Bismillahirrahmanirrahim....
Bila rindu saya akan menangis...bila nangis saya akan menulis...bila menulis saya akan rasa sedikit lega... Contengan setia ini sajalah yang tegar melayan luahan saya...terima kasih kanvas cinta bicara mata hati..
Kenapa terasa rindu? kerana mencintainya lillahi ta'ala...
Ouh....sgtlah terasa rindu pada dia malam ini...merindui ukhuwah itu...walaupun cuma mengenalinya selama 6 bulan..tetapi jangka masa bukanlah ukuran nilai sebuah ukhuwah...
Jika Aisyah menceritakan perihal suaminya Rasulullah sebagai tanda kasih, maka aku juga ingin mencoret tentangmu sebagai tanda kasihku padamu...
**********************************************************************************
Malam itu aku ke rumah seorang sahabatku yang ku kenali semasa di matrikulasi. Takdir menemukan lagi kami di universiti yang sama. Kebosanan berada di bilik, aku berjalan ke apartmentnya. Sedang rancak berbual, tiba2 terdengar orang memberi salam. Pintu terkuak, masuk seorang gadis bertudung labuh dan berjubah hitam...dan...erkkk...dia memakai purdah! subhanaAllah... aku terkesima sebentar.. Gadis itu terus masuk ke dalam biliknya dan tidak lama keluar semula tanpa purdahnya. Aku melihat wajahnya...subhanaAllah tenangnya hatiku melihatmu...
"sue, tulah kakak yang akak cakap pakai purdah di rumah ne.." kak nor, sahabatku berbisik perlahan di telingaku...
Aku mengangguk...subhanAllah hati melonjak2 teringin mengenalimu...
*********************************************************************************
Usai solat isyak di surau malam itu..aku duduk sendiri...sudah beberapa hari ku perhatikan kakak itu.. Dia merupakan pelajar tahun akhir perubatan masa tu...kak Fatin...
" awak, cantiknya tudung labuh...awak buat sendiri ea?"
errrkkk...terkejut...eh, kakak tu tegur aku? weeeeeee...
"emmm..ha'ah... " aku senyum...malu...
"bestnya...akak dah berapa kali cuba buat sendiri, tp asyik tak jadi je..awak ada banyak koleksi tudung labuh ea?"
"owh..emm...xdalah bnyk kak...tp adalah heee..." aku tersengih...*blushing3...
"nak tengok boleh?"
"boleh..nanti datang lah bilik sue.."
"rumah awak no berapa?"
"emm...319 A"
**********************************************************************************
"sue, tolong akak pulangkan buku travelog dakwah ni dengan kak fatin boleh?" kak nadrah, juga kakak sahabat kesayanganku yang tengah demam meminta pertolonganku...
"boleh..okies!"
"assalamualaikum...heee..." aku tercegat depan bilik kak Fatin...
"eh, awak..." kak Fatin berpaling dan tersenyum...manisnya....
"kak cak minta tolong pulangkan buku ni kat akak...dia ckp terima kasih...kak cak demam tak dapat nak hantar sendiri"
"owh..ye ke...kesiannya cak...emm..kirim slm akak kat dia k..."
"ok kak...balik dulu" aku baru nak beredar...
"eh, sue awak kena dtg selalu kat bilik akak ni taw..."
"erkk...heee....boleh ke? ok..."
"boleh...eh, jap... akak nak bg ni..balik dari bilik akak x bleh balik dengan tangan kosong...emm..awak minum radix x?"
"emm...minum kot..heee.. "
"akak bagi roti dan radix...habiskan taw..kalau x jaga awak.."
**********************************************************************************
"akak, ni faya ni apa?"
"itu tempat akak lepas geram tu..cuba awak tumbuk dia"
dush!!!
"eh, jgn kuat sangat hahaha..."
"ngeeeee...."
"akak, akak suka spongebob ek?" ku lihat banyak patung spongebob atas meja dan katil akak ni...
"ha'ah...hehe..awak suka x?"
"suka!"
dan setiap hari aku mesti ke bilik akak ni...tidur bersama dia...sebab kalau sehari aku tak datang.......
"sue, awak pegi mana? tak datang bilik akak..akak risau tau..akak tanya heiza dah..ingatkan orang culik awak ke..."
"hahaha...yalah3...bukan taknak datang...takut ganggu akak..akak kan study...nak exam dah..."
**********************************************************************************
teringat satu hari tu..dah berhari2 tak jumpa kak fatin..sebab dia sibuk..tetiba jumpa kat lobi fakulti tingkat dua...punyalah excited...lepas tu cakap la...
"akak, nak amik gmbr akak"
"ala...akak x pakai purdah..."
"emmm...ok, mcmni pun bleh.." aku bagi buku kat kak fatin..suruh dia tutup muka..buat mcm purdah..dan jadilah macamni...
hahaha....miss u akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
**********************************************************************************
masa bulan puasa...akan selalu dapat panggilan dari kakak ni...
"sue, hari ni bukak puasa kat rumah akak taw...kalau awak tak datang akak merajuk 2 hari setengah.. 3 hari x boleh kan..jadi akak merajuk 2 hari setengah jelah.."
"hehe...yalah....eiiiyhhh...comelnya akak ni..." dan...aku akan cubit pipi dia....
" sue...awak tau x..awak la orang pertama dan satu2nya cakap akak comel tau...awak tau tak yg awak tu sebenarnya yang comel..."
"xlah....akak supercantik...."
supercantik= maksudnya...dahlah orangnya memang cantik, di tambah pula dengan akhlak yang indah...subhanAllah.... ^_^
**********************************************************************************
dan terlalu banyak lagi kenangan antara kami...masa selama 6 bulan itu aku manfaatkan sebaiknya... di mana ada kak fatin di situ ada sueeeeeeee... sorang tinggi, sorang rendah...kicik pulak tu... =_=" lepas tu kalau orang tanya.. "kitorg kembar, tp budak kecik ni lahir lambat...5 tahun kemudian baru dia keluar, tu yang kecik mcmni" erkkkk...hehe... ^^,
tapi hingga saat ini perbualan yang paling ku ingati bersamanya semasa dua minggu sebelum professional examnya dan aku pulak akan bercuti..maknanya...masuk sem depan aku takkn bertemu lagi dengannya... ;(
"akak..nak tau x bila sue kenal akak?"
"tau...masa akak baru balik dari cuti..sue pegi rumah akak kan...masa tu akak nampak sue..tp sue sombong x tegur akak pun..."
"err...apa pulak sue...akak muka serius sangat...sue xberani nak tegur...lepas tu akak tegur sue kat surau kan...heee...hepinyaa..."
"hahaha...muka akak serius kan...kalau xkenal mcmtulah..tp bila dah kenal...mcmni rupanya" hahaha...dan kitorang gelak lagi...
"sue, nanti budak2 tahun 3 di sibu akan balik ke sini semula...nanti sue akan jumpa ramai lagi akak2 yang baik...yang layan manja sue...yang bawak sue bercerita...nanti awak akan lupa akak.."
"merepek la akak ni..mana boleh lupa akak.."
dan saat itu...banyak yang sue nak cakap kat akak...tapi tak terluah..sebab sue memang x pandai nak meluah... cuma, sue nak akak tau walau berapa ramai sekalipun akak2 yang sue akan jumpa selepas akak, akak tetap yang teristimewa... setakat ni tak ada lagi yang sue jumpa layan sue macam akak layan sue...berbeza... benda sekecik mana pun kita kongsi...kita rasa bersama... akak layan jer perangai kebudak2an sue ni.. *walaupun akak pun budak2 sebenarnya hehe... ;(
hadiah dari akak masih sue simpan sampai saat ini...bila rindu sue akan peluk kuat2... T_T
spongebob.....patrick tak sempat nak amik gambar...hehe..tapi dun wory patrick masih sihat walafiat..
Miss Pink...dia nak kempis dah..sebab sue selalu peluk hehe...
"nak tengok gambar hari tu x?"
"nak2..heeee..."
"jap..."
"waaahhh..bluetooth2. suka....akak comel...sue comot"
"emm...sue, kenapa awak ni comel?"
"eleh akak tu...saja jak kan...nak cakap orang rendah lah tu.." erkkk..apa kaitan? tq 4 dis pic...kesian akak terpaksa membongkokkan sedikit badan..sbb adik kicik dia ni tersangatlah "tinggi"
dan di hari bahagia mu...maafkanlah adikmu ini kerana tidak dapat menghadiri...hanya doa mampu ku panjatkn buatmu...moga menjadi isteri yang solehah buat zauj mu duhai kakak kesygnku...
gambar inilah pengubat kerinduanku padamu...dan saat menerima mesejmu malam ini...aku menangis...aku tau dirimu terlalu sibuk sebagai seorang hamba, isteri, doktor dan anak... tapi ku tau kau akan sentiasa mengingatiku...itu aku pasti...
sue pun sayangkan akak...kerana Allah..."moga Allah pertemukan kita lagi"...sampai saat ini sue masih igt kata2 ini...iya kak...moga Allah temukan kita lagi... ku akan sentiasa mendoakn yg terbaik buatmu...~~
nota tangan: duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini...meski pun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih...biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin..teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah..terakhir...dan aku masih di sini terus mendaki...puncak tertinggi hidupku..dan aku terus menanti saat yang manis..akan berulang kembali..sahabat...
4 comments:
assalamualaikum wbt Sue..
subhanAllah..t kasih atas titipan ini. Akk terharu sgt2.Akk amay merindui adik, sebenarnya adiklah memori terindah semasa akk belajar dulu. Allah temukan kita, sungguh istimewa pertemuan kita. Akak doakan Sue sll, ditemukan dgn jodoh baik..doakan akk mendapat zuriat soleh/solehah. akak amat menyayangimu...
(k fatin)
wslm
sweet :) nad plak yg sedih..hihihi.
..beruntung zauj nya..masyaallah..
subhanallah...indahnya ukhuwah....terharu~
ieyba plak nak nangis...:(
Post a Comment