Cinta tak pernah meminta untuk menanti
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan
Cinta adalah keberanian dan pengorbanan
Cinta adalah jln mempertemukan semua perasaan dgn tanggungjawab...

Membelek doa-doa pengantin untuk dimuatkan dalam kad undangan kakak asrar yang hanya tinggal beberapa purnama sahaja lagi membuatkan asrar berfikir sejenak bila terpandang satu doa pengantin ni.
Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Kisah cinta hebat antara insan mulia Rasulullah s.a.w dan Khadijah itu sudah diketahui ramai pada pandangan asrar. Suri teladan yang menjadi impian asrar satu ketika nanti insyaAllah.. ^_^ Apa yang buat asrar berfikir adalah tentang kisah cinta saidina Ali dan Fatimah puteri Rasulullah.. Apa pula kisah disebalik pernikahan dua insan ini? pasti tidak ramai yang mengetahui kisah cinta Fatimah puteri insan agung Rasulullah s.a.w hasil perkongsian hidup bersama wanita seindah Khadijah ini. Terasa ringan jari jemari ini untuk mencoret kisah cinta saidina Ali dan Fatimah untuk dikongsikan bersama.
Ada rahsia terdalam di hati Ali yang tidak dikisahkannya pada siapapun. Fatimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Rasulullah s.a.w yang juga merupakan sepupunya itu, sungguh memesona dirinya. Kesantunannya, ibadahnya, kecekapan kerjanya dan parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan dengan berhati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Di bakar perca, dan ditempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah. Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam. Fatimah mengherdik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk membalas balik.
Ali tidak tahu apakah rasa itu pantas disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fatimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Rasulullah. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaknya tak diragukan; Abu Bakr As Siddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah kelebihan dirinya jika dibandingkan dengan insan seperti Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justeru kerana ia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi sahabat perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di katilnya.
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.
Lihatlah berapa banyak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan sendiri, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih mampu membahagiakan Fatimah.
Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan yang ada atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hatinya yang sempat layu. Lamaran Abu Bakr ditolak. Dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir. Setelah Abu Bakr mundur, datanglah melamar Fatimah seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaitan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.
Umar ibn Al Khatab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Umar memang memeluk Islam sekitar 3 tahun setelah Ali dan Abu Bakr, tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar..”
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasullah, di sisi ayah Fatimah. Lalu cuba membandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana Umar melakukannya. Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang kecewa kerana tidak berjaya menemukan Rasulullah s.a.w. Ali hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi. Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. ”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khatab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan halang Umar di balik bukit ini!” Umar adalah lelaki berani. Ali, sekali lagi sedar. Dinilai dari semua segi menurut pandangan orang sekeliling, dia pemuda yang belum pantas untuk menikahi sesiapa. Apalagi menikahi Fatimah binti Rasulillah! Tidak. Umar jauh lebih layak. Dan Ali redha.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan di saat yang ada. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan. Maka Ali bingung ketika khabar itu mendatanginya. Lamaran Umar juga ditolak.
Menantu seperti apa kiranya yang dikehendaki Rasulullah? Yang seperti Uthman kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri. Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau justeru Nabi ingin mengambil menantu dari Ansar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?

”Mengapa bukan engkau yang mencuba wahai sahabat?”, kalimah teman-teman Ansarnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ” ”Aku?”, tanyanya tak yakin.”Ya. Engkau wahai saudaraku!” ”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kupersembahkan?” ”Kami di belakangmu, sahabat! Semoga Allah menolongmu!”.
Ali pun menghadap Sang Nabi. Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Dia tahu, secara ekonomi tidak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-sedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia bersedia? Itu sangat keanak-anakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda sejati wahai Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang sedia bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang sedia memikul risiko atas pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.
Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyuman Sang Nabi.Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sukar untuk dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia bersedia ditolak. Itu risiko. Dan pencerahan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.”Bagaimana jawab Nabi sahabat? Bagaimana lamaranmu?” ”Entahlah..” ”Apa maksudmu?” ”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ bererti sebuah jawapan?”. "Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan sahabat! Dua-duanya bereti ya !”
Dan Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang pada asalnya ingin disumbangkan kepada sahabatnya tapi Nabi berkeras agar ia membayar ansurannya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
Ali adalah lelaki sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki yel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, kerana sebelum berikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu menikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”
Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan mas khawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali redha (menerima) mahar tersebut.”
Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya: “Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.”

Cinta adalah jln mempertemukan smua perasaan dgn tanggungjawab
moga bermanfaat...~~
nota tangan: berusaha membentuk peribadi yang melengkapi kekurangan pasangannya, dan memaksimumkan kelebihan pasangannya ^_^ insyaAllah...
No comments:
Post a Comment