Wednesday, August 25, 2010

'Checklist' di Bulan RAMADHAN..

Asrar berbicara:

Asrar mendapat 'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan ini melalui seorang akak yang asrar sayang. Terima kasih atas perkongsiannya ukhti. Rasanya belum terlambat untuk kita semak semula amalan kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu ini. Adakah kita merebut segala ganjaran di bulan yang mulia ini? Atau kita hanya membiarkan ia berlalu pergi seperti tahun-tahun sebelumnya? Mudah-mudahan 'checklist' ini dapat menjadi panduan untuk kita dan terus berusaha melipatgandakan lagi amalan kita. Insya-Allah.  Jom explore..^_^



'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan


4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNya aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.

4.Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas solat, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat

Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir

Selepas salam, bangun lagi dan solat witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

4.50 pagi

1.Makan sahur

2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.10 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kuliah/kerja. Melangkah ke kampus/tempatkerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kuliah/kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kuliah.kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

1.Solat sunat Duha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.

12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.

2.Menunggu waktu solat dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.

3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai solat sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.

2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.

3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga". Merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih.

2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

12.00 malam

1.Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

2.Berniatlah untuk puasa esok hari.

3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.

4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Wallahualam.

p/s insyaAllah kita practice kan bersama..asrar pun tengah cuba nak istiqamah.. =)



1 comment:

Nurr_Rahmah said...

Salam Ramadhan kareem asrar..
Sama2 kita berusaha utk meningkatkan amalan di bulan ini. Moga terus istiqamah..sesekali mungkin kita leka, tapi jgn pernah mengalah :).
Uhibbukafillah ya ukhti ^_^

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "