"Adakalanya kita akan mempersoalkan mengapa orang lain selalu sahaja mendapat apa yang mereka inginkan, sebaliknya pulak pada diri kita tetapi, kita lupa bilamana Allah memberikan sesuatu yang kita inginkan bererti Allah sayangkan kita, bilamana Allah lambat mengabulkan keinginan kita bererti Allah mahu menguji sejauh mana keikhlasan kita meminta padaNya, tetapi jika Allah tidak memberikan apa yang kita inginkan bukan bermakna Dia tidak sayang pada kita tetapi, ingatlah Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita."
Rimbun KeampunanHijjazKu mengintai ketenangan di antara kekalutan Kerana keinginan tidak pernah kesampaian Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan Bangkit semula meneruskan baki perjalananKu menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan Tapi suatu kejayaan yang masih tertundaKu minta diberikan sejenak kesempatan Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh TuhanDi rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa Ku cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan
No comments:
Post a Comment