Thursday, October 28, 2021

Mommy To be : Hb Rendah? Jom baca ni!

Assalamualaikum!

Sajalah nak kongsi ni. Kebetulan semalam ada kawan tengah pregnant yang low Hb. Disebabkan sue pun InsyaAllah soon menanti kelahiran baby yang ke 4 pula, jadi rasa terpanggil nak share sikit pasal ni.

Tapi sebelum tu sue doakan pada korang yang sedang TTC akan dapat baby juga soon okay? Aamiin!  Moga dimudahkan dan diizinkan ALLAH :)

Macam sue kata tadi yang ni dah pregnancy yang ke 4.  Nak share sebab dulu masa kandungan pertama sue pun hadap Hb low ni. 

Kalau korang pun pernah or tengah alami, YES kita sama! So sue nak share tips that worked really well for me to increase my HB that time.

Okay, sue cerita sikitlah kan. Masa tu semuanya bermula waktu checkup dekat KK. 1st trimester check up cemerlang gemilang terbilang la senang kata. Hb pun 13. Cantikkk ja. 




TAPIIIII masuk ja 2nd trimester, HB turun pergi bawah 10.  Terkejut jugak. Terus kena suruh jumpa doctor. 

Doctor pun explain complication yang akan kita hadap bila HB LOW. Kita akan rasa mudah penat, mudah mengantuk.  Tapi yang paling menakutkan kemungkinan untuk berlaku tumpah darah atau baby meninggal dalam perut tu ada. Doctor kata kesian kat baby kan.

Masa tu rasa bersalah sangat. Baby pertamakan.  Hampir setahun jugak tunggu.  Sue nangis jugaklah minta maaf dekat baby dalam perut. Abg saif la tu. Sedih rasa masa tu. Rasa tak jaga diri dengan baik sampai effect ke baby. 

Masa tu sebab kita pun kerja hospital jadi kita minta kat Doctor untuk kita usaha deal dengan pakar dekat tempat kerja. Doctor okay dan kata akan pantau la.

So,dekat masa dekat ward (tempat kerja kebetulan sue kerja ward bersalin jugak), sue tanyalah Doctor apa ubat yang bagus untuk naikkan Hb. Doktor terus suggest Sangobion.

Wahhh, tak tunggu lama. Balik kerja tu terus beli. Dan amazingly, dalam seminggu ja Hb sue terus naik balik ke 12. Alhamdulillah.  Oh ya untuk pengetahun kita makan jugak sayur, daging etc2 semua tu.  Tapi Hb tetap tak naik.

Alhamdulillah dengan sangobion sue serasi.  Masa tu sue beli kat Watson.  So korang boleh ja cari dekat Watson or Guardian. Farmasi pun ada. Sue makan sebiji sehari ja. :)



Tapiii tapiii sue tahu ada yang susah nak telan ubat iron macam ni. Ok, now kandungan yang ke empat kan.  Sue tak ambil apa apa lagi. Cuma sebelum pregnant sue memang ambil vit c dan Annona Strawberry Milkshake with Birdnest (AMS). Yaa.. milkshake ni ada birdnest tau.



And then dia less sweet sebab tu sue suka. 

So bila dah pregnant, sue teruskan ja minum.  Dan yang seronoknyaaaaa apa tau? sekarang setiap kali check up, alhamdulillah Hb maintain cantik 13. Gula pun elok. 



Dannnnnn yang paling bestttt jugak, masa pregnant dulu kaki sue selalu kejang. Bila bangun tidur tu terjerit jerit panggil husband.  Yang pernah rasa mesti tahu macam mana sakitnya bila kena tu. Tapi kali ni alhamdulillah so far tak pernah lagi kena. Maybe sebab khasiat susu dan sarang burung dalam AMS tu. :)

Alhamdulillah.

Ok so back to story tadi, kalau korang tengah hadap masalah Hb ni, bolehlah cuba beli Sangobion kat watson.  Atau kalau korang rasa tak boleh nak telan ubat macam tu, boleh cuba AMS ni. Serius banyak khasiat dan kelebihannya untuk mommy to be selain bantu maintainkan Hb.




Tapi sue galakkan apa apa pun minta nasihat Doktor dulu ya. Sue pun macam tu jugak.  Sebelum ambik apa apa minta nasihat Doktor dulu.  Dan Doktor tahu sue ambik apa dan okay je katanya.

Apa pun what is good for me might not be good for you. Betul kan? Tak semestinya elok kat sue, elok kat korang. Sue just share apa yang sue amalkan. Korang boleh cuba as ikhtiar. And oh ya, Annona ni founder dia memang seorang Pharmacist. Sebab tu sue yakin sangat.

Last but not least, tetap kena jaga pemakanan ok. Semoga semua yang sedang mengandung dimudahkan dan selamat bersalin.




Jumpa lagi di next entry. :)

Oh ya kalau korang nak beli AMS tu boleh beli sini ya

http://www.wasap.my/+60195282149/nakAMS

Harga dia satu pouch rm6.90/rm7.90. Tapi selalunya ada promo so korang boleh beli dengan lagi murah.  Dan beli banyak boleh dapat lagiiiii murah. Sebab kita minum setiap hari kan. Beli 1 karton terus untuk sebulan :)

Monday, July 26, 2021

JODOH ITU MEMANG UNIK

Kesian blog Sue ni. Macam hari raya, setahun sekali updatenya haha.  Sajalah nak mencoret ni sebab PKPD kan.  Ada banyak masa terluang jadi kita berkisahlah.

Abang kalau terbaca ni, ni sayang tulis sebab bulan depan anniversary kita hehe. 

Sebenarnya saja saja terfikir sebab rasa penuh hikmah sangat perjalanan hidup ni.

Semuanya bermula bila Sue renung kereta Hilux yang kami belikan untuk mak. Tiba tiba Sue terdetik

"kalau aku kahwin dengan orang lain, adakah dia akan restu dan redha dengan impian aku ini?"

Apa impian Sue dari kecil : nak senangkan mak. Nak buat rumah untuk mak, nak beli kereta untuk mak dan apa saja.



Kenapa? sebab mak Sue dulu ibu tunggal.  Mak Sue besarkan kami adik beradik susah payah.  Kerja kilang, tanpa peduli cakap cakap orang.  Tak cukup tu berkebun, bersawah, berniaga kecil kecilan. Apa saja asalkan halal untuk sara kami adik beradik. Untuk pendidikan kami.  

Mak ketepikan keinginan diri, bangun sendiri walaupun hati remuk di tinggal suami sebab perempuan lain. Mak kuat untuk kami.  Sue saksi tiap pengorbanan mak. Dan tiap jerih perih mak.  Alhamdulillah Allah kurniakan mak akal yang bijak.  Bijak cari duit dan bijak menyimpan.  Rugi pak Sue hehe.

Ok balik pada cerita tadi.  Kenapa Sue terfikir pasal ni.  Sebab iya sue perempuan, seorang isteri.  Sue selalu baca kisah, perempuan yang lepas kahwin, tak dapat nak bantu keluarga sendiri. Masing masing ada ujian sendiri kan.

Jadi bila Sue tengok betapa support dan ikhlasnya suami bantu sue capai impian. Sue jadi sangat bersyukur. Dia redha sue berhenti kerja. Redha sue buat bisnes sebab nak capai impian.  

Ada lelaki dia sangat ego nak bagi isteri dia bisnes. Sebab risau cakap cakap orang. Macam dia tak mampu nak bagi isteri makan.  

Tapi untuk Sue, suami redha dan restu. Bantu sekali. Sebab tu sue terdetik kalau sue kahwin dengan lelaki lelaki lain yang pernah sue kenal dulu, adakah diorang support sue macam suami support.

Kenapa sue terdetik macam ni? Sebab kisah kami, sue awalnya tak suka dia.  Kalau tak suka kenapa terima? haa inilah uniknya jodoh.  Tapi lepas satu satu kisah kami, baru sue sedar memang kalau dah Allah kata itu jodoh kau tidak boleh lari la. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.

Part yang paling unik bagi sue, kisah kisah yang berlaku sebelum sue kenal dia.  Kenal sebelum kenal gitu lah umpamanya haha. Maksudnya macam mana? Mari sue cerita tiga kisah ini.

Kisah pertama masa sue tingkatan 5. Tahun 2007.  Waktu tu sue cuti sekolah. Sue tengah duduk dekat ruang tamu rumah makcik sue (sue memang dari kecil selalu di rumah makcik sudah macam mak kedua sue la. Sebab mak dulu kerja di shah alam, sue di sabah. Bila cuti sue memang duduk dengan makcik atau nenek kalau sue tidak terbang ke shah alam).

Balik pada cerita tadi. Tiba tiba bunyi kereta di laman rumah.  Makcik sue kata adik sepupu sue sudah balik (anak makcik sue la). Seingat sue dia dari pertandingan majlis tilawah al quran tak silap masa tu. Yang hantar dia anak kepada ustazah yang ajar adik sepupu sue tu. 

Sue ingat lagi makcik sue kata baik budaknya. Student SMAKK dulu (Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu). Sekolah agama macam kau lah. Azri nama dia. Tengah tunggu result U rasanya makcik sue cakap.  

Sue angguk angguk saja. Tak rasa mahu tahu pun siapa. Kiranya tak penting la untuk sue haha.  Tak jenguk keluar pun. 

Rupanya itu bakal suami 6 tahun akan datang haha. Manalah tahu kan. Kalau boleh tengok masa depan sue sudah lari keluar tengok kekeke.

Kisah kedua masa sue dekat matrikulasi. Masa tu umur sue 18 tahun. Dan pun sama sue belum kenal pun suami masa ni.  Sue balik kampung sebab nenek meninggal.  Tengah sedih sedih tu, sahabat Surau Al Irfan (Persatuan masjid dekat matrik masa tu) mesej sampaikan salam takziah.  Tiba tiba anak buah suami kepada makcik sue duduk sebelah sue, sue panggil dia Rin. Masa tu kenduri arwah, semua orang datang. Biasalah kan. Tidak rapat pun. 

Dia tanya siapa mesej. Sue pun tunjuk dekat dia. Dia tengok nama lelaki (kebetulan mesej yang sue tengah buka tu mesej AJK Surau lelaki).  Dia pun cakap mesti baik orangnya kan. Sue pun angguk ja la.  Takkan sue kata jahat pula haha.

Pastu tetiba dia cerita. 

"Saya pun ada kenal seorang lelaki ni.  Pra U sekali kami.  Student SMAKK dulu. Ya Allah soleh betul. Tidak tinggal solat. Selalu tengok dia duduk surau. Selalu ceramah. Usrah. Saya ni kan freehair, Segan la tapi suka tengok. Sebab lain hehe. Nama dia Azri"

Respon sue : aaaaa...bunyi macam budak jemaah ja.  Tapi dalam hati (ada ka budak jemaah dekat Kota Marudu ni) haha. Masa cerita dengan suami kisah ni dia ketawa ja. Bukan apa, sebab sue ada sepenuhnya dekat kota marudu ni sampai darjah 6 saja (Balik pun sekali sekala. Kadang balik shah alam). Masuk sekolah menengah sue sekolah asrama penuh, sambung matrikulasi, masuk U.  So hidup sue masa kecil sampai sekolah rendah tu, persekitaran hanya budak2 nakal.  Sue pun lahir dari keluarga berantakan. So dalam kepala sue ni tiada lelaki baik di kota marudu haha. 

Kisah tu pun berakhir di situ.  Tidak pernah pula sue terfikir. Cerita kosong bagi sue. Dan sue balik matrikulasi, kuliah macam biasa. 

Kisah ke ketiga pula di hujung pengajian matrikulasi ,  Masa tu sue baiah dengan jemaah.  Jadi sue tanya naqib, sue duduk shah alam dengan mak masa tu.  Tapi atas satu peristiwa selepas 10 tahun di shah alam, mak sue balik Sabah. Sue tanya naqib sue kalau sue balik kota marudu, sue nak bergerak macam mana untuk kerja kerja jemaah ni. Sebab sue tak kenal siapa siapa. Kawan sekolah pun tiada. 

Naqib sue kata ada tiga orang budak jemaah di KM. Semua lelaki. Dia pun sebut nama semua. Sekali lagi sur tak terrelate pun dengan kisah pertama dan kedua tu. 

Dan antara semua tu sue kenal dia paling lambat haha. Kenal dia 2010. Selepas 3 tahun peristiwa2 itu berlaku.  Waktu kenal dia pun sue masih belum sedar dia lelaki yang sama pada peristiwa pertama dan kedua. Sebab sue kenal gitu ja. Atas dasar gerak kerja. 

Kali pertama kenal dia dekat PASTI. Sekali itu ja la. Dia pun lepas tu balik U. Sebelum tu terserempak dia dekat bank. Bila sue cakap pasal ni dia kata dia perasan dulu sue dekat bank. Tapi dia tau sue tak nampak. Dan memang sue tak nampak memula tu. Masa sue perasan dia dekat situ, sue loading sikit. Mana sue pernah jumpa lelaki ni haha. Lepas tu baru sedar ooo dia. Pastu buat tak tau. Cepat cepat keluar dari bank.

Jadi masa pkpd ni dia cerita la, kenal kali pertama tu dia dah terdetik sue ni jodoh dia. Ceh haha. Masa nampak kali kedua dekat bank tu lagi dia yakin katanya haha. 

Sebab tu juga semuanya tiba tiba. Bila cuti semester dekat U, sue balik macam biasa. Bergerak kerja macam biasa. Sue tak tahu pun dia simpan hati. Tiba tiba dia datang jumpa mak sue. Masa tu sue pula cerita pasal orang lain dekat mak. Lepas dia datang, habis orang lain mak reject. Padahal sue dah hint dekat mak, sue nak kawin orang jauh. Mula tu mak restu dah. Tiba tiba dia datang, mak terus cancel restu dia haha.

Mak dengan makcik sue kata tak payah la yang jauh tu. Ni ok dah, baik, soleh, keluarga baik baik, dekat pula tu. Apa apa senang.

Padahal masa tu hati sue nak lain.  Tapi Allah gerakkan hati sue untuk pilih keluarga. Dan sue pun macam at the end follow saja. Ntah tiba tiba terima. Tiba tiba kahwin. Eh. 

Sebab tu sue kata unik betul jodoh ni. Kenal sebelum kenal. Sue kenal peribadi dia sebelum kenal orangnya.  

So, bila akhirnya Sue tahu dia lelaki yang disebut pada peristiwa satu dan dua tu? Sebulan sebelum kahwin hehe.

Masa tu sue terjumpa Rin. Pastu dia cakap tahniah, bakal nikah dengan Azri. Sue ceritalah dengan makcik.  Makcik cakap Rin kenal, sebab satu Pra U. Lepas makcik Sue cakap macam tu, terus sue terflash back semua peristiwa sebelum tu. Baru sue sedar lol. Ni kot dia sembang sembang dengan sue dulu tu haha. 

Pastu makcik sue sambung dialah juga yang hantar dayat (adik sepupu sue) balik dari pertandingan dulu tu. 2007 - 2013. Hampir 6 tahun baru aku tahu itu dia haha.




Sebab tu sue percaya, walau apa sekalipun memang Allah dah tentukan dia jodoh sue.  

Allah lebih tahu apa yang sue perlu. Semuanya rahsia Allah.

Bulan depan anniversary kami ke 8 tahun.  Banyak nikmat dan ujian sepanjang jalan. Tapi macam mana teguhnya hati dia tetap berkeras mahu bersama sue dulu, begitulah teguhnya dia memegang dan menjaga sue sampai saat ini. 

Orang tua selalu pesan, rumahtangga ni biar lelaki sayang kita lebih. Betul la tu. :)



Selamat ulang tahun yang ke 8 abg. 😘

Sue.
Terus setia disisi. 


Wednesday, October 16, 2019

Rahsia Awet Muda CikSue : Annona Bird's Nest Minuman Sarang Burung Walit

Gituhh tajuk hahaha.

Bukan apa harini saja nak share sebab setiap kali jumpa orang mesti tanya apa rahsia kekal remaja gituh kahkahkah.  Eh bukan perasan sendiri tau, ni orang cakap.  Jadi ni kita nak pecah rahsia la ni.  Selain dari hati yang gembira dan bahagia,  Sue dah lama amalkan benda ni.

Iaitu...




Minum minuman sarang burung walit.  Actually banyak jenama birdnest di luar sana.  Tapi Sue suka sangat sangat Annona Birdnest ni.  Kejap lagi sue cerita kenapa Sue suka brand ni.  

Rasa semua tahu kan, rahsia kulit yang cantik orang chinese ni sebab amalkan benda ni.  Sue dulu memula tak ambil kisah sangat pasal ni.  Tapi entahlah bila dah anak tiga ni terasa pula macam tua.  Yelah mungkin sebab kolagen dah kurangkan hihi.

Setakat skincare yang padu memang tak cukup sebab tu Sue tambah amalkan Annona Birdnest ni.  Memang kulit rasa lain sangat sejak amalkan minum birdnest. Rasa bertenaga pun iya jugak. Cergas semacam gitu ahaha. Lagipun Sue kan fully breastfeed Nuha, so amalkan birdnest ni memang best. Air susu banyak sangat, alhamdulillah.




Cara ambil birdnest ni tak susah pun.  Paling bagus ambik sebotol setiap hari, kalau nak kulit lembut, toink toink toink dan nampak lambat tua

Seeloknya minum lepas bangun tidur masa perut kosong, Macam Annona Birdnest ni korang boleh simpan dalam peti ais minum sejuk2, perghh memang sedap. Rasa tak cukup sebotol hikhik.




So kenapa aku pilih brand Annona? Aku dah try brand lain, tapi sumpah Annona Birdnest ni paling sedap so far bagi aku. Rasa dia serius macam jeli kelapa sebab ada mix white fungus tu. Just nice tak manis. Memang sedap. Taip ni pun rasa nak pegi ambik sebotol pula ahaha.




Nampak tu sedap sungguh penuh isi. Kenyal2 bila di kunyah. Dapat pulak sejuk sejuk perghh. Nyaman! Kandungan birdnest dia pula cuma 7%. Well sehari badan kita ni cuma perlukan 7%-14% so tak perlu minum banyak2. Membazir.




Selain kualiti dia yang terjamin terjaga daripada kilang Ecolite sendiri (antara pengeluar utama minuman sarang burung walit di Malaysia), ianya halal. Ada halal jakim okeh. Tak ragu nak minum.

Paling penting, jimat poket ahahaha. Sekotak cuma 18 hengget. Sekotak tu ada 3 botol. Kiranya cuma RM6 je sebotol. Murah kan, taklah rabak poket. Actually aku tengok ada lagi yang murah, tapi macam tak berani pulak. Sebab rupa macam OEM gitu. Annona ni memang trusted, kat kotak pun ada tulis pengilang.




Murah kan. Oklah nanti Sue share lagi apa yang best. Tulis panjang panjang nanti korang tak baca habis pulak ahaha. Oh ya, kalau korang nak dapatkan Annona Birdnest ni, boleh dapatkan kat sini:

Ig : https://www.instagram.com/annona_birdnest_official/

Fb: https://www.facebook.com/annonasuelegacy/

Atau korang whatsapp je terus:

http://www.wasap.my/+60195282149/nakabn

Last sekali haruslah tepek sekeping gambar ni.  Ah gitchuuu.  Takdelah jadi bidadari terus, tapi yang penting kulit bersih, sihat.  Tak putih takpa hihi.



Sue,

Mak anak tiga

Monday, December 17, 2018

My Lovely BFF a.k.a Daughter

Entahlah, tetiba nak post pasal ni dekat blog.  Like seriously, berbeza sangat perasaan ada anak lelaki dan perempuan.  Rasanya sebab tu anak perempuan ni sampai besar dia jadi bestfriend mak dia.  Macam tulah my daughter, Adwa Az Zufayra ni.  So lovely, so manja, so nakal.  Sampaikan abang dia pun cakap kat sue "manjalah adik ni umi, comel dia kecik kecik"  Memang sangat manja.  Malam sebelum tidur, peluk peluk ummi, pegang pipi ummi, cium dua dua belah.

So takda nak cerita sangat pun.  Just nak simpan gambar genap setahun dia di sini, buat tatapan dirinya bila dia besar nanti, in shaa Allah.  Ummi loves u so much sayang.  Moga kamu membesar jadi anak yang solehah, tahu jaga diri dan maruah.  Sayang ummi dan abah sentiasa.  Jadi saham akhirat ummi dan abah.  Sayang abang dan adik-adik (future).





Si kenit yang manja.  Abang cakap just like your ummi eheh


Harta ummi dunia dan akhirat.  In shaa Allah tambah satu soon hihi



Satu ikut abah, satu ikut ummi.  Orang kata. Betul ke?


Potret family.  Next two years jadi 5 pulak :)







Dua gambar kat atas ni sebiji gaya macam abg saif setahun dulu. :)





With ummi <3 p="">








Gegirl abah <3 p="">



Sanah helwah 13 Jan 2017 sayang.  Soon dah dua tahun awak




Kasi can ummi dan abah pula hehe ;)


Moga Allah kumpulkan kita di syurga kelak.  Ummi sayang keluarga kecil ummi.


Sue
Isteri ummi solehah

Tuesday, August 14, 2018

Move On Bukan Melupakan


Sebenarnya semalam agak busy sepanjang hari.  And I got a text message from my so called adik.  Adik la sebab muda dari saya kan dan kitorang memang sangat rapat. 

“Kak Sue, busy? Hehe”

So disebabkan memang betul-betul tengah busy I said to her tengah busy, malam nanti akak call k.

As promised, saya pun call la kan lepas dah call dengan husband, dah settlekan makan malam anak-anak. Try to call few times but she said can’t pickup it since she has something to do at the moment.   So we just text each other. 

“Malu sebenarnya mau bagitau dengan kak sue.  Tapi iya rasa macam perlukan kata-kata sikit pula.  Cuba sudah move on, tapi makin teringat-ingat.  Macam susah sangat mau lupa”

I replied her “Move on? Teringat-ingat? Maksudnya apa atau siapa? Haha”

Ok, so long story short, this adik before ni ada someone.  Serious relationship.  Sekarang study dekat U, someone special tu since form 5 katanya.  I think I know this guy, tapi tak tanya pun sebab bukan keperluan.  Putus since 5 bulan yang lepas, sebabnya that guy ada someone yang lain pula.

Sedih? Of course.  I know that feeling.  Sedih nak giler kot. Haha.  So tak perlu letak kaki dekat dia punya shoes sebab aku tahu apa dia rasa waktu ni.  Don’t mention 5 month, aku pun perlu dua tahun untuk terima orang lain dalam hidup.  It’s hurt tho.

Disebabkan aku ni dah jadi mak-mak, so agak terbatas juga untuk aku menaip dan sooth dia punya feeling tu.  Tengah nak menaip tu lah datang sorang “umii, umii..” :D  So I promised to her I will write something for her.  Bukan kata semangat sangat pun tapi just sharing an experience and let her know, its okay.

Okay, so first thing that you or we should know is, move on bukan bermaksud kita lupa.  Tak ingat. Hilang ingatan. No.  Our mind don’t erase.  Move on maksudnya kita betul-betul redha yang kita tidak ada jodoh.  Allah takdirkan sebaliknya untuk kita.  Cuma mungkin ada dua keadaan kenapa kita masih rasa ralat, masih teringat-ingat.  Even after sometime kenapa kita masih terfikirkan dia sebelum tidur? Kenapa masih teringin nak tahu tentang dia?

Satu keadaan di mana bila berpisah dalam keadaan perasaan masih sangat-sangat sayang. 

Yang ni bila teringat je kenangan lama tu yang jadi susah nak move on.  Bila sebut since sekolah menengah of course banyak tempat-tempat yang boleh mengingatkan kau pada dia.  Even kau lalu sekolah kau pun or dengar nama sekolah aku gerenti automatic kau akan ingat pasal dia.  Every little things pun dah boleh buat kau teringat. apatah lagi bila kita masih menyimpan barang or hadiah dari dia, mula lah ada perasaan teringat. Bila bukak you tube ke, keluar plak lagu yang sedih, ada kena mengena sikit mula lah berjuraian airmata! haha. Perempuan kan, jiwa sentimental sikit.  Tapi fikir balik dia ada lagi ke teringat pasal kenangan korang? Ingat, korang berpisah sebab he has someone new.  Dia happy dengan hidup dia.  So please, kau pun layak untuk bahagia walaupun ambil masa untuk heal and recover.

Mungkin haritu kau dan dia sama-sama redha dengan perpisahan, dan bila dia ada orang lain, pastinya perasaan rendah diri tu ada.  Dia ada someone new yang lebih baik dari aku, sebab tu dia pilih yang lain.  So kau pun cakap kau redha, dan doakan dia bahagia. Tapi jauh di sudut hati kau, semua yang kau ucap kat bibir tu langsung tak sama. Masih mengharap  dalam hati. mengharap yang one fine day dia akan text kau, or dia akan call, cakap kat kau yang dia rindu, or mengharap yang dia akan datang balik pada kau dan semua akan kembali seperti waktu dulu. Perasaan mengharap ni boleh membunuh, bila kita mengharap, kita berhadapan dengan dua kemungkinan which is gembira, atau hampa. The best is, kita sepatutnya berhenti berharap. Sebab, lebih kita berharap, kita akan jadi lebih sedih. Lebih sakit.  Mungkin dia betul betul dah bahagia bersama orang yang baru. 

Situasi lain, kau dah tak sayang sebenarnya, kau dah boleh terima dia tak de. 

Tapi kau susah nak terima kenyataan yang dia tak setia kat kau.  Kau cukup setia, even kau jauh, kau tetap ingat dia.  Ramai yang nak kat kau, tapi kau still setia mati kat dia sorang.  Kau berhempas pulas, untuk fight for the relationship, tapi after dah buat macam macam, hubungan berkecai jugak. Some more berkecai sebab baru berjauhan beberapa bulan dia dah ada orang lain.  Aku tahu macam mana sakit dia.  Dan kau akan keep on thinking why, why and why? Rasa rendah diri sebab kau akan rasa orang baru tu jauh lebih baik.  Sebab tu dia ada yang lain.  Well benda tu sakit, based on own experience dari tahun pertama kat U sampilah nak masuk tahun ketiga baru perasaan tu slowly hilang.  Bukanlah setiap masa perasaan tu ada, tapi ada masanya kau akan jadi teringat bila ada trigger.  So for me, belajarlah menerima kenyataan. Tak semua apa yang kita nak akan menjadi. 

Selain tu time korang break up dulu, banyak persoalan yang tak terluah. Sudahnya, persoalan-persoalan tu tak terjawab. Kenapa kau boleh cari lain? Kau tak hargai ke? Tak bermakna ke our relationship? trust me, even aku pun ada 1000 persoalan yang aku still nak kan penjelasan.  Dan bukan persoalan kau je sebenarnya.  Tapi ada satu part yang kau nak dia tahu betapa sakitnya perasaan kau.  Kau nak luah benda tu.  Kau nak dia tahu betapa kau sayangkan dia.  Kau cuba nak maafkan tapi kau risau di masa depan benda tu jadi igauan dan akhirnya kau memilih untuk berpisah walaupun sepenuh hati kau sangat sayangkan dia.  It is truly hurt.  Kenapa dalam banyak-banyak perkara, dia buat benda yang paling aku takut, paling aku tak boleh terima sebab aku ada sejarah family yang lelaki is shit.  Lelaki tak boleh setia dengan seorang.  Tapi saat aku bagi sepenuh kepercayaan, dia leburkan semua tu.  Tapi selepas bertahun, kau akan sedar, semua benda yang jadi tu sebenarnya Allah dah tentukan.  Itulah cara Allah nak bagi relationship tu putus sebagai signal yang dia bukan jodoh kau.  Macam mana sayang sekalipun, macam mana cinta pun, kalau Allah kata you are not meant for each other, ia tetap akan putus. 

To all of that, sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah.  Usah melawan ketentuan Allah, nak ke hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai kau?  Trust me, one day kau akan jumpa jodoh yang terbaik.  Dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki yang kita cintai.  Hati manusia memang sukar untuk dikawal berbanding hanya zahiriah yang mudah untuk dikawal. Untuk melupakan satu demi satu benda dalam kehidupan yang telah kita lalui, mungkin susah.  Itu lah fitrah setiap manusia. bila sudah sayang, memang susah nak hilang rasa sayang. Sampai masa pasti akan hilang, mungkin makan tempoh yang agak lama.  Time will heal, in shaa Allah.  Back to basic, banyakkan ingat Allah.  Maafkan, dan berbahagialah.

Nafsu itu bagaikan anak kecil,
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya,
dia akan melampaui batas,
tetapi jika engkau menghentikan,
dia akan terpisah,
palingkan hawa nafsu,
jangan sampai menguasai,
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli,


Sue
Dah Move On.



Friday, August 10, 2018

Kisah Separuh Dekad


Hari ini.  5 tahun. Separuh dekad. Bagi yang dah lalui, mesti rasa alaaa jauh lagi perjalanan, banyak lagi nak tempuh. Well, ya still a long journey, tapi bila difikirkan banyak yang dah aku belajar dan faham. So sepanjang 5 tahun ni, satu benda yang sue boleh simpulkan, I found my new BFF!



Yes, my husband is my new bff. Obviously we spend more time together than with anyone else. Sharing benda yang menjengkelkan, melucukan, menyakitkan hati, menghabiskan movie waktu malam lepas anak-anak tidur, menangis, ketawa bila ada benda yang kitorang rasa silly, all together.





Benda yang paling tak terjangkau oleh akal adalah, selepas 5 tahun aku boleh teman dia keliling Pontian dari asar sampai lepas isyak semata-mata cari durian! Dari kecik sampailah aku besar ni (walaupun aku tetap kecik tak besar2) durian adalah benda yang paling aku tak suka. Awal-awal kawen dulu aku pernah pesan, kalau nak makan durian tidur kat luar sebab lepas kawen dia baru bagitau dia hantu durian. Which is sangat kontra dengan aku. Tapi lepas 5 tahun aku boleh teman dia pegi cari benda kesukaan dia. Well that is what bff do. Support benda yang bff kau suka walaupun kau sangat benci benda tu.





Just like macam dengan bff zaman U dulu, we are pretty amazing team. Kitorang akan take turn tukar diapers anak, mandikan, tidurkan. Bila malam contoh adwa tetiba terjaga pukul 3 pagi merengek2, dan aku pun dah putus asa pujuk, dia take turn bawak adwa turun bawah, yang akhirnya bila bangun subuh aku tengok dua2 tidur kat karpet 😝. Dan benda tu akan terus berulang dan berulang 😂



Orang kata 5 tahun pertama lain ujiannya. Challenges sepanjang separuh dekad ini, yes definitely we have seen the best and the worst days and survived them, together. Panjang sangat kalau nak cerita jatuh bangun selama ni. But at the end, kitorang senyum kemenangan sebab berjaya lalui segala mak nenek kepayahan, kesusahan dan  keperitan. Indeed, benda tu jadi memori yang sangat indah buat kami. Kalau pegi tempat yang ada sentimental value sikit, mesti aku atau dia akan cakap "ingat tak dulu dekat sini" eceh haha.





Apa pun selepas 5 tahun ni, kitorang still enjoy doing things together. We like talking to each other, atau yang lebih tepat dengar dan belajar antara satu sama lain. Paling best, aku boleh cerita apa sahaja tanpa risau dikecam or being judged 😝. Dan paling penting, aku tak perlu risau di tikam belakang. Rahsia tak akan bocor ok.  Confirm. Haha.
Last to abang, thanks for everything.  Harini saya kirim doa di kejauhan moga Allah sentiasa merhamati kita, dan temukan kita di syurgaNya.
Ya Allah, Tuhan Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata
Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja
Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya
Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai 
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. 

Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. 
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin



We love you and we miss you very much!

Thursday, April 12, 2018

Hari Ni Rasa Nak Menulis

Hihi, tajuk pun suka hati. Ya, hari ni rasa nak menulis. Sebab entahlah, sebab rasa lama tak menulis dari hati.

Sebenarnya beberapa harini rasa macam nak move on. Move on sangat kan haha.  Taklah maksud saya, nak berhijrah pula dari sini (baca: Johor).  Mungkin betul cakap suami, saya ni memang jenis tak boleh stay lama di suatu tempat.  Setiap dua tahun kena pindah, kalau tak dia jadi macam demotivated. Berselirat rasa. BFF pula seorang kat Madinah, ada yang dah ke Qatar.  Adakah saya perlu ke sana juga? Haha. 

Kalaulah boleh husband tak kerja, dah terbang ke sana sini.  Apakan daya, kaki masih terikat.  Tapi at least mungkin kena move dari sini pula ke tempat lain.  But not Sabah, tak ready lagi untuk settle down.  Maybe one day insyaAllah.  Tidak bukan jiwa muda.  Tak. Tapi rasa sayang dengan umur yang masih muda, tenaga yang masih banyak, dihabiskan duduk selesa sendiri. Hijrah ni sangat best sebenarnya.  Sebab itu juga saya dan suami suatu ketika dulu buat keputusan untuk berhijrah walaupun dah selesa ditempat sendiri. Merasa hidup ditempat orang, banyak sangat yang kita boleh belajar.  Jumpa ramai orang, bersilaturrahim dan memahami kerenah-kerenah manusia.  Satu yang saya rasa tak akan lalui kalau just stay dulu.  Hikmah dan nikmat :)

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS an-Nisa’ [4]: 100)

Rasa diketuk-ketuk hati ini untuk melihat suasana yang baru.  Tempat yang baru, bau udara yang berbeza.  Hati tertanya, dimana pula Allah tempatkan selepas ini? Saranan dalam surat cinta ini sering berlagu

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Sebenarnya berhijrah selama beberapa tahun ini banyak mengajar.  Apa yang boleh saya katakan, hijrah selama ini lebih kepada mencari ketenangan dan menikmati keindahan dunia ciptaan Tuhan serta melihat kepelbagaian budaya, bangsa dan masyarakat yang berada di bumi ini. Kesemuanya sebagai tanda kebesaran dan keagungan ALLAH.  Merasa banyaknya pertolongan-pertolongan Allah yang hadir saat kita bergantung harap hanya pada Dia. Jauh dari keluarga, we learnt so much.  InsyaAllah will look for new place, new journey, new experience.  Doakan dapat berhijrah secepatnya.  :)

“Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah S.W.T.”


Sue
Love to Travel


~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "