Bismillahirrahmanirrahim...
Mode: Tgh Study... *_*
Tetiba...housemate jerit "inaaaaaaa...... jom tengok sa**** kat u tube"....
erk....berdesing telinga...bkn sebab jeritan tu..tapi sebab nama tu..emmm...dua orang housemates saya sangatlah fanatik pada insan bernama sa**** ni..sebabnya..emm..suara dia kot...ntahlah saya sangatlah tidak berseni dalam hal ini.. =_=" xpe...senyum, tak perlu kata apa2..
emm..then, kenapa berdesing dengar nama tu?
sebab nama tu mengingatkan saya pada seseorang...mengingatkan juga yang diri ini bukan yang pertama.. (heyp, sila jgn fikir yg tidak berkaitan).. tapi tak kisah lah...jadi yang terakhir itu lebih saya suka... *kot.. ^_^
ok, mukadimah takde kaitan dengan tajuk... ^^,
*************************************************************************************
Tadi ada test...nak dijadikan cerita saya failed di bahagian kedua test...ouch! sakitnya....mengadanya hamba Allah ni, macamlah Allah tak pernah bagi nikmat berjaya kan...
Cumanya memang agak sedih, saya pun dengan senyuman jumpa instructor mintak sign.. lepas tu mesej amirah.. " Assalamua'alaikum..akak, ana failed bahagian dua.."
Tak sampai 3 minit amirah pun reply
" Wa'alaikumussalam... jgnlah sedih adikku syg..ujian dari Allah. Akak faham, akak pun pernah lalui apa Asrar lalui.. janganlah sedih lagi. Asrar yang akak kenal kan kuat semangat. Bukankah Allah nak uji kita dengan perkara yang betul2 kita nak @ sayang? Dia nak sedarkan kita, kemampuan hamba ni tak ke mana tanpa izinNya..asrar bukan orang pertama dan terakhir failed..semangat2...esok tamsas, pengarah program kena kuat! ;) "
" SubhanaAllah...terima kasih kak...ya...Allah nak uji.. ^_^ "
" Seorang naqibah tu akan di uji dengan kata-katanya...kan..ok, petang ni akak gi rumah asrar, jumpa asrar, bincang pasal esok.."
SubhanaAllah...walhamdulillah..wallahu akbar...
Asrar senyum...tak nangis pun walaupun terasa jugak nak mengeluarkan airmata tu.. bila jarang sangat failed, macamnilah jadinya, walhal bukan failed semua, dan yang penting bukan failed exam akhirat! pandang langit, terngiang-ngiang alunan surah ar-rahman. Surah yang sangat menenangkan asrar bila kesedihan.. "maka nikmat Tuhanmu yang mana lagikah hendak engkau dustakan?" Suka bila dipujuk dengan ayat-ayat cinta dariNya..
Lepas tu dapat panggilan dari seorang sahabat:
"Assalamualaikum, asrar nak bagitau ni..alhamdulillah, final year medik semua lulus final professional.. maknanya kak fiza pun lulus..gembiranya...alhamdulillah"
" iya kak? subhanaAllah..alhamdulillah kak..tahniah buat Dr. Marfiza..." Senyum...sangat gembira akhirnya senior2 asrar bergelar doktor..terutamanya kak fiza.. ^_^ *walaupun tengah bersedih sebab failed..
Emm...bila ujian menimpa ni tersedar sesuatu, benarkah cinta yang kita ungkap. Dalam bait kata cinta yang ditaip, dipapar, dilafazkan melalui bibir itu benar-benar lahir dari hati, dari ruang reluk ikhlas yang paling dalam?
Benarkah sudah benar cinta, cukupkah hanya dengan taipan kata indah, madah manis.
Namun, bila ujian sesekali singgah. Goyah benar iman pun tergugah-goyah. nauzubillah min zalik..
Malah, tertanya-tanya mengapa terjadi, kenapa mesti terjadi. Kenapa diri ini yang terpilih?
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya." (Surah Al-Mu'minun: 115-116)
Cinta itu bukan hanya diinterpretasikan melalui bait kata indah dan madah manis. Cukuplah apabila ujian begini datang menguji, dan kau mula merungut. Itu sudah cukup membuktikan betapa rapuhnya sebuah keimanan. Betapa rapuhnya sebuah kepercayaan dan pergantungan.
Rapuh sudah semua itu. Hanya kerana sebuah ujian.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?" (Al-Baqarah: 214)
Hanya kerana satu ujian.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)
Jika engkau benar beriman. Engkau pasti mengetahui, ketentuanNya itu adalah yang terbaik. Lalu engkau pun akan sepenuhnya redha & ikhlas menerima, kerana Kau percaya, Dia lebih Mengetahui.
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [al-Baqarah : 216]
Sesungguhnya jika engkau benar beriman. Engkau pasti takkan berani merungut apatah lagi berani mempersoalkan.Dia pun telah berjanji;
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." [al-insyirah :5-6]
Begitu jua resminya hidup, apa maknanya tanpa disapa ujian?
Sungguh, keimanan itu bukan hanya kata indah yang semudah ungkapan & taipan.
Moga dengan bertambahnya ujian, akan membuahkan iman & cinta yang makin menggebu-gebu buatMu, Tuhan..
Allahu'alam.
p/s: enough with 'those' feeling. It's already passed. Be prepared for the next, insyaAllah.
1 comment:
Assalamua'laikum... =) terbaik sayang...
Post a Comment