Tuesday, February 22, 2011

Lakaran Kisah Di Kanvas Putih: Sesuci Dirimu

" Setiap bayi yang dilahirkan fitrahnya suci. Ibu ayahlah yang menentukan samada anaknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"

Attachment di Burn Unit banyak memberi ibrah terutama buat diri asrar sendiri.  Melihat keadaan pesakit yang terbakar tak kiralah disebabkan oleh chemical, thermal, electrical or industrial membuatkan asrar menginsafi diri dosa diri.  Betapa azab dan pedihnya siksaan api neraka.  Astaghfirullah al azim... Ku lihat pesakit-pesakit di setiap bilik itu meraung-raung kesakitan saat balutan luka kesan terbakar itu di buka untuk diperiksa oleh doktor semasa ward round.  Mana tidaknya, kulit yang terbakar itu akan ikut terkopek sekali kerana melekat pada dressing itu..masyaAllah...


Allah...azabnya...itu baru api dunia sudah tidak tertanggung sakitnya apatah lagi api neraka yang begitu pedih sepertimana digambarkan dalam hadis Rasulullah.. 

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam.”

Benar kata murabbiahku berada di hospital setting sebenarnya membawa kita lebih banyak menginsafi kebesaran Allah. subhanaAllah...

Ya Allah, kami tidak layak untuk ke syurgaMu, tapi kami juga tidak akan mampu untuk menanggung pedih api nerakaMu, maka ampunilah kami...

Ward round sampai ke bilik terakhir iaitu gabungan bilik 9 dan 10.  Di sana ditempatkan 3 katil disatukan dalam bilik yang sama kerana pesakitnya adalah paed iaitu kanak-kanak.  Ketiga-tiganya berusia lebih kurang setahun.  Comel-comel belaka.  Entah kenapa hatiku tertarik melihat seorang kanak-kanak kecil yang ditempatkan di katil tengah.  Serta merta aku tersenyum.  Sungguh comel! Dengan bulu mata yang panjang dan lentik, keletah yang sopan hatiku tertarik.  Ku lihat namanya. Haziq!  Aku mendekati si cilik itu, ku hulurkan tangan, tak di sangka dia mahu di gendong.  Penjaganya cuma tersenyum.  Mulanya ku kira itu ibunya, tapi nyata andaian aku salah.

Selepas ward round, lecturer aku mengagihkan kami mengikut setiap bilik.  Dan aku mendapat bilik terakhir itu memandangkan dalam kumpulan kami nama aku merupakan nama terakhir.  Semasa sesi interview baru ku tahu Haziq adalah anak yang ditinggalkan ibunya.  Dia tak punya waris dan tinggal di rumah kebajikan.  Menurut penjaga rumah kebajikan itu Haziq dijaga oleh mereka sejak lahir. Ku pandang wajah suci itu. Kasihan... dirimu tak bersalah.  Ku peluk dan cium anak kecil itu.  Ku lihat tangannya yang memegang pipiku, tangan comel itu berbalut dengan bulky dressing..tangan, leher serta telinga kanannya terbakar..nasib cuma 1% .

Sementara menunggu untuk ke OT unit aku membantu penjaganya menyuap bubur buat Haziq.  Sekejap sahaja dia begitu manja dengan ku.  Tepat pukul 10.30 pagi aku tinggalkan dia kerana aku perlu ke OT.  Dian menangis, tak mahu ditinggalkan.  Aku akan datang lagi syg...

Pukul 12.30 itu sesi di OT selesai.  Aku bergerak lagi ke Burn unit. Masuk saja ke bilik aku lihat haziq tengah baring.  Sebaik melihatku dia tersenyum.  Aku pergi padanya lalu ku kucup pipinya.  Kurusnya kamu syg...bisik hatiku...  Mengejutkan anak itu tiba-tiba menyebut "mama" sambil tersenyum memandangku.  subhanAllah..comelnya dirimu..  Penjaganya cuma tersenyum.  Bila dia berulang kali memanggilku mama, aku menggeleng.  Sambil tersenyum, aku menggeleng "no, umi".  Aku ajar dia memanggilku umi.  Sekejap sahaja dia berjaya memanggilku umi.  Aku senyum terharu.  Dua perkataan yang dia mampu sebut mama dan umi di samping panggilan ibu buat penjaganya.

Ku biarkan dia duduk di ribaku sambil penjaganya menyuapnya makan.  Sambil itu aku mengambil kesempatan untuk bertanya tentang haziq dengan lebih lanjut.  Aku bertanya berkaitan status ajaran agama buat haziq sekiranya tiada ibu bapa angkat yang mengambilnya.  Menurut penjaganya itu dia hanya akan memilih agamanya sendiri bila berumur 18 tahun.  Aku berfikir sendiri, bagaimana dengan didikan agamanya? kasihan haziq...si kecil yang suci..dirimu tak bersalah..kau ibarat kain putih..cuma umi mu ini bimbang bagaimana coraknya nanti?

Selesai makan anak kecil itu bermain2 dengan jam tanganku. Rakan-rakan sekumpulan ku juga turut ada bersama.  Betapa riangnya dia.  Sambil menunding ke arah ku dia menyebut "umi, umi" Allah...i will miss u dear..

Pukul 1.30 tghri...i need to leave dear..

Dia duduk diribaku tidak mahu dilepaskan.  Aku kemudian meletakkan dia kembali ke katil, tapi dia enggan.  Akhirnya dia mula menangis.  Allah, aku tidak tahu macamana lagi mahu melepaskannya.  Ku hulur dirinya pada penjaganya tapi lagi erat dia memelukku..tangisannya sudah memecah.  Haziq merenung ke arah kasutnya, memberi isyarat dia mahu memakainya.  Rakan ku mengambil kasut itu dan memakaikannya.  Alhamdulillah, dia mahu dengan rakan ku itu.  Perlahan-lahan aku keluar dari bilik itu dan terdengar lagi tangisannya.  Ku bersembunyi sebentar di bilik pantri wad sebelum keluar ke pintu utama bimbang dia ternampak aku.  Di sebalik pintu pantri itu ku dengar dia menyebut "umi, umi, umi" dan rakanku memujuk "umi ada dalam bilik tu..jom2" Aku mengintip di sebalik pintu, ku lihat dia masih berpaling ke arah belakang melihat ke arah pintu seolah-olah tahu aku berada di dalam.

Sedih..betapa dahaganya si cilik itu dengan kasih sayang.  Aku hanya mampu mendoakan dirimu agar sentiasa di bawah jagaan dan peliharaan kasih sayang Allah.  Andai ku punya kudrat, akan ku jaga dirimu.... :'(



Nota tangan: Teringat kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi...buat remaja di luar sana, jagalah dirimu..kuatkanlah benteng imanmu...  Usah lalai dan leka pada nikmat dunia yang cuma sementara..insafilah kejadian dirimu...



Sunday, February 20, 2011

Kembara Cinta Ali bersama puteri Rasulullah, Fatimah Azzahra

Cinta tak pernah meminta untuk menanti
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan
Cinta adalah keberanian dan pengorbanan
Cinta adalah jln mempertemukan semua perasaan dgn tanggungjawab...

Membelek doa-doa pengantin untuk dimuatkan dalam kad undangan kakak asrar yang hanya tinggal beberapa purnama sahaja lagi membuatkan asrar berfikir sejenak bila terpandang satu doa pengantin ni.  

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Kisah cinta hebat antara insan mulia Rasulullah s.a.w dan Khadijah itu sudah diketahui ramai pada pandangan asrar.  Suri teladan yang menjadi impian asrar satu ketika nanti insyaAllah.. ^_^  Apa yang buat asrar berfikir adalah tentang kisah cinta saidina Ali dan Fatimah puteri Rasulullah.. Apa pula kisah disebalik pernikahan dua insan ini? pasti tidak ramai yang mengetahui kisah cinta Fatimah puteri insan agung Rasulullah s.a.w hasil perkongsian hidup bersama wanita seindah Khadijah ini.  Terasa ringan jari jemari ini untuk mencoret kisah cinta saidina Ali dan Fatimah untuk dikongsikan bersama.

Ada rahsia terdalam di hati Ali yang tidak dikisahkannya pada siapapun. Fatimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Rasulullah s.a.w yang juga merupakan sepupunya itu, sungguh memesona dirinya. Kesantunannya, ibadahnya, kecekapan kerjanya dan parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan dengan berhati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Di bakar perca, dan ditempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah. Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam. Fatimah mengherdik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk membalas balik.

Ali tidak tahu apakah rasa itu pantas disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fatimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Rasulullah. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaknya tak diragukan; Abu Bakr As Siddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali.  Ia merasa diuji kerana merasa apalah kelebihan dirinya jika dibandingkan dengan insan seperti Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justeru kerana ia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi sahabat perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di katilnya.

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.

Lihatlah berapa banyak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan sendiri, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih mampu membahagiakan Fatimah.

Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan yang ada atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hatinya yang sempat layu.  Lamaran Abu Bakr ditolak. Dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. Setelah Abu Bakr mundur, datanglah melamar Fatimah seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaitan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.

Umar ibn Al Khatab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Umar memang memeluk Islam sekitar 3 tahun setelah Ali dan Abu Bakr, tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasullah, di sisi ayah Fatimah. Lalu cuba membandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana Umar melakukannya. Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang kecewa kerana tidak berjaya menemukan Rasulullah s.a.w. Ali hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.  Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. ”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khatab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan halang Umar di balik bukit ini!” Umar adalah lelaki berani. Ali, sekali lagi sedar. Dinilai dari semua segi menurut pandangan orang sekeliling, dia pemuda yang belum pantas untuk menikahi sesiapa. Apalagi menikahi Fatimah binti Rasulillah! Tidak. Umar jauh lebih layak. Dan Ali redha.




Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan di saat yang ada. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan. Maka Ali bingung ketika khabar itu mendatanginya. Lamaran Umar juga ditolak.

Menantu seperti apa kiranya yang dikehendaki Rasulullah? Yang seperti Uthman kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.  Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau justeru Nabi ingin mengambil menantu dari Ansar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

”Mengapa bukan engkau yang mencuba wahai sahabat?”, kalimah teman-teman Ansarnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ” ”Aku?”, tanyanya tak yakin.”Ya. Engkau wahai saudaraku!” ”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kupersembahkan?” ”Kami di belakangmu, sahabat! Semoga Allah menolongmu!”.  

Ali pun menghadap Sang Nabi. Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Dia tahu, secara ekonomi tidak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-sedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia bersedia? Itu sangat keanak-anakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda sejati wahai Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang sedia bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang sedia memikul risiko atas pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya. 

Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyuman Sang Nabi.Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sukar untuk dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia bersedia ditolak. Itu risiko. Dan pencerahan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.”Bagaimana jawab Nabi sahabat? Bagaimana lamaranmu?” ”Entahlah..” ”Apa maksudmu?” ”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ bererti sebuah jawapan?”. "Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan sahabat! Dua-duanya bereti ya !” 

Dan Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang pada asalnya ingin disumbangkan kepada sahabatnya tapi Nabi berkeras agar ia membayar ansurannya. Itu hutang.  Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.

Ali adalah lelaki sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki yel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum berikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu menikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”

Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan mas khawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali redha (menerima) mahar tersebut.”




Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya: “Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.”

Cinta tak pernah meminta untuk menanti
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan
Cinta adalah keberanian dan pengorbanan
Cinta adalah jln mempertemukan smua perasaan dgn tanggungjawab

moga bermanfaat...~~


nota tangan: berusaha membentuk peribadi yang melengkapi kekurangan pasangannya, dan memaksimumkan kelebihan pasangannya ^_^ insyaAllah...



Friday, February 18, 2011

Entry Hambar...

Aku melihat, mendengar dan berfikir lalu menulis...

Jam suda menunjukkan pukul 1 pagi...tapi mata ini seakan tidak mahu lelap..sedangkan tubuh ini meronta meminta kerehatan memandangkan seharian di klinik pakar ENT hari ini menuntut banyak tenaga ku kesana sini..  Itu belum masuk kerenah pesakit dan doktor yang "demand".

Letih? iya...aku keletihan, kepenatan...begitu juga dengan hati ini turut penat sekali.  entah apa yang aku fikirkan. Hati menangis, tapi tidak mampu di zahirkan...natijahnya aku masih di depan laptop merenung kosong ke arah skrin.

Terasa berat? mungkin...tapi pejuang agama Allah itu takkan pernah sunyi daripada mehnah..  tak ada ujian, bukan perjuangan namanya.. terkadang diri berfikir, bila kah masa rehat itu? ya Allah..aku mengharapkan kerehatan yang kekal abadi..bukan kerehatan yang sementara sahaja..

Jalan terbaik? sudah 2 bulan berlalu..padaku inilah jalan yang terbaik, walaupun terpaksa menghancurkan harapan yang lain.  terasa zalimnya diri.. tapi ku yakin Allah bersamaku dalam setiap langkah..  petunjuknya ku jadikan sandaran, bukan berpandukan pada keinginan hati semata.. maka tidak terlintas pun keraguan dalam hati ini, itu aku pasti dan yakin!

Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan, biarlah menangis kerana Allah, daripada mati terkambus tanpa mujahadah, diri sememangnya tak sanggup selamanya terluka, tapi sentiasa lah beringat setiap titisan darah dari luka dan airmata, adalah mahar untuk ke syurgaNya, Bila ditanya mengapa perjuangan itu pahit? sesungguhnya kerana kemanisan itu ada pada syurgaNya.



nota tangan: merindui adikku.... ingat pesan akak selalu, ukhuwah kita kerana Allah bukan atas dasar kepentingan yang lain..



Saturday, February 12, 2011

Jadi baik: Bukan benda yang MUDAH



You will never reach perfection because there is always room for improvement. Yet all the way to perfection you’ll learn to get better


Menghabiskan buku bertajuk versus membuka luas minda saya untuk berfikir dan terus berfikir. Dan pantas saja jari jemari ini berlari di atas keyboard laptop atas keinginan mahu berkongsi. Berkongsi tentang persoalan setiap insan yang mahukan pengislahan diri ataupun pembaikan diri.

Macamana nak jadi baik?

Satu soalan yang pada saya adalah soalan yang common. Fitrah manusia itu yang sentiasa inginkan kebaikan walau sejahat apapun, sejahil mana pn dirinya tetap saja ada sedikit keinginan untuk menjadi baik kerana setiap insan itu ada sisi baiknya yang tersendiri.

Dan rasanya kita semua akan tanya soalan itu pada diri sendiri at some point dalam hidup. Bukan semua daripada kita sentiasa baik sepanjang hidupnya dan saya sendiri cukup merasa diri sangatlah tak cukup baik. Seperti ayat di awal tadi kita tak akan pernah dapat menggapai kesempurnaan kerana di situ sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Di sepanjang perjalanan kearah kesempurnaan itu kita akan belajar untuk menjadi baik.

Dalam keadaan kita yang bertanya soalan ini perlulah terlebih dahulu tahu makna baik itu sendiri. Sebab tak kenal maka tak cinta, kalau tak cinta maka tak dapat nak menjiwai, betul tidak?

Definition baik ni sebenarnya mudah sahaja. As easy as A B C. Sesiapa yang beriman dengan Allah itu ‘baik’.

Beriman tu apa pula ya?

Amar makruf nahi munkar. In simplest word, beriman dgn Allah ni apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, itu namanya ‘baik’.

Kiranya di sini di emphasize kan yang untuk jadi baik ni memang kena secara holistic la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tulah definisi baik tu tak tercapai lagi.

Contohnya?

Cuba rujuk kembali surah Al- Baqarah ayat 208. Ayatnya lebih kurang begini “masuklah ke dalam islam secara seluruhnya.” Contoh paling senang saya ambil contoh seorang muslimah. Kita ambil isu aurat.

Selalu juga orang argue pasal pakai tudung ni. Ada orang kata biar lah tak pakai tudung pun, janji solat cukup lima waktu sehari semalam. Sebabnya ada ja orang yang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan. Bukan salah tudung dia jika dia buat perkara yang tak elok. Kira kat sini lah kebanyakan orang kita selalu salah faham. Anggap islam itu sekadar cukup bersimbolkan solat. Betul, solat itu tiang agama. Tapi islam itu bukan hanya tertegak dengan solat sahaja. Apabila Allah dah sebut dalam ayat “masuklah ke dalam islam secara keseluruhan” tu, maknanya memang kena settle daripada segala benda.

Addin. Way of life. Cara hidup. Kalau cukup solat tapi tak pakai tudung tak cukup baik lagi, kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi dan kalau pakai tudung+cukup solat tp masih suka mengumpat, menghina, riak, dengki, sombong dan tak ikhlas juga masih tak cukup baik. Hukum Tuhan siapa kita untuk membangkang. It is not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It is about masuk ke dalam islam secara total. Kadang-kadang kita terikut sangat dengan hukum manusia sampai lupa hukum Allah. Nama pun kita ni insan daripada kata dasarnya yang bermaksud lupa, memanglah kita ni manusia yang pelupa sebab tu perlu ada yang mengingatkan. Ingat surah Al-asr?

Kiranya nak jadi baik itu bukan benda yang mudah. Saya ulangi bukan mudah. Kena mujahadah dan istiqamah. Nak tinggalkan sesuatu yang sudah sebati dalam diri itu menyakitkan. Setiap orang ada zaman jahilnya tersendiri dan saya bukan insan berkecuali.

Tapi the beauty of Islam yang ramai orang tak perasan ialah kalau kita praktik betul-betul ikut apa yang tertulis, everything akan ikut domino effect sebenarnya.

Domino effect tu apa? ^_^ domino effect tu adalah yang bila mana kalau tolak satu, semua benda turut ikut jatuh. Analogi senang. Ambik pemadam korang sebanyak empat biji. Tulis kat pemadam tu solat, syariat, aurat dan ikhtilat setiap satu. Kemudian susun membentuk satu barisan. Dah siap, jatuhkan salah satu daripada pemadam tu, secara automatiknya yang lain akan jatuh.

Maknanya di sini apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadah, kita juga sepatutnya dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. Sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat.

bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..berusahalah untuk ke jalan yang baik kerana dalam diri setiap insan itu ada sisi baiknya tersendiri..

Wallahualam...sekadar perkongsian.. ^_^

nota tangan: sentiasa muhasabah diri...moga hari esok lebih baik dari hari ini..



Thursday, February 10, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~

Disudut ini,terdapat hamba berlainan jenis leka mencatit nota diatas kanvas masing-masing.Berkerut dahiku melihat senario ini.Jika yang mempelajari Sunnatullah dan Syariatullah bisa berdua tanpa teman apatahlagi apabila mereka yang mengaku berjuang berperangai seperti itu.Sama sahaja bukan? Tetap akan ditemani syaitan yang durjana.Bagiku,nikah jalan terbaik agar hati terkawal rindunya

:: kusut hati kerana CINTA ::



Hati ni terdetik nak buat satu kempen sempena hari yang bakal tiba tak lama lagi. Hari ape? Cuba teka~ Heh~ Hari ape lagi kalau bukan hari yang termahsyur dalam bulan Februari, Hari Valentine! Orang Melanau cakap Valentine's Day~ :D

Jangan salah faham! Bukan saya nak ajak semua menyambut Hari Valentine, tapi nak menyeru yang beragama Islam supaya tidak menyambut hari ini. Sebab apa tak boleh sambut? Sebab ni...sila baca~

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]

Disebabkan itu, Hari Valentine haram disambut oleh masyarakat beragama Islam, ok?




Lagipun, hari-hari adalah hari untuk berkasih sayang kan? Takkan satu hari je kot~ Hee... Jadi, kamu-kamu yang Muslim, saya ajak joinlah kempen ni~ terutamanya blogger, sebarkan kempen ni dengan menempek banner kempen di atas dalam entry, buatlah pengisian apa yang patut ya~ just nak letak banner kempen pun takpe~ saya tak kisah~ yang penting kita menyampaikan kepada saudara seagama, mungkin ramai lagi yang tak tahu kan? :) Nak tag kawan-kawan? Dialu-alukan~ :) Selamat memboikot Hari Valentine...

nota tangan: serabut memikirkan cinta 'budak' zaman sekarang..



Tuesday, February 08, 2011

First Lady Ummah: Seindah peribadi Khadijah


Jika engkau semulia akhlak Rasulullah SAW… daku kan usaha seindah peribadi Khadijah.

Ramai wanita mahu mengaku ‘First Lady’…

Membawa maksud akan amat istimewanya dia disisi seseorang!

Umpamanya seperti Michelle LaVaughn Robinson Obama, adalah wanita pertama keturunan Afrikana-Amerika yang pertama menjadi First Lady of United State. Menjadi kebanggaan orang berkulit hitam yang bermastatutin di dunia Amerika mahupun jalur benua terperosok Afrika. Hadir menemani suami tercinta di persada politik rumah putih USA.

Tapi bagi para muslimah, Michelle Obama bukanlah contoh terbaik untuk kita. Anda punya teladan yang lebih mulia lagi istimewa!

‘First Lady Ummah’ iaitu Saidatina Khadijah Radhiallhu’anha!

Beliau serta para isteri Rasulullah SAW yang lain, membawa peranan sebagai ‘Ummul Mukminin’. Istilah nama yang lebih mulia dari panggilan ‘First Lady’. Ummul Mukminin—Ibu segala orang Mukmin samada lelaki mahupun wanita.

Khadijah RAH bukan hanya istimewa di mata Rasullullah SAW iaitu suaminya yang tercinta tetapi bahkan seluruh ummah ini iaitu Umat Islam sejak dari zaman para sahabat hinggalah ke hari Akhirat. Namanya akan sentiasa disebut-sebut dan dikenang sebagai contoh ikutan serta suri teladan yang sepatutnya bagi para wanita muslimah yang bergelar isteri mahupun ibu.

Mahu meraih gelaran seperti Saidatina Khadijah?

Istimewanya Khadijah bukan kerana harta simpanannya yang berkarung banyaknya. Atau kerana keturunan bangsawan yang dimilikinya, tetapi istimewanya adalah kerana ‘khidmat cemerlangnya’ sebagai seorang isteri kepada lelaki paling mulia di dunia ini iaitu Rasulullah SAW!

Amat jauh berbeza dengan wanita-wanita yang kononnya dewasa ini memegang gelaran sebagai ‘first lady’.. Jika kita tenung dan renung, mereka digelar ‘first lady’ hanya-sanya kerana menjadi isteri kepada seseorang yang berharta, berkuasa ataupun punya nama semata-mata!

Sedangkan Rasulullah SAW?

Lelaki mulia yang tidurnya pada pelepah kurma. Berselimutkan kulit kambing yang apabila ditarik ke atas terbukalah kaki baginda dan bila ditarik ke bawah maka terdedahlah bahagian atas badan Rasulullah SAW yang mulia… Betapa tidak berhartanya suami kepada Khadijah Radhiallahu ‘anha!

Ibn Abbas menceritakan tentang Saidatina Khadijah. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, baginda pun kemudian bertanya kepada para sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”

Hadirnya sang khadijah sebagai pelengkap kepada ‘Bahtera Dakwah’ Rasulullah SAW.

Sepanjang hidup bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia setiap masa menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam sekecil-kecil perkara kegiatan peribadatan Rasulullah, Khadijah RAH pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wudhu’ sekalipun.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan ‘biasa’ kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan ‘luar biasa’ terhadap keesaan serta janji Allah SWT.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Di dunia pun Allah dah berikan ‘anugerah’ ummul mukminin dan Radhiallahu ‘anha kepadanya…

Saidatina Aisyah pernah menceritakan betapa cemburunya beliau kepada Saidatina Khadijah.

Direkodkan dalam sebuah hadis yang panjang:

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah SAW sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah SAW selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.

Pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.

Lalu Rasulullah SAW menyebut,

Tidak! Demi Allah ! Dia (Allah) tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku.

Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain”—Hadis Riwayat Imam Ahmad, Sila rujuk Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar.




nota tangan: Jika engkau semulia akhlak Rasulullah SAW… daku kan usaha seindah peribadi Khadijah..Ameen..



Sunday, February 06, 2011

Aku Punya Pilihan...


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut namamu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..~~

Peristiwa petang tadi cukup menjadi pengajaran bermakna buat diri asrar...dan teguran itu teguran lembut namun cukup tajam untuk terus tembus ke dalam hati dan meresap ke dalamnya.. 

ya Allah.. alhamdulillah..sujud syukur ku panjatkan padamu..terasa panas pipi ini saat mutiara2 jernih pantas mengalir keluar dari kedua belah kelopak mata menuruni lurah pipi membasahi bumi..

ingatkanlah aku bila aku terleka..tegurlah aku bila aku tersilap..dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..aku punya pilihan..~~







~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "