Tuesday, October 02, 2012

Get Well Soon Dear!

Assalamu'alaikum w.t.b.. 

Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah s.a.w., keluarga dan para sahabat. Salam mahabbah fillah pada ahli baeyt juga sahabat-sahabat, moga dikurniakan iman dan kesihatan fizikal yang sihat. Insya Allah. Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan nyawa buat kita untuk terus menyusuri jalan Nya. Ada kala senyum menghiasi warna-warna dalam seharian, ada kala tangisan yang datang. Lumrah kehidupan. Tiada kemanisan tanpa ujian, tiada pengalaman tanpa pengembaraan. Wallahua'lam. 

Alhamdulillah. Allah masih berikan peluang untuk kita sama-sama menjalani kehidupan baik dalam senyuman mahupun dengan tangisan, pokoknya masih Allah berikan peluang "MASA" untuk kita bertaubat. Insya Allah, setiap sesaat yang berlalu bermaksud semakin hampir kita untuk meninggalkan bumi fana ini, kerinduan pada Rabbi dan ketidaksabaran bertemu dengan Ilahi untuk bersenang-senang di alam sana adalah keinginan bagi mereka yang sentiasa memupuk dan menyubur rindu dan cinta pada Allah Azza Wa Jalla. Insya Allah.

27 September 2012 (Khamis) yang lepas dapat pesanan ringkas dari seorang adik, katanya dia bakal menjalani pembedahan appendisectomy pada pagi esok.  Allah, saat itu hanya mampu mendoakan agar semuanya dipermudahkan Allah.. ;')

Dan alhamdulillah, si cantik manis bakal bidadari syurga sudah selamat dibedah dan keluar dari Pusat Rawatan Az-Zahra.. Praise to Allah.. ;)  Semalam tengok kalendar..ya, its oktober.. maka terhasilah post ini sebab oktober itu bermakna buat KAMI.. ^^



Masih tersenyum walaupun terbaring dikatil. ;)

"Adik, bangunlah tika hati diuji Allah. Carilah Allah dalam gelapnya malam. Tika dinihari, saat mereka lena diulit mimpi indah berselimutkan dinginnya malam, bangunlah munajat pada Allah. Kekuatan itu datang dari Allah, carilah Allah... Kerana Dialah pemberi kekuatan."

Ujian hebat hanya diberikan kepada insan-insan hebat... (",) 

Tabahkan hati, pasakkan taqwa pada Rabbi... Segala ujian hanya seperti angin yang bertiup... Damai. Ujian itu hanya ibarat angin, hadirnya tak kita sedari tetapi bayunya yang bertiup sangat mendamaikan. Ujian adalah penghubung kita dengan Allah, maka usahlah bersedih andaikata ujian melanda kamar hati mu. Rajutlah pada Allah, Dia masih sentiasa bersamamu. InsyaAllah.

Get Well Soon Dear! Chayok! Chayok!

p/s: 17th October..

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "