Assalamualaikum and greetings to all...
a bit reminder..especially for myself kerana mata sayalah yang pertama sekali membaca coretan ini. Tulisan ni peringatan untuk saya dan untuk semua. Mata saya lebih dekat dengan jari-jemari yang sedang menaip. Jd, tentulah peringatan ni ditujukan khasnya buat diri saya dan amnya untuk mata-mata lain yang sedang mmbaca hasil pergerakan jari-jari saya atas keyboard. Semoga sama-sama beroleh manfaat InsyaAllah..
Tiap wajah berkisah..hanya ini yang mampu saya katakan melalui pengalaman sepanjang attachment berada di hospital. Kita belajar melalui situasi. Seperti saya yang banyak belajar dan mengambil pengajaran melalui situasi yang sering saya hadapi di hospital. Berhadapan dengan pesakit yang attempt to suicide, putus harapan untuk hidup, takut untuk melalui surgery tapi cukup kagum bila berdepan dengan pesakit yang begitu tabah untuk meneruskan hidup menganggap segalaNya sebahagian dari ujian Dia Yang Maha Pengasih..subhanaAllah..
Tapi, bukan benda ni sebenarnya yang saya nak cerita, yang itu hanya sebagai mukadimah. Back to the main point, seperti yang saya katakan saya suka belajar melalui situasi, so apa kata kita renung2 dan fikirkan seketika situasi di bawah ini.
situasi 1: A suka dengan B. Satu hari, A dengar B bagitau kawan2 dia,”Saya suka warna merah”. Maka sejak itu, A yang hanya suka warna-warna lembut terus menyukai warna merah. Baju-baju 89% kaler merah dari pelbagai tone. Cadar,beg,semualah..merah semerahnya. Penangan cinta..
Situasi 2: C dan D ni suami isteri. C suka tembikai susu. D suka tembikai merah. Disebabkan D suka tembikai merah, maka C pun menyukai tembikai merah. Hari-hari hidang tembikai merah.
Situasi 3: emak F suka tauhu. F memang tak suka tauhu. Tapi sebab mak dia suka tauhu, seminggu 3 kali dia masak tauhu untuk makan malam.
Situasi 4: Anas bin Malik radiallahuanh meriwayatkan; “Seorang penjahit mengundang Rasulallah s.a.w dalam jamuan makan yang hidangannya dibuat sendiri. Saya pergi menemani Rasulallah ke undangan itu. Kepada Rasulallah s.a.w, tuan rumah menghidangkan roti yang dibuat dari gandum serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat baginda mencari-cari labu dalam mangkuk. Maka sejak itu saya menyukai labu.”
(Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Darami)
Antara 4 situasi di atas ni..agak-agak mana yang memberi kesan pada anda? Semua kerana sayang..tapi mana yang dapat pahala..mana yang sebaliknya..
Hakikatnya, situasi 1 paling kerap terjadi,diikuti 2, 3 dan akhirnya 4.
Kenapa 1? Sebab dia adalah seseorang yang belum kita miliki. Kerana kita ingin kasihnya ada untuk kita, maka kita mengubah diri kita untuk jadi seperti apa yang dia suka. Ketahuilah, jika begitu, maka sebenarnya, dia mengasihi dirinya sendiri dan bukan kita. It should be “I love you the way you are” lah orang kata..(tapi kalo transisi dari baik ke buruk of kos la XBOLEH kn..)
Kenapa 2,3 n 4 jarang berlaku? Sebab kasih dorang dah memang ADA untuk kita..then kita pun rasa we doesn’t have to fight to get their love.. kan?
Tanya diri kita ni..berapa kali kita merelakan diri suka benda yang kita tak suka, tapi mak ayah kita suka? Berapa kali? ( tapi kalo ayah mak suka menipu dan benda-benda tak baik yang lain, of kos lah kita tak boleh suka kn..)
Berapa kali pula pilihan kita didorong oleh apa yang Rasulullah suka? Sekali? 19 kali? Tak pernah?
Then bandingkn berapa KERAPnya kita merelakan diri menyukai benda yang kita tak suka tapi orang yang kita suka, suka? 17 kali? 88 kali?
IT MATTERS..it really matters..Fikir-fikirkanlah..
benarkan rasa kasihmu bertindak berdasarkan apa yang Pemilik segala hati gariskan...
Terlalu mengikut kata hati yang lebih cenderung kepada perkara yang kurang baik untuk kita seringkali membinasakan. Bukankah kita selalu melafazkan " aku mencintaiMu ya Allah"? sejauh mana kita berusaha untuk membuktikan lafaz cinta itu...maka bila begitu katamu, kata kita, lakukanlah perkara yang Allah suka jika kita ingin kasihNya juga buat kita, jika kita mahu kita berada di tempat yang paling dekat di sisi Allah.. Begitu juga pada Rasulullah dan pada ibu bapa kita..
Being urself adalah sesuatu yang sangat indah jika kita menilai dari kaca mata hati. Tapi bukanlah maksud saya di sini, kita jadi diri sendiri yang padahal diri kita yang sekarang ini kurang baik. Itu cerita lain. Contohi apa yang baik daripada orang lain, tapi bukan menjadi sesuatu disebabkan orang itu suka seperti di situasi pertama.. Jangan menyalahgunakan kasihmu...love ur parents, love Rasulullah and love Allah more... ^_^
2 comments:
ketukan hati :).. syukran sahabat
nice =)
Post a Comment