Wednesday, April 14, 2010

Emoticon dan Dakwah? :)



Bismillahirrahmanirrahim...
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ
بِالْمُهْتَدِينَ
" Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk."
(surah an-nahl:125)


Assalamualaikum wbt.. :) *senyum dulu kerana entri ni ada kaitannya dengan emoticon hehe..

Bercakap pasal emoticon ana pasti semua orang kenal apa itu emoticon.  Ala-ala simbol gitu lah untuk tunjukkan expression kita terutama semasa berborak dalam ruangan chat.  Semalam seorang sahabat ana menjadi tutor tak bertauliah mengajar ana cara2 nak buat facebook emoticon.  Rasa seronok dan kelakar belajar walaupun tak masuk exam hehe..(alamak, jumaat ni dah start final exam..doakn ana :p ).  Di bawah ni adalah antara emoticon yang ana belajar:

<(")
(^^^)
:|]
:*
<3
8)
8-|
Ada banyak lagi tapi kalau nak tulis satu2 kat sini karang penuh pulak entri ana ni dengan emoticon yang ana kira agak cute ni hehe...  Setiap emoticon ni mempunyai expression yang tersendiri, ada senyum, marah, mencebik, merajuk, sedih, gembira, heart(love), penguin, cool, yang teruknya ada pulak emoticon kiss (aish,sapelah ajar ana mende2 alah tu)..hmmm..ok, habis cerita tentang belajar dan di ajar ni lets go to the main point..


Apa kaitannya dengan dakwah?

Allah swt dan baginda Rasulullah menganjurkan kepada kita untuk berdakwah secara hikmah dan lembut kepada mad'u kita.  Kebanyakan mad'u susah nak menerima apa yang seorang dai'e sampaikan kerana pendekatan yang digunakan.  Ada dai'e yang menggunakan kekerasan untuk menyampaikan sesuatu kepada mad'u.

Ana ambil contoh yang paling popular pada masa sekarang ni iaitu nak tegur pasangan2 yang bercouple, yang dating duduk berdua2an.  Semasa ana di matrikulasi dulu seorang sahabat ana pernah menegur satu pasangan couple yang sedang memadu asmara di kafe berhampiran kolej kediaman kitorang.  Pasangan perempuan itu merupakan anak usrah kepada sahabat ana itu sendiri.  Tanpa bertanya pendapat ana sahabat ana itu terus sahaja meluru kearah pasangan itu dan blablabla...  Ana terkedu tak sempat berbuat apa2.  Semua pelajar yang berada di kafe tersebut melihat dengan penuh menarik incident itu.  Ana lihat ekspresi wajah pasangan tersebut berubah mendadak.  Yang lelakinya kelihatan berang dan yang perempuan ana lihat merah padam mukanya mungkin malu kerana disembur di khalayak ramai.  Tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku ana menarik tangan sahabat ana tapi sempat melemparkan senyuman kepada pasangan tersebut sebelum berlalu.

Natijahnya perempuan tadi yang merupakan ahli usrah kepada sahabat ana tidak menghadiri usrah selepas kejadian di kafe tersebut.  Malah sekiranya sahabat ana ziarah ke biliknya dia hanya mendiamkan diri tanpa menghiraukan sahabat ana tersebut.  Itulah akibatnya sekiranya kita berdakwah tanpa menggunakan pendekatan yang betul.  Mad'u yang mahu didekati dan ditawan hatinya akan mengelak dan melarikan diri dari kita.  Bukan itu yang kita mahu.

Bilamana kita bergelar sebagai dai'e seharusnya kita tahu cara nak mengambil hati mad'u kita.  Hati seseorang tidak mudah menerima sesuatu dengan kekerasan.  Hati yang mahu dijinakkan itu seharusnya ditawan dengan pendekatan yang lembut.  Umpama air sungai yang mengalir lembut tetapi mampu mengubah rupa bentuk batu keras yang dialirinya.

Tersenyumlah kepada setiap insan yang ingin kita tawan hatinya mendekati dan mencintai Allah.  Belailah hati itu dengan kata2 yang indah lagi menyejukkan.  Ingatlah pendekatan yang digunakan oleh baginda Rasulullah saw untuk menawan hati ummatnya.  Masih tersenyum walau dihina, dicaci, dimaki, difitnah hatta dilempar dengan batu dan najis tetapi baginda tidak marah malah mendoakan yang terbaik untuk mereka.  Berbalik kepada situasi sahabat ana diatas, ana bertanya kepadanya apa yang mendorong dia untuk terus memarahi pasangan tersebut.  Jawapan sahabat ana sungguh mengecewakan ana kerana dia dikuasai perasaan marah dengan perbuatan ahli usrahnya itu.  Lupakah kita perasaan marah yang tidak terkawal itu datangnya daripada syaitan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (HR Abu Daud).
Kalau pasangan yang memadu asmara itu tadi kita katakan mereka mengikut telunjuk syaitan apa bezanya dengan kita yang juga mengikut telunjuk syaitan kerana tidak mampu mengawal marah.

Begitu juga dengan dakwah kepada sahabat2 melalui alam maya.  Kadang-kadang semasa bersembang di ruangan chat bersama sahabat2 dan adanya perkara berbangkit yang dibahaskan ynag memerlukan kita bertegas kita tidak sedar kata-kata kita kedengaran keras walaupun pada hakikatnya kita sedang tersenyum menaip hujah2 kita.  Ada yang terasa hati dengan hujah kita yang di anggap keras kerana tidak melihat ekspresi muka kita saat itu yang terhijab disebalik dunia internet.  Untuk mengelakkan perselisihan dan salah faham berlaku apa salahnya kita meletakkan emoticon yang ana sebutkan tadi di setiap akhir hujah atau kata2 kita.  Bilamana sahabat kita yang berada disebalik alam maya itu melihat senyuman emoticon itu dia mungkin akan berlembut hati menerima kata2 kita walaupun setiap patah kata kita itu terkena batang hidung sahabat tersebut. :)

Untuk itu wahai dai'e dan dai'eyah di luar sana jangan memandang remeh soal2 sebegini.  Ana lihat inilah kelemahan para dai'e kita pada hari ini.  Terlalu bersemangat untuk berdakwah tetapi method yang digunakan  salah, itu yang merunsingkan.  Sentiasalah bermuhasabah diri, perbaiki apa yang lemah.  Moga kita menjadi mata rantai perjuangan yang mampu menawan hati2 di sekeliling kita untuk sama2 melayari perjalanan panjang menuju Tuhan.

Ingatlah bahawa setiap manusia dilahirkan bermula sebagai seorang bayi kecil dan kemudian masyarakat, kehidupan dan tindakan atau keputusan kita yang membentuk diri kita. Individu yang berdiri di depan kita ketika ini boleh berubah. Mohonlah kepada Allah agar menjadikan diri kita sebagai contoh dalam kehidupan seseorang (be a milestone in someone’s life); yakni bermaksud menjadi titik pusingan ke arah jalan kebaikan. wallahualam..



p/s: jom jadi pendakwah yang berhikmah dalam setiap tindakan :)

3 comments:

syauqahwardah1209 said...

Salam warahmatullah..

Yup.. sgt bersetuju dgn seluruh entri ini..

banyak dai'e kecundang berpunca dari cara dakwah yg salah. Menegur dgn cara tak berhikmah, melulu & tergopoh2 sekaligus menyebabkan maruah org lain jatuh.

Jadikan Al-Quran & sunnah sbg pegangan, contohi dakwah Rasulullah SAW, serta berdoalah pada Allah agar dibukakan hati kita & hati mad'u untuk menerima kebenaran. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jln..

paling penting sekali, niat kita mestilah lillahi taala..

sbb apapun benda yg dibuat tanpa redha Ilahi adalah sia-sia.

Wallahu 'alam.

Moga Allah merahmatimu, ukhti.. :)

Sue Yahya said...

Betul tu ukhti, ana setuju.Masalah yang juga turut melanda dai'e dan dai'eyah kita hari ni ter over rate diri sendiri..mereka merasa apa saja yg mereka buat tu betul, tapi bila orang lain yang lakukan perbuatan yang sama mereka lihat salah.. ini yang perlu di ubah sepatutnya..

syukran atas komen yg membina..moga Allah merahmatimu juga.. =)

Nurr_Rahmah said...

Salam ziarah...ukhti_sue

Entry yang bmanfaat. Satu pencerahan utk method dakwah..

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,”
(QS An-Nahl [16]: 125).

smga Allah sentiasa merahmatimu ;).

~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "