Thursday, August 14, 2014

This Is the Story... #2



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Masa tak pernah menanti, dia akan terus pergi dan berlalu tanpa kita sedari.  Dan ini adalah salah satu post yang tertangguh sekali lagi. *Sigh* -_-" tak taulah busy tang mana, berbulan2 post ni tertangguh. Nampak sangat malasnya. Kehkehkeh. Ok, kali ni  dah janji dengan diri sendiri kali ni nak update sungguh-sungguh walaupun sedikit (muka gigih).

Sebenarnya nak cerita sikit tentang persiapan majlis resepsi yang dah berlalu  setahun tu hakhakhak.. Rasa macam baru semalam sebenarnya tapi rupanya dah setahun.  ;D Tambahan pula Ogos dan September ni sungguhlah banyak undangan majlis bahagia.. alhamdulillah3x.. Kena susun jadual betul2 mana yang sempat nak pegi. Usahakan sehabis baiknya.

Ok, dari dulu bila tengok orang kawen, saya sendiri simpan impian kononnya nak buat set baju kawen sendiri. haha.. bajet pandai sulam dan jahit lerr tu. Bila tengok belog2 orang DIY veil sendiri, teruja rasanya. So, bila tarikh kawen sendiri dah diputuskan dan masa tu saya sedang melalui FINAL PROFESSIONAL EXAM! Saya mula la fikir macamana nak buat dalam keadaan yang busy pulak tu. Dengan posting kat hospital yang masih tak habis.  Ok, tarikf nafas, duduk dan bincang. My BFF Fiona yang tersangat besstttttt tu tolong duk bagi idea.  Ok, kita akan buat macamni, macamni dan macamni.  Makanya, terhasillah lakaran dua baju pengantin yang vogue gitu haha. Baju pengantin muslimah ala-ala dress princess gitu.  Saya punyalah excited. Dengan terhasilnya lakaran itu maka bermulah pengembaran kami menyiapkan set baju itu.  Balik je dari hospital ada masa luang sikit, mulalah tenun sini, tenun sana, cucuk sini, cucuk sana.

Hasilnya, tadaaa!!!! ceh..hahaha..



Alhamdulillah puas hati.. Yang atas tu baju untuk resepsi dan yang bawah tu untuk nikah.  Kalau nak cerita detail perjalanannya satu-satu memang tak habis satu malam cehh..haha.. Tapi yang sebenarnya, seumur hidup saya memang tak pernah jahit-jahit baju or sulam-sulam bagai ni.  Bila tengok kat belog2 orang tu yang rasa terinspirasi.  Dan saya sangat bertuah sebab ada sahabat macam ona yang kretif terlebih2 hehe... Maka terhasillah baju idaman saya dan sangat berbaloi pun sebabnya kalau sewa baju kat kedai, fesyen sama saja dan disebabkan saya ni tersangatlah kecik gitu, selalunya memang susah nak dapatkan saiz.  Yang ni memang puas hati.

Bila balik dari kampus,family tanya pasal baju. Dan saya dengan bangganya bagitau, dah ada, siap tunjuk lagi dan cerita macamana kitorang siapkan.  Mak sendiri macam taknak percaya anak bongsu dia boleh buat macamtu haha. Sebabnya, yelah seorang ibu sangatlah kenal anak dia macamana ye dak? eheh. My sister n cousin pun semua macam tak caya je baju tu kitorang siapkan sendiri. Apapun alhamdulillah atas izin Allah dan bantuan my bestieee.. ;)

Tibalah di hari bahagia itu.  Mak andam semua memang tak ada. Yang ada cuma sahabat2 yang supportive and tolong tempekkan bedak sikit-sikit agar tak pucat, tu je. Memang original habeslah haha. Ingat lagi kata achik "umi jangan mekap banyak2 tau, nanti muslimin kat luar gelak" haha. Ok, itu scary. Come, let the pictures tell everything.. ;)





Hiasan idaman saya.. ;)



Masa ni mula-mula nak masuk dewan. Masa nilah mula nak fikir macam2, nebes semacam. Bisik kat en.husband "err..enta (masa ni x mampu lagi nak panggil abg haha), jalan slow-slow tau..takut nanti kasut cabut -_-" haha.. ok x biasa pakai heel macamtu. Suami balas ckp "xpa, abg pegang tgn ok.." ^_* hikhikhik..






Masa kat atas ni pun sempat lagi bisik "penat la senyum.." hahaha..






The guests.. ;)



Ni sahabat husband (yg baju purple tu adik) jadi our band yang menghiburkan haritu.. Sedap tau suara diorg hehe.. ;)



Schoolmate husband.. ;)




My family in-laws.. ;) purple... Husband anak sulung memang xde anak2 buah lagi la hehe.. Honestly, to have such a wonderful family like them is a big gift from Allah.. How grateful I am.. ;') May Allah grant us with His jannah..






My big family... anak2 buah ramai.. since saya paling bongsu dalam family besar.. ^_* Love them all very much! 



The girls yang hadir. Thank you so much my dear all... ^_* Moga dapat jodoh yang soleh cepat2.. ;p


Yang ni gabungan sahabat2 muslimin n muslimat KAMI... ;) Yang lelakinya malu-malu kucing masa naik pentas tengok gadis2 solehah ramai sangat... ;p


My kakak2 yang sangat2 awesome.. Miss ^_* Really miss them much!




Husband dengan one of his BFF.. Tak tau lah sembang apa. Saya pun dah kena culik dengan gegirls pegi posing dengan gembiranya hehe.. ^^,


My BBF a.k.a sister in law.. This october pun dia bakal bergelar puan.. Pls pray for her.. ;)



My cutie sweetie Fiona.. ;)


To have both of u in my life is a greater gift from Him.. Thanks Allah.. ;') May Allah grants both of u with jannah...



Gambar terakhir sebelum majlis berakhir.. Masa ni nak balik dah, muka pun dah nampak letih sangat tapi masih mampu tersenyum. Maka bermula lah perjalanan bahtera kehidupan berdua bersama. Bahtera yang dikemudi oleh seorang lelaki yang saya percaya mampu untuk memimpin sehingga ke firdausiNya. ;')

*********************

Sebenarnya beratus-ratus banyaknya lagi picture yang ada dalam simpanan.. Nak upload semua memang tak mampu sangat2.. Yang ni pun main rambang jer select.. Asal ada kehkehkeh... ;D X masuk yang belah lelaki lagi. Hanya sekadar nak menconteng lakaran kisah di hari bahagia... ;)

Masa ramadhan lepas sebenarnya nak sambung post ni tapi sangat-sangat tak larat. Dengan sakit belakangnya dan dua hari sebelum ramadhan tu, balik dari kerja en.suami bawa makan kat restoran sebab tak larat nak masak. Masa tengah tunggu pesanan sampai, tiba2 rasa nak termuntah. En. zauj tenangkan sambil urut2 belakang. Masa makan memang tak tahan, akhirnya muntah juga. eheh.. Suami tak tunggu lagi bayar dan terus bawa saya balik. Sampai rumah memang sakit pinggang yang amat. Cakap kat suami mungkin sebab banyak berlari dan berdiri masa dekat ward. Suami pula dengan baiknya urut seluruh badan sampailah saya tertidur dengan amannya bermimpikan bulan bintang.. ;D

Esoknya husband suggest pegi klinik, sebab tengok isteri dia ni macam dah tak larat sangat. Tergerak hati nak buat urine test. Cakap dengan suami. And guest what, saya terkejut yang amat bila tengok dua line jelas di situ. Terketar2 rasa dia hahaha.. Hepiiiii yang amat. SubhanAllah, alhamdulillah... Sangat-sangat tak expect. Keluar dan tengok husband dengan muka yang sangat pelik. Bagi husband tengok dan husband terus senyum, peluk lama dan cium dahi berulang kali sambil tak henti2 sebut subhanAllah, alhamdulillah. Ramadhan gift... ;')

Husband dengan tak sabarnya terus call family. Bukan main hepi lagi. First grandchild for both family, inshaaAllah... ;') Dear alls, please pray for the miracle in my tummy.. Moga dia sentiasa sihat dan jadi anak yg soleh.. 

Syg ummi kata "assalamualaikum aunties and uncles, today I'm 3 months old.." ^_^ InshaaAllah nanti nak tulis pengalaman sepanjang first trimester di bulan ramadhan.. Penuh mencabar dengan all day sicknessnya, sakit belakang dengan kerja di ward yang sangat busyyy memanjang.. *Ummi kuat* ^_^

Love,

Sue



Wednesday, May 07, 2014

This Is the Story... #1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama jemari tidak menari, beku rasanya mencari sisipan yang hilang terbang dek angin yang menggoncang. Terkadang hati berkata tapi lidah kelu tak bersuara. Terkadang segala rasa pun hilang oleh masa yang terus berjalan, terus dan terus bergerak tanpa menunggu kita. Beruntunglah pada mereka yang bersegera melakukan kebaikan dan segera meninggalkan maksiat. Bersegera menambah amal, bersegera taubat dan kembali kepada fitrah manusia yang mencintai kebaikan dan mencintai orang yang berbuat kebaikan. J

April berlalu. Sungguh pantas 2014 berjalan, tak menunggu walau sedetik. Alangkah rugi andai masa terus kita biarkan, dengan perkara sia-sia. Right? J


Nak dijadikan cerita, semalam, ada sahabat blog a.k.a follower hantar mesej kat inbox fb bertanya “eh, sue dah kawen ke? Laa..tak tau pun, kat blog tak pernah update pun”

Dan saya macam “eh, saya ada blog ke?” ;D Seriously memang dah tak ingat langsung pasal blog ni. Hampir setahun jugakla sejak last update, hehe.. Tapi yang sebenarnya ada jugak post dekat fb mungkin akak tak perasan kot.

Since dah janji nak cerita ceriti serba sedikit macamana saya terkawen ni,(Alhamdulillah) kena tulis jugakla walaupun dah LAPAN bulan sebenarnya! ;D So, where should I begin?

Bila begini, saya teringat satu kisah menarik yang berlaku sebelum kenal jasad sang suami. Aturan Allah yang sangat indah sebenarnya. 

10 August 2008

“Siapa mesej tu?”
“Xda siapa.. sahabat dekat matrik”
“Ouh.. dia baik x?”
“Baik..knp akak?”
“Xda apa..saja.. Akak ada kenal seorang lelaki ni dekat sekolah akak dulu, dia baik sangat, baik akhlaknya, baik agamanya. Nama dia Azri.”
“Ouh..”
...
Hmm.. ok, sebenarnya dialog kat atas sekali tu, adalah dialog antara saya dengan kak rin. Siapa kak rin ni panjang jugakla nak cerita hehe. Masa dialog ni berlaku kak rin ziarah ke rumah, masa tu hari ketiga nenek kesayangan meninggal. Masa  tu sedih sangat, rushing balik dari matrik bila tahu nenek pergi. So masa tengah sedih-sedih tu, one of my sahabat irfaan mesej bagi hati rasa tenang sedikit untuk tidak terlalu bersedih. Suddenly dialog tu pun berlaku. But, frankly speaking, tak pernah bother pun siapa ‘Azri’. Sebabnya perbualan itu tiba-tiba berlaku dan berhenti setakat di situ, dan saya balik matrik tanpa pernah rasa itu benda penting dalam hidup.  Rupanya, siapa sangka nama itulah yang bakal jadi teman ke syurga, insyaAllah. J

Masa tahun 2012, sejak family dah kembali menetap di Sabah, maka tahun tu merupakan tahun pertama saya berkenalan dengan sahabat-sahabat di bumi sendiri.  Masa ni lah saya kenal jasad lelaki yang bernama di atas itu.  Tapi cerita tahun 2008 tu tak ingat pun masa tu.  Dan saya pun kenal begitu saja lantaran berada dalam persatuan yang sama.  Waktu itu adalah cuti semester di U, makanya habis cuti semester saya kembali ke U dan meneruskan aktiviti seperti biasa. Balik ke U, tidak pernah imagine benda ni akan jadi, dengan tiba-tiba saja dapat panggilan dia mahukan saya.

To be truth, lelaki yang ada disebelah saya sekarang ni adalah lelaki yang tak pernah saya imagine saya akan kahwin dengan dia, akan jadi suami saya dan saya akan jadi isteri dia. Tak pernah.  Sebab saya cuma kenal masa tu dan its suddenly happen.  And when I’ve been told that he wants me, I’m cried. Yaa, saya nangis. You know why? Sebab saya tak pernah bayangkan dia, tak pernah terlintas lelaki ni nak dengan saya. Dan masa tu ada orang lain yang nak dengan saya dan ada pula yang saya harapkan. Tak mampu nak fikir masa tu, dan tak mampu nak buat keputusan dengan baik. Keputusan yang sebenar-benar tertangguh selama 6 bulan. Balik cuti sem, bincang dengan family, dan family cakap terima.  Selepas dari semua ni terlalu banyak ceritera2 yang berlaku, argument, bingung dan macam2 lagi.  But, yes.. for everything happens, ada hikmah disebaliknya. Terlalu sukar untuk diceritakan.  Pada setiap mata yang memandang, telinga yang mendengar hanya boleh menilai sekadar luaran.  Hanya yang menghadapi mampu merasa setiap kesakitan, setiap airmata dalam perjalanan menuju kebahagiaan.  And after all the hardness and the tears, on...

10.8.2013





Saya menjadi seorang isteri kepada dia yang tidak pernah saya sangka.  Saya kahwin dengan lelaki yang saya tak pernah terlintas untuk hidup bersama.  Lelaki yang pada asalnya saya hanya kenal nama dan jasadnya sahaja.


 


Lelaki yang ibu dan family saya percaya sangat baik. Dan memang dia lelaki yang terbaik untuk saya.  I asked Allah for the best and He gives me the best man for me to live with.  Lelaki yang mencintai kelemahan saya dengan penuh kesabaran, menyayangi saya kerana Allah.  ;’)  Dulu saya pernah berfikir sama ada saya mampu atau tidak mencintai suami saya ini dengan hati yang ikhlas tanpa ragu, dan rupanya saya sangat mampu. 

Saya pernah tanya dia selepas nikah, “kenapa masih mahu dengan saya walaupun berkali-kali saya tolak dan lari?”

Dia jawab “ sebab masa tu saya yakin, saya mahu dengan kamu atas petunjuk dari Allah.” ;’)


Saya dan dia membesar di daerah yang sama, tapi tidak pernah kenal jasad dan rupa, tidak pernah bersekolah di tempat yang sama walaupun peluang untuk kenal itu sangat besar.  Lelaki yang pada asalnya saya kenal namanya 5 tahun yang lepas, siapa tahu hari ini dia jadi suami saya. SubhanAllah. Hebatnya  perancangan Allah. J




Hari ini, saya bahagia.  Moga Allah jaga kebahagiaan ini.  Sehingga di usia ini, saya bahagia tapi tak sempurna.  Tapi sedang belajar dengan bahagia.  Suami saya, keluarga kami itu cinta saya.  Sahabat-sahabat itu cinta saya. Orang sekeliling moga jadi cinta saya.  Cinta saya moga kerana Engkau Ya Rabb.





Pada semua family, sahabat-sahabat, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian pada kami.  Kami sayang semua dan berusaha membahagiakan semua.  Moga Allah kumpulkan kita semua di syurga Dia. ;’)



Pertama kali jurugambar suruh pandang dan salam suami, lelaki asing dalam hidup sebelum ini.  Sangat malu dan tersipu-sipu.  Tapi disitu ada keberkatanNya.  




Ibu mertua yang owesome dan sangat baik. Moga saya juga mampu menjadi ibu sebaik beliau. Aminn.. (doakan sama2 k..)



Adik beradik ipar yang sangat2 owesome. Macam abangnya juga. ;)



Family yang supportive. Moga Allah satukan kami di syurga dan kekalkan kemanisan berkeluarga. Love u all!


Lastly,perjalanan majlis nikah hasil tangan adik ipar yang kreatif.. Di sini lafaz sakinah bermula ;')




Cinta itu amanah,
Amanah dari Allah.
Perkahwinan itu amanah,
Amanah dari Allah.
Bersama menuju Allah, bermatlamatkan Dia Yang Satu.  Moga Allah redha.



When someone loves you, he will ask you to be in heaven, together, forever.

(Ok, saya pendek. -_-“)

"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

p/s: pada semua doakan kami dikurniakan mujahid/mujahidah secepatnya. ;)


p/s2: Baju nikah hasil tangan dan design sendiri. Cantik tak? cantik tak? haha.. Nanti akan buat post khas cerita proses lahirnya dress, tudung dan veil hasil kreativiti budak tangan kiri yang tak berapa nak seni ni sebenarnya muehehe...

Love,
Sue

Sunday, March 10, 2013

#Life is Easy with...


Life is Easy with.. DiGi prepaid.. ok, iklan semata-mata.

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Ok, firstly memang banyak sangat benda yang nak tulis dalam belog ni, tapi since dah lama giler x terupdate so semuanya terpendam dan berlalu begitu saja.cewah. Bukan taknak update, nak sangat2, tapi bila nak update je mesti fikir nanti kena upload gambar la, makan masa la, kena publish la, bla bla bla sebab satu gambar je pun takes few minutes untuk upload.  Lainlah kalau macam fb or twitter kejap je.  Tapi perlu ke update blog? Ada ke nak baca? Haha. Mestila perlu! Sebab lain orang lain caranya, ada orang dia terer meluahkan tentang apa dia rasa melalui lukisan, ada orang melalui lisan dan ada juga melalui lagu ataupun puisi.  Tapi saya tak pandai melukis, tak pandai berkata-kata mahupun menyanyi untuk luahkan apa yang saya rasa, saya hanya ada jari jemari untuk menulis dan mencoret.  Ini bukan tulisan ini cuma satu contengan kehidupan saya.  Saya menconteng untuk diri sendiri, agar saya sentiasa beringat, belajar dan menghargai apa yang saya ada bukan hanya untuk dibaca. ;)

Ok, habis untuk itu.  Actually, Asrar tengah bertungkus lumus nak menyiapkan final year project (fyp).  Dah namanya final year kenalah siapkan fyp kan. Macam mimpi je dah menginjak ke tahun akhir. Weeee.. ^^, dan esok kena hantar first draft fyp ni.  Baru hantar first draft tapi dah kalut.  Yelah even first draft kena juga buat sungguh2 macam hantar final completed thesis.  Hidup ni kan jihad, so kenalah sungguh2, ye tak? ;) walaupun kadang2 rasa sakit sebab sakit lepas op haritu tak sembuh2. Dan sehari ni Asrar memang dok bilik tak keluar2 untuk siapkan benda ni semua.  Tapi yang sebenarnya kalau nak ikutkan hari ni ada program yang memang memerlukan Asrar  untuk turun, tapi manusia merancang dan Allah lagi hebat perancanganNya.  Dapat mesej dari Presiden PAPISMA program tu cancel disebabkan beberapa halangan yang tak dapat nak dielakkan.  So, terperaplah kat rumah.  Takpe, mungkin Allah nak bagi masa sehari ni untuk siapkan fyp ni.  Allahkan Maha Tahu. ^^

So, tengah nak siap-siapkan fyp ni tetiba cakap dengan diri sendiri tentang semudah-mudah kehidupan.  Buat self-reflecting gitu.  Yelah, manusia kena sentiasa berfikir untuk motivasikan diri sendiri.  Kalau nak harapkan orang lain, adakalanya tak sampai pun kat hati, so cara yang lebih baik adalah muhasabah diri sendiri.  Bila dah tension sangat dengan kerja2 dunia ni, kena juga kembalikan semuanya pada Allah. Barulah terasa apa yang kita buat takde satu pun yang sia-sia bila semuanya kerana Allah.

Sebetulnya,kita, kita, dan kita tak pernah membayangkan bahawa kehidupan ini akan menjadi se-komplikated ini.  Ya, Asrar cakap complicated sebab terkadang kita akan rasa macam tu.  Terdetik kenapa, kenapa dan kenapa perlu buat semua ni.  Cuba imbas balik masa kecik-kecik imaginasi kita hanya pada seronoknya berada di sekolah tadika, sekola rendah, sekolah menengah, masuk universiti, dapat kerja yang baik, [macam yang diangan-angankan oleh orang kita dalam drama di TV], kemudian jatuh cinta, berkahwin dengan orang yang dicintai, dapat anak 4-5 orang, hidup dalam keluarga yang bahagia [macam dalam drama-drama korea.. :D] dan mati secara aman..?

Wah.. nampak macam begitu mudah kan..? Macam iklan Life is easy with Digi Prepaid.

Impian perjalanan tersebut semuanya dilalui dengan mudah dan bahagianya seolah-olah tanpa masalah.  Ada ke orang berangan-angan nak ada masalah? Of coz xde.  Kalau dah cakap angan-angan mestilah yang baik-baik je.

Tapi, itulah fikiran kanak-kanak. Apabila umur sudah semakin membanyak ni, barulah kita sedar bahawa kehidupan yang mudah itu hanya wujud dalam imaginasi dan mimpi seorang kanak-kanak.. :)  dan realitinya kita tak selamanya dalam golongan kinder garden tu.  Kalau masih ada angan-angan macam tu maknanya kita tak dewasa lagi la tu.. ;) ok, macamlah Asrar dewasa sangat -_-“

Dan bila dah semakin besar, banyak pula tanggungjawab yang perlu dipikul.  Dan banyak juga keinginan demi keinginan yang dilepaskan atas sebab-sebab yang tertentu. Mungkin itu bukanlah perkara yang teruk. Asalkan ia membawa ke arah yang lebih baik, rasanya itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Itu namanya pelajaran dari pengorbanan.

Sememangnya, untuk menjalani kehidupan ini, sepanjang perjalanan itu kita memerlukan banyak pengorbanan. Banyak disukai tetapi perlu dilepaskan, banyak pula yang tidak rela tapi harus digenggam.
Kehidupan ini bukannya selalu mengikutikehendak kita.   Banyak benda yang kita nak lakukan tapi tak dapat disebabkan oleh peraturan2 yang sudah ditetapkan.  Contohnya nak buka aurat, sebab nak rasa cantik macam pelakon2 korea yang cute2 tu? Eh ye ke?  Abaikan. Cuma apa yang Asrar nak sampaikan kita tak dapat nak buat benda tu sebab Allah dah tetapkan yang wanita ni kena tutup aurat dan pelihara dengan baik.  So, kita tetap kena patuhi.  Suka atau tak kena patuhi juga sebab apa yang Allah tetapkan itulah yang terbaik untuk kita percayalah!  Dunia ini, hidup ini bukanlah hak kita untuk kita buat segala-galanya mengikut acuan sendiri.  Kita harus sedar mana letaknya kita dalam posisi kehidupan ini. Kita wajib sedar, posisi kita atas dunia ini, mahupun di akhirat kelak adalah hanya sekadar hamba. Diulang; kita ini hanya HAMBA.  Ok. ;)




Kalau terdetik nak buat sesuatu yang diluar ketetapan Allah tu fikirlah dulu.  Sebab Allah ada sebut:

 “Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.”[Surah Yasin: 77]

Jangan sesekali rasa kecewa dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sepatutnya bersyukur, dipilih oleh Allah kerana masih dapat bertahan hingga hari ini dari penyakit cintakan keduniaan.
Dunia memang penting, tapi jangan sampai kita letakkan dalam hati kita. setiap benda dalam hidup ini ada peraturannya. Maka, kita tak boleh melakukan segala-galanya sesuka hati.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."[Al-Ankabut: 64]

Melakukan sesuatu perkara yang tidak benar (baca:salah) akan menimbulkan rasa tak selesa dalam hati. Rasa tak bahagia. Kosong.

Trust me, kita lihat orang-orang itu hanya dengan mata kita. Kita hanya lihat luaran mereka yang mungkin nampak seperti sangat bahagia. Namun, di dalam hati mereka, rohani mereka, emosi mereka, hanya Allah yang tahu samada mereka benar-benar bahagia ataupun tidak.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka menyembah & beribadat kepadaKu." [Ad-Dzariyat :56]

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Al-Kahfi: 7]

Dan paling penting kena sentiasa beringat dalam hidup ni kita hanya ada dua penghujung; samada syurga atau neraka. Tidak ada intermediate. Kita tak boleh buat syurga setinggan di tepi kawasan syurga kiranya kita tidak masuk syurga. Jika tidak ke syurga, maka, memang pasti nerakalah tempat kita.  Kita takde pilihan melainkan syurga.  Dan kita juga takde pilihan melainkan menjadi orang yang hebat sebab syurga itu hanya diisi dengan orang-orang yang hebat. Di syurgalah tempatnya Rasulullah saw, saidina Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman, saidina Ali, Saad bin Waqas, Abu Ubaidah' Amru, Talhah bin Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf, Fatimah Az-zahra, Saidatina Siti Khadijah, Siti Aisyah ra, serta semua insan-insan habibullah yang dijanjikan syurga berkumpul.

Mereka ini semuanya hebat. Mereka ini telah banyak bersabar dalam meniti kehidupan mereka. Mereka ini sangat tinggi ketakwaannya kepada Allah. Melaksanakan perintah Allah tanpa bantahan mahupun rungutan. Sifat zuhud & taqarrub mereka sukar dijelaskan dengan kata-kata.   SubhanAllah, hebatkan! ;)

Jadi… Asrar dah banyak merapu sebenarnya.  Padahal tadi nak cerita sikit je.heh. tapi hakikatnya begitulah.  Kehidupan ni tak mudah seperti yang kita nak, tak juga seperti iklan digi prepaid.  Banyak ujian dan halangan yang perlu dilalui.  Perlukan hati yang cukup teguh untuk melaluinya berbekalkn ketaqwaan pada Allah.

Semudah-mudah kehidupan itu memang wujud. Tapi cuma wujud dalam syurgaNya.. ;)

Pray for you, for me and for us.  Strive for mardhatillah.

Asrar_Sue.

Tuesday, October 02, 2012

Get Well Soon Dear!

Assalamu'alaikum w.t.b.. 

Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah s.a.w., keluarga dan para sahabat. Salam mahabbah fillah pada ahli baeyt juga sahabat-sahabat, moga dikurniakan iman dan kesihatan fizikal yang sihat. Insya Allah. Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan nyawa buat kita untuk terus menyusuri jalan Nya. Ada kala senyum menghiasi warna-warna dalam seharian, ada kala tangisan yang datang. Lumrah kehidupan. Tiada kemanisan tanpa ujian, tiada pengalaman tanpa pengembaraan. Wallahua'lam. 

Alhamdulillah. Allah masih berikan peluang untuk kita sama-sama menjalani kehidupan baik dalam senyuman mahupun dengan tangisan, pokoknya masih Allah berikan peluang "MASA" untuk kita bertaubat. Insya Allah, setiap sesaat yang berlalu bermaksud semakin hampir kita untuk meninggalkan bumi fana ini, kerinduan pada Rabbi dan ketidaksabaran bertemu dengan Ilahi untuk bersenang-senang di alam sana adalah keinginan bagi mereka yang sentiasa memupuk dan menyubur rindu dan cinta pada Allah Azza Wa Jalla. Insya Allah.

27 September 2012 (Khamis) yang lepas dapat pesanan ringkas dari seorang adik, katanya dia bakal menjalani pembedahan appendisectomy pada pagi esok.  Allah, saat itu hanya mampu mendoakan agar semuanya dipermudahkan Allah.. ;')

Dan alhamdulillah, si cantik manis bakal bidadari syurga sudah selamat dibedah dan keluar dari Pusat Rawatan Az-Zahra.. Praise to Allah.. ;)  Semalam tengok kalendar..ya, its oktober.. maka terhasilah post ini sebab oktober itu bermakna buat KAMI.. ^^



Masih tersenyum walaupun terbaring dikatil. ;)

"Adik, bangunlah tika hati diuji Allah. Carilah Allah dalam gelapnya malam. Tika dinihari, saat mereka lena diulit mimpi indah berselimutkan dinginnya malam, bangunlah munajat pada Allah. Kekuatan itu datang dari Allah, carilah Allah... Kerana Dialah pemberi kekuatan."

Ujian hebat hanya diberikan kepada insan-insan hebat... (",) 

Tabahkan hati, pasakkan taqwa pada Rabbi... Segala ujian hanya seperti angin yang bertiup... Damai. Ujian itu hanya ibarat angin, hadirnya tak kita sedari tetapi bayunya yang bertiup sangat mendamaikan. Ujian adalah penghubung kita dengan Allah, maka usahlah bersedih andaikata ujian melanda kamar hati mu. Rajutlah pada Allah, Dia masih sentiasa bersamamu. InsyaAllah.

Get Well Soon Dear! Chayok! Chayok!

p/s: 17th October..

Saturday, June 16, 2012

I'm Guilty. Aku Terlambat?#

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Allah izinkan untuk terus bernafas di bumi Nya. Allah masih sudi meminjamkan nikmat kepada kita. Usia sudah menjangkau 22 tahun, terasa sangat tua. Eh?

Seperti biasa, jam di desktop menunjukkan 3.42 am, terlalu sibuk dengan study dan gerak kerja hinggakan terlupa, Allah. Terlupa pada janji diri sendiri untuk menulis sesuatu buat dia yang teristimewa. Rasa bersalah yang teramat. Allahu Allah. Sudah 5 hari berlalu, bagaimana mungkin? *ketuk kepala sendiri. I"M GUILTY.SERIOUSLY.

Maka dengan ketulusan hati yang penuh cinta, kasih dan rindu berlari-lari anaklah jari-jemari ini, mengukir kata, walaupun tidak seindah puisi para sasterawan, namun biarlah indah pada sentuhan jiwamu.

Dalam hidup ana, dia antara manusia yang begitu penting. Mungkin dia bukan terpenting (paling utama) namun dia adalah manusia yang sangat istimewa. Makan bersuap, berkongsi minuman, tidur sekatil berkongsikan bantal hatta selimut yang sama. 

Beliau sahabat dan kakak yang istimewa, jalinan hati yang sudah terlafaz "akadnya" sejak 3 tahun yang lalu dilalui dengan setiap rasa... Kegembiraan, kedukaan, kemanisan dan setiap tawar, manis, masin, kelat, pahit... Dia sahabat dan kakak yang sangat setia, di saat ana sendiri dan menyendiri dari manusia lain... Dia masih di sisi ana memberi semangat dan sokongan.

"Asrar sakit..."

Dialah manusia yang akan bergegas untuk melihat ana, dialah manusia yang akan mengorbankan kepentingan diri untuk bersama ana. Di saat lidah tidak mampu menuturkan apa-apa, dia masih memahami gerak mata yang "sunyi" kerana hubungan kami diakrabi dengan hati, dasarnya adalah cinta kepada Rabbi. Di saat ana kesakitan, kata-katanya bisa meluluhkan segala duka yang bersarang.

"Sabar ye..."

Kata-kata yang lahir dari hati insya Allah akan menerombos ke dalam hati sedangkan kata-kata yang lahir dari mulut belum pasti akan melepasi telinga!

3 tahun kami berukhuwah, mungkin satu jangka waktu yang pendek bagi sesetengah orang. Namun bukanlah itu ukuran ikhlasnya satu persaudaraan, ada saja yang berukhuwah bertahun lamanya tapi masih mengkhianati sahabat sendiri. Allahu Allah, moga dijauhkan kami daripada itu. Semusim ukhuwah ini terlalu singkat kerana hadirnya di dalam hati... selamanya akan menghuni hati.

Setiap hati itu dihubungkan oleh Allah, pengikat hati adalah kerana berpaksikan keimanan pada Allah maka Allah yang membolak balikkan hati manusia. Pada Allah jugalah doa dipohon agar menyatukan hatinya dengan hati ana agar tetap bersama dalam kejauhan jarak yang memisahkan. Rindu ana padanya bukan sebarang rindu, kasih ana padanya bukan sebarang kasih, cinta ana padanya bukan sebarang cinta. Dia begitu istimewa bahkan terlalu penting dalam diari seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan ini.


... Sanah helwa ya ukhti habibati kak Nadrah maaf ya kak lambat ehe ... ^_^



Moga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirah Nya untukmu, memberikan kemanisan iman dan kelazatan islam sehingga akhir hayat, memberkati usia mu dan merahmati kehidupanmu.

Ya Allah, sahabatku ini buah hatiku, aku melepaskan dia kepada Mu kerana aku tahu ya Allah hanya Engkau yang boleh menjaganya lebih baik dariku dengan sebaik-baik penjagaan.

Ya Allah, aku meyakini qada' Mu bahawa setiap pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan namun aku mengharap kepada Mu ya Allah, jadikanlah pertemuan kami sebagai ladang tempat kami berkasih-sayang dan perpisahan kami adalah kerana mengharapkan pertemuan yang lebih baik, pertemuan yang Engkau berkat dan redhai.

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami untuk berkasih sayang kerana Engkau dan satukanlah hubungan hati ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan dunianya agar mudah pula urusan akhiratnya. Teguhkanlah hati kami dan himpunkanlah kami menjadi hamba-hamba Mu yang taat kepada Mu. Ameen ya Rabb. 



~"Kita berpisah untuk bertemu, mungkin bukan di dunia tapi pertemuan di akhirat yang diimpi. Moga kita dikumpulkan bersama golongan orang yang berkasih sayang kerana Allah, ameen"~

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.

Best of L.O.V.E,
Asrar Safiya
Sahabat dan adik yang selalu mencintaimu (",)
scheduled : 4.08 am


Thursday, June 14, 2012

I Steal Time to Tell A Story.


Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk termenung di depan komputer. Pandang notes dah berpinar mata walaupun mata dengan eye bag ni masih basah dengan titisan wudhuk.. Tengok jam eh, 3.31 am..

Klik, klik..tetiba buka blog yang.... auchummm!!! bersin, sebab berhabuk, penuh dengan sarang labah-labah -_-".. lama sangat x update blog ni..kalau blog ni punya perasaan dan mampu berkata-kata mesti habes tuan punya blog ini dimaki hamun..erk? terlebih..

Yang sebenarnya hati yang tiba-tiba rasa nak menulis, akal nak terjemahkan rasa yang singgah tetapi jemari seakan kaku untuk menari-nari, seolah tiada irama yang bergandingan untuk sama-sama memeriahkan malam yang semakin sunyi. Hanya bintang yang masih setia di atas sana, hanya bulan yang masih setia nun jauh di sana.

Mood nak exam ni yang pastinya, hati terlalu sayu teringat family nun jauh di sana.. time-time ni lah hati sarat dengan rindu yang disimpan-simpan nak meledak. Lagi-lagi teringat my one and only sister yang bakal dimiliki lebih kurang sebulan lagi.  Sedih, sayu, gembira semua ada.  Aku taulah aku dah besar walaupun mak still anggap aku darling daughter dia yang masih kecik, tapi rasa hati seorang adik tu tetap kekal sampai bila-bila. Mulalah nak fikir, balik rumah nanti, dah xde kawan, xde tempat nak berkongsi cerita sebab akak bakal ikut husband dia.  Of course la kan, takkan aku nak suruh akak aku stay dengan aku sampai bila-bila. -_-"

Bila imbas balik kenangan dulu-dulu, sangat manis walaupun banyak yang pahit..namun bukankah itu jalan bahagia yang perlu di tempuh? Lain orang lain kisah yang Allah bagi, semuanya bersebab, tak yah nak merungut bagai sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Allah bagi kita susah supaya kita lebih mengenal dan menghargai makna kehidupan.

For my sis, maaf salah silap.  I love u, and really love you.  Sorry for any mistake yang adik kicik ni dah buat.  Moga jadi isteri solehah dan pada my future bro in-law please jaga kakak saya baik-baik, make her wanita syurga. *Basah nota* oh my... and whatever it is my dear sis, past it whatever... Our past has no right to stop us from having a better future.  As long as we believe in Allah , put more effort and never stop trying to be better,today and everyday. We deserve to be happy . We deserve to have a good life. We deserve to get a good person. Because we're awesome like that! Yang pasti , everything happens for a reason . in order for us to be a better person and get a better thing in life. AllahuAllah , He's the almighty...

Love u more than words u know.. thanks, thanks n million thanks for everything!  And sorry, I'm ordinary. I'm not perfect...

Hujan mata makin lebat.

Ok, stop. sambung study balik. (kat swimming pool tadi pun masih sempat study. . kau mampu? *kak asyu punya trademark* ;D)




p/s: Final exam is coming.. Hoping for the best *finger crossed*. Friends, let's pray for the most perfect ones. :) you, pray 4 us.. ^^


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "