" Setiap bayi yang dilahirkan fitrahnya suci. Ibu ayahlah yang menentukan samada anaknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"
Allah...azabnya...itu baru api dunia sudah tidak tertanggung sakitnya apatah lagi api neraka yang begitu pedih sepertimana digambarkan dalam hadis Rasulullah..
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam.”
Benar kata murabbiahku berada di hospital setting sebenarnya membawa kita lebih banyak menginsafi kebesaran Allah. subhanaAllah...
Ya Allah, kami tidak layak untuk ke syurgaMu, tapi kami juga tidak akan mampu untuk menanggung pedih api nerakaMu, maka ampunilah kami...
Ward round sampai ke bilik terakhir iaitu gabungan bilik 9 dan 10. Di sana ditempatkan 3 katil disatukan dalam bilik yang sama kerana pesakitnya adalah paed iaitu kanak-kanak. Ketiga-tiganya berusia lebih kurang setahun. Comel-comel belaka. Entah kenapa hatiku tertarik melihat seorang kanak-kanak kecil yang ditempatkan di katil tengah. Serta merta aku tersenyum. Sungguh comel! Dengan bulu mata yang panjang dan lentik, keletah yang sopan hatiku tertarik. Ku lihat namanya. Haziq! Aku mendekati si cilik itu, ku hulurkan tangan, tak di sangka dia mahu di gendong. Penjaganya cuma tersenyum. Mulanya ku kira itu ibunya, tapi nyata andaian aku salah.
Selepas ward round, lecturer aku mengagihkan kami mengikut setiap bilik. Dan aku mendapat bilik terakhir itu memandangkan dalam kumpulan kami nama aku merupakan nama terakhir. Semasa sesi interview baru ku tahu Haziq adalah anak yang ditinggalkan ibunya. Dia tak punya waris dan tinggal di rumah kebajikan. Menurut penjaga rumah kebajikan itu Haziq dijaga oleh mereka sejak lahir. Ku pandang wajah suci itu. Kasihan... dirimu tak bersalah. Ku peluk dan cium anak kecil itu. Ku lihat tangannya yang memegang pipiku, tangan comel itu berbalut dengan bulky dressing..tangan, leher serta telinga kanannya terbakar..nasib cuma 1% .
Sementara menunggu untuk ke OT unit aku membantu penjaganya menyuap bubur buat Haziq. Sekejap sahaja dia begitu manja dengan ku. Tepat pukul 10.30 pagi aku tinggalkan dia kerana aku perlu ke OT. Dian menangis, tak mahu ditinggalkan. Aku akan datang lagi syg...
Pukul 12.30 itu sesi di OT selesai. Aku bergerak lagi ke Burn unit. Masuk saja ke bilik aku lihat haziq tengah baring. Sebaik melihatku dia tersenyum. Aku pergi padanya lalu ku kucup pipinya. Kurusnya kamu syg...bisik hatiku... Mengejutkan anak itu tiba-tiba menyebut "mama" sambil tersenyum memandangku. subhanAllah..comelnya dirimu.. Penjaganya cuma tersenyum. Bila dia berulang kali memanggilku mama, aku menggeleng. Sambil tersenyum, aku menggeleng "no, umi". Aku ajar dia memanggilku umi. Sekejap sahaja dia berjaya memanggilku umi. Aku senyum terharu. Dua perkataan yang dia mampu sebut mama dan umi di samping panggilan ibu buat penjaganya.
Ku biarkan dia duduk di ribaku sambil penjaganya menyuapnya makan. Sambil itu aku mengambil kesempatan untuk bertanya tentang haziq dengan lebih lanjut. Aku bertanya berkaitan status ajaran agama buat haziq sekiranya tiada ibu bapa angkat yang mengambilnya. Menurut penjaganya itu dia hanya akan memilih agamanya sendiri bila berumur 18 tahun. Aku berfikir sendiri, bagaimana dengan didikan agamanya? kasihan haziq...si kecil yang suci..dirimu tak bersalah..kau ibarat kain putih..cuma umi mu ini bimbang bagaimana coraknya nanti?
Selesai makan anak kecil itu bermain2 dengan jam tanganku. Rakan-rakan sekumpulan ku juga turut ada bersama. Betapa riangnya dia. Sambil menunding ke arah ku dia menyebut "umi, umi" Allah...i will miss u dear..
Pukul 1.30 tghri...i need to leave dear..
Dia duduk diribaku tidak mahu dilepaskan. Aku kemudian meletakkan dia kembali ke katil, tapi dia enggan. Akhirnya dia mula menangis. Allah, aku tidak tahu macamana lagi mahu melepaskannya. Ku hulur dirinya pada penjaganya tapi lagi erat dia memelukku..tangisannya sudah memecah. Haziq merenung ke arah kasutnya, memberi isyarat dia mahu memakainya. Rakan ku mengambil kasut itu dan memakaikannya. Alhamdulillah, dia mahu dengan rakan ku itu. Perlahan-lahan aku keluar dari bilik itu dan terdengar lagi tangisannya. Ku bersembunyi sebentar di bilik pantri wad sebelum keluar ke pintu utama bimbang dia ternampak aku. Di sebalik pintu pantri itu ku dengar dia menyebut "umi, umi, umi" dan rakanku memujuk "umi ada dalam bilik tu..jom2" Aku mengintip di sebalik pintu, ku lihat dia masih berpaling ke arah belakang melihat ke arah pintu seolah-olah tahu aku berada di dalam.
Sedih..betapa dahaganya si cilik itu dengan kasih sayang. Aku hanya mampu mendoakan dirimu agar sentiasa di bawah jagaan dan peliharaan kasih sayang Allah. Andai ku punya kudrat, akan ku jaga dirimu.... :'(
Nota tangan: Teringat kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi...buat remaja di luar sana, jagalah dirimu..kuatkanlah benteng imanmu... Usah lalai dan leka pada nikmat dunia yang cuma sementara..insafilah kejadian dirimu...
No comments:
Post a Comment