*perkongsian daripada kakak yg amat ana syngi... http://shifwah88.blogspot.com
Tazkirah yang disampaikan oleh naqibah yang disayangi semalam menusuk jiwa kami. Sesekali airmata ini ingin mengalir namun disekat . Waima tajuknya adalah tajuk asas, namun penyampaian dari naqibah yang disayangi ini sentiasa menyebabkan hati saya terusik, sentiasa menyebabkan saya menyedari kesilapan yang disedari atau tidak...Sentiasa menyebabkan hati ini kembali ke fikrahnya...Laksana air, pasti menakung di tempat yang rendah, maka tuntutlah ilmu dengan rendah hati .
Kenapa Syahadah Kehidupan?. Syahadah dan tuntutannya adalah tajuk yang sudah sebati dengan korikulum kita di sekolah menengah, pasti dihafal untuk mendapat "A " dalam pendidikan Islam. Namun sejauh mana kita kenal dan memahami apa itu syahadah. Syahadah dan tuntutannya juga adalah ceramah yang biasa dimasukkan dalam tamrin asas .
Namun, adakah hati kita benar-benar faham?
Adakah lidah kita benar-benar berikrar seikhlasnya?
Adakah perbuatan kita berlandaskan maksud syahadah itu sendiri?
Semoga ALLAH sentiasa mengampuni kita...
Naqibah menerangkan panjang lebar mengenai konsep syahadah dalam kehidupan. Termalu diri ketika mendengar penjelasan dari si naqibah.
Adakah aku bakal doktor Muslimah? Kadang-kadang persoalan ini pasti melintas di hati saya. Sebagai pelajar bidang perubatan, wajar untuk saya menilai diri saya... Ya, sekarang mudahlah saya ke hulu ke hilir mengikuti program agama atau usrah... Ya, sekarang bolehlah cakap begitu dan begini mengenai agama, tetapi hakikatnya dalam alam perkerjaan belum pasti sama.
- bismillah disebutkah setiap kali menjalankan prosedur kepada pesakit?
- adakah kita menasihati pesakit dengan menerapkan unsur-unsur Islam dan mengingati ALLAH?
- adakah kita mengelak seboleh-bolehnya ubat yang haram memasuki badan pesakit muslim dengan altrernatif lain?
- adakah setiap kali memberi medical prescription untuk pesakit , diakhiri dengan nasihat " ubat nie tak ada kuasa untuk menyembuhkan, kak. Ia hanya untuk merawat dan setiap kesembuhan itu, akak kena yakin tu semua datang dari ALLAH, banyak-banyakkan berdoa ye, kak."
- adakah setiap kali bayi yang baru lahir di azan dan di iqamatkan?. Ini situasi yang biasa saya lihat. Kasihan si bayi kecil. Ayah tidak dibenarkan masuk. Sepatutnya si kecil ini mendengar perkataan ALLAH sebagai perkataan pertama dalam hidupnya bukan caci maki dari staf apabila ibunya payah melahirkan. Mana doktor atau jururawat yang faham tuntutan ini?
- Kasihan kepada diri kita sendiri. Adakah kita masih mengekalkan tudung semasa memasuki Operation theater atau tersingkap tengkuk kita?. Hubungan dengan ALLAH atau manusia lebih penting?
- Bila tiba hal aurat, adakah kita berusaha untuk meminimakan aurat wanita atau lelaki untuk dilihat sekadar untuk rawatan?
Sebenarnya terlalu banyak isu yang perlu kita teliti dalam bidang masing-masing. Kita katakan kita ingin jadi doktor, siapa boss kita? Specialist ka? Pengarah hospital? Kerajaan?
Saya sendiri dalam dilema, saya ingin memilih wad bersalin sebagai tempat berkerja saya kelak. Tidak kisahlah Medical Officer atau sebagai pakar (insya ALLAH). Namun bila berada di sana, saya masih belum mantap apabila melihat situasi sedemikian. Pekerjaan sebagai doktor ini melangkau fikrah sebagai manusia. Jadual On-call menafikan kerehatan untuk badan. Namun nasihat naqibah masih segar , Doktor Muslimah adalah keperluaan buat umat Islam. Jadikan ALLAH sebagai CEO kita.
Apa yang perlu adalah kita islamik kan kehidupan kita, keluarga, kerjaya. Konsep syahadah perlu benar-benar kita fahami dan praktikkan dalam kehidupan.
Naqibah memberi contoh mudah. "Seseorang yang ber'couple', sebenarnya dia belum jelas konsep syahadah. Jodoh adalah sesuatu yang telah tertulis di Luh Mahfuz, dan ia adalah takdir yang tidak akan berubah. Kenapa perlu kita cemari hati dengan ber'couple' yang belum pasti kita akan berkahwin dengannya, sesungguhnya Al-Quran jelas menegah kita menghampiri Zina, apatah lagi kalau sudah berzina'.
Jika kita memilih hanya satu juzuk dalam agama , pasti kita akan terpinggir dan mundur. Jadi apa yang perlu Islam diserap secara khuffah (menyeluruh) dalam hidup kita.
Islam amat memerlukan professional yang tahu tanggungjawab mereka kepada agama . Yang memahami konsep syahadah, rukun Islam yang pertama ini. Mereka ini yang akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, mereka ini yang akan mewujudkan keperluaan untuk masyarakat. Kita perlukan pemimpin, rakyat, doktor, nurse, guru, engineer, arkitek, eksekutif dan tenaga professional yang tahu tanggungjawab mereka terhadap agama.
Contohnya, seorang pemimpin yang Islamik pasti memerintah mengikut garis panduaan yang ditetapkan oleh ALLAH. Seorang arkitek yang Islamik pasti tahu keperluaan musollah untuk pengunjung Islam di pusat membeli-belah yang besar. Seorang eksekutif yang Islamik pasti tahu mengatur masa untuk pekerjanya bersolat dan menyediakan bilik solat tanpa mempersoalkan produktiviti. Seorang guru yang Islamik walaupun bukan ustaz atau ustazah pasti menerapkan nama ALLAH dalam pengajarannya supaya anak murid dapat mengaitkan Islam itu dengan ilmu. Seorang nurse yang pasti situasi kerjanya hampir sama seperti doktor perlu juga ada nilai Islamik. Dan sebagai umat Islam sendiri, Islamik itu amat dituntut dalam setiap segi dalam kehidupan kita.
Kita mengaku sebagai umat Islam di negara Islam. Kita berdebat dengan isu pengunaan nama ALLAH oleh penganut agama lain, peguam syariah mesti islam dan lain-lain. Kita sangat kisah dengan perkara-perkara sebegini walaupun telah diterangkan oleh ulama yang alim. Kita kisah hukum hakam tapi gagal menerapkannya dalam kehidupan. ISLAM adalah Ad-Deen. Islam bukan agama yang hanya di tikar sembahyang,di masjid-masjid atau di surau-surau. Islam bukan hanya untuk golongan tudung labuh dan kopiah sahaja.
-ISLAM adalah AD-DEEN-
p/s: segala nasihat diatas adalah untuk diri sendiri yang selalu lalai dan sahabat-sahabat. Saya menggunakan tajuk doktor muslimah kerania ini yang paling dekat bagi diri saya. Mudah-mudahan sahabat yang sudi membaca , memahami tuntutan syahadah itu adalah untuk semua. " Sharing is Caring"
3 comments:
kalau nti blum bca,ana syorkan nti bce novel denyut kasih medik karangan suami kepada novelis islami Fatimah Syarha,Dr Farhan Hadi.Insyallah bnyak ilmu yg blh dikutip terutama dlm bidang nti..
terima kasih..alhamdulillah ana dah khatam buku tu sebulan yg lepas..
moga dpt jadi doktor cemerlang duniawi serta ukhrawi...
Post a Comment