Bissmillahirrahmanirrahim...
Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang tidak lari dari dosa dan fitnah.
Emailmu sudah kubaca dan disimpan. Emel yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.
“Ukhti, ana sering memperhatikan ukhti dalam Facebook, program-program islamik dan ana tertarik dengan penulisan ukhti di dalam blog. Ana tak tahu nak mula bagaimana. Ana berniat berta’aruf dengan ukhti. Izinkan ana menyunting bunga di taman larangan sebagai sayap kiri perjuangan ini kerana ana yakin ukhti lah mujahidah yang ana tercari-cari dan impikan selama ini.”
Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladzim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan menambah beban. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan. Memang agak pelik bagiku, bagaimana mungkin cintamu itu mudah menerima insan yang belum kau ketemu, belum kau tahu akhlaknya. Tapi diriku merasa kagum dengan keberanian mu itu.
Akhifillah, Alhamdulillah Allah mengurniakan kekuatan untuk terus berjuang di jalanNya. Ana tau akhi merupakan aktivis dakwah yang hebat di kampus sendiri. Tapi mengapa masih jugak terperangkap dengan hal sebegini. Adakah salah diri ana sebagai fitnah dunia? Adakah salah penulisan ana yang menyebabkan mujahid tersungkur di jalanNya?
“Apa yang enti nampak pada diri ana? Adakah ana tak jaga pergaulan? ” tanyaku kepada Kak Lynn, teman rapatku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.
“Atau pakaian ana? Sikap ana?”
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai beremosi.
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
“Termasuk diri ana?”
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Ana cukup lama mengenali enti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah.
Aku mengangguk. Kak Lynn menghela nafas panjang.
“Ana rasa ikhwan itu perlu diberi peluang, jangan tolak mentah-mentah. Hal ini bukan perkara baru kan? Maksud ana dalam menilai ikhwan di kampus-kampus.” Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing….
“Apa yang diungkapkan dalam emel itu?”, tanya Kak lynn.
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat ana dalam Facebook, dalam blog dan ada lagi la. Enti tahu bila dia bertekad untuk menulis emel ini? Ketika habis membaca kesemua tulisan ana di blog..astaghfirullah..”
“Ya.. di samping itu aktiviti ana juga dia tahu dengan terperinci.”
“Ukhti, enti tau kan ana hanya menulis sebagai salah satu jalan dakwah kerana hanya itu yang mampu ana lakukan memandangkan masa untuk ana sentiasa berprogram diluar amatlah terbatas. Sekurang-kurangnya dengan adanya blog itu ana boleh meneruskan dakwah meski hanya di bilik sendiri.”
“Ana tau itu ukhti, jangan risau” pujuk Kak Lynn.
“bukanlah tujuan ana mencari publisiti melalui penulisan ana, apakah enti mengira ana menulis sekadar membawa fitnah terhadap insan lain?
“tidak ukhti, ana yakin tujuanmu hanya kerana perjuangan kita yg satu” tegas kak lynn..
Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk menjadi sayap kiri perjuangannya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keredhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan sekadar wajahku, blogku dan percakapanku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?
..................................................................................................................................................
Akhifillah, maaf kalau ana menimbulkan kerisauan dalam hidupmu. Namun penulisanku, percakapanku semua bukan keinginanku untuk menarik minat ikhwan pada diriku. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.
Akhi, tentunya antum pernah mendengar hadis yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki. Akhi, beruntunglah bagi sesiapa yang memilih wanita kerana agamanya kerana itulah sebenar-benarnya tokok ukur bagi seorang insan untuk memilih pasangan hidupnya. Ana yakin akhi juga mahu memetik bunga yang indah dan harum kerana agamanya. Tapi cukupkah hanya sekadar akhi meyakini khabar tentang diri ana hanya melalui beberapa medium yang tidak ada kepastian. Maaf kalau di sini ana terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai ana cuma setakat melaui fizikal belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien ana memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan ana? Tempoh di luar rumah yang tinggi? Penulisan ana yang selalu di pamerkan?
Tidak.
Antum tidak akan pernah tahu bila masanya ana berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya ana berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Ana yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.
Akhifillah, tanyakan pada setiap ikhwan kalau antum mampu. Yang tertampan sekalipun, mahukah ia mencari isteri kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang wanita menikah dengan lelaki kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya.
Akhifillah, tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
...................................................................................................................................................
Malam semakin beranjak. Mengantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat emel panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila fikiranku mula terganggu. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di katil.
Aku tersenyum tawar. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk.
Hatiku bermonolog sendirian. Betapa sedihnya hatiku saat ini. Orang-orang yang aku hormati selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Tidak kah mereka tahu betapa hancur hati aku menyaksikan mereka yang tinggi ilmu agamanya takluk di bawah fitnah wanita.
Sungguh, aku terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.
Astaghfirullah, seharusnya aku tidak berburuk sangka. Ku sedar setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada diri ini. Tapi kenapa menilai aku dari segi luaran sahaja?itu bukan hujah yang kuat untuk menyunting diriku.
Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan saudara-saudara Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia. Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?
Ku bergerak menuju ke katil. Ada impian. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti yang lain: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai suami seperti Al-banna. Yang hebat dalam perjuangan menyebarkan risalah islam. Ku ingin menjadi seorang isteri seperti Aisyah. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin mencari pendamping seorang mujahid ulung.
...................................................................................................................................................
Akhifillah, afwan kalau surat antum tidak ana layani. Ana tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang ana minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan ana tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk ana.–‘Afwan.
Akhifillah, apa yang ana katakan ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. ana sama sekali tidak bermaksud demikian. Jangan antum kira kecantikan penulisanku, Facebook ku, percakapanku telah menjadikan ku merasa memiliki segalanya. Justeru, kini ana merasa iri pada sahabat ana. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang ana punyai sangat jauh nilainya. Ana bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan putera impiannya, sedangkan ana tidak.
Akhifillah, ‘Afwan kalau ana mematahkan hati antum. Insya Allah ana akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan ana yang riya’ mahupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk zaujah yang telah dipilihkan Allah. Ana hanya mampu berkata, jika antum benar-benar mencintaiku kerana Allah, marilah kita serahkan kepada takdir. Jika Allah sudah menetukan kita bersama, maka kita tidah boleh lari darinya. Dan jika Allah telah mentakdirkan bahwa kita tidak semestinya bersama, kita harus menerima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.
Akhifillah, malam bertambah dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan ana, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Siti Khadijah dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.
Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, ana persembahkan bingkisan indah dari kata-kata Hamka. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.
"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."
”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (9:111)
5 comments:
Salam ukhuwah fillah ukhti...
Mabruk ukhti, sukar menemui srikandi spt ukhti yg menolak mentah2 demi menjaga kesucian hati dan juga iman. Maaf bkn niat utk menimbulkan riya' didlm hati ukhti. Tetapi semoga menjadi contoh buat akhawat yg lain.
Syabab yg ikhlas bercirikan mujahid spt As-Syahid Syeikh Al-Banna pasti memahami isi yg tersirat didlm tinta ini dan ia sudah tahu apa yg harus ia lakukan, berusaha dan tawakkal kpd Allah.
Yg pastinya cara USAHANYA itu adalah BERLANDASKAN SYARAK.
Tetapi bg syabab yg niatnya sebaliknya. Pasti ia pergi begitu shj.
Asif syabab yg berkenaan. Bkn niat akak utk su 'uzun. Mgkin juga niat antum ikhlas dan sbbnya antum mlangkah pergi adalah krn sudah ketentuan Ilahi bahawa ukhti sue bkn jodoh buat antum.
Ukhti,
Skrg ukhti mgkin masih dlm imtihan atau sudah selesai imtihan.
K.lin doakan ma'atauffiq wa najah buat ukhti.
K.lin doakan semoga Allah SWT limpahkan sakinah ke atas ukhti dan memberi keteguhan iman kpd ukhti serta dikurniakan zauj yg soleh ya musleh spt As-Syahid Syeikh Al-Banna. Amien Ya Rabbal 'Alamien.
Akhrul kalam, asif jiddan, sekiranya ada terslh kata atau tkasar bhs atau tguris hati sesiapa disini. Dari hamba Allah yg dhaif & khilaf.
Wasalam
Masyaallah.....susah untuk ku temui seorang yg ikhlas dijalan Allah sebegini....
Kepada ikhwan yg dimaksudkan sekiranya antum ikhlas dijalan Allah pasti antum boleh menerima tulisan ukhti sue....
Bukan niat dia untuk mengecewakan antum tapi ana rasa ukhti sue masih belum bersedia....
Serahkan pada Allah...Sekiranya mmg jodoh, pasti ada......Namun dahulukan yang mana penting iaitu jihad di jalan Allah....
Ukhti,
Dijalan dakwah ni mmg ada berbagai ujian dan nampaknya ujian sebegini ditakdirkan oleh Allah untuk ukhti....Pasti payah untuk ukhti....Namun jika ukhti ikhlas kerana Allah pasti lindungi daripada sebarang fitnah....
Akhir sekali ana doakan ukthi mendapat seseorg zauj' yg tidak gentar berkorban di jalan Allah seperti Al-Syeikh Hassan Al-Banna seperti ukhti impikan.....
Masayallah....sukar ku temui seorg muhajaddah yang benar2 ikhlas di jalan Allah....
Kepada ikhwan yang dimaksudkan mungkin niat antum ikhlas tapi sebaik-baiknya antum serahkan pada Allah....
Bukan niat ukthi sue untuk mengecewakan tapi nampaknya dia masih belum bersedia......
Dahulukan yang penting iaitu jihad untuk Allah...Sekiranya ukhti sue untuk antum pasti Allah akan menyediakan jalannya...Sekiranya ukhti sue bukan untuk antum yakinlah ada banyak srikandi seperti Aisyah diluar sana untuk antum.......
Ukthi,
Berdakwah dijalan Allah ni pasti banyak ranjaunya....dan ditakdirkan ujian sebegini adalah untuk ukthi....Jika ukthi ikhlas insyaallah Allah akan lindungi ukthi daripada fitnah.....
Akhir sekali ana doakan ukthi akan menemui seseorg yang tidak gentar berjuang dijalan Allah seperti Syeikh Hassan Al-Banna.......
salam.. ana mohon kebenaran ana nak pomote blog anti bleh? ana tertarik dgn entry ni =)
jzkk~
lailatul insyirah> wasalam..silakan.. syukran ye.. :)
Post a Comment