"Ya Allah, ini adalah perginya malamMu dan datangnya siangMu. Suara permohonan kepadaMu, maka ampunilah aku..." [petikan awal doa rabitah waktu pagi.]Alhamdulillah...Allah masih memberi kesempatan untuk melakar di kanvas cinta ini.seingat ana sudah hampir sebulan ana membiarkn kanvas ana ini kosong dan sepi tanpa lakaran yang baru..bukan tidak punya masa, tapi diri sendiri yang kadang2 ada masanya terlalai dan terleka..
Udara subuh tadi sangat dingin. Sementelah hujan turun secara rutin selama beberapa hari ini dan matahari pun seakan malu untuk menyimbahkan cahaya ke bumi Kenyalang ini.
MasyaAllah... aku sangat rindukan rumah. Rindu pada ibu, kakak, kucing dan semua yang ada di rumah. Kerinduan itu bertambah menekan tatkala diri ini dihambat sepi ditinggalkan keseorangan. Bilik jiran kiri, kanan dan hadapan nampak suram & gelap tanpa cahaya neon menandakan tiada penghuni.
Namun, alhamdulillah... kesepian ini telah mengajarku pelajaran yang lebih baik & langsung tak pernah ku terfikirkan. Maka haruslah aku sedari bahawa kesepian, kesunyian, kesuraman tatkala ditinggalkan keseorangan di alam barzakh itu lebih dahsyat & perit berganda-ganda dari yang akalku boleh bayangkan.
Harus kita ketahui, sedangkan baginda rasul saw yang paling dicintai Allah dan para malaikat termasuk sang izrail itu juga menderita sakit saat menghadapi sakaratul maut. Walhal, malaikat izrail telah menggunakan cara yang paling lembut untuk 'menjemput' baginda. Itu Rasulullah saw.
Telah dibentangkan padamu pilihan jalan-jalan yang jelas & nyata, maka buatlah pertimbangan yang baik, sesungguhnya Allah tidak akan & tidak pernah menzalimi hambaNya bahkan kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. Kita sendiri yang mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Kita.
Renungilah sabda baginda rasulullah saw ini;
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh & mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya; itulah Al-Quran & sunnahku."
Hidup ini ibarat meniti titian yang rapuh jika kiranya kita hidup tiada berpedoman, tiada berpegangan, tiada aqidah yang dipasakkan ke bumi jiwa untuk menuntun diri untuk melalui jalan kehidupan. Apalah maknanya hidup ini jika langsung tiada rasa terhadap Allah, rasul & islam...?
Apalagi jenayah yang tidak pernah ditulis di dada akhbar? Bunuh, bakar, kerat, tanam, rogol, zina, sembelih, tikam, ragut, rempit, buang anak, buang bapa, buang ibu... apa lagi yang tidak ada? Apa?
Bayangkanlah betapa rendahnya moral remaja kita hinggakan budak hingusan 12 tahun pun sudah pandai berzina. Itupun dengan 3 lelaki bukan mahramnya sekaligus! [berita di klik sini.] Itu cerita remaja kita. Apa pula halnya dengan cadangan kerajaan untuk menjadikan malaysia sebagai hub hiburan dengan membina lebih banyak spa & kelab malam? alasannya untuk menjana ekonomi. [berita di klik sini. Ikuti ulasan ustaz hasrizal di sini. Ikuti ulasan UZAR di sini.]
Astaghfirullah hal adzhim... aduhai negaraku. Apa sudah jadi? Apa mahu jadi? Apa yang bakal terjadi...?
Renungilah firman Allah ini;
Ertinya: Siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya & menghilangkan semua kesusahan & menjadikan kamu khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan yang lain? Amat sedikitlah kamu mengingatiNya. [An-Naml: 62]
Sesungguhnya, seperti yang dikatakan di atas tadi, hidup ini harus berpegang pada syahadah, aqidah, islam. Berpeganglah pada tali Allah. Berpeganglah pada pesanan rasulullah saw. Peganglah syariat islam melalui Al-Quran & sunnah.
"Hei, apahal kamu kata perkataan 'tak beragama'?"
Kita, oh kita semua... jangan jadi sombong bodoh dengan mengatakan "Aku islam. ya aku Islam.."
Jika non-muslim bertanya pada kita apa itu islam, siapa itu islam, mana orang islam... mampukah kita menjawab;
Jika non-muslim bertanya pada kita apa itu islam, siapa itu islam, mana orang islam... mampukah kita menjawab;
"Akulah islam itu. Kamu boleh lihat islam itu dalam diriku. Kalau kamu nak tahu islam itu bagaimana, tengoklah diriku."
Kitakah islam itu?
Kata imam Al-Ghazali, andaikata kita mahu melihat kekuatan islam di sesuatu negara itu, lihatlah pada remajanya yang mana bakal pemimpin negara itu kelak. Lihatlah keimanan & ketakwaan remaja negara itu yang mana menjadikan islam itu ad-din suatu cara kehidupan.
Bukankah kini, kita tidak lagi menjadikan islam sebagai cara hidup. Bahkan kehidupan kita tidak lain hanyalah hiburan, hiburan, hiburan. Buka tv, program anak-anak kecil sampailah yang sudah berusia semuanya melibatkan hiburan. Hiburan, suka-suka, menari, menyanyi, berlakon, gelak-gelak, tepuk tampar. Samada kita sedar atau pun tidak, Inilah cara hidup kita sekarang.
Sampai bila kita mahu memenuhi hidup kita dengan hiburan? Sampai bila? Sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapi kemurkaan Allah? Tidakkah kita ini terlalu bodoh? Kita ini pekak, tuli, buta & cacat mental kah? Tidakkah kita membaca, melihat, mendengar, serta berdiskusi tentang terlalu banyak amaran daripada Allah swt.
Sampai bila kita mahu memenuhi hidup kita dengan hiburan? Sampai bila? Sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapi kemurkaan Allah? Tidakkah kita ini terlalu bodoh? Kita ini pekak, tuli, buta & cacat mental kah? Tidakkah kita membaca, melihat, mendengar, serta berdiskusi tentang terlalu banyak amaran daripada Allah swt.
Begitu banyak bala yang Allah timpakan di negara-negara kejiranan kita. Bencana alam bertimpa-timpa, wabak penyakit silih berganti. Tidakkah kita menggunakan akal kita untuk berfikir & mentafsir? Lantas, mengapa kita tidak mahu kembali bertaubat, memohon keampunan Allah serta kembali kepadaNya?
Persoalannya; tidak takutkah kita kepada Allah?
Mari kita hayati & mengkaji tafsir Surah Ibrahim dari ayat 27-30;
Ertinya: Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Ertinya: Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukarkan nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?
Ertinya: (Iaitu) ke dalam neraka Jahannam yang mereka akan menderita dalam bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam.
Ertinya: Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka".
Ada satu riwayat menceritakan sahabat nabi saw; Anas bin Malik r.a jatuh pengsan saat membaca satu surah di dalam Al-Quran kerana begitu takutkan Allah.
Bagaimana pula dengan kita sahabat-sahabat? Apa perasaan anda saat matamu menatap bait-bait tafsir surah Ibrahim di atas?
InsyaAllah, ini analogi mudah. Bayangkan, kita punyai satu rumah banglo yang besar, indah, dipenuhi perabot-perabot mahal, infrastuktur semuanya hebat. Lalu, kita tumpangkan rumah itu kepada beberapa manusia untuk menginap di situ dengan percuma.
Pertamanya, manusia-manusia tak tahu malu itu langsung tidak berterima kasih pada kita sebagai tuan rumah. Keduanya, mereka merosakkan perabot-perabot mahal kita. Ketiganya, mereka menyepahkan kawasan rumah & berbuat kerosakan. Keempatnya mereka membuat maksiat terang-terangan di hadapan kita. Sangat bersahaja dan tidak ada malu langsung pada kita sebagai tuan rumah. Sudahlah duduk percuma, buat banyak hal pula. Agak-agaknya, apakah yang kita rasa kala itu?
InsyaAllah, ini analogi mudah. Bayangkan, kita punyai satu rumah banglo yang besar, indah, dipenuhi perabot-perabot mahal, infrastuktur semuanya hebat. Lalu, kita tumpangkan rumah itu kepada beberapa manusia untuk menginap di situ dengan percuma.
Pertamanya, manusia-manusia tak tahu malu itu langsung tidak berterima kasih pada kita sebagai tuan rumah. Keduanya, mereka merosakkan perabot-perabot mahal kita. Ketiganya, mereka menyepahkan kawasan rumah & berbuat kerosakan. Keempatnya mereka membuat maksiat terang-terangan di hadapan kita. Sangat bersahaja dan tidak ada malu langsung pada kita sebagai tuan rumah. Sudahlah duduk percuma, buat banyak hal pula. Agak-agaknya, apakah yang kita rasa kala itu?
Itulah yang kita sedang buat wahai teman-temanku. Itulah kita. Kita hamba. Duduk menumpang di bumi Allah ini. Sudahlah Allah bagi udara, makan, pakai, tempat tinggal, cukup sifat pancaindera, namun kita masih bermuka tembok melakukan kemungkaran & enggan bersyukur dengan rahmatNya itu.
Wahai, kita, kita, & kita semua...
Janganlah kita berani-berani mencabar kekuasaan Allah. Jangan sampai Allah mengarahkan sang air untuk membasuh bumiNya ini yang telah kita kotorkan dengan najis-najis dosa & maksiat kita. Jangan sampai Allah gunakan api untuk membinasakan kita kerana kejahilan & kezaliman kita. Jangan sampai Allah gunakan angin untuk memutar beliungkan semua kejijikan & kebiadapan kita. Jangan sampai Allah mengarahkan malaikatNya untuk menterbalikkan negara kita ini ke dasar bumi kerana murka dengan kederhakaan kita. Air, Api, Angin & Malaikat itu adalah hamba Allah yang sangat setia. Mereka akan terus melakukan perintah Allah jika Allah mengarahkan demikian.
Hanya kita sahaja hamba yang jahat, zalim, bodoh, jahil, kejam, sombong. Percayalah, kita sedang menzalimi diri kita sendiri dengan membelakangi perintah Allah. Berubahlah, dan kembalilah ke jalan yang benar. Kita ini hanya manusia, takkan tertanggung oleh kita akan kehebatan kekuasaan Allah. Takkan tertanggung oleh kita kemurkaan Allah..
Jika kita tidak mampu untuk menangis kerana takutkan Allah, maka menangislah kerana ketidak berdayaan itu. Malulah kita kerana ketidak upayaan kita itu. Malulah kita pada diri sendiri! Sedangkan rasulullah saw yang dikatakan kalis dosa [maksum] itu pun sampai bengkak kakinya kerana bertahajjud memohon keampunan Allah. Baginda menangis sepanjang malam kerana takutkan Allah. Inikan pula kita sebagai umat akhir zaman. Apa pula ceritanya kita ini?
Kembalilah kepada Allah. Kembalilah kepada posisi sebenar kita sebagai hambaNya. Kembalilah bertaubat & menyesali dosa-dosa yang telah, sedang & akan dilakukan. Kembalilah kepada Islam yang sebenar-sebenarnya. Bukan sekadar status agama pada kad pengenalan.
Tegakkanlah 6 rukun iman, 5 rukun islam, hayatilah semula makna iman & islam. Kenalilah semula diri kita kerana kata imam Al-Ghazali,"manusia itu hanya akan mengenali Tuhannya apabila dia mengenali dirinya."
Tegakkanlah 6 rukun iman, 5 rukun islam, hayatilah semula makna iman & islam. Kenalilah semula diri kita kerana kata imam Al-Ghazali,"manusia itu hanya akan mengenali Tuhannya apabila dia mengenali dirinya."
Kenalilah asal usul kita & kukuhkanlah kembali pegangan kita, aqidah kita. Aku linkkan tazkirah dari akhi hilal asyrafdi sini.
Perbanyakkanlah membaca Al-Quran & mentadabbur tafsir surah-surah yang kita baca itu. Buat permulaannya; apakata kita mulakan dengan membaca & bertadabbur surah Al-mu'minun? InsyaAllah, cukup untuk menyedarkan kembali diri yang sering terlalai dan terleka ini.
Janganlah sekadar menanti hari kemurkaan itu tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya, hari kembalinya kita kepada Allah itu boleh jadi hari yang sangat indah mahupun hari yang paling mengerikan.
Allahu 'alam.
p/s: mohon maaf atas semua kekasaran bahasa. Hanya mahu mengingatkan diri dan semua tentang hakikat sebenarnya.
Hari peperiksaan semakin hampir. Doakan kejayaanku dunia dan akhirat. insyaAllah. Rahmat Allah bagi kalian. Mudah2an.
No comments:
Post a Comment