Saturday, September 25, 2010

Senja Bertasbih di Bumi Kenyalang

Bismillahirrahmanirrahim...
Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan.Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu. (QS. 13:2)
Assalamualaikum w.b.t...

Setahun berada di bumi kenyalang tidak terasa bagiku, masa berlalu terlalu pantas.  Walaupun baru setahun tetapi terlalu banyak yang berlaku dalam masa sesingkat ini.  Gelisahnya hatiku petang itu membuatkan aku berdiri  di tepi tingkap apartmentku.  Sengaja mencari ketenangan.  Ku renungi dada langit.  SubhanAllah!! bagiku senja itu sangat cantik..perlahan2 bibirku melantunkan tasbih.. indahnya ciptaan Allah...



* pemandangan senja dari apartment



*zoom sket...

Hatiku sedikit tenang melihat keindahan ciptaanNya..perlahan-lahan airmata jernih menitis keluar dari empangan mataku.  Entah kenapa kali ini terlalu sukar bagiku, sukar untukku menetapkan hatiku membuat keputusan.  Bukan tidak pernah ku lalui ujian ini, tapi kali ini bagiku terlalu berat.  Berat kerana di hati ini ada sesuatu yang di impi sejak setahun yang lepas dan kini yang datang bukan yang seperti yang diingini.  Kekadang aku bertanya kepada diri sendiri, mengapa hidup ini perlu memilih?  Istikarahku belum lagi memberikan sebarang jawapan.  Aku buntu.  Aku cuba bermusyawarah dengan beberapa sahabatku, tapi hatiku seakan belum yakin.

Dia yang ku kenal setahun yang lepas bagiku seorang yang baik.  Diamnya mengawal perasaan membuatkan aku kagum.  Tidak tahu mengapa.  Ku rasakan sesuatu jauh di sudut hati.  Tapi ku abaikan saja, selagi hati ini milik Dia Yang Abadi biarlah dia menetukan siapa pemiliknya.  Aku merasa tenang begitu, diam itu lebih baik daripada menyatakannya terang-terangan.

Ramadhan al-mubarak yang lepas menganggu gugah lagi ketenteraman hati ini.  Dia yang datang melalui orang perantaraan yang sangat ku hormati membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak.  Dari apa yang dikhabarkan padaku dia seorang yang baik, baik juga agamanya jua akhlaknya.  Tapi aku bukanlah orang yang mentah2 percaya selagi aku tak kenal sendiri.  Ku katakan pada orang pengantaraan, aku cuba mengenali, tetapi aku sendiri tidak tahu bila untuk aku bersedia mengenalinya kerana hatiku merasa sedikit ragu.  Malam itu ku lihat gambarnya, sebelum tidur ku lakukan sedikit istikarah.  Tapi, hatiku masih kurang yakin.  Entahlah, bagiku aku masih terlalu mentah dan muda untuk semua ini.

Ku teringat pada seorang ukhti yang ku kenali di bumi kenyalang ini.  Dia seorang yang terlalu rapat dengan ku dan banyak berkongsi rahsia hatinya denganku.  Bulan lepas dia baru sahaja melangsungkan walimah, dari jauh kutitipkan doa buat mereka.  Pesanan ringkas yang ku terima daripadanya beberapa minggu yang lepas membuatkan aku merasa betapa bahagianya dia kini.

"Salam adikku sayang.  Alhamdlillah, merasai cinta halal selepas nikah.  MasyaAllah, doakan cinta kami kekal ke syurga."

Baru sebentar tadi ku terima lagi pesanan daripadanya...

"Salam asrar.apa khabar?akak alhamdulillah sihat disini.  Akak dan zauj menuju kelantan, untuk honeymoon.  Moga asrar sihat di sana.  Akak rindukan asrar! Kini barulah akak merasai cinta halal selepas nikah, amat indah, subhanAllah!"

Mengalir lagi airmataku membaca bait2 ayat itu.  Betapa rindunya aku padamu kak Iman dan gembiranya aku andai dirimu bahagia, kerana aku tahu betapa terseksanya hatimu sebelum ini.

Ingatan aku melayang pada kisahnya sebelum bernikah.. ketika risikan itu datang ku ingat kata2 kak Iman..

"akak dah buat istikarah asrar, tapi semakin akak lakukan istikarah semakin hambar akak rasa"

tapi itu dulu..lepas menamatkan pengajiannya sebagai pelajar perubatan dia ke jordan bersama keluarga menemui bakal zauj, dan masih segar di ingatan ku mesej yang ku terima darinya..

"akak dah jumpa bakal zauj akak...subhanAllah benarlah kata bila kita melihat muka pasangan kita barulah timbul perasaan sayang, insyaAllah akak bersedia"

aku tersenyum membaca mesej itu, aku tahu dia rijal yang soleh, penuh ilmu agama di dada..

sekembalinya kak Iman di Malaysia, ku terima lagi sebuah pesanan ringkas darinya...

"Salam asrar...akak sedih sangat..semalam kawan akak baru menyatakan hasrat dia nak melamar akak..dia kawan akak yang banyak beri semangat pada akak.  Dia tak tahu selama ni akak memang tunggu dia, tapi sekarang dah terlambat akak dah terima *****.  Akak tanya dia kenapa lambat, dia cakap dia tak berani.."

Aku turut menangis..entah kenapa saat ini kurasakan seperti itukah yang bakal ku lalui dengan keadaan ku sekarang ini.  Ingin ku terbang ke sisi kak Iman saat ini, ingin ku luahkan segala2 nya..tapi aku tahu, aku takkan mampu..moga segalanya berakhir dengan pengakhiran yang baik..


Buat dia yang dah lama ku kenali...

Ku tidak tahu apa ada di hatimu..tapi ku juga rasakan sesuatu..aku tidak pasti dengan keadaan kita, aku juga tidak yakin..perjalanan hidup kita masih terlalu jauh..masih banyak yang perlu diharungi..utamakan lah dulu perjuanganmu sebagai khalifah Allah, sebagai dai'e Allah, sebagai pelajar dan sebagai seorang anak.  Aku terima apapun ketentuan Allah buatmu dan diriku.  Moga itulah yang terbaik...

Buat yang belum ku kenali..

Aku tidak tahu seperti apakah dirimu..aku hanya mendengar cerita dari mereka..  mungkin tidak adil jika hanya mendengar khabar tentangmu..aku akan cuba mengenali..tetapi aku perlukan sedikit masa.. moga dirimu di sana sentiasa di rahmati Nya..jagalah dirimu, akhlakmu dan agamamu..moga Allah memberikan kita yang terbaik dunia dan akhirat..

Baru ku tahu betapa terseksanya hati saat terpaksa memilih..




Ya Rabbul Izzati, berilah aku petunjuk yang baik buat diriku dan orang2 sekeliling aku..wallahualam..

4 comments:

elya khadijah said...

salan ukhtiku...

baru tahu mengapa dirimu merasa gundah gulana..

berat rasanya dugaan yang su tanggung..

an sendiri tidak mampu untuk memberikan pandangan or nasihat krna blum ada pngalamn spt ini..

cukuplah Allah sebagai penyandar terbaik buatmu..

Dia lebih maha mengetahui..

bykkn berdoa dan mengadu padanya insyaAllah tiba masanya dirimu akan menemui jalan terbaik..

moga dirimu mendapat pasangan hidup yang mampu mbahagiaknmu dan mmbntumu mengapai redhaNya.

cinta saja tdk cukup utk mncapai smua itu..

tenangkan hati..jgn fikirkan dan bratkn pada sesiapa yg dirimu mahukan ..tapi serahkan sepenuhnya padaNya tika hndk mlakukn istikharah..insyaAllah Allah tunjukkn yg tbaik..^_^

Anonymous said...

susah pula klu kasi lama kn...terseksa jugak huhu

Anonymous said...

..ana yakin siapapun yg nti pilih pasti Allah memberi yg terbaek coz nti memang layak memilikinya..

Nadrah Yusra said...

wahai calon bidadari syurga,
janganlah dikau berasa gundah gulana...
kerana sesungguhnya apa sahaja yang berlaku itu, itu adalah ketentuan ALLAH untuk mu...
tidak sabar untuk bertemu, rindu bertaut kembali =)

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "