Assalamualaikum w.b.t..
Masa tak pernah menanti, dia akan terus pergi dan berlalu tanpa kita sedari. Dan ini adalah salah satu post yang tertangguh sekali lagi. *Sigh* -_-" tak taulah busy tang mana, berbulan2 post ni tertangguh. Nampak sangat malasnya. Kehkehkeh. Ok, kali ni dah janji dengan diri sendiri kali ni nak update sungguh-sungguh walaupun sedikit (muka gigih).
Sebenarnya nak cerita sikit tentang persiapan majlis resepsi yang dah berlalu setahun tu hakhakhak.. Rasa macam baru semalam sebenarnya tapi rupanya dah setahun. ;D Tambahan pula Ogos dan September ni sungguhlah banyak undangan majlis bahagia.. alhamdulillah3x.. Kena susun jadual betul2 mana yang sempat nak pegi. Usahakan sehabis baiknya.
Ok, dari dulu bila tengok orang kawen, saya sendiri simpan impian kononnya nak buat set baju kawen sendiri. haha.. bajet pandai sulam dan jahit lerr tu. Bila tengok belog2 orang DIY veil sendiri, teruja rasanya. So, bila tarikh kawen sendiri dah diputuskan dan masa tu saya sedang melalui FINAL PROFESSIONAL EXAM! Saya mula la fikir macamana nak buat dalam keadaan yang busy pulak tu. Dengan posting kat hospital yang masih tak habis. Ok, tarikf nafas, duduk dan bincang. My BFF Fiona yang tersangat besstttttt tu tolong duk bagi idea. Ok, kita akan buat macamni, macamni dan macamni. Makanya, terhasillah lakaran dua baju pengantin yang vogue gitu haha. Baju pengantin muslimah ala-ala dress princess gitu. Saya punyalah excited. Dengan terhasilnya lakaran itu maka bermulah pengembaran kami menyiapkan set baju itu. Balik je dari hospital ada masa luang sikit, mulalah tenun sini, tenun sana, cucuk sini, cucuk sana.
Hasilnya, tadaaa!!!! ceh..hahaha..
Alhamdulillah puas hati.. Yang atas tu baju untuk resepsi dan yang bawah tu untuk nikah. Kalau nak cerita detail perjalanannya satu-satu memang tak habis satu malam cehh..haha.. Tapi yang sebenarnya, seumur hidup saya memang tak pernah jahit-jahit baju or sulam-sulam bagai ni. Bila tengok kat belog2 orang tu yang rasa terinspirasi. Dan saya sangat bertuah sebab ada sahabat macam ona yang kretif terlebih2 hehe... Maka terhasillah baju idaman saya dan sangat berbaloi pun sebabnya kalau sewa baju kat kedai, fesyen sama saja dan disebabkan saya ni tersangatlah kecik gitu, selalunya memang susah nak dapatkan saiz. Yang ni memang puas hati.
Bila balik dari kampus,family tanya pasal baju. Dan saya dengan bangganya bagitau, dah ada, siap tunjuk lagi dan cerita macamana kitorang siapkan. Mak sendiri macam taknak percaya anak bongsu dia boleh buat macamtu haha. Sebabnya, yelah seorang ibu sangatlah kenal anak dia macamana ye dak? eheh. My sister n cousin pun semua macam tak caya je baju tu kitorang siapkan sendiri. Apapun alhamdulillah atas izin Allah dan bantuan my bestieee.. ;)
Tibalah di hari bahagia itu. Mak andam semua memang tak ada. Yang ada cuma sahabat2 yang supportive and tolong tempekkan bedak sikit-sikit agar tak pucat, tu je. Memang original habeslah haha. Ingat lagi kata achik "umi jangan mekap banyak2 tau, nanti muslimin kat luar gelak" haha. Ok, itu scary. Come, let the pictures tell everything.. ;)
Hiasan idaman saya.. ;)
Masa ni mula-mula nak masuk dewan. Masa nilah mula nak fikir macam2, nebes semacam. Bisik kat en.husband "err..enta (masa ni x mampu lagi nak panggil abg haha), jalan slow-slow tau..takut nanti kasut cabut -_-" haha.. ok x biasa pakai heel macamtu. Suami balas ckp "xpa, abg pegang tgn ok.." ^_* hikhikhik..
Masa kat atas ni pun sempat lagi bisik "penat la senyum.." hahaha..
The guests.. ;)
Ni sahabat husband (yg baju purple tu adik) jadi our band yang menghiburkan haritu.. Sedap tau suara diorg hehe.. ;)
Schoolmate husband.. ;)
My family in-laws.. ;) purple... Husband anak sulung memang xde anak2 buah lagi la hehe.. Honestly, to have such a wonderful family like them is a big gift from Allah.. How grateful I am.. ;') May Allah grant us with His jannah..
My big family... anak2 buah ramai.. since saya paling bongsu dalam family besar.. ^_* Love them all very much!
The girls yang hadir. Thank you so much my dear all... ^_* Moga dapat jodoh yang soleh cepat2.. ;p
Yang ni gabungan sahabat2 muslimin n muslimat KAMI... ;) Yang lelakinya malu-malu kucing masa naik pentas tengok gadis2 solehah ramai sangat... ;p
My kakak2 yang sangat2 awesome.. Miss ^_* Really miss them much!
Husband dengan one of his BFF.. Tak tau lah sembang apa. Saya pun dah kena culik dengan gegirls pegi posing dengan gembiranya hehe.. ^^,
My BBF a.k.a sister in law.. This october pun dia bakal bergelar puan.. Pls pray for her.. ;)
My cutie sweetie Fiona.. ;)
To have both of u in my life is a greater gift from Him.. Thanks Allah.. ;') May Allah grants both of u with jannah...
Gambar terakhir sebelum majlis berakhir.. Masa ni nak balik dah, muka pun dah nampak letih sangat tapi masih mampu tersenyum. Maka bermula lah perjalanan bahtera kehidupan berdua bersama. Bahtera yang dikemudi oleh seorang lelaki yang saya percaya mampu untuk memimpin sehingga ke firdausiNya. ;')
*********************
Sebenarnya beratus-ratus banyaknya lagi picture yang ada dalam simpanan.. Nak upload semua memang tak mampu sangat2.. Yang ni pun main rambang jer select.. Asal ada kehkehkeh... ;D X masuk yang belah lelaki lagi. Hanya sekadar nak menconteng lakaran kisah di hari bahagia... ;)
Masa ramadhan lepas sebenarnya nak sambung post ni tapi sangat-sangat tak larat. Dengan sakit belakangnya dan dua hari sebelum ramadhan tu, balik dari kerja en.suami bawa makan kat restoran sebab tak larat nak masak. Masa tengah tunggu pesanan sampai, tiba2 rasa nak termuntah. En. zauj tenangkan sambil urut2 belakang. Masa makan memang tak tahan, akhirnya muntah juga. eheh.. Suami tak tunggu lagi bayar dan terus bawa saya balik. Sampai rumah memang sakit pinggang yang amat. Cakap kat suami mungkin sebab banyak berlari dan berdiri masa dekat ward. Suami pula dengan baiknya urut seluruh badan sampailah saya tertidur dengan amannya bermimpikan bulan bintang.. ;D
Esoknya husband suggest pegi klinik, sebab tengok isteri dia ni macam dah tak larat sangat. Tergerak hati nak buat urine test. Cakap dengan suami. And guest what, saya terkejut yang amat bila tengok dua line jelas di situ. Terketar2 rasa dia hahaha.. Hepiiiii yang amat. SubhanAllah, alhamdulillah... Sangat-sangat tak expect. Keluar dan tengok husband dengan muka yang sangat pelik. Bagi husband tengok dan husband terus senyum, peluk lama dan cium dahi berulang kali sambil tak henti2 sebut subhanAllah, alhamdulillah. Ramadhan gift... ;')
Husband dengan tak sabarnya terus call family. Bukan main hepi lagi. First grandchild for both family, inshaaAllah... ;') Dear alls, please pray for the miracle in my tummy.. Moga dia sentiasa sihat dan jadi anak yg soleh..
Syg ummi kata "assalamualaikum aunties and uncles, today I'm 3 months old.." ^_^ InshaaAllah nanti nak tulis pengalaman sepanjang first trimester di bulan ramadhan.. Penuh mencabar dengan all day sicknessnya, sakit belakang dengan kerja di ward yang sangat busyyy memanjang.. *Ummi kuat* ^_^
Love,
Sue