"Pada setiap derap langkah perjalanan
di situ semangat jihad terus-terusan
menghakis setiap kebatilan"
Usai dating dengan Si Dia di malam yang cukup dingin *hujan lebat*, ku lihat jam pada skrin henfon tepat pukul 4 pagi. kiranya ada sejam lagi sebelum masuk waktu subuh. Rutin biasa pada jam begitu aku akan ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi *jangan silap bukan sebab rajin, tapi sebab perlu keluar awal ;p* Menyediakan sarapan untuk diri sendiri dan roomate tersayang itu sudah jadi rutin, bila lagi mau berkasih sayang dengan rumate sendiri, itupun masih menerima komplen darinya "sue ni selalu tinggalkan saya di bilik sendiri, nanti balik awal ya" ;) see, tapi aku tau dia syg saya *wink*
Lepas menghabiskan beberapa lembar surat cinta-Nya dan mathurat, beg comel yang setia bersama ku capai. ku lihat rumate kesayangan masih enak di buai mimpi *lepas solat subuh terus lompat balik ke katil, ya..tak mengapa pelan2 mendidik dirinya, sekurang2nya dia masih mampu solat subuh walaupun mengejutkannya untuk yang kesekian kali*, kali ini ntah sunan mana pula yang masuk meminang dalam mimpinya ;p
masuk dalam kereta sambil memanaskan enjin, amik henfon..
"dear, sue jalan dulu..malam karang sue balik insyaAllah, jangan lupa sarapan, take care, luv u" ;) sent!
"iman, ready akak dah nak gerak" sent!
unimas medik>>SB>>politeknik>>uitm samarahan>>unimas main campus>>desa ilmu
hujan masih lebat, nasib baik Allah kurniakan diri ini dengan mata yang masih mampu melihat dengan jelas *walaupun dulu suka berangan nak pakai spek, ;p sila bersyukur (alhamdulillah)*
lepas ambik iman dan kak asanah, kitorang terus gerak ke uitm samarahan. Kali ni ambil jalan sendiri, tak nak follow muslimin dah sebabnya jalan yang dilalui "pelik" * tak biasa* maka dengan inisiatif sendiri, ambil jalan yang biasa dilalui, lagi senang, tak perlu pening-pening bila kereta depan tetiba belok simpang lain tanpa signal *serik* ;p
perjalanan kali ini bermisikan untuk liqo' bersama PIC MARSIS (caw.sarawak) setiap kampus (uitm, unimas main campus & poli). banyak juga benda yang dibincangkan, dan banyak juga tarikh yang terpaksa di ubah kerana bertembung dengan pelbagai kerja di kampus masing-masing *owh, semakin pening* terbayang-bayang jadual di depan meja study, maksudnya kena ubah lah jugak. -_-"
lepas habis liqo' kitorg pun pegilah makan2..adakah itu satu kemestian? ;p heiyp, penting tau untuk saling eratkan ukhuwah, ada satu kemanisan di situ. ^^ apa2pun saya sayang semua sahabat2 saya..
syukran jzkk sahabat2 ;) |
"Setiap hati itu dihubungkan oleh Allah, pengikat hati adalah kerana berpaksikan keimanan pada Allah maka Allah yang membolak balikkan hati manusia." ;)
petang tu pula kena cepat.. liqo' dengan masulah.. otw tu, cermin2 ajaib dah call
"sue, kat mana? masulah dah sampai"
alamak.. ^^ "akak, 15 minit ok..xleh nak drift, hujan lebat.. ;)
sampai je, duk sebelah kak ema
"akak, dah start ke?"
"baru mukadimah" owh...lega ^^
"kak ema..."
"ye?"
kiss pipi kak ema jap "sanah helwa" ^_^
Buat kak ema,
Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya untukmu, memberikan kemanisan iman dan kelazatan islam sehingga akhir hayat, memberkati usia mu dan merahmati kehidupanmu.
Bulatan Cinta Kami ^_^ |
Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunia sahabat2ku agar mudah pula urusan akhirat mereka. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu.
Buat kak cak, kak nad, kak mimi..
walaupun sudah terpisah jauh, namun simpulan hati2 kita akan tetap terikat kukuh kerana cintaNya Yang Satu..
doakan agar kita semua tetap teguh dijalan ini..
"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahwa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu." - Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Menikmati kabus pagi
asrar_sue ^^
2 comments:
so sweet..insyaallah..doakan sahabatmu disini juga ya..^^
ana kenal mereka. ana kenal ;) rindunyaaaa pd sahabat2 d sana ;(
Post a Comment