"Pertemuan kerana Allah terencana rapi dalam ketentuannya, bersua dalam halaqah terukir sebuah ukhuwah fillah. Pertemuan ini dalam wasilah ilmu, kembara iman dan taqwa memburu cita dan rasa, namun amanah dan tanggungjawab jangan di lupa, tugas sebagai hamba dan khalifah tak boleh di biar saja. Isilah kembara dengan kecintaan padaNya agar hidup ini tidak sia-sia"
dari sahabat untuk sahabat..~~
Baru sahaja aku mahu melelapkan mata tiba-tiba henset di tepi bergetar isyarat menandakan mesej baru masuk. Ku buka mesej itu dengan mata yang menahan kantuk. Keletihan sehari di Operation Theatre melihat surgery yang berjam-jam lamanya di sambung pula dengan kuliah petangnya hingga ke malam memaksa aku untuk tidur seawal pukul 1 pagi. Terasa segar mataku melihat nama yang tertera. Kak N! Allahu akbar...setelah lama menyepi akhirnya Kak N kembali menghubungiku. Membaca mesej Kak N serta merta membuatkan air mata ku mengalir lagi. Ish, tersangatlah cengeng malam itu! Sungguh asrar rindu kak N!
Teringat setiap kali ditanya oleh naqib dan raisku, aku pasti hanya mampu tersengih sebabnya tidak tahu mahu jawap apa bila di tanya tentang kak N.
"asrar, fatihah macamana?" selalunya seperti itulah naqibku bertanya..
dan aku pun menjawab...
"owh...emmm...dia..bla..bla..bla..."
"nisa?"
"nisa dia...."
"siapa nama dia tu...emm...aisyah?"
"kak aisyah emmm...."
"hafizah?"
"hafizah skrg...."
"N?"
"kak N...emmm...lost contact...ana try contact tak dapat"
dan seperti itu jugaklah situasi yang perlu aku hadapi saat raisku pula bertanya... Bukan tidak mencari..sudah...tapi tidak ada balasan...
"nisa, dapat contact kak N tak?" soalan common yang aku tanyakan pada sahabatku...
"tak dapat asrar, ana banyak kali try.."
Tapi hari ini aku mampu tersenyum. Rindu bertaut kembali! Bukan menyepi mencari ketenangan katanya. Alhamdulillah dia masih seperti dulu. Kak N yang ku kenali malah lebih baik lagi...insyaAllah.. ^_^
Saat menginjakkan kaki ke matrikulasi, kak N boleh ku katakan merupakan sahabat pertama yang rapat denganku. Dialah yang menemaniku kemana sahaja, dia kakak yang cukup penyayang! Terasa aku tidak keseorangan di bumi Labuan itu. Maklum saja aku satu-satunya pelajar perempuan sekolah ku yang mendapat tawaran ke matrik. Makanya, aku tidak mengenali sesiapa semasa di sana, kecuali 3 orang lelaki rakan sekelas ku dulu.
Kenangan yang masih ku ingati hingga saat ini bersama kak N ketika "kegilaan" kami berdua pada CJ7. Bagi yang tak tahu apa itu cj7 ni muka dia.
Comot kan dia?! ^_^
Outing pertama bersama kak N, kak N beli patung cj7 sebab adik dia ni beria-ia mengenalkan kecomotan c cj7 ni..heeee...
Lepas tu kami mempunyai hobi yang sama...iaitu..tersangatlah "taksub" pada jubah. Kalau outing dengan kak N mesti pergi tengok jubah. tengok jelah..haha... ;P
Selain tu, yang ni memang satu habit. Asal jak turun surau maghrib tu lepas isyak stay kat surau. Konon nak study lah ni (timb.pengerusi irfan yang bajet rajin @_@). Tapi sebelum tu kak N akan jadi "jurupakai" aku. Pakai apa? pakai niqab!hehe... di sana lah bermulanya keinginan aku untuk berniqab. ^^,
Ke usrah bersama2...ke tam*** bersama2...semuanya bersama... tapi antara kami semua aku lah ternakal sekali... *ni raisah versi nakal..
Honestly, bagi asrar zaman matrik asrar adalah yang paling indah setakat ini kalau nak bandingkan dengan zaman sekolah n U asrar...di sana asrar kenal makna sebenar ukhuwah fillah...syukran sahabat2 irfan..setahun bersama, sehayat terasa...mf01....juga buat raudhatul mahabbah...
"kak N....asrar rindu kak N"
"Akak ok je...jgn risau...akak tak penah lupa korang, dalam doa dalam suka, dalam duka. Kalau rindu tengok gambar irfan, makan kfc ingat asrar (apa ka?* monolog asrar) heee. Siapa tak rindu irfan? tanyalah sahabat irfan di pelosok mana pun, pasti merindukan irfan. hadiah tak ternilai dari Allah untuk kita. dan akak tahu saat terpisahnya kita, semua ditimpakan pelbagai ujian untuk menguji keimanan kita, cuma bentuknya berbeza-beza. Akak tak risaukan asrar coz akak tahu asrar mampu menghadapinya..kan syg..walaupun asrar jauh, tapi asrar selalu dekat di hati akak. Akak banyak tanya sahabat-sahabat lain pasal asrar, akak baca blog asrar, even dalam buku note tazkirah akak pun, akak letak gambar asrar, nama asrar tak lekang dari bibir akak coz susah sangat nak lupa adik akak ni..."
;(( kak N maafkan asrar andai sepanjang perkenalan kita asrar banyak menyakitkan hati kak N...asrar sygkan kak N lillahi ta'ala... jauh di sudut hati asrar, asrar terlalu rindukan kak N...nak tau satu perkara? gambar kak N ada dalam buku catatan asrar...bila sahabat2 seprjuangan tanya...asrar jawab...emmm...xnak la tulis...biarlah rahsia... *ini asrar, sbb tu kuat berahsia... ^^,
*********************************************************************************
nota tangan: setahun bersama....sehayat terasa...
1 comment:
..terima kasih adikku sayang..hadirmu satu kurnia.sungguh,ku mensyukurinya^_^
Post a Comment