara halusnya ia menjauhkan ummah daripada al-quran dan as-sunnah. Antara strategi Yahudi menghancurkan umat islam adalah dengan menggunakan 4S dan 4F iaitu: song,smoke,sport,screen,food,funk,fun dan female. Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita Muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka serapkan dan itulah yang mereka inginkan.

Tidak perlu melihat jauh,tetapi lihatlah sendiri di negara kita hari ini. Pelbagai rentak lagu yang menjadi siulan yang melalaikan kita dari mengingati Allah. Malah begitu banyak lagu2 yg memuja makhluk ciptaanNya lebih dari penciptaNya. Tidak cukup dengan itu filem2 dari luar menjadi kegilaan para remaja terutamanya. Dan juga fitnah akhir zaman iaitu wanita yang dijadikan sebagai aset untuk menjatuhkan para mujahid. Keluar berdua-duan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Cukup banyak tipu muslihat Yahudi untuk membawa umat islam jauh dariNya, tetapi kita tidak sedar malah rasa seronok sedangkan di sana para Yahudi bersorak gembira kerana berjaya menghancurkan umat islam. Kita seolah-olah dijadikan boneka yang hanya untuk dipersendakan.

Bukanlah tinta yang ana lakar ini menandakan ana cukup baik kerana ana sendiri tidak terlepas dari serangan pemikiran yang dicipta oleh Yahudi ini. Ana hanya sekadar mahu mengajak sahabat2 sekalian berfikir selama mana kita mahu dikuasai oleh Yahudi yang sentiasa membenci islam. Ana tidak mahu mengulas panjang kerana kita semua punya akal dan fikiran untuk menilai, apatah lagi kita adalah ‘khairu ummah’ (umat terbaik) seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Berwaspadalah kita semua dengan serangan pemikiran ini. Sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian, serangan-serangan ini memang sukar untuk kita sedari namun berusahalah dengan mempersiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan agama Islam agar kita terlindung daripada senjata-senjata Yahudi ini. Sekalipun kita tidak mampu mengubah situasi di luar sana, tetapi ubahlah diri dan tingkatkan kualiti fardu muslim dalam diri. wallahualam..

Sunday, November 22, 2009

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu

Cinta yang bertandang di lubuk hati setiap insan itu fitrah yg merupakan anugerah dari Sang Maha Pencinta. Hakikatnya asal kejadian cinta itu bersih dan suci,tetapi malangnya ia cemari oleh debu2 maksiat yang dicipta oleh manusia sendiri. Terkadang ana berfikir sendiri untuk apa menikmati cinta sebelum berkahwin? bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Bukankah itu menghilangkan barakah dan kemanisan di alam rumah tangga kelak.
Jika ditanya pada setiap orang tentang impian masing2 dalam membina rumahtangga jawapan yang diterima pasti adalah ingin membina "baitul muslim". Ana sendiri impikan sebuah baitul muslim sebagai wasilah untuk peningkatan hidup juga mampu memberikan sesuatu yg bermanfaat kepada agama. Tetapi bagaimana untuk membina baitul muslim andai di permulaannya sudah dicemari. Barakah yang Allah s.w.t janjikan itu hanya ada buat ikatan yang terpelihara.
Untuk itu wahai para mujahid dan mujahidah, jika kalian belum berkahwin, kejarlah Allah s.w.t sebelum mengejar cinta adam dan hawa. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar yang tidak diredhai Allah. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu. Peliharalah kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.
Andai dirimu jatuh cinta kuatkanlah prinsip dirimu dengan hadis ini:
"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid."
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)
Seorang penyair arab berkata tentang bahana cinta:
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi.
Berikanlah cintamu pada yang layak menerimanya. Cintai dia kerana agama pada dirinya kerana itu jaminan bahagia buatmu dunia dan akhirat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."
Inilah ukuran yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berbahagialah dirimu dan semoga dirimu dicintai Tuhan..
"Aku mencintaimu kerana agamamu.
Jika hilang agamamu dari dirimu,
maka hilanglah cintaku padamu."
(Imam al-Nawawi)

Monday, November 16, 2009

Akhir Ini Sahabat..

Petang itu ku lihat dia tersenyum simpul,mesra seperti selalu disisi pendampingnya yang baru.Aku rindukan senyuman itu,aku rindukan kemesraan itu,ingin saja aku muncul diri di hadapannya,tapi setelah sedar kini bukan yang dulu lagi,ku batalkan segala niat itu.

Argh...Hatiku meronta,merayu agar datang kepadanya,tapi kakiku tak mampu,kerana aku dan dia bukan yang dulu.

Aku memanggu diri di hadapan beranda surau Irfan,terdetik rasa terharu dan pilu di hati kala melihat sekumpulan para muslimah melintas jalan menuju stesen bas hadapan.

"Hendak ke bandar agaknya."monologku sendirian.

Teringat aku sewaktu bersama teman-teman seperjuangan dulu.Betapa indahnya ketika itu,sewaktu bersama melakar kenangan dan memori indah yang tetap terpahat dan bersemadi padu dalam sanubari ini. Usai ta'lim mathurat yang baru lepas ku hadiri di Irfan ini,aku duduk sendirian di taman. Pelbagai ragam yang dapat di lihat di suasana ini.

Aku mengeluarkan examination pad bersaiz A4 dan pen yang sentiasa menjadi teman ku dalam perjalanan,dan seperti selalu ku mengambil masa yang tersisa ini untukku coretkan rasa hati agar terus menjadi kenangan abadi untukku dan para teman sekalian.

Salamun'alaik,
Temanku sekalian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,
Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,
Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesekali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya, Saat yang ku pasti nanti tiba jua, Walaupun kini tak seindah dulu, tapi ku bersyukur,

kerana penghujungnya,impian dan mimpiku menjadi kenyataan dan ketahuilah, keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu temanku,

Gerakkan langkahmu bersama, Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini. "jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Insan kerdil, Asiah Yusra... Menitis air mataku mengenang segala yang pernah ku lalui.Aku merinduimu sahabatku.Harapan dan doaku agar dia hadir lagi bersama melakar semangat yang baru mencapai impian dan matlamat kehidupan seorang insan.Aku melipat kemas coretan itu,mendamba seseorang yang boleh aku kongsikan luahan ini.Hati terus memohon agar dia hadir lagi.Inginku buang jauh kenangan pahit itu jauh dari lubuk sanubari, walaupun belum pasti,tapi tidak ku simpan rasa ini lagi agar dapatku layari kehidupan ini dengan misi dan mimpi impian suci.Moga bertemu Redha Ilahi.

"Assalamualaikum w.b.t" sapa lembut seseorang di hadapanku.

"Wa'alaikumsalam w.b.t..." jawabku perlahan,lamaku merenungnya,seakan tak percaya,Hurun Ain kini di hadapanku..

Sekian lama ku menanti akhirnya tiba jua saat ini,aku bangun dan dia lantas menghampiri,menyeka air mataku yang tumpah,mencium dan memelukku seperti dahulu. Ku leraikn pelukan dan beriringan pulang bersama,aku menghadiahkannya coretan yang baru siap aku tuliskan tadi.

"Dulu,kini dan selamanya".

Bicaranya disulami senyuman penuh makna menggenggam erat jemariku di saat aku memberinya coretan itu.

"Walau tak seindah dahulu,biarlah kali ini lakaran yang lebih bererti terlukis di salam coretan hidup ini,kerana kali ini tidak seperti yang dulu lagi",.

Itulah rutinku yang selalu dahulu dan masih kekal hingga kini yang masih diingatinya. "Alhamdulilah,Syukran Ya Allah....moga ukhwah ini kekal selamanya...". monolog hatiku berharapan...

Friday, November 13, 2009

Biarlah Ghuraba...

Assalamualaikum w.b.t...
Entry kali ini ana hanya ingin berkongsi sedikit tentang islam dagang kali ke-2. Bukanlah sesuatu yang pelik di mata kita pada hari ini bilamana ada org yang tidak kenal akan agamaNya kerana islam itu sudah menjadi asing seperti mana mula2 baginda Rasulullah s.a.w membawanya suatu ketika dulu. Dalam sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
"bermula islam itu dagang, dan akan kembali dagang seperti mana ia bermula, maka beruntunglah bagi org2 yg sentiasa dagang bersamanya yg melestarikn sunnahku"
Di sini ana ingin menyentuh berkaitan dengan "org2 yg sentiasa dagang bersamanya" ataupun di sebut sebagai ghuraba (asing) iaitu org2 yg asing di mata masyarakat kerana membawa islam.. Jika kita lihat pada situasi masyarakat kita pada hari ini wanita yg bertudung litup di pandang kuno, apatah lagi wanita berpurdah yang kelihatan pelik di mata masyarakat kita..
Bukanlah fenomena asing bg seorang dai'e yang tidak pernah mengenal erti penat menyebarkan risalahNya di labelkan extreme. Malahan muslimah yg berjuang untuk membataskan ikhtilat di antara lelaki dan wanita di katakan syadid dan menjadi perencat kepada kemajuan wanita.
Selama terlibat dalam bidang dakwah bukanlah sedikit mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Tentangan daripada org luar dan keluarga sendiri cukup mencabar kesabaran. Apatah lagi bilamana fitnah dilemparkan sewenang-wenangnya hanya kerana membawa suatu kebenaran.Tetapi bersabarlah wahai ghuraba, janji Allah itu benar dan pasti. Bukanlah perjuangan namanya andai apa yang diserukan itu mudah diterima. Cukuplah kita sekadar menyeru kerana kita adalah penyeru bukan penghukum. Ucapkanlah salam kepada org2 yg mahu memperdebatkan kebenaran yg dibawa, kerana takut2 mereka itu termasuk dalam golongan yg dilaknat Allah kerana memperlekehkan ad-deenNya.
Biarlah dipandang asing, jika itu maharnya untuk kita melamar redha Allah. Banggalah menjadi seorang ghuraba dan berbanggalah dengan agamaNya. Perjuangan mukmin yang sejati tidak akan pernah terhenti selagi mana kedua belah kakinya belum menginjak syurga.wallahualam..

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "